Monday, June 23, 2014

Sampainya Hati :'(

Saya cuba menahan diri untuk tidak post entri dalam blog ni berkenaan adik Mohd Firdaus tapi tak boleh juga. Sebolehnya saya tak nak post apa2 perkara negatif yang boleh menjadi tatapan anak2 saya nanti. Sedih, pilu, hiba, geram, marah, takut semuanya bercampur baur. Buntu fikiran ni bila fikir apa yang berlaku?  kenapa buat macam tu? Tak ada hatikah? Tak ada perasaankah? Buta perutkah?

Sampainya hati..
Tergamak seorang yang bergelar ibu sanggup menyiksa anak kandung sendiri secara perlahan-lahan. Terkurung. Kebulur. Tinggal di bilik kotor dan busuk.  Apa alasan sang ibu itu? Anak yang satu lagi kelihatan sangat sihat dan bersih.

Jika dibandingkan sang ibu itu binatang sekalipun tak setaraf. Jika dibandingkan dengan remaja yang buang bayi juga mereka lebih mulia. Sekurang2nya bayi tersebut terus ke Syurga.

Saya terbayang2..bila mana sang ibu bersama anak sorang lagi makan malam..adakah dia terfikir tentang anaknya yang dikurung itu? Pasti ada suara yang memanggil2 'mak..mak..mak..' menitik2 airmata ni..ya saya juga bukan mulia..saya pun marah anak2 juga..kadang rotan juga..tapi..aduhh..tak tahu nak cakap apa..

Maafkan saya jika berlebih-lebihan..saya sedar..saya juga punya keturunan..saya patut menjaga butir kata yang menunding ke arah seseorang..saya mohon ampun dari Allah..ini petunjuk sebenarnya..petunjuk untuk kita semua..perlu untuk kita ambil tahu nasib orang terdekat kita..jiran tetangga kita kerana kita turut sama dikira berdosa jika keadaan seperti ini terjadi lagi..

Saya berdoa agar Allah limpahkan rasa kasih sayang yang melimpah ruah terhadap kami sekeluarga..terhadap orang sekeliling kami..terhadap umat sejagat..terhadap sang ibu - LOLA..moga dia berubah..dan tentunya terhadap ibubapa yang punya anak OKU agar sentiasa tabah dan cekal membesarkan anak syurga..

Saya sertakan sedikit perkongsian dari Ibu Rose yang saya copy dari FB beliau..sekurang2nya terubat sedikit hati nanti..Insaf!

Kena Taubat..
Taubat!
Taubat!

"Jika ditanya adakah hati Ibu tidak hiba melihat anak itu, gambar sesudah dan sebelum dianayai? Gambar ibunya. Jawapannya, hiba, sebak, geram, marah, kasihan, semua bercampur baur jugak.

 Cuma Ibu ni sudah lama hidup dan hidup telah mengajar Ibu untuk lebih tenang dalam menilai sesuatu keadaan yang getir sebegini. Ibu berusaha menilai dari perasaan kasih dan sayang.

 Adakah ia datang semula jadi dan mudah? Tidak sekali! Ia memerlukan Ibu dilapah hati agar menjadi lebih senang insaf. Bila apa sahaja kejadian berlaku, Ibu melatih diri bertanya, apakah yang Allah sedang mengajar aku sekarang ini?

 Adakah Ibu senantiasa berjaya. TIDAK! adakalanya tersungkur juga terikut amarah yang tidak dikawal. Namun, sebagai hamba Allah, kepadaNya juga Ibu memohon kekuatan.

 Jika diusia begini, Ibu masih tidak boleh matang berfikir, maka bagaimana Ibu boleh menjadi Ibu yang baik kepada anak-anak Ibu di Page ini.

 Marilah kita sama-sama mendoakan agar Firdaus mendapat layanan dan penjagaan yang baik dan jika benar dia dianayai oleh ibunya, maka ibu dan bapanya kembali sedar diri.

 Salam kasih semua, Selamat Malam dan Assalamualikum.

 Semoga esok kita akan mendapat berita yang menceriakan!"

Saturday, June 21, 2014

Firefly CREATE A DIALOG CONTEST - Main Prize Winner!

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan.."

Syukur Alhamdulillah..
Dah banyak kali saya masuk contest, bukan setakat tak menang, surat atau emel "Dukacita  dimaklumkan anda tidak berjaya.." pun tak ada! Huhu..

Sebagai surirumahtangga sepenuh masa, saya suka buat aktiviti sebegini dan saya kira patut dijadikan sebagai hobi..setiap kali ada contest sebegini pasti saya akan cuba nasib..tak kira secara online atau offline..

Saya pernah masuk peraduan di Readers Digest yang menawarkan hadiah bernilai RM250,000.00..hadiah saguhatinya juga tak kurang lumayan iaitu sebuah Honda Civic..Fuhh! Saya sangat mengharap..akhirnya saya kecewa sendiri..jadi selepas dari kejadian tersebut, setiap kali saya masuk contest, saya terus lupakan..saya akan cuba contest lain pula..dan lupakan terus..jika tiada perkhabaran, maknanya saya tak berjaya lah tu..

Antara hadiah yang pernah saya terima adalah berbentuk voucher..seperti voucher penginapan 1 malam di Equatorial Hotel untuk 2 orang dari RHB, voucher discount Sembonia dari Sogo..ermm ada lagi..tapi saya tak ingat..semuanya tak mewah mana..

2 minggu lepas semasa saya tengah survey harga tiket flight untuk balik kampung, ternampak lah contest ni.. FIREFLY CREATE A DIALOG CONTEST.. Dengan selambanya saya join dan terus emel dialog yang sesuai..saya emel lebih dari satu dialog..dan seperti biasa, saya lupakan!

Nasib menyebelahi saya kali ini..saya dapat emel yang mengatakan "Tahniah, anda berjaya!" saya menang besar..hahahahahahaha..happy sangat..Main Prize Winner lagi..2 returns tiket dari Subang ke Koh Samui..hohohoh..saya check harga tiket di website Firefly..naahh..1 tiket berharga lebih kurang RM500++..saya dapat 2 tiket maknanya hadiah tersebut bernilai RM1000++..Fuhh! Syukur sangat2..
Jika nak pergi dengan budget sendiri memang tak lah kan..sebab tahun ni kami akan pulang beraya Haji di Bangladesh..jadi memang tak plan nak melancong ke mana2 pun tahun ni..


Oklah sampai disini saja..jumpa lagi di lain entry..bye!

Monday, June 16, 2014

Banana Smoothie Without Ice

Panas-panas macam ni memang sedap dapat minum smoothie..kali ni saya buat smoothie tanpa menggunakan ais batu..caranya mudah je..

Untuk segelas smoothie, ini adalah bahan-bahannya:

1 biji pisang montel yang telah dibekukan di dalam freezer.
1 cawan susu segar. (boleh juga bancuh susu tepung e.g anlene)
1 st gula perang. (nak manis boleh tambah lagi)

Blend semua bahan. Siap! 

Mudahkan..rasanya sedap lagi sihat..nyaman je tekak ni..selamat mencuba!

Saturday, June 14, 2014

Pantai Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Saya dah lama sharekan gambar2 di handfon ke email supaya mudah saya buat entri kat ipad ni..tapi semuanya terperam saja..hari ni baru dapat post entri tentang tempat ni..saya nak juga post tentang tempat ni sebab saya rasa tak ramai yang tahu tentang kewujudan pantai ni..even orang Penang sendiri pun tak ramai yang tahu..kaki pancing tahu la kot..hihih..

Plan asalnya mak ayah nak hantar saya dan anak2 ke airport sebelah petang memandangkan flight kami pukul 7pm..tapi saya request kat ayah nak jalan2 kat Penang lagi..tak puas rasanya..

Pagi tu, saya dan mak masak nasi minyak, dalca ayam, terung goreng dengan bawang cili, sambal salsa dan telur dadar..masak banyak sikit..tinggal sebahagian untuk adik2 saya bila diorang pulang dari kerja boleh makan..ayah pula get ready dengan peralatan pancingnya..tak sabar2 si Habib tu bila tokwan kata nak fishing..

Jalan nak ke sini yang saya ingat dari Bayan Lepas, boleh ikut jalan ke Teluk Kumbar dan melalui jalan kecil ke perkampungan melayu di Sungai Batu..masuk ke dalam kampung dengan jalan yang tak di turap..jalan yang sempit..harap sangat pihak berwajib dapat menaiktaraf tempat ni kerana ia boleh dijadikan salah satu tarikan pelancong di Pulau Pinang..


Pertama kali tengok permandangan yang cantik macam ni..terus terpegun..SubhanAllah..tempat ni sangatlah cantik..
"kenapa ayah tak pernah bawa kami datang sini?"


Kami tiba di situ lebih kurang pukul 2pm..bentang tikar, hidang makanan dan makan dulu..punya lah laju kami makan..anak2 pun sama..angin laut tak pernah mengecewakan..SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahu Akbar!


Ayah saya fishing tak mengena..ikan buntal je banyak..buat apa..bukan boleh makan..hahah..Nuha asyik tanya.. "dah dapat ke belum?" "dah dapat ikan ke?" berulang2 kali hahah..


Saya hanya benarkan anak2 bermain pasir dan mandi di gigi air saja kerana air pasang waktu itu..lagipun tak ada sumber air tawar untuk buat bilas..


Lebih kurang pukul 4pm kami bergegas ke Masjid berdekatan untuk mandikan budak2 ni dan solat asar sebelum bertolak ke airport..memandangkan saya dah siap check-in jadi tak payah la terburu2..sejam sebelum depart baru kami boarding..


Alhamdulillah anak2 saya sangat behave (on their own way-pepaham je lah ;)
Walau cuma kami bertiga, anak2 tak buat perangai..setakat menyanyi dan selawat kuat2 dalam flight, baca doa naik kenderaan kuat2 bila nak take-off..biasa la kot..siap baca Al-Fatihah kuat2 lagi :') diorang tak nampak orang lain dalam flight tu bila plane gelap..tutup lampu..so diorang ingat orang lain tak boleh dengar suara diorang..hahah..ada sekali Habib jerit kuat2 "Kapten!! Go higher kapten! Higher!" Adoila..dia memang suka buat public speaking!
Yang bestnya baby yang dok merengek nangis kat belakang, bila dengar Habib nyanyi ke selawat ke..terus diam..hahah..


Akhirnya sampai KLIA2 pukul 8pm..tapi sesat punya pasal lambat jugak jumpa Abbu..maklumlah first time jejak kaki kat KLIA2 ni..anak2 dah tak larat jalan..punyalah jauh nak kena jalan..nak dukung tak boleh..sumbat je dlm troli senang!

Nanti saya buat entri travel by plane with kids..just me and kids!! 

Ok lah sampai sini saja, maaf jika ayat tunggang langgang..ai mengantuk sebenarnya..huarghhh!! Astaghfirullahalazeem..Good night, sweet dreams!

Tanjung Harapan @ The Esplanade, Port Klang.

Hampir 12 tahun menetap di bumi 'KL' ni..baru pertama kali saya dan keluarga ke Port Klang..niatnya cuma satu, nak makan ikan bakar ditepi laut sambil menikmati sunset..hahah..pakej! 

Cuma sepanjang perjalanan tadi, kami agak emosi kerana mendapat perkhabaran dari Madinah yang Tok Wan yang sedang mengerjakan Umrah sedang sakit..sakit sangat2..Tok Wan dijangka tiba di KLIA esok petang..dan malam ni anak cucu Tok Wan di Butterworth berkumpul baca Yaasin di rumah Tok Wan. Baru2 ni juga Mak Tok jatuh tak sedarkan diri di bilik air disebabkan oleh darah tinggi..sungguh hebat ujianMu Ya Tuhan..saya dan anak2 sempat balik kampung jenguk Mak Tok tempohari. Walau cuma sekejap, tetap berasa lega dapat melihat Mak Tok..Alhamdulillah Mak Tok makin pulih walau bukan 100%..Saya berdoa agar Mak Tok dan Tok Wan akan sentiasa dilindungi Allah, sihat sentiasa dan moga Allah panjangkan umur Mak Tok dan Tok Wan..

Ok back on track..jika kalian juga pertama kali nak ke Port Klang macam saya, kalian boleh ikut saja signboard Perlabuhan Klang Utara dan terus sehingga nampak signboard Tanjung Harapan..

Kami bersama seorang tetamu iaitu kawan en suami dari Dhaka tiba di situ lebih kurang pukul 5 petang. 

Jalan2 sekitar perlabuhan sebelum ke Muara Ikan Bakar.

Anak2 saya sangat teruja bila dapat tengok kapal2 kargo besar2 lalu di situ..

Di Muara Ikan Bakar ni sama macam restoran ikan bakar lain juga..sistemnya pun sama je..pilih ikan-pilih menu nak masak apa-ambil slip resit-duduk dimeja-tunggu waiter ambil order air atau side dish- dan tunggu makanan sampai.

Tandasnya bersih dan turut disediakan juga Surau di situ.

Harga pula agak berpatutan berbanding di Teluk Tempoyak, P.Pinang yang kami sempat singgah tempohari. Masakannya lebih kurang sama sedap cuma di Muara Ikan Bakar lebih berangin bersesuaian dengan restorannnya yang dibina atas air..nyaman je rasa..Tapi kesegaran ikan2 di Muara Ikan Bakar tak boleh lawan dengan restoran D'Seafood Paradise di Teluk Tempoyak..perghh..disana lebih fresh..sangat2 fresh..

Menu pilihan kami hari ni ialah :

Ikan Siakap bakar 
Lala goreng halia
Udang goreng tepung
Tomyam
Kailan ikan masin

Jika berpeluang, kami akan datang lagi bawa mak ayah bersama. Sekian.