Thursday, June 27, 2013

Follow up with Dr Choy

Assalamualaikum..

Hari ni diri terasa asing..
Dah beberapa kali saya menaip entri ini..tapi akhirnya saya padam dan taip semula..padam lagi taip lagi..
Tak tahu nak mula dari mana..Perlukah saya tulis semuanya..kongsikan kepada orang luar?? Saya seolah2 berteka-teki sendiri..Tak mengapalah moga boleh menjadi Iktibar dan tidak membuat kesilapan seperti apa yang saya lakukan..

Sebelum ini saya dah khabarkan tentang kondisi Habib..walau apapun keadaannya..kami abu dan mamanya terima dengan dada yang lapang..hati yang yang gembira..
Saya masih terbayang wajah pertama kali saya melihatnya..masih twaZewterpesona dengan sifat charmingnya..aduh..permata hati mama ni..

Pertemuan kami dengan Dr Choy pakar genetik kanak-kanak di IJN siang tadi sangat membuka minda..seperti biasa Habib diuji dengan kemahiran bercakap..menulis..mengira..membaca..kadangkala Dr Choy sengaja bertanya bermacam soalan serentak..Apa yang memeranjatkan kami, Habib tidak menjawab malah diam membisu! Seolah2 tidak tahu apa2..reaksinya juga lemah..dia tidak hiraukan langsung apa yang Dr Choy suruh buat..hanya mengetap bibir..

Percayalah..Habib seorang yang sangat aktif..periang..dan apa yang ditunjukkan kepada Dr Choy sebentar tadi sangat bertentangan dengan perilaku sebenarnya..sangat pasif!

Dr Choy membuat kesimpulan yang Habib sangat lemah..dia bimbang Habib akan ketinggalan dibelakang bila bersekolah nanti..Dia juga menyifatkan Habib seorang yang less self-confident..Wait..Habib bukan macam tu..dia sangat kreatif..dia pandai menulis dan melukis juga mewarna..dia boleh tegur sesiapa sahaja yang dia jumpa..malah dirinya sangat digemari rakan-rakan sekelas..
(ya saya puji anak sendiri..itu sudah pasti!)
Dan Dr Choy beritahu lagi yang dirinya risau kerana Habib kelihatan sangat manja..
Oh yes..semestinya dia anak manja..buah hati pengarang jantung saya..

Kata Dr Choy memanjakan anak sangat tidak membantu lebih2 lagi dengan kondisi Habib seperti ini..saya mengangguk kerana saya setuju..Habib perlu lebih berdikari..ya saya mengaku yang saya yang gosokkan giginya..suapkan makanannya..pakaikan baju dan seluarnya..pakaikan kasutnya..kecuali selipar..kebanyakkannya saya yang uruskan..bila difikirkan balik..memang benar..saya dah terlebih manjakannya..sedangkan adiknya Nuha (2 tahun 3 bulan) dah boleh gosok gigi sendiri..pakai pampers,kasut dan seluar sendiri..saya cuma perbetulkan..makan juga sendiri..kadangkala saya suapkan..Saya bukan bandingkan anak..saya tak kata Nuha lebih baik tapi realitinya Nuha lebih berdikari..

Salah saya..
Lewat petang tadi..kami makan malam di meja..saya sediakan makanan dalam pinggan dan sudu masing2 untuk Habib dan Nuha..seperti biasa Nuha makan sendiri tanpa banyak songeh..lain pula dengan Habib..masih main sendiri..meratah lauk sahaja..sekejap turun dari kerusi..sekejap naik balik..aduhh..sebiji nasi pun dia tak suap ke mulutnya..mencabar sungguh! Dan akhirnya saya mengalah dan terpaksa suapkan..bila saya suap banyak pula yang dia makan..hmm..macamana nak ajar makan sendiri ni??
Namun syukur selera makan Habib makin bertambah sejak saya campurkan mealshake Shaklee dalam susunya..seleranya menjadi2..berat badannya juga meningkat..Alhamdulillah..

Berbalik kepada nasihat Dr Choy agar kami lebih tegas dan melayan Habib seperti kanak2 yang besar..bukan lagi bayi! Ajarnya berdikari..beri pujian dan galakan atas usahanya..Usah bandingkan anak orang lain dengan Habib..Kesnya sangat berbeza..usah dukungnya lagi..dia sudah jadi big boy..bukan lagi baby boy! 

Mulai saat ini saya dan suami akan lebih tegas dengannya..perhatian yang berlebihan akan menjadikannya lebih manja..moga Allah permudahkan..InsyaAllah..

#Sekadar gambar kenang-kenangan..minta maaf mama bertindak kurang sopan dengan mengambil gambar berkenaan dalam bilik porsedure..

Jigsaw puzzle dan sticker book adalah benda wajib yang perlu ada untuk 'mengasuh' anak2 di tempat awam rather than ipad..seriously!



Sekian..jumpa lagi..

Wednesday, June 19, 2013

Deerland

Tak sah jika ke Kuala Gandah Elephat Sanctuary tak singgah di Deerland..harga tiket di sini cuma RM6 dewara dan RM3 bagi kanak2..dan macam biasa Nuha FREE!

Bukan setakat deer..macam2 haiwan ada..ayam daging pun ada..ada burung merak..ada ular..dan macam2 lagi..

Kami berpeluang memberi deer makan dengan makanan yang dibekalkan oleh penjaga..iaitu ubi kayu yang dipotong slice..

Tourguide kecil molek kami ini sangat teruja..

Dan pelancong asing ini pula berkeliaran sesuka hati sambil menerokai apa yang ada disini..kanak2 suka dilepas bebas dan tempat sebegini sangat sesuai untuk berbuat demikian..

Cukup untuk kali ini..semestinya kami akan datang lagi dengan bakul makanan pula kerana terdapat air terjun berdekatan yang tak sempat kami singgah tempohari..

Kuala Gandah, Pahang..

29 Mei 2013

Dah lama sebenarnya kami nak datang sini..selalu ada saja alasan yang en suami berikan..tapi akhirnya sampai juga..

Kuala Gandah Elephant Sanctuary terletak di Lanchang, Pahang..jika dari KL ikut sahaja jalan ke Kuantan dan exit Lanchang..di sana dah boleh nampak signboard Kuala Gandah Elephant Sanctuary..Perjalanan dari Shah Alam mengambil masa lebih kurang 2 jam..

Disini terletaknya tempat pemuliharan gajah..termasuk gajah2 yang diselamatkan atau yang di pindah dari negara lain..tiket masuk adalah percuma bergantung kepada derma sahaja..

Alhamdulillah..waktu kami tiba, tak ramai orang sangat..kami sempat makan di cafe sebelum meninjau kawasan tersebut memandangkan showtime hanya bermula pada pukul 2 petang..sementara menunggu showtime kami ke Deerland terlebih dahulu yang jaraknya cuma 2km dari situ..

Deerland saya masukkan dalam entri lain lah ye..

Ellephant show..Macam2 ragam..

Orang ramai mula membanjiri ketika waktu showtime..

Again..Habib alih muka..i like this picture actually..hohoho..

Buah-buahan disediakan untuk diberi kepada gajah2 tersebut..antaranya tebu, pisang dan betik..

Nuha yang excited sempat posing maut bersama gajah..

Inilah tempat untuk memandikan anak gajah..tapi memandangkan paras air sungai agak tinggi waktu itu jadi acara tersebut terpaksa dibatalkan..how bad huh?!

Jika ada masa terluang..bawalah anak2 anda ke sini..banyak yang boleh mereka terokai pada masa yang sama mereka belajar dalam keadaan bebas dan gembira..A happy kid is a happy learner!





Taman Botani Shah Alam

Hampir 7 tahun tinggal di Shah Alam..baru kali ni berpeluang datang ke Taman Botani ni..sungguh tak patut..tempat ni sesuai untuk family..untuk beriadah dan paling best ada khidmat sewa basikal..boleh attach dengan baby seat lagi..wahh..lain kali nak try lah..

Harga masuk cuma RM3 seorang..Nuha free sebab pendek..ekeke..kalau diorang up sikit harga pun ok..asalkan flora dan fauna dalam taman ni terjaga rapi..
Tunggu tram datang bawa pusing2 dalam taman tu..ada banyak taman..unfortunately taman 4 musim sedang direnovate time tu..katanya bulan July baru siap..tram tu datang setiap 1/2 jam..so kalau ada mana2 tempat yang nak berhenti boleh tekan loceng dan turun..then tunggu next tram untuk naik balik..macam tu la..best tau!

Kami hanya singgah di taman haiwan..hahah..dah dasar cintakan haiwan kann..
Dah penat tawaf..tourguide kecil molek ni nak shushu pulak..alang2 melangkah keluar sekali lah..tunggu tram untuk pulang..






Safari Wonderland @AFamosa Melaka

19 Jun 2013
Sekadar gambar2 buat kenang-kenangan..selamat menjamu mata!

Dalam kandang arnab..
Comey tak Kak Ton????
Cowboy show..banyak adegan lucu..best..yang tak bestnya bunyi tembakan sangat kuat..sampai bebudak ni naik takut..
Datang Red Indian menyelamat..

Catwalk..upside down..hihi
Flaminggo the Ballerina..haha..betul2 cantik..
Habib memang tak suka bergambar..asal nampak camera alih muka ke belakang..hmm..
Elephant show..
Yang bestnya semasa acara penutup persembahan dari gajah2 ni mereka akan sembur air kepada penonton..saya dah agak dah gajah2 ni akan buat macam tu sebab saya dah nampak baldi air ditepi pagar tu..hahah..awal2 lagi saya dah lari..

Budak2 ni habis basah kuyup tak sempat lari..tu la siapa suruh duduk dekat sangat..yang mak bapaknya lari tinggalkan anak..hahah..
Last sekali acara tunjuk bakat oleh gajah2 ni..Mind blowing..even elephant can do painting!! Dan lukisan ini juga dijual kepada orang ramai..kami terpaksa keluar cepat sebab nak beratur naik safari truck yang khabarnya adalah truck terakhir pada hari tersebut..mujur sempat..
On safari truck..Habib and Ishika duduk depan dan tepi sekali..mak bapaknya pulak kat belakang dok gelabah..I keep saying to Habib..watch out your fingers sayang..dia ngap kalu..habisss!!

Best jugak..walau harga tiket tak boleh blah..new experience untuk kami sekeluarga..akan kembali lagi ke sini InsyaAllah..











Malam2 di Melaka

8 Jun 2013

Sekadar gambar untuk kenang kenangan..enjoy!
 Habib jenguk ke bawah dari atas roda besar di Bandar Melaka..
Merayau dengan superfriends..orang Melaka.. (L-R) Nuha, Kaisara, Ishika dan Habib..
Naik beca yang dihias cantik..uncle tu pasang lagu dangdut lagi..memang best!

Sekian..
Hehe :)




Habib's amazing work



Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak jenguk blog ni..tunggu idea belum sampai2 lagi..Bila ada masa nak nulis, ada idea nak cerita, gambar2 pula tak ada dalam ipad ni..aduhh..maka idea yang ada perlahan2 hilang dari pandangan..ahaks..

Kat atas nun adalah hasil kerja Habib yang menjadi kebanggaan saya..(eleh takkan itu pun nak bangga!) well, selain guru, keluarga dan kawan2 terdekat tahu kondisi Habib..jadi melihat hasil kerja sebegini membuatkan hati saya sangat2 bangga dengannya..

Pada peringkat ini Habib sedang belajar menulis sendiri..yakni tanpa bantuan..ketika ini kami (saya dan gurunya) masih jena guide Habib untuk menulis tanpa memegang tangannya..kata teacher Jane, kanak2 yang pandai mewarna cepat menulis..so rajin2 lah suruh anak mewarna..dengan mewarna dia akan belajar mengawal pergerakan tangannya dengan sendiri..

Habib sangat sukakan art..espesially coloring..kanak2 seperti Habib yang kurang daya tumpuan atau fokus ini mampu duduk dan consantrate mewarna sehingga lebih kurang 20minit..bayangkan!! Kata teacher Lily, kalah budak2 normal lain..sememangnya mereka mempunyai kelebihan tertentu..jika kelebihan itu dapat diasah dan diberi dorongan tentunya mereka akan berjaya..

Tugas saya sebagai ibu sentiasa akan puji dan hargai hasil kerjanya..

Alhamdulillah..Habib dikira bernasib baik kerana saya diberitahu keadaannya lebih awal..ramai ibu2 diluar sana yang tidak tahu kondisi anak mereka..bila diarah mendaftarkan anak di sekolah khas, mereka naik berang kerana anak mereka tidak cacat!!

Pendidikan khas adalah salah satu kaedah untuk mengajar kanak2 contohnya kanak2 hyperaktif,  dyslexia, autsimn dan sebagainya..ini kerana cara penyampaian di dalam kelas tidak memberi kesan kepada mereka..malah tidak membantu langsung..

27/6/2013 ini tarikh Habib akan bertemu Dr Choy pakar genetik (paed) di IJN..Dr Choy akan buat pemeriksaan serta pantauan dari masa ke semasa samada Habib akan ke sekolah biasa nanti atau ke sekolah pedidikan khas..

Saya tak kisah langsung! Habib anugerah terindah dalam hidup kami sekeluarga..perkembangannya sangat membanggakan..banyak atau sedikit bukan ukuran..as long as he willing to do..tak malas nak belajar benda baru..

Doa saya agar anak2 saya dan anak2 kalian juga diterangkan hati dan mudah untuk belajar hingga berjaya di dunia dan akhirat..dan menjadi anak2 yang soleh mudah2an menjadi pencen kubur untuk ibubapa nanti..


Cukuplah untuk kali ni..sekian..jumpa lagi di lain entri..