Bismillah..
Lauhalawala quwwata illa billah..
Subhanallah..Alhamdulillah..Lailaha illallah..Allahu Akbar..
Macamana nak tulis ya..saya masih rasa sedikit gementar di dada..bahu juga masih sakit dan bergetar..ketika saya menaip entri ini, saya telahpun selamat pulang/naik ke rumah setelah diumumkan blok kami selamat oleh pihak Bomba..
Ceritanya begini..ketika azan maghrib berkumandang, saya sedang masak paratha didapur untuk Nuha..tiba-tiba saya terdengar dentuman yang kuat..saya kira dentuman bunga api..saya abaikan saja..
Tak lama kemudian pintu besi rumah saya digoncang kuat oleh seseorang..saya yang cuma berbaju T tidur paras lutut agak panik dan menjenguk kepala di pintu..dan seseorang itu menjerit "Out..out..fire..fire.."
Saya jadi gelabah..saya berlari ke dalam bilik..capai jubah dan tudung..saya sempat sambar beg tangan dan passport en suami..Itu yg paling penting..yang lain dah tak penting..anak2 dah mula menangis ketakutan sebab pintu besi itu digegar kuat lagi oleh beberapa orang lain..
"ya..ya..coming..coming.."
Dengan kudrat yang ada saya dukung kedua-dua anak saya berlari turun menerusi tangga dari tingkat 6..dalam fikiran saya cuma bayangkan rumah yang terbakar itu ditingkat 7..api bakal mengejar..ya Allah!! Sambil turun sambil berdoa..
Saya terus ke kereta saya yang lot parkingnya sangat dekat dengan blok bangunan..sumbat anak2 dan beredar jauh dari blok..ya..saya perlu selamatkan kereta saya juga..macam2 perkara buruk saya fikir..saya telefon en suami yang dalam perjalanan pulangndari kerja..saya maklumkan tentang kejadian..en suami suruh saya jangan beredar..malah berkumpul bersama penghuni yang lain..saya terus parking semula dan bawa anak2 ke surau..saya belum solat maghrib lagi..
Saya dukung Nuha dan pimpin tangan Habib kuat2 dan bawa mereka ke surau..Habib yang menangis pada mulanya kembali teruja bila melihat 2 buah fire engine sebenar bercahaya biru depan mata..ambulan..police car dan beberapa buah motor besar milik Bomba turut ada..
Selesai solat barulah en suami sampai..rupanya unit rumah yang terbakar adalah penthouse di tingkat 15 milik seorang lelaki warga tua..beliau tinggal seorang diri..letupan yang saya dengar adalah dari dapurnya..patutlah ia kedengaran sangat kuat dan jelas..menurut cerita beliau terperangkap sehingga pihak Bomba datang menyelamat..beliau pengsan dan melecur agak teruk..beliau berjaya dibawa turun namun ambulan pula lambat tiba..
Ketika ini, ketika saya menaip melepasi waktu isyak, pihak Bomba masih ada..setinggi2 penghargaan yang tak terhingga saya/kami warga Blok 17 Sri Mahligai Kondominium ingin sampaikan pada pihak Bomba yang sangat cekap..saya belum sampai ke bawah, Bomba dah sampai..sangat cepat..You are truly heroes!!!
En suami berkali2 mengucapkan syukur dan mengucup kami anak beranak..syukur dikurniakan jiran yang sangat perihatin..syukur api berjaya dipadam dengan cepat..syukur tiada yang meninggal..syukur Ya Allah!!
"Ya Allah Kau selamatkanlah mangsa iaitu jiran kami..ringankan kesakitannya..kembalikan dia seperti sediakala atau lebih baik..Amin.."
Pengalaman yang saya kira sangat berharga dan saya perlu belajar untuk bertenang dalam situasi begini..the end~
Thursday, February 28, 2013
Monday, February 25, 2013
Syurga Ada Untuk Kita
Hidup ini..
Antara dosa dan pahala..
Antara syurga dan neraka..
Antara dusta dan percaya..
Antara leka dan taqwa..
Bukan..
Antara ada dan tiada..
Antara adat dan acara..
Antara apa dan mengapa?
Bukan juga apa orang kata..
Andai beriani bersama ikan sedap dimakan..
Silakan..
Andai ayam 3 rasa sedap rasanya..
Cuba..jangan tak cuba..
Setiap apa yang diputuskan pasti ada dua pilihan..
Dosa atau pahala?
Usah lemahkan semangat yang ada..
Biar apa orang kata..
Biar orang tak buat..
Biar mereka lihat..
Hidup cuma antara dosa dan pahala..
Hidup cuma untuk Allah redha..
Hidup cuma untuk percaya
Bahawa syurga ada untuk Kita..
#nukilan3rasa.saQahnOt

Labels:
Artikel
Kek Hitam @ Kek Coklat Kukus
Assalamualaikum..
Hari ni mak dan YB Aisyah datang..betapa seronoknya anak2 saya bila maktok mereka datang..macam biasa nak mandi dengan maktok..makan dengan maktok..baca buku pun nak maktok juga..maktoknya pun suka sangat melayan..dapatlah saya rileks sekejap..
Ketika YB menghadiri mesyuarat di SACC Convec dan mak sibuk melayan cucu..sempat jugalah saya sediakan juadah tengahari iaitu Nasi Kesyuri, Ayam goreng berempah, Kari ikan bawal bersama air asam..selesai masak juadah saya dan mak buat kek hitam pula.l
Dah lama rasanya saya tak buat kek..atas permintaan adik bongsu saya melalui telefon yang kononnya teringin nak makan kek yang kakak buat..nak tak nak terpaksa jugalah saya tunaikan..
Saya pernah post resepi kek hitam ini disini tak lama dulu..berbeza dengan kali ini, saya olah sedikit ramuannya mengikut bahan yang ada di rumah..silakan menyemak..
Bahan-bahan:
2 biji telur ayam
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 st soda bikarbonat
Cara-cara:
Panaskan pengukus..
Pukul telur bersama gula hingga putih dan sebati..
Ayak pula tepung dan serbuk koko agar tidak berketul..
Kemudian satukan semua bahan dan gaul sehingga betul2 sebati..
Oleskan loyang dengan majerin..
Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan kain..
Kukus selama 1 jam..siap..
Rasa kelembapan kek yang betul2 enak..cukup rasa..tapi tak boleh makan banyak..nanti gemuk!

Resepi
Thursday, February 21, 2013
Nuha Mengigau!!
Beberapa hari yang lepas saya sempat capture gambar Nuha bangun tengah malam minta nasi..haha..mujur ada lebihan nasi goreng..
Tengok la tu Nuha makan nasi goreng sambil pakai gogles..mengigau kot..huhu

Thursday, February 14, 2013
Tahniah Mak!
Tahniah mak atas penghargaan yang mak dapat dari Sultan Kedah..saya langsung tak terkejut dengan penghargaan yang mak terima..bagi saya mak memang layak!! Apa yang mak buat dari dulu hingga kini untuk masyarakat tak kira kaum, agama, bangsa dan peringkat umur memang wajib dihargai..
Walau dah hampir seminggu upacara penyampaian penghargaan B.K.M ini, saya tak lupa nak coretkan di blog ni..Sekali lagi saya ucapkan Tahniah mak!! Saya bangga jadi anak mak..

Celebrations,
Family
Friday, February 8, 2013
Donut Simple
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sb susu tepung (saya guna susu sustagen Habib)
1 sb majerin
secubit garam
1/2 cawan air suam
2 sb yis mauripan
1 sb gula
Gula halus untuk ditabur
Cara-cara:
Bancuh yis bersama air suam..kemudian masukkan gula dan kacau..biarkan selama 15 minit sehingga berbuih..
Mm
Dalam bekas berasingan satukan tepung, susu, majerin dan garam..masukkan sekali bancuhan yis dan gula tadi..uli sehingga menjadi doh..
Bulatkan doh seperti bola..tutup bekas dengan plastik dan biarkan doh naik 2 kali ganda selama lebih kurang 1 jam..
A
Uli doh sekali lagi untuk keluarkan angin..jadikan bola sekali lagi dan tutup semula bekas dengan plastik..biarkan 30 minit lagi..
Akhir sekali uli doh dan terapkan dengan acuan donut..biarkan seketika lagi sebelum goreng 'deep fry'..
Biarkan donut sejuk sebelum tabur dengan gula halus..paling mudah masukkan gula halus dan kesemua donut dalam plastik..ikat hujung plastik dan goncang sehingga semuanya rata..
Saya kira resepi donut ni adalah yang paling mudah dan senang..rasanya yang enak dan gebu menjadi kegemaram kami sekeluarga..thanks to fb Buku Resepi..
Selamat Menuba!

Thursday, February 7, 2013
Sambal Mangga
Bahan-bahan:
1 biji cili hidup (merah)
3 biji cili padi
1/2 sudu kecil asam jawa
Secubit belacan
1 st garam
1 biji mangga manis
Cara-cara:
Tumbuk sambal belacan macam biasa..kemudian masukkan mangga dan tumbuk sehingga lumat..siap! Hari ni selera makan saya dan en suami bertambah2..punya sedap makan nasi sehingga licin semua lauk..haha..
Selamat mencuba!

Wednesday, February 6, 2013
Yogurt
Suka makan yogurt tak?
En suami sangat sukakan yogurt..yogurt juga merupakan desert wajib orang Bangladesh selepas makan nasi..jadi saya pun dah terikut2 selera en suami..
Yogurt kegemaran saya ialah Anlene..rasanya yang kurang masam berbanding jenama yang lain membuatkan saya boleh habiskan 2 cup sekali hadap..
Untuk rasa yang lebih manis saya suka tambahkan buah-buahan segar yang manis seperti mangga atau pisang..cubalah! Dah tak rasa macam yogurt dah! Haha

Ayam Kampung Goreng Berempah
Bahan-bahan:
5 ketul ayam kampung bahagian peha
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz kecil
2 inci halia
3 batang serai
1 st serbuk ketumbar
2 st serbuk kunyit
1 st serbuk cili
1 st serbuk jintan putih
2 st garam
1 sb tepung beras
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Blend semua bahan dengan sedikit air dan lumurkan pada ayam..perap selama 1 jam..lagi lama lagi bagus..
Akhir sekali ayam siap sedia untuk digoreng..rasa dan aromanya sungguh sedap dan menyelerakan..ayam goreng ni kini menjadi kegemaran kami sekeluarga..

Tuesday, February 5, 2013
KLCC
Hari ni saya bawa anak2 syurga kesayangan saya ke KLCC..cuma kami bertiga sahaja..dari Shah Alam kami naik KTM komuter ke KL Sentral dan bertukar pula naik LRT terus ke KLCC..
-Tambang KTM komuter RM3.10 untuk saya dan Habib..Nuha free..
-Tambang LRT RM1.60 untuk saya seorang..Habib dan Nuha free sebab belum sekolah..
Kami plan nak buat 5 benda di KLCC nanti..
1. Nak pergi Petrosains..
2. Mandi kat public pool Taman KLCC..
3. Main kat playground Taman KLCC..
4. Makan ice cream kat Haagen Daz..
5. Beli candy..
Sampai di KLCC kami terpaksa batalkan yang no.1 kerana setahu saya Petrosains tutup pukul 5 petang..dan waktu tu telahpun pukul 4.10 petang..jadi tak sempatlah kami nak tour dan main macam2 benda dalam Petrosains nanti..
Terus saja kami ke Taman KLCC..Habib dan Nuha pula sangat excited nak mandi kolam..sambil mandi sambil suap nasi dan ayam goreng yang saya bawa dari rumah..
Setelah mandi kami bermain pula di playground taman yang sama..anak2 sangat seronok sampai tak nak balik..hahah..
Sebelum pulang, kami singgah di kedai Candylicious..wow memang tak pernah saya tengok kedai umpama syurga untuk kanak2 macam ni..semua benda nampak sedap! Habib jadi rambang mata..Nuha pula asyik suruh turunkan dia dari stroller..no..no..no..
Akhirnya apa yang anak2 nak itu yang saya beli..beli banyak jenis candy / jelly beans dengan kuantiti yang sedikit..yang penting semua jenis dapat rasa..lagipun tak boleh makan banyak2..nanti rosak gigi..
Keluar dari candy store saya terus mencari Haagen Daz..eh dah tak ada!? Berpusing2 sekejap kami mencari kedai ice cream..nak tak nak kena beli jugak sebab dah janji dengan Habib..akhirnya patah balik ke sebelah candy store tu..kedai ice cream Gelato ke apa ntah..boleh la..Habib minta nak ice cream color pink..kakak yang jaga kedai tu layankan saja Habib ni ha..dia kasi rasa semua jenis ice cream yang color pink..dan Habib pilih perasa bubblegum yang sangat sedap!
Tiba masa untuk kami beransur pulang..eh jap! Mama nak beli Gong Cha milk tea..eh ada durian crepe la..nak beli lah..akhirnya 2 ketul durian crepe color hijau bejaya saya telan..puas hati..dah tak mengidam dah : )
-Mandi kolam FREE..
-Main kat Playground FREE..
-Nasi dan ayam goreng dari rumah FREE..
-Candies dari Candylicious RM19..
-1 junior cup ice cream dari Gelato RM9..
-Gong Cha milk tea with pearl RM5.90..
-2 ketul durian crepe dari Durian Durian RM4.90..
Siapa cakap jalan2 kat KLCC kena ada duit banyak..rasanya kos yang saya keluarkan sangat sedikit..semua orang mampu..yang penting anak2 happy..tapi kena pesan siap2 kat anak2..kita datang sini bukan nak shopping..so tak boleh beli apa2..dan jangan sekali2 gatal tangan bawa anak2 window shopping kalau tak nak beli apa2 sebab nanti purse kita pula akan jadi window..nak bukak je memanjang..hahah..
Alhamdulillah..anak2 saya sangat behave jadi perjalanan kami sangat mudah dan lancar..sebenarnya saya bawa juga iPad untuk menjadi 'pengasuh' mereka tapi sebaliknya iPad tak diperlukan langsung..(yess! tepuk bahu!)
Pukul 7 petang kami bertolak dari KLCC dengan tren sama seperti kami datang tadi..setengahari yang sangat menggembirakan hati..
Sebelum ni kami bertiga (just me and kids) pernah ke Ikea..
Kali ni ke KLCC..
Next time nak bawa anak2 tengok movie pula..tapi dimana ya?

Jalan
Subscribe to:
Posts (Atom)