Plan asalnya mak ayah nak hantar saya dan anak2 ke airport sebelah petang memandangkan flight kami pukul 7pm..tapi saya request kat ayah nak jalan2 kat Penang lagi..tak puas rasanya..
Pagi tu, saya dan mak masak nasi minyak, dalca ayam, terung goreng dengan bawang cili, sambal salsa dan telur dadar..masak banyak sikit..tinggal sebahagian untuk adik2 saya bila diorang pulang dari kerja boleh makan..ayah pula get ready dengan peralatan pancingnya..tak sabar2 si Habib tu bila tokwan kata nak fishing..
Jalan nak ke sini yang saya ingat dari Bayan Lepas, boleh ikut jalan ke Teluk Kumbar dan melalui jalan kecil ke perkampungan melayu di Sungai Batu..masuk ke dalam kampung dengan jalan yang tak di turap..jalan yang sempit..harap sangat pihak berwajib dapat menaiktaraf tempat ni kerana ia boleh dijadikan salah satu tarikan pelancong di Pulau Pinang..
"kenapa ayah tak pernah bawa kami datang sini?"
Kami tiba di situ lebih kurang pukul 2pm..bentang tikar, hidang makanan dan makan dulu..punya lah laju kami makan..anak2 pun sama..angin laut tak pernah mengecewakan..SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahu Akbar!
Lebih kurang pukul 4pm kami bergegas ke Masjid berdekatan untuk mandikan budak2 ni dan solat asar sebelum bertolak ke airport..memandangkan saya dah siap check-in jadi tak payah la terburu2..sejam sebelum depart baru kami boarding..
Walau cuma kami bertiga, anak2 tak buat perangai..setakat menyanyi dan selawat kuat2 dalam flight, baca doa naik kenderaan kuat2 bila nak take-off..biasa la kot..siap baca Al-Fatihah kuat2 lagi :') diorang tak nampak orang lain dalam flight tu bila plane gelap..tutup lampu..so diorang ingat orang lain tak boleh dengar suara diorang..hahah..ada sekali Habib jerit kuat2 "Kapten!! Go higher kapten! Higher!" Adoila..dia memang suka buat public speaking!
Yang bestnya baby yang dok merengek nangis kat belakang, bila dengar Habib nyanyi ke selawat ke..terus diam..hahah..
Akhirnya sampai KLIA2 pukul 8pm..tapi sesat punya pasal lambat jugak jumpa Abbu..maklumlah first time jejak kaki kat KLIA2 ni..anak2 dah tak larat jalan..punyalah jauh nak kena jalan..nak dukung tak boleh..sumbat je dlm troli senang!
Nanti saya buat entri travel by plane with kids..just me and kids!!
Ok lah sampai sini saja, maaf jika ayat tunggang langgang..ai mengantuk sebenarnya..huarghhh!! Astaghfirullahalazeem..Good night, sweet dreams!
No comments:
Post a Comment