Thursday, August 25, 2011

IJN : follow up!!

Bau IJN sentiasa buat hati saya berdebar ja..hari ni kembali lagi kami ke situ..


Habibullah jumpa Dr. Choy pulak..doctor genetik..dah dapat report yang hari tu..doctor cakap kromosom OK..OK ke tak OK ke..saya dan suami tetap rasa dah OK sesangat sebab Habib tersangatlah aktif dan banyak cakap!! dah pandai baca al-furqan..dah boleh kira 123 hingga 10 dalam 3 bahasa.. malay..english..dan bangla..haha..semua color pun dah kenal..bentuk pun..triangle..circle..square..love..star..moon..ish..memang NORMAL lah..dah bagi tau doctor tadi..doctor pun cakap dia nampak bijak..apa yang doctor tanya dia boleh jawab tapi still jugak kena ambil darah untuk satu lagi test..alahai.. Doctor : "Kalau tak nak test hari ni kita test next year.."

next year??lagi la susah sebab dia dah besar..dah kuat..kalau mengamuk nanti sapa nak pegang..aduhh..
"OK lah..hari ni lah..""Habib baring sini ok..jangan takut..abu ada..""Auw..takit.." pastu apa lagi..meraung la..jerit panggil abu..panggil mama..dia jerit kat doctor "doctor please! habib takit..jangan tutuk..takit"kesian betul..elok2 main kat situ..happy ja hari ni sebab tak ramai orang..sekali kena ambil darah..mama tak gelabah sangat..relax ja sebab dah biasa..dia conquer semua toys kat situ..oppss! tercabut pulak kepala lori tu.." Sian Habib..sikit ja tu.sekejap lagi ok la.." tak sampai berapa minit dia sendiri yang buka plaster tuh..tak sakit sebenarnya..Habib cuma takut ja..Abu pula yang terlebih cuak..

Wednesday, August 24, 2011

Nur Kasih..



Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Tuesday, August 23, 2011

Cornfleks Madu Yang Rangup!

Hehehe..dah siap sejenis kuih raya..resepi ni yang paling mudah dan senang dan ringkas..dan yang penting anak teruna saya pun boleh join! resepi ni diambil dari blog kak Yati..walaupun semua orang tahu buat kuih ni..kuih ker?? saya nak jugak upload gambar step by step..huhu..jom try..kuih paling mudah..murah..sedap..


125g butter + 6 sudu besar madu + 1/2 cawan brown sugar..

Cairkan atas api sampai jadi macam ni..

masukkan kismis..nak tambah badam atau ceri atau bijan pun boleh..


Masukkan 7 cawan cornfleks

Gaul rata..
Sudukan ke dalam paper cup..dan letak sprinkle sesuka hati..habib pilih nak letak 'colorful star'..lepas tu dah boleh bakar dalam suhu 170 degree selama 5-10 ja..
sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara..heheheh..senang kan??

Saturday, August 20, 2011

Selamat Hari KITA 18.08.2011!


Friday, August 19, 2011

In memory : Iqbal Fahreen Hamdan

Iqbal yang comel..yang aktif..yang comot sikit..Iqbal mungkin tak ingat auntie sebab ramai sangat aunties kat IJN tu..tapi auntie teringat sangat kat Iqbal..Dulu kalau auntie sedih tengok Habib sakit..auntie ingat Iqbal dan mak Iqbal..mak Iqbal tabah orangnya..sangat tabah..suka bagi semangat kat auntie-auntie kat IJN..peramah..mana taknya..IJN tu dah macam rumah Iqbal kan..Iqbal pula sangat active..masa auntie mula2 jumpa Iqbal kat IJN kalau tak silap umur Iqbal baru 2 tahun..Iqbal kecik aja..masih bertatih..Iqbal drive walker laju-laju..dari bilik ke bilik..dari bilik ke hall yang ada sofa tu..sangat aktif..lega auntie tengok..uncle pula banyak tanya pasal Iqbal kat abah Iqbal..auntie macam biasa dukung ja Habib ke sana ke mari..tak pernah tinggal..tengok telatah anak2 di IJN..


Mak Iqbal : “Dah operate?”
Saya : “Belum??”
Mak Iqbal : “Bila??”
Saya : “tak tau..demam pulak..Anak akak dah boleh balik ke??”
Mak Iqbal : “Tunggu doctor datang check nanti boleh balik kot..”
Saya : “Eh..dia yang masuk majalah PA&MA kan??”
Abah Iqbal : “A’ah..dapat banyak ‘pampers’ mamipoko..” bapa dia mencelah..
Mak Iqbal : “Dah brapa hari masuk wad?”
Saya : “Hari tu dh masuk 2 hari..doctor suruh balik sebab dia demam tak boleh operate..semalam masuk balik..demam lagi”
Mak Iqbal : “Tak pa..jangan risau..dia ni dari kecik masuk wad..dah tu jadi juara kat PICU..orang lain 4-5 hari ja..dia 42 hari!” sambil tengok Iqbal..
Auntie selalu tanya dengan auntie auntie kat situ pasal Iqbal selepas Iqbal dah keluar wad..auntie teringat satu kes Iqbal masa kat IJN..Doctor operate dada Iqbal dan ganti injap lembu pada Iqbal..dada Iqbal dibiar terbuka 48 jam kalau tak silap..nak tengok samada injap tu berfungsi atau tak..bila dada dijahit balik..beberapa minit kemudian denyutan jantung Iqbal STOP! Injap tu tak berfungsi kot..auntie tak berapa ingat..Dalam keadaan emergency macam tu..doctor koyak balik dada Iqbal guna jari ja..auntie yang dengar ni telan liur..

Auntie teringat lagi gelagat Iqbal, Limah..si amoi comel yang dah ‘pergi’ tu..auntie pun tak tau kenapa orang panggil amoi cina yang ‘pergi’ pada usia 1 tahun 8 bulan tu “Limah”..siapa lagi ye..Irish Sharluna dan ramai lagi..auntie tak pernah lupa..wajah2 anak2 tergambar di fukiran..auntie cuma tak ingat nama..

Memori di IJN tak pernah hilang dari ingatan..dalam banyak2 hospital yang Habib pernah admitted..IJN yang paling best..layanan..staffs..nurses..doctors..surgeons.. semualah..terbaik..tak de dengar orang terjerit2 marah orang itu..orang ini macam hospital kerajaan..tak juga macam ‘tak de orang’..buat hal masing2 macam kat hospital swasta..nak panggil nurse kena tekan button..kat IJN nurse sentiasa ada..layanan pun superb..

Kali terakhir auntie jumpa Iqbal dengan mak+abah Iqbal masa auntie kena pindah masuk sama bilik dengan Iqbal..masa tu Iqbal dah boleh balik..mak Iqbal kemas barang2 masuk dalam beg kemboja yang besar gedabak tu..mana taknya..berbulan kat IJN..


Mak Iqbal : “ Ada sen tak?”
Abah Iqbal : “Nak buat apa?”
Mak Iqbal : “Bak 5 sen? Kasi dia..kesian tolong sapu..Iqbal buat sampah” merujuk kepada cleaner..mak Iqbal kasi RM5 kat cleaner tu sebelum discharge..
Walaupun pengenalan singkat ni dengan mak Iqbal sebenarnya banyak yang auntie belajar..ketabahan dia..tak terukur..dia tak pernah mengalah..dia jaga Iqbal sebaik mungkin..


Mak Iqbal : “ Kena sergeon mana?”
Saya : “Dr. Siva”
Mak Iqbal : “Kat sini sergeon tak di panggil doctor..pangil Mr. Siva ja..”
Alhamdulillah..Habib dah sihat..Auntie seronok jumpa Iqbal..jumpa keluarga Iqbal..Auntie doakan agar keluarga Iqbal tabah dengan pemergian Iqbal..Moga Iqbal aman di ‘sana’..Al-Fatihah untuk Iqbal..

Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya!

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al Fatihah..

Friday, August 12, 2011

Moga Cinta Sampai Syurga!

Indahnya cinta! Selalu saya sebut..Indahnya cinta! Cinta akan lebih indah kerana Allah..

Syukur Ya Allah dikurniakan cinta dan nikmat hidup di dunia..moga cinta sampai SANA..moga cinta sampai syurga..cinta yang ikhlas datang dariMU Ya Rahiim..Syukran Ya Rabb..

Malam ini selepas tarawih seperti biasa..saya baca email..tips tentang parenting yang dihantar terus ke email saya..e-book yang baru dibeli..2 saat kemudian sampai ke inbox saya..semuanya saya baca..habis!

Saya teroka lagi..mereka yang suka membaca sama seperti saya! membaca seperti tiada lagi hari esok..Saya syukur masih ada waktu membaca..Saya baca lagi kisah cinta Norma dan Talib di blog Ain..kemudian di blog Moon pula..dah berkali2 baca pun saya masih terkasima..berfikir sendiri..andai 'itu' saya..adakah cinta seperti itu untuk saya?? layakkah saya?? Dia mendahulukan saya dalam setiap perkara..cintakah itu?? meletakkan saya sentiasa diatas..menjaga dan menyayangi saya..cintakah itu?? Layakkah saya menggelarnya sebagai cinta?? Apa balasan saya??

Saya kemudian beralih dari kisah Norma dan Talib ke blog Mawar Nafastari..Mawar yang kehilangan Nafastari pada Mac lalu akibat kemalangan merindui suaminya setiap saat..Ohh..resdung lagi saya malam ni! membaca kisah cinta Mawar terhadap Nafastari memberi makna baru dalam hidup saya..Saya selalu lebihkan anak2..Mawar menyedarkan saya masih ada waktu untuk saya lebihkan dia..dahulukan dia..mentaati dia..mencintai dia sepenuh jiwa raga..Andai waktu 'itu' tiba takkan ada perkataan 'kalau' terpacul dari mulut saya! Ohh..saya berfikir lagi..andai saya 'pergi'..anak2 macamana?? andai si dia 'pergi'..saya macamana?? Andai cinta pergi..masih ada Cinta Agung yang takkan pernah pergi dari hati orang2 beriman..

Syukran Ya Allah..Indahnya terasa hidup bila bercinta..cinta di dunia..cinta di akhirat..moga mereka yang berkorban demi cinta..yang meneruskan hidup tanpa cinta dipelihara olehMu Ya Allah..lindungi anak2 mereka..berilah ketenangan kepada mereka dan pimpinlah mereka dalam menjalani hidup ini Ya Allah..

Thursday, August 11, 2011

Baiti Jannati

Alhamdulillah..rumah kami di Rajbari dah pun siap walau berdepan dengan banyak masalah teknikal..rumah ni dibina sejak Januari lalu untuk di sewakan kepada student kolej berdekatan..tak sabarnya nak tengok..Abang ipar saya call tanya rumah tu nak letak nama apa?? Rumah pun ada nama?? Ya di Bangladesh setiap rumah especially yang dibina sendiri atas tanah sendiri perlu ada nama..kebanyakan bangunan dan permis milik persendirian..bukan milik kerajaan..sebab tu kena letak nama..even masjid atau jalanraya pun..

So saya dan encik suami cadangkan BAITI JANNATI..moga setiap rumah yang kami miliki atau diami menjadi syurga kepada penghuninya..Oklah..bila dapat gambar nanti saya upload..Syukran Ya Robb..

Murtabak Mini

Fuhh!! Minggu yang sangat sibuk..sesibuk mana pun seorang isteri dan ibu dan kuli diri sendiri..hidangan untuk keluarga tak pernah dilupa..2 hari lepas saya buat murtabak mini ni..2 hari lepas?? Jangan risau murtabak ni tak sempat nak basi..dah clear!! Saya ikut resepi di MyResepi.com..resepi untuk 6 keping tapi saya buat dapat 4 keping saja..huhu..Jom tengok resepi..

100gm daging cincang (saya guna Ramly)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas garlic (dipotong dadu)
2 sb serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 st garam
sedikit serbuk perasa (saya guna perasa Iman)
2 biji telur ayam kulit popiah

Inti :
tumis bawang + garlic sampai naik bau..masukkan bancuhan serbuh kari dan kacau sehingga pecah minyak..masukkan daging + ubi..masak sampai ubi empuk..masukkan air jika terlalu kering..kemudian tambah serbuk perasa + garam..dah siap..tutup api..sejukkan seketika..
Bila dah sejuk campur dengan telur ayam dan kacau sebati..kalau nak letak daun bawang pun boleh..
Kulit :
Sediakan kulit popiah..letakkan inti di tengah2 dan lipat kulit popiah sesuka hati..pastikan inti tidak terlalu tebal dan goreng dengan sedikit minyak..dah siap boleh hidang..
Murtabak yang saya buat ni belum boleh ‘jual’..setakat nak makan sendiri ok la..rupa pun boleh tahan..kalau next time saya buat lagi, saya akan tambah serbuk lada hitam atau mungkin lebihkan bawang..encik suami puji..tapi ada TAPInya.."sedap tapi kurang itu..kurang ini"..ada KALAUnya.."kalau letak itu..kalau tambah ini..lagi sedap.."
Paling penting tak payah beli kat param..membazir..setakat nak beli murtabak sebiji RM3 terbeli sama benda lain..itu nak beli..ini nak beli..akhirnya tak makan pun..masuk perut encik 'tong sampah'..kalau buat sendiri ada hidden valuenya walau rasanya so-so saja..heheh..selamat mencuba dan pandai2 lah mengedit resepi ye..

Monday, August 8, 2011

PATI!!

Dah settle..terasa hilang segala bebanan di bahu..mungkin bagi sesetengah orang program 6P ni tak patut ada sebab boleh menjejaskan peluang pekerjaan orang tempatan tapi bagi peniaga kecil macam saya dan encik suami program ni sangatlah banyak manfaatnya..hanya majikan kecil seperti kami saja yang tahu betapa kami perlukan tenaga pendatang ini!! Kalau nak cerita sebabnya 2 hari 2 malam menaip pun takkan habis..saya tak bermaksud orang tempatan tak boleh jual jeruk atau kerja kat restoran..tapi..banyak tapinya..titik!

Yang paling penting pekerja tak boleh lari..kalau lari juga report polis!! pekerja saya yang lama telah didaftarkan dalam program sebelum ni..biometrik..mujur pendaftaran biometrik dibuat terlebih dahulu kalau tidak sudah tentu pekerja saya yang lama cabut lari..heheh..

PATI yang dahulunya nak kerja dengan saya kini dah boleh sebab saya dah pun daftarkan mereka dengan syarikat saya..8 orang kesemuanya..terbang duit terbang..terbang tinggi2..cepat2 turun kembali..huwaaa..

Document pekerja2 di kiosk jeruk..tambah 6 orang lagi..lagi 2 orang untuk restoran..ada restoran ka?? adaa..nanti saya cerita..satu bab dah selesai..now saya berkira2 nak ambil cikgu tuisyen untuk Habib..

Yang ni boleh??? LOL :D

Sunday, August 7, 2011

Kisah Kasut!

Ya Allah jauhkan sifat riak dalam diriku..Amin..sekadar berkongsi cerita dan gambar buat kenang-kenangan..

Tidak dinafikan sya memang seorang penggemar kasut dan jam tangan..sejak dari zaman bujang sampailah sekarang..kasut saya memang banyak..tapi bukan kasut mahal/branded..standard mydin or jukebox saja..paling mahal pun cap Bata ataupun cap Vicci..

Bila dah kahwin..saya masih ada koleksi kasut tapi yang agak berkualiti sebab saya boleh demand dengan encik suami..heheh..ni yang untung jadi wife..ada orang yang boleh top up untuk beli kasut!

Bila dah ada anak..kasut saya bukan lagi penting..yang penting kasut anak..asal nampak cute, saya beli..kalau boleh nak beli semua..geram betul..cute sangat!

Pada saya kasut dan jam tangan perlu yang berkualiti sebab apa?? Saya pun tak tahu...mungkin setiap 5 minit kita tengok jam so jam perlu yang berkualiti..kot..kasut pula mungkin sebab kasut buat kaki kita selesa nak jalan2 pergi shopping..sebab tu kena yang berkualiti..kot..bayangkan kalau kaki sakit sebab pakai kasut yang tak selesa..kan susah nak jalan..atau kasut yang tak berkualiti putus tengah jalan..adusss..malu sungguh kan..selesa atau berkualiti atau branded tak semestinya mahal! Beli masa SALE menggila..sangat berbaloi..

Encik suami pun dah terikut2 cara saya..kalau nak beli kasut cari yang berkualiti pada harga yang murah gila..jam tangan tak payah risau..beli 1 pakai 10 tahun pun tak ada hal..asal yang berkualiti..lagipun design jam tangan ‘in’ sahaja setiap zaman..

Bab baju/pakaian..memang tak kisah langsung..cap Tesco pun ok..sekarang lagi senang..beli dari kawan yang import baju dari Bangladesh..harga sehelai tak sampai RM10..heheh..baru2 ni ‘kawan’ bawa orang kuat Padini balik Dhaka..yang sangat terkenal dengan industri garments..Padini pun import dari sana juga ke??..oppss..bocor rahsia..

Oklah..cukup bercerita ceriti..saya uploded gambar kasut2 cute Habib buat kenang-kenangan..dah macam catalog la pula..Enjoy the pictures..


Yang pertama..beli kat Tesco..
Baby KIKO..The Store Alam Sentral..

SOGO..

Crocs Pasar Tani..cehh berdaki pun simpan ke?? mak pemalas!

Beli kat gerai di Banda Hilir, Melaka..cute!

Clark, Shah Alam Mall..

Treehouse..SACC Mall..

Tesco Shah Alam..

Clark..SOGO..

Crocs Pasar Tani..RM10 saja..

Sama juga..Crocs Pasar Tani..

Clark, Shah Alam Mall..

Sama juga..Clark, Shah Alam Mall..

The latest one..Clark, Shah Alam Mall..

Buah Melaka..Sagu Kelapa..

Semalam buat buah melaka..dapat la 12 biji..cukup2 untuk saya dan encik suami makan..sedap..betul2 sedap..rasa dah boleh ‘jual’ tapi rupa pucat lesi..tak cukup hijau..sebab daun pandan yang saya beli tak cukup..beli?? ya..saya tinggal di ‘kayangan’..tak ada tanah nak tanam daun pandan..heheh..alasan..
Buah melaka ni memang favorite encik suami..kalau pergi pasar tani mesti beli..tapi kali ni saya yang sediakan..seronok betul tengok dia makan hasil dari air tangan saya..puas hati..Nak tahu resepi?? sangat senang.. sukatan ni untuk lebih kurang 12 biji sahaja..

Sediakan air pandan..
(Air pandan = 10 helai daun pandan di ‘blend’ bersama sedikit air dan ditapis..memandangkan daun pandan saya tak cukup jadi saya cuma blend 3 helai saja..huhu..pucat lesi)

2 senduk kecil tepung pulut + air pandan = uli dan buat bulat2..

Takkan jadi buah melaka kalau tak masukkan gula gerek ke dalam buah melaka tersebut..

Sambil tu boleh didihkan air di dalam periuk..
Buah melaka dah siap boleh masukan ke dalam periuk untuk di rebus..rebus lebih kurang 5 minit..kalau timbul kira dah masak..angkat buah melaka dan gaulkan bersama kelapa yang dicampur sedikit garam..
Dah siap!!

Hari ini saya buat sagu kelapa pula..pun sedap juga..macam biasa rupa fail..tapi rasa dah boleh ‘jual’..sedap..resepi untuk 4 orang..
1 cawan sagu + 1 cawan gula + 3 cawan air + setitik pewarna (saya guna ungu) + daun pandan = masak atas dapur sampai likat/pekat..

Tutup api dan masukan ke dalam loyang..kemudian kukus adunan lebih kurang 15 minit..bila dah kembang penuh..angkat dan sejukkan..
Last sekali potong ikut suka dan gaulkan bersama kelapa (putih sahaja) yang dicampur sedikit garam..dah boleh hidang..sekian..

Saturday, August 6, 2011

Sesungguhnya - Ungu


Artist : Ungu

Tajuk : Sesungguhnya
saat dunia berhenti berputar
saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
menyinari dunia yang tak kau singgahi

mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi

dihadapannya,

dihadapanmu ya Allah

sesungguhnya manusia
takkan bisa menikmati surga
tanpa ikhlas di hatinya
sesungguhnya manusia
takkan bisa menyentuh nikmatnya
tanpa tulus di hatinya

Friday, August 5, 2011

Baca al-Quran

Bacalah al-Quran walau satu ayat!!

“Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf..” (Riwayat Tirmizi)

“Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda..” (Hadis riwayat Muslim)
Rottilil Qurana Tartiila..

Thursday, August 4, 2011

Stuff : Hide and Seek..

Rattle pertama Habib..sebenarnya dah lama cari benda ni..nak pass kat Nuha pula..hari ni punggah segala kotak baju2 lama..terjumpa juga..Condition pun elok lagi..cuma kena basuh sikit saja..dah berhabuk tersimpan dalam kotak yang tak pernah dibuka sejak pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri..Color pun OK..tak pudar..nak lelong kat e-bay pun boleh..
"Nuha guna second hand punya ok..bila Nuha besar sikit nanti mama beli baru untuk Nuha.."


Haaa..nak tahu apa lagi yang saya jumpa ?? Saya jumpa kasut lama Habib..bukan 1 tapi 11 pasang..campur 3 pasang yang dia pakai sekarang jadi 14! serius..banyak..saya tahu yang saya simpan kasut lama dia tapi saya tak sangka sebanyak tu..dah ambil gambar..nanti saya upload..buat kenang-kenangan..semuanya elok lagi..nak sedekah kat orang terasa sayang pula..simpan saja lah..encik suami cakap "mana tahu dapat baby boy pula lepas ni" heheh!!
OK..nanti saya post gambar kasut2 Habib..now saya nak share qoute yang saya baca kat Reader's Digest..


whoever coined the phares 'I slept like a baby' never had a baby..
Ya Betul..jumpa lagi..


Happy Hijriah Birthday Son!!

5th Ramadhan 1429 = 5th September 2008!


Mama so glad that Allah gave mama a son like you..
Mama so proud to have you as a son..
Mama so grateful that have you as a son..
Mama can see a little more of me in you..
No matter how many birthdays come and go..
You will always be my baby..always..
Happy Birthday Habibullah..
Happy Birthday to a wonderful son..
Happy Birthday to our pride and joy..
A son like you is a Gift from Allah..
Mama and Abu are so lucky to have such a great son like you..
Happy Birthday my son..
You have grown into an amazing little boy and I am so honored to be your mama..
Happy 3rd Birthday!!! May Allah Bless you..fiddunya walakhiroh..
Mama sayang Habibullah..

Tuesday, August 2, 2011

Agar2 Masam Manis

Resepi pencuci mulut ni sangat senang..sedap..rasa masam dan manis..jom semak resepi..

susu HL + minuman yogurt (saya guna peach + mango)..

masak agar2 + gula pasir + susu HL + sedikit pewarna (saya letak ungu)..masak sampai cair..
tapis dan tuang ke dalam bekas..biarkan sebentar..

sambil tu masak agar2 + gula + minuman yogurt sampai cair..kemudian tuang keatas agar2 HL tadi..pastikan agar2 HL separa keras..tuang perlahan2..

biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam fridge..
Dah boleh makan..

sedap..lapisan atas masam..dan lapisan bawah manis..selamat mencuba..

Goreng Terung Goreng..

Resepi kali ni dari Bangladesh..sangat sesuai buat berbuka..siapa lagi yang masak kalau bukan encik suami..hehe..sama juga macam snek yang lain tapi yang ni special dan sedap..sangat senang..jom tengok resepi.. Tepung kacang dhall..
Terung..saiz terung ikut suka hati..yang bulat ka..yang gemuk ka..yang kurus ka..rasa terung sama ja..

potong terung nipis2..ketepikan..
tumbuk 1 ulas bawang merah + garlic dan setangkai cili padi (boleh tambah if nak pedas)..campur tepung dhall (agak2 cukup untuk goreng) dan sebiji telur + sedikit air + garam secukup rasa..kacau sebati..
lepas tu celup terung dan goreng sampai garing..dah siap..makan time berbuka..sangat sedap..gambar dah siap tak ada..huhu..makan sampai lupa nak snap..gelojoh betul!! belum ada dipasaran..cuba try test..ok!