Showing posts with label Kisah Mama. Show all posts
Showing posts with label Kisah Mama. Show all posts

Friday, June 21, 2019

Al-Quran Penyelamat

Sambung baca al-quran. Ni ulang baca selepas dah khatam hari tu. Masih lagi dalam surah Al-Baqarah.




Terus terang akak cakap akak sanggup maraton baca al-quran dari bangun solat tengah malam #sejenisbaloqliat😌

Akak dah rasa siksanya menahan rindu saat Allah tarik nikmat baca al-quran bila akak diuji dengan period 7 bulan nonstop pada tahun 2017. Sejak tu akak tak pernah tinggal al-quran. Bila uzur, baca al-ma'thurat atau manzil.

Jadual akak macam ni:
Pagi : al-ma'thurat dan yaasin.
Petang : al-ma'thurat dan al-waqiah atau surah terpilih lain.
Malam/anytime : sambung baca sampai khatam.

Al-ma'thurat biasanya akak baca (dah hafal) sesambil drive nak hantar dan ambil anak dari sekolah.

Percaya atau tak, akak sekeluarga pernah terselamat dari kemalangan (terbabas) semasa dalam perjalanan ke Melaka. Semasa kejadian akak tengah ikut alunan qari di cd mengaji dalam kereta.

Waktu tu hujan renyai dan kenderaan bertali arus menuju ke arah selatan.

Akak yakin sangat, dengan asbab mengaji tu lah Allah selamatkan kami dari kecelakaan tu walau kereta kami remuk juga, kami semua ok tak cedera langsung.

Kereta kami terbabas langgar divider sebelah kanan jalan dan berpusing 360 darjah langgar divider lagi dan berpusing terus ke sebelah kiri jalan. Ajaibnya tak ada kenderaan yang lalu waktu tu. Plus highway 3 lane pukul 5pm kott waktu tu. Bila kereta dah berhenti, baru lah nampak ada kenderaan lain lalu disitu.

Dampinglah dengan al-quran setiap hari kerana ia akan menyelamatkan kita bukan sahaja di akhirat malah di dunia ni lagi. #saqahshares

Sunday, April 7, 2019

INTROVERT KAH?

Hari ni ada 2 jemputan birthday dan kenduri kahwin.

Macam biasa akak kirim hadiah atau ringgit dari jauh ja. Sebabnya akak paling tak suka tempat ramai orang ni.

Selain majlis, akak tak suka expo. Walaupun tinggal kat bandar besar lebih 15 tahun, akak jarang sangat pi expo. Boleh kira dengan jari berapa kali akak pi expo. Tak kisah lah expo barang baby ka, pesta buku ka, festival raya ka, shopping mall opening sale ka, memang akak tak minat lansung nak pi. Kalau nak pi Ikea sanggup lari pi pagi-pagi lepas hantar anak sekolah sebab time tu orang tak ramai. Tunggu la sampai pintu buka 😄

Pasar tani mega kat stadium yang berapa minit dari rumah pun akak jarang pi. Pasar malam akak akan pi pukul 5-6 petang 😄 Dulu masa tinggal kat KL, (belakang KLCC) rasanya sekali ja kot pi raikan malam merdeka kat KLCC tu. Tahun-tahun selepas tu lepak kat rumah ja sebab itu bukan jiwa akak.
Ini dipanggil penyakit apa akak pun tak tau!

Orang kata, kita ada anak, kena pi kenduri orang sebab nanti bila anak kahwin, orang tak mau mai kenduri kita.

Tak mau mai tak apa lah bila Habib atau Nuha nak kahwin nanti akak masak shellout kat rumah sudah, jamu tok kadi dan orang surau makan dah 😜 Keji kan perangai!

Tak konfiden?
Akak rasa ni bukan pasal konfiden sebab akak orang bisnes, akak jumpa dan tegur orang (customer & strangers) setiap hari. Banyak kerja official akak buat sendiri dari jumpa pegawai front liner hingga ke pegawai atasan. Kalau tak ada konfiden, akak takkan boleh buat kerja macam tu.

Akak tak suka crowd. Ada yang faham, ada yang kata akak sombong. Akak tak sombong cuma rasa rimas dan cepat-cepat nak balik. Ada tak hangpa rasa macam tu?

Saturday, October 21, 2017

Uptown Girl!?

Malam-malam macam ni teringat pulak kenangan lama. 'Uptown girl, she's been living in her uptown world!' Eh ternyanyi pulak 😄 uptown kalau kat KL macam pasar malam je kan. 

Dulu masa study, Uptown Damansara tu kira tempat happening la kalau dapat jalan-jalan situ. Jalan-jalan malam2 tengok orang berpusu-pusu datang punyalah ramai. Entah la kenapa orang pi situ pun tak tau lah. 

Sewa rumah dekat Kampung Baru betul2 tengah bandar. Asal rasa nak keluar coihh keluar. Asal rasa nak makan kat mana, start motor terus pegi. Masa tak ada motor naik cab tongtong dengan kawan-kawan. Tak pun jalan kaki ke KLCC ikut Jalan Yap Kuan Seng tu. Duduk sembang lepak depan KLCC sampai pukul 1 pagi. Kadang jalan kaki ke LRT Kampung Baru lepas tu panjang lah langkah lagi. Kampung Baru masa tu pun tak payah cerita la dia punya happening macamana. Dekat dengan Chow Kit pulak tu. Pernah sekali kolej-mate bawa masuk area Lorong Haji Taib naik kereta dia dengan beberapa orang kawan lagi la. Gila lah!! Time tu Sajat belum famous lagi. Punya ramai la kereta dok beratur drive-thru nak tengok free show 😅 Masa tu tak terfikir bahaya ke apa. Tapi fikir la jugak kalau ada orang kacau nak buat apa. Duit dan fon sentiasa dalam poket seluar jeans dan tak pernah bawa handbag. Lenggang kangkung ja.

Ada jugak la kadang2 kawan sekolah dulu yang dah kerja area KL datang rumah bawa jalan tengah-tengah malam eh pagi-pagi buta pukul 3 pagi belanja makan nasi lemak famous tu. Time study kalau dapat makan free Ya Allah tersangatlah heaven! 

Rasanya time study la yang banyak kali keluar tengah malam sampai ke pagi. Merasa la hidup bebas seketika. Merasa juga la tengok midnight movie dengan classmates ramai-ramai cerita Ju On kot time tu. Pernah sekali time bulan puasa disebabkan jem teruk sangat, saya dengan housemates jalan kaki ke Sogo. Jenuh tunggu cab nak pi berbuka puasa kat The Manhattan Fish Market la konon. Masa tu elaun YTM baru masuk. Bayangkan punya la jauh dari Kampung Baru ke Sogo ikut Jalan TAR. Kenangan sungguh! 

Saya tak ada boyfriend jadi kebanyakkan masa kalau keluar tu mesti ramai-ramai dengan kawan serumah tak pun jadi third wheeler ikut bestfriend keluar dating. Walau suka berfoya-foya solat tak tinggal ok. Masuk waktu pandai la cari surau untuk solat. Bila dah masuk kerja jarang sangat dah nak berfoya-foya malam-malam. Walaupun masih tinggal di rumah yang sama. Asal cuti ja tidur tak ingat dunia. Lepas subuh tidur balik then bangun tidur terus zohor. Penat sangat kot cari rezeki. Kalau tak cuti, waktu malam ja baru nampak muka housemates sebab masing2 sibuk. 

Bila Uptown Danau Kota pulak buka rajin juga ride ke situ naik motor dengan kawan sekerja, of course la ai yang bawa motor time tu. Dengar macam happening tapi hampeh apa pun tak ada. Sekarang dah lain banyak la kan. Dengan kawan tu la belajar pegi karaoke pertama kali dan terakhir dalam hidup. Itupun tongtong dengan dia. Saya old school punya orang. Tempat bising ni memang bukan tempat saya la. Tak sesuai dengan jiwa. 

Sampai la saya jumpa en suami hidup saya dah berubah sikit. Asal cuti ja pegi jumpa dia. Jaga kedai dia sama-sama. Dia yang banyak control saya dari gadis tak berapa nak gadis jadi feminim sikit la bila dengan dia. Bila berkawan dengan dia baru la pandai pakai handbag wanita, pandai pakai kasut flat macam ballerina tu. Baru la kenal Vincci, Nose & Primavera seangkatan. Kalau tak memang pakai beg jenis tali panjang macam student tu dengan kasut Bata yang bertutup. Pi kerja kat Celcom pun slumber pakai beg dan kasut tu 😅 saya bukan tomboy ya, masih perempuan sejati suka masak, suka pakai baju kurung tapi 'kahaq' orang utara kata. Keayuan memang tak ada dalam kamus hidup saya. 

Kenangan. Semuanya bagi saya baik-baik belaka. Alhamdulillah Allah sentiasa jaga. Andai waktu tu macam sekarang sumpah saya takkan berani buat. Apa jadah pi lepak depan water fountain KLCC sampai pukul 1 pagi. Semua anak dara pulak tu. Seram pulak bila fikir balik. Dulu bukan main naik motor ke hulu ke hilir tengah-tengah KL. Sekarang ni taubat dah nak sebut pasal motor pun en suami tak bagi. 

Saturday, April 4, 2015

Tepi Laut

Air laut surut..berselut..
 
 
Terlalu banyak kenangan zaman kanak2 saya datang menjelma bila saya tengok pantai ni..pantai ni kami gelar 'tepi laut'..dulu selalu sangat habiskan masa kat tepi laut ni..nak main, main kat tepi laut..asal hilang ja, mak pi ligan kat tepi laut je lah..rumah maktok saya dekat sangat..rumah arwah nenek (Tok Esyah) lagilah dekat..belakang pokok2 ni ja..

Bangun tidur terus pi tepi laut..balik sekolah terus pi tepi laut jugak..dulu sebelum mengaji dengan arwah nenek (Tok Jah), saya mengaji dengan arwah Mak Tom..rumah Mak Tom kecil ja..macam pondok ja..memang pondok pun..elok ja terletak kat tepi pantai..bila duduk kat tangga tu, angin tak payah cakap lah kan..best sangat2..dengan pokok nyoq melambai2 dan laut terbentang luas di depan mata..fuhh..dari dulu lagi saya teringin sangat nak rumah macam tu..kenangan tu terlukis elok dalam ingatan ni..
 
Habib dan Nuha ikut uncle Anas jalan2 atas batu..bila nampak ketam, pakat lari lintang pukang sampai Nuha terjatuh daaa..nangis la apa lagi..
 
Kalau rajin, berjalan la kami sampai ke hujung pantai panjat batu2 sikit nak ke kawasan Royal Air Force (RAF)..kadang pi situ cuma nak tengok orang mandi kolam dari luar pagar je..teringin sangat nak mandi kolam..kesian sungguh..padahal dah tersedia depan mata kolam yang enfinity yang Allah cipta..biasa la kan..bila dah biasa mandi laut, teringin nak mandi kolam..sekarang dah ada kolam dekat rumah, teringin nak mandi laut pulak..ish..ish..tak tau bersyukur betul! Laut memang tak pernah mengecewakan..Subhanallah!!
 
Dulu, main masak2 kat bawah sampan telangkup ni..konon2 rumah la..haha..
 
Saya rasa jugak membesar kat kampong..saya tinggal dengan maktok sekejap sampai darjah 3..saya belajar bawa motor pun kat rumah maktok..bawak motor tokwan..pertama kali terbabas langgar peti surat..kahkahkah..peti surat jenis terpacak kat tanah, macam tengah tunggu orang langgar dia pulak..pagi2 boleh tengok bot2 nelayan naik bawa ikan segar2 dari laut..kadang Pak Cik Man sedekah ikan untuk maktok dan arwah nenek..bila cuti sabtu ahad sengaja saya tunggu dan tengok Pak Cik Man dan lain2 longgok ikan, timbang ikan, asing2kan ikan..kadang saya tolong juga asing2kan ikan..cuma lemparkan ja ikan2 ke kumpulan masing2..seronok tau..

Bila hujung mingu pulak Ah Peng datang masuk kampong jual barang..dia bentang kain then longgok segala macam pakaian yang ada dari dalam kereta dia semua dia bawak keluar..nak baju apa semua ada..baju seragam sekolah, kain batik, baju tidur, telekung, stoking, underwear, tuala, selimut sebut ja semua ada..orang kampong tak payah keluar shopping pun tak apa..Ah Peng bawak semua..kalau tak da size, tunggu next 2 weeks macam tu dia mai lagi..boleh beli hutang pulak tu..bayar sikit2..setiap kali dia mai, pakat dok hulur buku 555..sekarang ni pun rasanya Ah Peng ada lagi..masih lagi keluar masuk kampong bawa barang penuh kereta..dari satu kampong ke satu kampong dia masuk ..

Teringat dulu pernah sekali terjadi tragedy ombak besar..tapi saya tak ada kat situ..bila ombak dah tak berapa nak besar baru kami datang rumah maktok nak tengok kemusnahan semua..habis rumah2 tepi laut ni musnah ditelan ombak..bayangkanlah ombak setinggi pokok nyoq..tinggi tu..masa tu berita Dunia Jam 10 dok siar pasal tragedy ombak ni je lah..Alhamdulillah rumah maktok ok ja..tapi rumah arwah nenek (Tok Esyah) lah yang rosak teruk sebab rumah arwah nenek betul2 tepi laut..rumah tu pun hampir tenggelam juga..separuh dinding bahagian luar terbenam dalam tanah sampai ke tingkap..maknanya bila buka tingkap terus boleh pegang pasir..

Dulu pantainya lebih jauh..lebih luas..tak ada batu2 semua ni..sejak tragedy ombak besar tu lah yang kerajaan naikkan batu2 ni dijadikan tebing..dah tak boleh bergolek2 lagi dah..kalau nak golek2 main pasir boleh jalan sikit arah ke Pantai Bersih..setiap kali balik kampong saya akan singgah beli cendawan goreng kat situ..fuhh..sedap sangat..dan lagi satu fav saya Ais Kacang Mak Jah..dulu warong Mak Jah berdepan dengan sekolah St. mark Butterworth (seberang jalan) tapi la ni dah pindah kat belakang kuil Hindu kata Maktok..Ais Kacang yang sebenar2nya..bukan ABC penuh warna warni tu..tapi Ais Kacang dengan ais krim..yang paling best ada buah pala dalam tu..kacang shanthong pun banyak..sedap sangat..Ais Kacang macam tu memang tak ada kat mana2..fuhh..meleleh dah ni..

Lagi satu kalau korang nak tau, rumah Ismail Arifin aka Lepat pun kat kampong ni jugak lah..sejak kecil memang selalu la jumpa Lepat tu..lepas kes anak dia dilarikan oleh bekas isteri, selalu juga tengok dia macam orang gila dengan rambut dreadlocks dia tu kan..kadang terserempak dia  kat KOMTAR..kadang terserempak kat Jetty..now Alhamdulillah tengok hidup dia kembali ceria dengan anak2 Aminah dan Azali serta  isteri Germany dia tu..cantik betul..macam tu lah hidup kita kan..kadang Allah uji kita, Allah test tahap kemampuan kita..bila dah lulus, kita naik level..kalau cemerlang, kita naik level dan dapat reward sekali!
 
Sekali sekala balik tengok maktok, tengok tokwan memang best..setiap kali balik memang tak sah kalau tak singgah melawat ke rumah maktok..bila balik rumah maktok terasa macam pulang ke sarang..
 
Hello!! I'm Home!!
 

Monday, March 30, 2015

Doakan Ya!

Congratulation to myself!!
 
 
 
Yeay!!
 
 
 
Akhirnya..
 
 
 
Yeay..
 
 
 
Tak sangka sangat..
 
 
 
Alhamdulillah..
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
Khabar gembira yang disampaikan oleh Dr Marzita sangat lah mendamaikan jiwa..
 
Alhamdulillah cyst yang dikesan oleh sebuah klinik tak besar mana..Alhamdulillah..
 
Maaf ya..
 
Gambar di atas bukannya fetus..huhuhu..
 
Itu adalah cyst (endometriosis) yang kecil saja saiznya..lebih kurang 40mm saja..
 
Alhamdulillah result pap smear juga normal tiada masalah..
 
Syukur padaMu Ya Allah..
 
Lepas ni kena ambil HPV shots pula untuk kesihatan berpanjangan..
 
Doakan ya..
 
Doakan senggugut teruk saya hilang..

Doakan saluran fallopian tidak tersumbat..
 
Doakan cyst hilang juga..
 
Doakan saya berbadan 2..
 
Doakan ya..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, March 7, 2015

Let It Go!!

Kelmarin treadmill dan exercise bike dah selamat dibeli oleh Encik & Puan suami isteri (lupa tanya nama..my bad!) nak bawa balik Johor katanya..terima kasih banyak2..ada lagi selonggok bikes Habib dan Nuha nak let go nih..tapi kena tanya budak dua orang tu dulu..huhu..kalau ikutkan hati mama nak jualkan ja semua tu..nanati kalau bebudak tu setuju, saya post iklan ye..saya memang nak clearkan space kat bahagian tu so boleh letak almari buku kat situ..saya nak buat build-in bookshelf tapi en suami macam tak setuju..dia lagi suka letak almari buku biasa..boleh ubah2..ermm..kita tengok nanti siapa yang menang!!

Badan letih sangat hari ni..first time pergi PIBG meeting..pukul 12pm baru habis..Habib pulak ada TKD..dah la breakfast minum coffee je pagi tadi..diorang jamu bihun tapi perut saya ni jenis tak boleh makan bihun pagi2..nanti kembung..emosi pulak tak berapa setabil..malas nak cakap2 hari ni..diam lebih baik..rasa nak marah je bila balik tengok baju sekolah nak kena cuci..kasut sekolah..kain baju harian berlonggok belum cuci..comforter pun kena cuci lagi..ada orang ter'babas' malam tadi..mimpi jadi bomba gamaknya..habis comforter, cadar semua..hmmm..tengok pun dah rasa letih..tak cuci nanti bau hancing pulak..aduhhh..mujur la dapat suami perihatin..balik rumah dia dah siap masak..Alhamdulillah..

En suami ke Melaka hari ni..saya balik dari sekolah, terus dia past batton..so semua saya kena settle sendiri..okeyyy..

Tarik nafas dalam2..
Hembus perlahan..
Let it go ~~

Tuesday, May 6, 2014

Nostalgia

 
HAHAHAHA..
Tergelak besar saya bila tengok gambar ni..gambar yang paksu saya post dalam whatsapp..dah la ghenyih macam kerang busuk..pakai baju color mandela pulak tu..Hahahaha..yang tak boleh tahan tengok tudung kuning tu..hahahaha..style Fareeda tuuu..patut la saya kurang berkenan nak beli tudung Fareeda..rupanya saya lagi advance..heheh..

Adeh..pecah perut dok gelak..dulu-dulu mak saya memang selalu beli tudung sama color dengan baju..kalau raya 3 pasang baju kurung, tudung pun 3 helai jugalah..bila masuk asrama di sekolah agama pun macam tu..setiap baju disertakan tudung sekali..maka banyak lah tudung2 labuh saya..kawan2 pun suka, boleh buat pinjam..heheh..

Nostalgia..
Sengaja saya tayang gambar ni..walaupun rupaku tak boleh blah..tapi, banyak kenangan di sebalik gambar ni..gambar ni  diambil kira2 20 tahun yang lalu..dipagi Syawal bersama paksu yang paling kanan dan sepupu Fikri serta 2 orang adik saya Amin dan Iman..

Setiap kali tiba hari raya, kami akan berkumpul dirumah maktok di Butterworth..rumah maktok dekat dengan pantai..maktok dan tokwan ada 11 orang anak..bayangkan betapa meriahnya bila semua berkumpul..mak dan makcik2 masing2 akan bawa juadah dari rumah dan hidangkan di rumah maktok..gotong royong masak tengahari raya pun disitu juga..bila dah ramai2, saya lebih suka melayan adik2 dan sepupu2 yang kecil berbanding membantu di dapur..

Sebelum orang habis sembahyang raya lagi kami dah berangkat kutip duit raya dari satu kampung ke satu kampung termasuklah di flat2 di Pantai Bersih tu..huhuh..

Nostalgia..
tetap tersemat padu dalam ingatan..zaman anak2 saya, anak2 kita sangat berbeza..mereka lebih bijak dan lebih advance dari kita..betul kan..sekarang menjadi tugas kita pula untuk create moment indah bersama anak2 agar menjadi kenangan yang boleh buat mereka tergelak walau cuma terpandang sekeping foto tersengih berbaju persis Mandela..

Saturday, December 31, 2011

Azam tahun baru..

Apa azam tahun baru 2012 ni ya?
Seingat saya dalam tahun 2011 ni dah berkali2 saya berazam..semasa lahirkan Nuha pun saya berazam..nak jadi ibu yang lebih baik..nak susukan Nuha sehingga genap 2 tahun..kemudian pada ulangtahun perkahwinan saya pun saya berazam..saya nak jadi isteri terbaik..nak masak setiap hari untuk suami..Pada hari lahir saya pun saya berazam mahu manjaga solat..dan bersolat di awal waktu..tahun baru Hijrah pun saya berazam lagi..supaya saya dapat bahagikan masa antara kerja dan kerja rumah..tak nak lagi tangguhkan kerja..kemudian malam ni pun saya nak berazam lagi..azam saya kali ini agar saya dapat menjalankan tanggungjawab saya dengan lebih baik dan istiqamah sebagai seorang Muslim..seorang isteri..seorang ibu..seorang anak..seorang pekerja yang juga seorang majikan!

Apa pula impian atau target untuk 2012 ni?
Bagi saya impian adalah sesuatu yang kekal yang tidak berubah2 yang juga selalu diberi tumpuan oleh fikiran..
Saya punya banyak impian..Saya tulis impian saya dan simpan di dalam Al-Quran..Setiap kali buka Al-Quran saya akan pegang kertas tersebut sambil berdoa pada Allah.. “Sempurnakan impian saya Ya Allah..”


I HAVE A DREAM..

1. To continue my study..Get a ‘degree’ before 30.
2. Change my car..my dream car is Toyota Rush.
3. I want to win EON Bank + Reader’s Digest Contest => RM250,000.00.
4. To have my own boutique. (HABIB MOLEQUE BUTIK)
5. To built a big house for my parents.
6. Go holiday with my husband and son. And visit my in laws in Bangladesh.
7. I want money!! RM500,000.00 in my account before I turn to 30. CA$H!!

I HOPE MY DREAMS WILL BECOME TRUE! INSYAALLAH..

Saya amat percayakan aura positif..jika saya berfikiran positif, perkara2 positif akan datang pada saya..saya juga percayakan Law of Attraction (LOA)..jika saya mahukan sesuatu..fikirkan setiap masa..lama kelamaan akan dapat juga..Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata : Allah juga tidak memberi apa yang kita mahu..tetapi memberi berdasarkan apa yang selalu kita beri tumpuan..

OK..Berbalik kepada impian saya..Impian ini saya tulis pada tahun 2008 selepas lahirkan Habib..dan tersimpan elok di dalam Al-Quran.

To continue my study..Get a ‘degree’ before 30.
Memang tak tercapai nampaknya..sebab tahun 2012 bermakna umur saya 29 tahun..jadi untuk dapatkan ijazah pada umur 30 adalah mustahil bagi saya yang banyak tanggungjawab ni..

Change my car..my dream car is Toyota Rush.
Alhamdulillah..impian terlaksana..kuda putih ini kini milik saya..dihadiahkan oleh encik suami..Terima kasih en suami..fikir2kan selalu..sebut2kan selalu..dan berusaha atau kerja keras..Insya Allah dimakbulkan..


I want to win EON Bank + Reader’s Digest Contest => RM250,000.00.
Saya sertai kontes ini tetapi apakan daya..rezeki bukan milik saya..mustahil untuk saya capai impian ini.

To have my own boutique. (HABIB MOLEQUE BUTIK)
Hahaha..macam lawak je kan..dari food industri ke garment industri..tapi saya amat yakin akan datang saya akan memiliki sebuah butik..ehem..soooo klise..dan yang pasti bukan lagi HABIB MOLEQUE BUTIK..mungkin NUHABIB BUTIK ke..hehe..

To built a big house for my parents.
Saya janji pada diri saya..suatu hari nanti saya akan bina sebuah rumah besar untuk mak+ayah saya.titik.

Go holiday with my husband and son. And visit my in laws in Bangladesh.
Go holiday luar negara maksudnya..Ya..saya dah capai impian ini..Saya dah melawat keluarga mertua di Bangladesh..Akan datang saya akan tulis Go holiday with my husband and son and daughter..heheh..


I want money!! RM500,000.00 in my account before I turn to 30. CA$H!!
Impian ini tidak mustahil untuk dicapai..saya akan work for it..kerja kuat lagi..besarkan perniagaan..saya belum lagi 30 tahun..saya perlukannya untuk capai impian no.5 saya..I really hope my dream will become true..

Banyak lagi impian saya..contohnya : saya nak buat Haji bersama keluarga..saya akan tulis semula..dan kejar satu persatu..InsyaAllah..

Saturday, September 24, 2011

Semalam 24/9/2011..

Semalam 24/9/2011 genap umur saya 28 tahun..dah tua kan..tapi saya semakin bersemangat dan lebih ceria berbanding dulu..syukur dengan nikmat kebahagiaan yang diperolehi..Saya masih belum terima apa2 hadiah dari en suami..sengaja tak nak tanya..dia masih sibuk..sebelah petangnya, en suami dan Habib belikn kek Tiramisu dan Sate Kajang..

Semalam juga pembukaan kiosk Asam & Jeruk yang ke-6 di Kompleks PKNS Shah Alam..Alhamdulillah..sambutan memberansangkan..

Semalam genap usia Nuha 6 bulan..Nuha lahir pada 24/3/2011..
Dan semalam juga hari pertama Nuha makan solid food..Ya..hari yang saya tunggu2 telah tiba..

Tahniah untuk saya kerana berjaya menyusukan Nuha sepenuhnya..dan tahniah juga kepada Nuha sebab Nuha dah jadi ‘Exclusively Brest Fed Baby’..beruntungnya Nuha! Nuha minum susu ibu sepenuhnya secara terus dari saya..setitik susu pun tak pernah dibekukan..Alhamdulillah..Solid food pertama Nuha adalah bubur nasi kosong + sebiji buah kurma yang diblender halus..itu saja..nanti saya cerita lagi dan upload resepi serta gambar..sekian..

Happy Birthday Mama! Habib dah 'colek' ising tu..hihi..

Friday, September 23, 2011

Seorang Aku!

1983 - Aku dilahirkan pada waktu dinihari seawal 2.57am di Hospital Bukit Mertajam Pulau Pinang..

1984 - umurku setahun..menetap di Sungai Nyiur yakni dirumah arwah maktok sebelah ayah..

1985 - umurku 2 tahun..aku dianugerahkan seorang adik lelaki yang bernama Nuriman..ayahku telah membeli sebuah rumah di Taman PKNK, Kulim..kami sekeluarga tinggal disana sehingga sekarang..

1986 - umurku 3 tahun..

1987 - umurku 4 tahun..

1988 - umurku 5 tahun..aku disekolahkan di Taski Taman Bersatu, Kulim..aku langsung tiada memori disitu..yang tergambar difikiranku hanyalah sebuah rumah yang dijadikan sekolah..dan aku ada beberapa orang rakan dan salah seorang darinya membawa 2 biji tomato ke sekolah setiap hari..

1989 - umurku 6 tahun..aku disekolahkan pula di Taski Taman Bendi, Lunas..aku teringat kami bermain di taman..aku menconteng dinding sekolah..aku disayangi guru kerana sifat rajinku menemani dan mencuci rakanku apabila mereka selesai ke tandas..mungkin juga ketokohanku sebagai seorang kakak telah terserlah..aku sekali lagi dianugerahkan seorang lagi adik lelaki yang bernama Nuramin..

1990 - umurku 7 tahun..darjah 1..aku ditinggalkan bersama maktok di Bagan Ajam dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam, Butterworth..Terlalu banyak memori disitu..sungguh manis..di rumah maktok aku terasa sentiasa disayangi..Setiap hari jumaat ayah akan ambil aku dengan motor Honda dan dibawa pulang ke Kulim..dalam perjalanan kami akan singgah di pasar malam..ayah akan belikan aku asam color merah dan jeruk lai untuk ayah serta sedikit gula2 untuk adik2ku..Ayah akan hantar aku kembali pada hari isnin pagi dengan wang saku sebanyak RM2 yang kukira cukup lumayan ketika itu..

1991 - umurku 8 tahun..darjah 2..aku masih tinggal dengan maktok dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam, Butterworth..memori yang tak mungkin aku lupa adalah aku mendapat markah matematik 100%..aku dipanggil naik ke pentas untuk terima hadiah pada hari penyampaian hadiah..dapat 5 buah buku tulis..balik dari sekolah mak ngah pula hadiahkan aku satu set alat tulis berserta color magic..aku sungguh teruja..aku juga dianugerahkan lagi seorang adik lelaki juga yang bernama Nurikram..hitam manis..

1992 - umurku 9 tahun..darjah 3..mak dan ayah mengambilku kembali dari jagaan maktok..perasaanku seronok juga..tetapi tanggungjawabku bertambah kerana aku mempunyai 3 orang adik lelaki..aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Limau, Lunas,Kedah..ketika itu adikku Nuriman darjah 1 di sekolah yang sama..aku juga punya seoang rakan karib bernama Irma..

1993 - umurku 10 tahun..darjah 4..aku disayangi cikgu matematik..Cikgu Zainab yang aku akan ingat jasanya sampai bila2..

1994 - umurku 11 tahun..darjah 5..aku dianugerahkan lagi seorang adik lelaki juga yang bernama Nur Shahidan..adik bongsuku amat manja denganku..

1995 - umurku 12 tahun..darjah 6..UPSR..aku selalu mengulangkaji bersama Irma..kami bagaikan kembar..dimana ada aku pasti ada Irma..kami pernah memasuki pertandinan nyanyian dan nasyid bersama..keputusan UPSR aku dan Irma juga sama..rindunya pada Irma!

1996 - umurku 13 tahun..tingkatan 1 di Madrasah atTaufikiah alKhairiah alHalimiah (Pondok Pak Ya)..home sicked!

1997 - umurku 14 tahun..tingkatan 2..banyak sangat kenangan yang tak mampu aku taip..

1998 - umurku 15 tahun..tingkatan 3..PMR..aku bukan pelajar yang pintar! resultku biasa-biasa saja..terlalu banyak kenangan di situ..banyak!

1999 - umurku 16 tahun..tingkatan 4..aku berpindah sekolah lagi..kali ini aku belajar di Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Tanjung Piandang Perak..

2000 - umurku 17 tahun..tingkatan 5..SPM..resultku juga biasa-biasa..kenangan disekolah ini juga sangat banyak..tak tertulis banyaknya..yang paling penting aku sangat happy di situ..betul2 enjoy!

2001 - umurku 18 tahun..pertama kali ambil lesen motor..aku juga mengisi masa dengan menjadi ustazah di Qiraati Nurul Aisaar, Sungai Dua,(USM) Penang selama 4 bulan..sangat seronok serumah bersama Kak Timah dan gadis Thailand, Suranya..walaupun gajiku hanyalah RM400 bersih, aku sangat gembira..kemudian aku berkerja di Telekom Bukit Mertajam..rakan2 ofisku kebanyakkannya umur sebaya mak..yang muda2 hanyalah aku, Kak Rose, Kak Tini, Kasthuri dan Sangeetha..pengalaman di sana juga sangat2 berharga..gajiku waktu itu hanyalah RM820 dan aku telah membeli sebuah motosikal second hand..motor modenas Kriss color merah..

2002 - umurku 19 tahun..aku menyambung pelajaran peringkat Pra Diploma di Telekom Training College..Ya..aku bukan orang bijak tapi aku nekad menjadikan diriku seorang yang berilmu..Aku tinggal di hostel sebelum menyewa di Flat PKNS, Jalan Tun Razak, KL..

2003 - umurku 20 tahun..aku kemudian diterima ke peringkat Diploma di Multimedia College, Jalan Semarak, Kuala Lumpur..Aku mengambil jurusan Multimedia in Bussines Computing..Aku sangat teruja kerana aku bertekad mahu belajar dan berkerja di bandar bertuah ini..Terlalu banyak memori..indah2 belaka..Aku mendapat handfon pertamaku yang dibeli oleh ayah..Nokia 3210..

2004 - umurku 21 tahun..ayah juga membelikan sebuah laptop untukku..jenama Dell..aku tahu ayah sayangkan aku dan berharap aku berjaya mencapai cita-citaku..terima kasih ayah..

2005 - umurku 22 tahun..Tahniah! aku graduate..aku telah terima Diplomaku dengan CGPA 3.38..aku puas hati..tanpa menganggur aku terus berkerja di Infinity Rank, Jalan Ipoh sebagai sales girl selama 4 bulan..gajiku RM1080..aku sangat suka dengan sikap bosku Mr Nathan..begitu bermotivasi..

2006 - umurku 23 tahun..aku bekerja pula di butik Silk Story, Ampang Park dengan gaji sehari RM35 berserta komisen 2%..bosku Mr Emre warga Turki dan isterinya warga China..aku diupah oleh Mr Emre untuk menyusun semula ayat2 dari buku yang telah di terjemah dari bahasa Turki - English - Malay..satu paper penuh RM20..lumayan kan..?? Ketika inilah aku berjumpa dengan en suami..asalnya sebagai rakan..rakan kongsi..kemudian kongsi hati..hihi..Terakhir, aku berkerja di Menara Celcom pula sebagai Celcom Careliner..Gaji yang ku terima ketika itu RM1300..aku kurang suka kerjanya..tetapi apakan daya kutahan juga selama 6 bulan..Akhirnya aku nekad berhenti kerja dan join perniagaan bersama en suami dan kedai pertama kami di Shah Alam Mall..Aku juga telah membeli kereta pertamaku..

2007 - umurku 24 tahun..memori terindah dalam hidupku..aku sah menjadi isteri..suamiku Md Abdul Maleque bukan warganegara..perkahwinanku direstui keluarga..begitu mudah urusan dokumentasi kami..saat aku dinikahi..hujan renyai membasahi bumi..dan berhenti setelah selesai ijab dan kabul..Syukur..

2008 - umurku 25 tahun..kebahagiaanku berganda..aku mendapat seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Habibullah..menyinari hidup kami suami isteri..perniagaan juga semakin berkembang..rezeki semakin murah..Alhamdulillah..

2009 - umurku 26 tahun..Aku berjaya memiliki sebuah rumah di Shah Alam hasil simpanan bersama..Anakku Habib juga selamat dibedah..Syukur..

2010 - umurku 27 tahun..Aku telahpun pulang ke tempat asal suamiku di Bangladesh..pengalaman yang sangat manis..berjumpa mertua dan ipar duaiku yang lain bangsa dan bahasa..aku seronok disana..dilayan bagaikan artis..hehe..InsyaAllah jika ada rezeki tiap2 tahun kami akan pulang ke sana..

2011 - umurku 28 tahun..aku dianugerahkan seorang anak perempuan yang ku idam2kan sejak dulu..ku beri nama Nuha Sumayyah..perniagaan juga semakin maju..rumah di Bangladesh milik suami juga siap sepenuhnya..Alhamdulillah..

Hari ini..24 september 2011..genap usiaku 28 tahun..banyak lagi impianku yang belum terlaksana..dan akan ku kejar satu persatu..berserta doa pada yang maha Esa agar penuhi impianku..azamku kali ini mahu menjaga solat..dan bersolat diawal waktu..semoga hidup diberkati dan dirahmati Allah..

Selamat Ulangtahun Aku..Aku Bangga menjadi seorang Aku..

Saturday, September 10, 2011

Mekarlah bunga yang wangi!!

Dah lama saya nak tulis tentang Nuha..Nuha yang sangat cute..sangat bijak..sangat bulat..dah banyak kali saya nyatakan..Nuha adalah Doa yang dimakbulkan Tuhan..tapi apa Doa saya ya..
Kadang2 saya berdoa panjang berjela..kadang2 sikit ja..

Ya Allah..aku inginkan anak perempuan..menjadi teman bicaraku..menjadi kawanku..menjadi puteri dihatiku..menjadi bunga yang mewangi seluruh hidupku..
Ya Allah..aku inginkan anak yang sempurna sifatnya..sempurna akalnya..sempurna kesihatannya..sempurna segalanya..
Andai dia ditakdirkan seorang lelaki..Kau lahirkanlah dia sebagai seorang perempuan..yang cukup sifatnya Ya Allah..
Andai dia sakit..Kau sihatkan dia..
Andai dia cacat..Kau sempurnakan dia..
Andai dia mati sebelum dia melihatku..Kau hidupkannya..
kerna dengan Kun Fayakun-Mu..
hanya Kau yang mampu! Amin..
Maka dengan izin Allah..lahirlah Nuha Sumayyah yang sempurna..yang cukup sifatnya..Moga Nuha sebijak nama..setabah Sumayyah..Syukran Ya Rabb..

Di awal kehamilan..saya tersangatlah mabuk..morning sickness..bau wangi tak boleh..busuk tak boleh..bau makanan apatah lagi..nak bau yang natural saja..asal makan nak termuntah..
Setelah kandungan masuk 5 bulan..saya disahkan mengalami kehamilan jenis Placenta Praevia type III (uri bawah tahap 3 out of 4..huhu)

Setiap kali solat saya mohon doa agar uri ‘naik’ supaya saya dapat bersalin normal macam saya lahirkan Habib..sangat senang..ada yang sarankan agar saya pergi berurut dengan bidan..tapi saya jenis yag tak berapa percaya bidan atau bomoh ni..sorry ya.. Apa yang doctor sarankan itu yang saya akan ikut..

Tatkala kandungan masuk 7 bulan..saya sendiri yang minta doctor buat detail scan agar saya dapat tahu kondisi anak yang saya kandung..semuanya di scan..jantungnya..mana tahu sejarah mungkin berulang..saiz tapak kaki..boleh la prepare beli kasut..huhu..ukur lilit kepala..leher..buah pinggang..matanya..saiz hidung..betul tak tipu! En suami dah senyum lebar sebab doctor cakap hidung baby tinggi..tapi doctor cakap baby boy..sebab nampak ‘pistol’..huhu..
Dan yang paling sadis doctor cakap leher baby tebal..usus nampak sangat bersinar..apa kaitannya saya pun tak tahu..kemungkinan besar baby Sindrom Down..GULP!

Jantungnya..
Tapak kakinya..

Ya! Sekali lagi saya diuji <-itu yang saya fikir..doctor sarankan agar saya jalani satu test dimana doctor akan ‘cucuk’ perut dan ambil air ketuban untuk dianalisis..kemungkinan besar akan ada konstrasi awal..makna kata bersalin awal..baby bakal tak cukup bulan..Fuhh..saya tarik nafas dalam2..hembus perlahan..telan liur..


“Tak payah la doctor..redha ja lah..macamana keadaan dia pun saya terima..”air
mata dah bergenang..

Yang saya tak puas hati..doctor ni tak professional langsung..bagi la motivasi sikit kat patient kan..ini tidak..dia cakap.. “kesian ye..kalau di barat boleh gugurkan kandungan tapi di Malaysia tak boleh” dengan muka yang sangat kasihan..seorang doctor wanita yang saya kira seorang ibu juga..bertudung litup bercakap pasal ‘gugur’ kepada patient yang baru tahu anak yang dikandung Sindrom Down..sungguh tak boleh diterima dek akal..

Alhamdulillah..saya kuat..saya tabah..saya ada Iman..saya ada suami yang kata “ u tak payah fikir apa yang doctor cakap..Tuhan ada..” Ya..Allah ada..Dia tempat saya luahkan segala..saya ignore saja semua tu..seolah2 saya tak tahu apa2..saya hanya mampu berdoa..

Saya dijangka bersalin pada 14 April 2011..saya suka tarikh ni..sama tarikh Habib ‘open heart’ dulu..
En suami hantar saya balik ke Kulim 18 Mac 2011..lebih kurang sebulan sebelum bersalin..saya nak lahirkan anak di Kulim..sebab ada mak..Ya..ada mak..walaupun en suami tak pernah abaikan saya..saya nak mak ada masa saya ‘sakit’..mana tahu kalau2 mati semasa bersalin..sekurang2nya mak ada..

22 Mac 2011..saya serah diri sendiri..huhu..saya pergi daftar untuk final check up di Hospital Kulim..Ye la..monthly check up kat DEMC..so kena la serahkan segala surat yang doctor DEMC kirim kat doctor Kulim..saya disuruh ke labour room..tempat saya lahirkan Habib dulu..
Sampai sana doctor baca surat2 tu..lepas tu doctor scan perut..terlopong mulut doctor2 tu..


Dr : “ni kes PP ni..kat sana doctor tak admit ka?”
Saya :“tak pernah”
Dr : “ish..bahaya ni..boleh tumpah darah..hari ni kena admit..PP type III pulak tu..”
Saya : “berapa lama nak admit doctor..saya ada anak kecil..”
Dr : “sampai bersalin..”HUH??!!
Air mata dah bergenang..lagi 3 minggu nak bersalin..3 minggu juga saya di wad..Habib macamana?? Berderai airmata..

22 Mac 2011
Hari pertama di wad sangat menyeksakan jiwa..En suami di Shah Alam..Habib kt rumah mak..network ‘data’ tak ada..wifi apatah lagi..makna kata tak boleh nak berinternet..tinggal saya sendiri di wad yang begitu asing pada saya..betul2 sendiri..masa terasa sangat lama..saya tidur dan berharap akan bangun esok hari..tapi cuma 10 minit dah terjaga..kalau en suami call, atau saya yang call mesti berderai airmata..

23 Mac 2011
Hari kedua..saya dah ada kawan..sebelah menyebelah..berdepan..sebilik..sama2 menicah mangga muda dengan garam belacan..saya cuma makan apple merah sebab saya dah jemu dengan benda2 asam ni..sama2 berkelah gulai dan sambal belacan yang mak masing2 bekalkan petang tadi tatkala semua orang dah nyenyak tidur..walau seronok..hati sayu saja..teringat suami..rindukan anak..tak putus2 saya berdoa..permudahkan Ya Allah..tak sanggup rasanya nak bertahan lagi berminggu..boring..saya yang sihat walafiat..disahkan ‘sakit’ dan perlu berehat..walau tak sakit..mampus!!

Hari ni ada khabar gembira..doktor datang dan bagitau saya akan dibedah hari Ahad 27 Mac 2011..seronok tak terkira..tak berapa hari lagi..saya cepat2 call en suami..saya tahu dia sedang sibuk sebab kiosk di The Mall (PWTC) akan beroperasi pada 25 Mac 2011..saya tak harap dia datang sebab saya betul2 tahu dan faham akan kesibukan itu..Dia janji akan kerap call saya..dan dia tepati..

Malam..saya rasa sesuatu yang tak kena..perut saya mengeras..ya..konstrasi..perkara sebegini adalah biasa pada ibu2 yang menunggu hari macam saya..tapi dalam kes PP type III..benda macam ni tersangatlah bahaya..bayangkan kalau konstrasi makin kerap..uri yang terkeluar dulu..akan berlaku tumpah darah..dan tumpah darah membahayakan nyawa si ibu dan juga anak!! Saya segera panggil nurse..

24 Mac 2011
Pagi itu saya bersiap sedia..seakan tahu ini adalah harinya..saya mandi sebelum subuh..bersolat dan kemas barang sikit2..saya sempat jamah kuew teaw goreng..
Seawal jam 8 pagi nurse datang bawa mesin ECG..nak tengok graf gerakan bayi..ya..memang betul dah ada konstrasi beberapa kali dalam masa tak sampai setengah jam..tapi saya belum rasa sakit..
Kelam kabut juga saya tengok nurse ke sana kemari..call dan jawab call dari dewan bedah (OT)..sebab saya perlu dibedah SEGERA..makna kata..nurse pun kata SEKARANG!!

Emergency!!
Semuanya kena cepat..orang OT dah panggil..cepat2 call mak..salin baju..bercukur di tempat bedah..masuk tiub kencing..kasi beg baby kat nurse..kena sign itu..kena sign ini..pakai topi bedah..baring atas katil sorong tu..phew..di tolak terus ke dewan bedah..Alamak saya tak call en suami..handphone?? mana handphone saya??

Sampai di OT saya masih gelisah..saya belum minta ampun dengan en suami..saya tak sempat jumpa Habib..kalau saya mati macamana..??Ya Allah selamatkan aku..Ampuni dosaku..saya pejam mata seolah2 nak tidur..saya berdoa lagi..Ya Allah tenangkan hatiku..tenangkan hatiku..tenangkan hatiku..saya makin tenang..

Saya diberitahu kalau ubat bius separuh tak berkesan saya akan dibius seluruh badan dan dipasangkan tiub dikerongkong..akan ada risiko kuew teaw goreng yang saya makan pagi tadi akan masuk ke paru-paru sebab saya tak puasa..biar betul..saya berdoa lagi..permudahkanlah Ya Allah..
Saya biarkan segala proses..segala prosidur..dicucuk kah..di ambil darah kah..di pasangkan ‘line’ kah..di sapu ubat seluruh tubuh kah..saya biarkan saja..sehinggalah saya didudukkan dan di cucuk dengan jarum besar betul2 pada tulang belakang dekat pinggang.. ‘kerk’ ..adushh..
Saya dibius separuh badan ..perasaan saya bercampur baur..takut..sakit..malu..ya malu..siapa yang pernah dibedah saja yang tahu kenapa perlu malu..
Dengan doctor pun nak malu ke??
Saya tak malu dengan doctor kalau saya betul2 sakit..tapi saya tak sakit..saya masih boleh bersembang..menjawab segala pertanyaan doctor..fikiran saya masih pada doctors..pada doctor pelatih yang muda2..hensem2..pada medic attendants..nurses..semualah yang ada di situ..ohh..malunya..

Dan proses itu berjalan lancar..saya masih sedar..dan bau daging salai..saya nampak mereka..saya dengar mereka berbicara..perut saya digodek-godek..saya rasa nak termuntah tapi fikiran saya pantas membayangkan yang indah2..wajah Habib..wajah baby baru..

“Baby out..baby out..” itu yang saya dengar!
Alhamdulillah..
Seseorang datang bisik di telinga saya..baby dah selamat keluar..
“Boy ke girl??” Tanya saya.. “Nanti saya bagitau”
Tak lama kemudian dia datang sekali lagi dan tunjuk baby kepada saya..
Alhamdulillah.. “Baby girl”
Dia suruh saya kiss baby dan kemudian dia bawa baby pergi..
Saat itu hanya perkataan Alhamdulillah yang diungkap..sungguh manis perasaan itu..sungguh magis..Doa saya dimakbulkan Allah..Saya dah tak kisah lagi proses selepas dibedah..tatkala ubat bius semakin hilang..walau sakitnya bukan kepalang..saya tahan..paling teruk pun saya merayu2 kat nurse, meleleh2 airmata minta pain killer lagi..sungguh sakit..teramat sakit..bergetar suara..sungguh tak tertahan..ini yang dikatakan sakit selepas bersalin berbanding bersalin normal yang sakit sebelum bersalin..saya dah rasa kedua2nya dan andai boleh pilih saya nak bersalin normal untuk anak ketiga nanti (jika ada rezki)..

Apa yang pasti saya sangat2 bersyukur..saya dan baby selamat..bila saya di sorong ke wad..saya nampak mak..nampak Habib..dan ada makcik saya disitu..lega..Ternyata Allah sayangkan saya..diberi peluang berada bersama meraka di dunia..ada peluang lagi minta ampun dengan en suami..dan ada peluang membesarkan anak dengan tangan sendiri..syukur..

“Thank you sayang..thank you sayang..”


Suara en suami yang saya dengar dari corong handphone..berderai lagi airmata..

Mekarlah bunga..menjadi bunga yang wangi..

Ya Allah..rahmati aku dengan anak2 yang soleh..berkati aku dengan rumahtangga yang bahagia..murahkan rezkiku..murahkan hatiku..bimbinglah aku..temanilah aku..pimpinlah aku ke jalanMu..Jadilah aku seorang ibu dan isteri yang mithali..

Robbi hablii minas solihin..
Robbanaa hablana min awaajina wa zurriiyatina qurrata ‘aqyunin waja’alna lil muttaqiina Imama..
Robbij ‘alni muqimass solaata wamin zurriyati. Robbana wataqabbal du’a..Amin..

Dan akan sentiasa berdoa..dan lagi..dan lagi..
Doa seikhlas hati..
Insya Allah dimakbulkan Tuhan..
Mama sayang Nuha..

Thursday, July 14, 2011

Pengorbanan

Ptg td masa bw habib main kt playground kt bawah (kondo yg saya tinggl)..ada sorang makcik..eh bibik sembang ngn saya..byk jugak yg disembang..bab kerja..rumah..babies.. semualah..tp satu bnda yg terkesan kt hati bila dia cakap ~lebih kurang cmni lah..~ "awk berkorban banyak ye dik..sanggup xkerja jaga anak kt rumah..xde pembantu pulak..semuanya diurus sndiri..orang kt sini semuanya ada kerja..ada pembantu (maid)..awak xada" GULP!! ye la makcik..saya mana ada gaji nk bayar bibik!! terdiam dia..
Saya terfikir gak..apa yg saya korbankan..??harta masih belum bergadai..rezeki Alhamdulillah xpernah kurang walau anak dah bertambah..mengandungkan dan sakit bersalin..??itu pilihan saya dan rezeki dr Allah juga..xde masa nk joli..dkira berkorban ker??saya bukan kaki joli punn..punya masa 24 jam bersama ank2 bukannya pengorbanan..pengorbanan sebenar bila saya berjauhan dgn anak..bayangkan..saya xpernah b'jauhan dgn ank2..sejak habib lahir..sehari pun saya xpenah tinggal dia..xpenah renggang..penah skali saya pegi Giant xbawa habib..list brg2 tertinggal kt rumah..bila sampai Giant..saya tolak ja troli tu..pusing2 dlm Giant..xtau nk beli apa..rasa xbetah hidup tanpa anak..fikiran xfokus nk shopping..asyik teringat ank..kali kedua sy berjauhan dgn Habib masa dia kena operate kt IJN..6 jam dlm bilik bedah bagaikan 600 jam..hati saya xkeruan..lepas tu dia dimasukkan ke Paed ICU 3 hari n Medic ICU 2 hari..boleh melawat ja..sehari 2 kali..xbleh jaga..saya btul2 tension..susah nk tidur..asyik nangis..jgn siapa pn cakap dgn saya time tu..even en suami..kali ketiga (boleh kira ek!) masa bersalin kt Nuha (caeser due to placenta praevia type 3)..6 hari kt wad..2 hari sebelum dan 4 hari selepas bersalin..aduhh..episod duka paling panjang dlm hidup saya..Saya bersalin di Kulim..so Habib tinggal dgn mak..en suami plak kt Shah Alam, kerja..tiap2 hari mak bw Habib dtg tgk saya..bila mak ajak balik..dia ckp "xmau..nk ikut mama.."menangis..meraung..saya apa lagi..berderai airmata..mcm2 yg sya pesan kt mak..kdg2 t'fikir yg jahat..'mcmana klo mak lupa bg habib mkn..lupa bg minum susu..mak sedar x klo dia terjaga tengah malam'..mcm2 lah..setiap masa tgk gambar dia dlm hp..bila Nuha lahir dia langsung xnak dgn saya..may be dia igt saya tinggal dia..saya xsayang dia..saya dh ada baby baru..berderai lg airmata saya..sampai saya minta tlg husband kakak sebelah katil sy belikan mentos yg colorful..bila habib dtg lg..saya bg dia sebiji..saya cakap "adik bg kt abang..orange color"..lama2 dia happy dan boleh terima..sejak tu saya mmg xpenah renggang dgn ank2..xpernah jauh..tinggalkan apatah lagi..
Ok get back on track..saya masih belum berkorban apa2..saya sgt salute pada ibu2 yg bekerja..berkorban masa dgn anak2 demi mencari rezeki..terpaksa pulak meletakkan 'nyawa' mereka ditangan orang lain..sungguh! saya xsanggup..tapi klo ada bibik best jugak kan..saya jadi mandor ja..bibik saya yg dulu dh lari..bila xde bibik 24jam terasa mcm xcukup ja..itulah kot pengorbanannya..'24jam pn xcukup'..tp macamana klo saya ikhlas..saya happy..saya suka dng apa yg sy buat..dikira berkorban gak ka..?Saya hargai pengorbanan mak saya..saya tau mak saya dh banyak berkorban membesarkan saya..tp saya masih belum berkorban apa2 utk anak2 saya..dan makna 'korban' itu sendiri pun rasanya saya tak tahu kerana semuanya ikhlas dari saya..enough said!

Thursday, July 29, 2010

From Bangla to Malaysia


Dia..
Bukan orang kita..
Dia membawa cinta yng xpernah dijangka..
Dia..
Cinta tiada dua..
Antara darjat, wang , Iman dan rupa..
Dia miliki yang ketiga..dan seterusnya..
Aku bukan buta..menilai cinta tanpa mata..
Aku juga manusia..begitu juga dia..
Punya citra dan cinta yang sama..
Makhluk ciptaan yang Maha Esa..
Yang ku mohon hanya Doa..
Bukan untukku mahupun dia..
Tapi buat mata2 yang memandang hina..
Buat suara2 yang menusuk telinga..
Bukan itu yang ku pinta..
Hanya keizinan membina bahagia..
To my "Datuk"..
I will always love you come hell or high water..