Tuesday, November 11, 2014

Cara Makan Buah Delima


Gambar ihsan google.

'Bibirmu merah bak delima merekah'

Eh..betul ka??

Hari tu beli buah delima..memang fav saya buah ni tapi jarang beli sebab selalu dapat yang masam..hari tu sebelum beli saya try rasa sebutir dulu..punya lah manis..then terus beli 2 biji..sampai rumah, belah empat bahagian tengok sabut tu banyak yang dah hitam..alaaaa..takkan dapat yang busuk kot..saya try belek..Alhamdulillah tak ada yang busuk..try rasa..emmmpphh..manis melecaih...

Tetiba terasa nak share pulak cara makan buah delima ni..dulu masa kecik2..mak selalu belah 8 delima ni..maklumlah adik beradik ramai..buah delima pulak mahal time tu..so dapat satu bahagian kena korek sebutir2 bila nak makan..bawa la kulit tu ke hulu ke hilir takut delima jatuh sebutir mana tau butir yang jatuh tu penawar segala penyakit -.-'

Ok caranya mudah sangat..saya belajar cara ni dari chef omputih nama apa tak tau kat TLC channel..yang pasti takkan ada butir yang jatuh ke lantai..
Mula2 kena belah delima kepada 4 bahagian..Lepas tu sediakan mangkuk atau pinggan besar..then ambil senduk nasi ketuk2 di bahagian kulit sambil tangan sebelah lagi tekup buah delima dari tergelincir..jangan ketuk kuat sangat..ketuk2 manja gitu..
Butir2 buah delima tu akan gugur sendiri macam kat atas ni..ketuk sampai gugur semuanya..
Bila dah siap, sudukan je la masuk ke mulut..senang kan..nak jamu tetamu makan pun senang kan..

Friday, November 7, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi



Jeruk Mangga Pedas bersama Asam Boi

4 biji mangga - dipotong panjang
20 biji asam boi
5 biji cili padi (just nice untuk anak saya. Nak pedas boleh tambah)
1 biji limau kasturi - dihiris nipis
2 cawan gula
Secubit garam

Campur semua bahan, dan biarkan seketika. Sedap dimakan sejuk.

Inspirasi dari dari blog www.azlitamasammanis.com

P/S: Jeruk Mangga Pedas, Jeruk Jambu Pedas dan Jeruk Betik Pedas boleh didapati di semua kiosk Asam & Jeruk di sekitar Lembah Kelang. 'Jeruk Buah Fresh' yang tiada pengawet telah menjadi kegemaran pelanggan sejak 2006 lagi. Enak dimakan bersama serbuk asam boi atau serbuk asam cili. Jangan lupa singgah ya!

Thursday, November 6, 2014

Aktiviti Habib & Nuha

Lama tak update blog..sedar2 dah masuk bulan baru..sikit hari lagi nak masuk tahun baru..lepas tu anak masuk darjah satu..lepas tu dapat anak baru..heheh tak dak aih..melawak..masih lagi berbadan satu..

Hari ni saya banyak sangat masa terluang..jadi, masa yang ada, mari buat aktiviti..lepas tu boleh la mama upload gambar kat instagram dengan automatiknya facebook pun ter update sekali..hihihi..ni nak upload kat blog pula, buat kenangan..kata dah banyak sangat masa terluang kannn..ce tanya al-Quran buka tak hari ni?? Tafsir bertanda kat surah Toha tu dah bertahun dah kat situ..tak ingat nak update ke Puan Sarah???

Haaa..menangis nak jawab tu T_T

Banyak sangat gambar kat ipad ni..so mari upload..campur2 pun boleh lah..
Hari ni saya masak kari..bukan hari ni ja..hari2 masak kari..saya kalah sebenarnya..en suami dan anak2 suka kari, jadi saya pun terkari jugak lah..kalau saya masak benda lain, makanya makanlah sorang2..dah la masak sorang2..makan sorang2 lauk tak sama dengan diorang..tak habis nanti buang..haaa dari buang je baiklah saya korbankan rasa tekak..masak kari..tambah salad timun ke air asam ke..sambal belacan sikit..dah bangkit selera..boleh ketat perut dibuatnya..

Biasanya, setiap kali anak2 makan, saya yang suapkan..bagi saya suap anak makan juga adalah bonding untuk kuatkan ikatan emosi antara mak dan anak..sambil suap, sambil zikir dalam hati..Ya Latif..Ya Wadud..Ya Aziz..Ya Jabbar..Ya Mutakabbir..selain itu boleh juga suap sekali dengan harapan kita kepada anak..contohnya semasa suapan hampir ke mulut anak, saya sebut "Aaaa..buka mulut Mr Engineer yang soleh! Buka mulut Dr. Nuha yang solehah"..

Tapi hari ni anak2 nak makan sendiri..Habib tak berapa pandai makan nasi dengan tangan..dia guna sudu selalu..tapi bila nak makan lauk baru gagau guna tangan..Nuha sangat expert makan dengan tangan..dia makan tak tumpah pun..hari ni dedua makan sampai licin pinggan..lapar agaknya..mama happy ya amat..
Masa ni tengah buat homework Eye Level yang Habib kena buat balik sebab dia dah lupa..Kena kira backwards..huhu..poor Habib..
Main masak2 kat balkoni..
Sama2 melukis..menconteng..Cik Nuha tu dah pandai tulis..tak bergetar dah tangan dia..biasanya budak2 ni kena dilatih menconteng dan mewarna dari kecil agar otot tangan dia kuat untuk mengawal pergerakkan tangan bila menulis nanti..aktiviti panjat pagar rumah pun bagus sebenarnya untuk menguatkan otot tangan..nanti cepat la dia pandai menulis..
Mewarna guna water color..
Belajar menaip..ambil masa juga nak cari huruf tapi tak apa..practice makes perfect..sambil tu belajar control mouse..korang jangan tak tau, dengan control mouse pun kita boleh mengasah motor skill anak2..ransangan macam ni yang lebih baik dari touch skrin..yang tak bestnya dedua ni nak duduk atas riba saya..sakit kaki mama ooii..
Teacher wannabe..hahaha..kalau Habib jadi teacher, teka sendirilah siapa yang kena jadi student?? (^,*) Kadang dia mengaku engineer, kadang mengaku diri Master yang ajar taek wan do tu..kadang kapten lah..macam2 Habib ni..

Anak2 saya ni suka buku..bukan sebab saya rajin bacakan..tapi sebab saya letak rak buku kat luar so memang sentiasa nampak..diorang akan pegang juga walau tak baca, tengok gambar pun jadilah..biar la kalau diorang sepah2kan buku..nanti boleh suruh kemas balik..sambil kemas, sambil tengok gambar2 kat buku lagi..so secara tak langsung timbul minat dengan buku..toys pula saya simpan dalam bilik..bila nak main, kena pergi ambil..lepas main kena pergi simpan dalam bilik balik..leceh..
Lepas main water color kena bersihkan lantai..WAJIB!! Kalau tak, no more water color..guna color pensil saja..life skills cuma boleh belajar di rumah/luar rumah..ianya tak diajar di sekolah..jadi, kita kena pilih nak jadi Tuan ke nak jadi Hamba kepada anak2..pada awalnya saya paksa anak2 bertanggungjawab..tak kuasa mama nak buat..korang buat sepah, kemas sendiri..lama kelamaan diorang buat sendiri tanpa disuruh..contohnya bila dah habis main water color, Habib terus ambil spray air dan tisu untuk lap lantai..
Bila lantai basah dengan air, Nuha ambil mop..anak2 ni sebenarnya suka buat kerja..cuma kita kena encourage dia lebih sikit..
Berebut dengan abang nak lap..masa ni saya tengah lipat baju dalam bilik Nuha..sempat la ambi fon snap gambar sekeping dua..bila en suami balik, saya tunjuk la gambar ni dan puji betapa bagusnya diorang..betapa bersihnya lantai diorang lap..haaaaa selalu mcam tu la..nak puji kena depan orang..baru self esteem anak2 ni mencanak naik..tapi kena puji yang elok ja..yang tak elok saya kritik juga..
Mewarna di Paint..biasanya saya akan lukis dan anak2 warna sendiri..
Owh..ni gambar masa kat ikea hari tu..saya dan Wati bawa anak2 ke ikea..laki masing2 kena tinggal..nanti tak best nak shopping..hahaha..lagipun hari tu hari Jumaat..pi Jumaat lerr..
Bawa budak bertiga ni seronok..dah pandai behave..yang si kecik tu je kena ikat kat stroller..kalau tak berlari ja kejanya..
Ha tu..dah terlepas si kecik baju hitam tu..kemain korang ea..buat macam rumah sendiri pulak..
Dan last sekali gambar selfie Nuha..haha..penuh gambar dia selfie kat ipad nih..

Oklah..sampai sini ja..segala apa yang tertulis, saya alami sendiri dan segala maklumat adalah hasil pembacaan..kalau ada silap dan salah, saya minta maaf..ok bye..

Kek Coklat Kecik


Kalau saya buat kek, tak lain tak bukan hanya untuk Nuha..Nuha memang hantu kek, pantang lalu depan bekeri merayu2 minta kek..biasanya saya belikan cupcake atau muffin ja untuk dia..jarang la nak belikan whole kek..nanti sure tak habis..Habib tak minat kek sangat..

Semalam, saya cari resepi untuk buat kek kecil..cukup la untuk budak2 ni makan..search kat youtube jumpa 'Bake Like A Pro'..coklat kek kecik..alolo..comel..tengok bahan senang ja..so mari baking..
Dengan 2 orang great baker ni tolong kat dapur memang best..
Tadaaa..resepinya mudah..meh saya tolong catitkan..sesuai sangat kalau nak buat kek dengan anak..

Kek Coklat Kecil

1 biji telur gred A
7 sb gula
2 st baking powder
8 sb susu
6 sb minyak sayuran
6 sb serbuk koko
6 sb tepung gandum

Ok cara2nya mudah juga..kacau bahan ikut urutan yang saya tulis kat atas tu..mula2 kacau telur sehingga kembang sedikit..kemudian masukkan gula..baking powder..then follow sampai habis lah..mudah je..
sediakan bekas comel yang telah di sapu dengan minyak dan sedikit tepun..lepas tu bakar dalam oven 180'c selama 15 - 20 minit..
Siap!! dapat la 3 ketul kecil..saya yakin Nuha akan makan 2 bekas dan lagi sebekas kami kongsi bertiga..haha..

Wednesday, October 29, 2014

Progres Kebun Sayur

Alhamdulillah pokok2 timun menjadi..hidup cantik sangat..subur..tunggu masa nak petik ja..InsyaAllah next week dah boleh petik..

Sunday, October 26, 2014

Mashed Papaya Step By Step.


Heeee...sorry asyik benda alah ni yang di post kat blog..tak masak benda lain ke?? Of course masaaaak..Saya memang suka buat mashed vege..selalunya saya guna ubi kentang, terung, bendi dan kali ni saya guna betik..haaa..jarang makan kan betik muda? Kalau guna betik yang lebih muda yang isinya warna putih tu lagi sedap..yang saya guna ni betik yang dah hampir masak tapi masih keras..rasanya manis sedikit..ni kali pertama saya guna betik..masa kat Bangladesh hari tu kaka ipar saya buatkan fuhhh meletup2 dalam mulut bila makan..benda ni dah macam pencetus selera pun ada..kadang bila tak lalu nak makan masakan sendiri, saya cuma ambil nasi, telur dadar dan mashed vege ni ja..tu pun sedap menjilat jari..

Oklah resepi ni mudah ja..tapi saja saya rajin tunjuk step by step..step untuk vege lain pun sama ja..mashed vege ni makanan berkhasiat..i wish i can make it for my ayah everyday..maklumlah ayah ada darah tinggi dan juga masalah tinggi kolestrol..

1. Sediakan betik dan cili padi 3 biji just nice. Nak pedas boleh tambah. Cuci bersih Jangan potong besar sangat takut tak empuk.

2. Masukkan sekali dalam periuk nasi bersama beras.

3. Tunggu sehingga nasi masak.

4. Sementara itu, hiriskan bawang besar dan daun ketumbar halus2. Secubit garam dan sedikit mustard oil atau olive oil.

5. Bila nasi dah masak keluarkan cili terlebih dahulu dan lenyek bersama bahan hiris tadi sehingga hancur.

6. Keluarkan pula betik dari rice cooker dan lenyek bersama bahan tadi. Kalau terkaut nasi sekali, kutip la masuk mulut sendiri. Sebutir dua halalkan lah. Ok dah siap dan boleh hidang.

Selamat mencuba!

Stim Limau Mudah


Ikan masak stim limau ni kegemaran en suami..bila dia sebut nak makan makanan sihat, terus ja terfikirkan juadah nih..kita orang Asia, nasi memang tak boleh skip lah kan..cuma lauk pauk tu kena masak yang berkhasiat..dalam seminggu tiap2 hari makan kari which is unhealthy food tapi ada hari2 tertentu saya masakkan juga masakan rebus2 atau stim..

Hari ni ingat nak buat tomyam tapi masak stim pun sedap jugak..mari kita masak..
Masak stim ni paling mudah..bahan2 pun simple ja..jenis ikan ikut selera masing2 lah..ikan apa pun sedap ja rasa..gaul ikan dengan white pepper dan garam..then tabur2kan bahan2 lain..serai, daun limau purut, bawang besar, bawang putih, halia, tomato, gula, minyak bijan @ minyak zaitun dan yang paling penting perahan jus limau..

Dalam banyak2 daun, daun kari dan pandan je yang well behave dalam peti sejuk saya nih..daun limau purut buat perangai..tak boleh simpan lama...kejap ja dah tukar color..hmmm..
Dah siap deco, terus boleh kukus..saya malas nak keluarkan pengukus yang tersusun elok dalam kabinet bawah sekali, so guna kuali pun boleh..
Kukus lah lebih kurang 20 minit atau sehingga ikan masak..abaikan dapur yang berminyak ya..dapur berminyak maknanya rajin masak..kehkehkeh..rajin la sangat..surirumah buat apa lagi selain masak kan???

Kat rumah, saya buat breakfast 2 kali tau..1st untuk anak2 makan sebelum ke sekolah seperti roti telur atau nasi goreng..then buat bekal pulak ikut apa yang anak2 nak makan..kalau anak2 breakfast dengan heavy food kat rumah, so bekalkan yang ringan2 ja seperti biskut atau koko krunch untuk ke sekolah..kalau breakfast ringan kat rumah, so kena sediakan bekal yang heavy sikit..like roti, paratha atau capati..kadang beli nasi lemak..budak2 ni cepat lapar..walau makan tak banyak mana tapi tetap juga rasa nak makan..orang kata makan nasi lemak tak bagus..tapi bagi saya bagus..nasi lemak buat anak2 kejap perut..tak lemah longlai..lagipun nasi lemak sekarang tak selemak dulu..rasa macam makan nasi putih ja hahah..2nd time saya buat breakfast untuk diri sendiri dan husband pulak..biasanya makan roti dan telur..kalau hari yang saya masak nasi goreng, so kami makan menu yang samalah..mihun dan mee jarang sangat saya masak buat breakfast..kadang kami keluar breakfast kat mamak berdua..

Tengahari pula masak lauk pauk..Alhamdulillah anak2 dedua ni dah makan family food jadi tak kelam kabut sangat..dulu kena sediakan lauk asing2 untuk anak..biasanya tengahari kami makan 3 beranak ja..en suami kerja petang baru balik..

Petangnya pula biasanya cucur..cekodok..coq keria..tak pun donut..tak pun pasta or pizza..kadang kek..ikut lah bahan yang ada kat rumah..macam biasa, mee, mihun, laksa memang jarang2 sekali..kalau datang mood rajin adalah terhidang kat meja tu..en suami biasanya makan nasi time ni..hihi..dia tak layan sangat benda2 yang saya masak waktu minum petang..nasi juga yang dia cari..

Malam, saya dan en suami jarang makan malam..biasanya kami cuma makan buah2 ja..buah pun boleh tahan banyak jugak kami makan..muhahaha..kadang sampai ketat perut makan buah..tapi anak2 tetap saya suapkan nasi..nasi tak boleh miss ok..anak2 nak membesar..nasi tu sumber tenaga..so wajib makan ye walau sikit..

Anak2 saya ni lepas isyak terus mata layu..senang..saya trained dari baby lagi..sebelum tidur saya peluk dedua sambil baring kat katil, cerita sikit sampai tertidur..besoknya pukul 7am baru bangun..waktu malam memang relax..nak buat kerja office depan tv pun boleh..baru lah boleh buka channel lain..kalau tak setiap masa 611 @ 610 ja..huhuhu..

Eh kenapa tersasar jauh pulak nih?? 
Hahaha..nak bagitau itu lah sebabnya dapur saya berminyak..bukan tak dak masa nak lap..masa yang ada saya buat benda lain..pegi kuliah..sidai baju..lipat baju..jadi cikgu..jadi ustazah..jadi driver..haaaa..time surf internet pun wajib kena ada ok..sambil hirup kopi sambil surf kan..sambil2 tu update blog..facebook pun dah kurang dah tak serajin dulu..tapi lawat juga sebab banyak info kat facebook..wassap pun malas dah..saya ni malas nak chatting..bila rajin layan la..telegram pun dah uninstall..huhuhu..saya cuma suka melawat blog resepi..blog doktor budak..blog decoration..online shopping..blog hiburan..blog berkaitan motherhood..parenthood..yang best2 semua saya jejak..haha..rasanya surirumah wajib ada acses internet kot..wajib..kalau tak otak tak berkembang..seriously..

Oklah back to the menu..Alhamdulillah..syukur dengan rezeki yang ada..
Siap terhidang..kari daging semalam pun ada..saya yang nak makan..so panaskan balik dah jadi terkering pulak..makan dengan ketupat sedap nih..
Menu petang ni makan kek coklat yang saya buat semalam lah..cupcake yang en suami beli pun ada lagi..makan dengan susu coklat panas pun sedap jugak..ok itu je nak cerita..maaf ye banyak yang tersasar dari tajuk..bye..

Ke laut kita..

Testing..testing..
Post guna fon en suami..
Saya download Blogger apps..
Gambar anak2 di PD..

Saturday, October 25, 2014

Banyaknya cuti..

Oct 2014.

7 to 16 holiday.bangladesh.
17 school.
18 holiday.fashion show.
19 holiday.sunday.
20 school.
21 to 23 holiday.deepavali.
24 school.
25 holiday.saturday.
26 holiday.sunday.

Huihh..kalau dikira dari 7 hari bulan sampai besok, cuma 3 hari ja Habib dan Nuha pergi school..huhu..pagi tadi pun Habib tanya..kenapa tak pergi school? Kenapa cuti lagi? Boring la tu..kalau kat school macam2 aktiviti ada so tak terasa boring sangat..abbu pula sibuk dengan kebun 2-3 hari ni..jadi tak dak siapa nak layan..mama buat2 sibuk macam biasa muahahah..enjoy la selagi ada cuti tapi homework eye level berlambak jugak..buat homework dah la ea cuti2 ni..

Monday, October 20, 2014

Habib's doodle..


Sementara tunggu masa nak ambil anak2 dari sekolah, saya nak tunjuk doodle Habib..Habib lukis  pengangkutan yang kami guna sepanjang kami di Bangladesh hari tu..kretif kan dia..imaginasinya awesome sangat..Habib lukis auto, rikshaw dan juga bas..cantik lukisan Habib..good job sayang..

Sunday, October 19, 2014

Rezeki

Pagi tadi bangun tidur lewat sikit..makumlah hari ahad..anak2 dan en suami dah lama bangun ngadap tv..kepala pun rasa macam pening sikit..kalau bangun lewat mesti pening kan..badan pun rasa malas sangat..en suami pulak asyik dok hambat Nuha suruh pi kejut mama kat bilik..hamboi..kemain cik Nuha nih membebel..tadi time mama bangun Nuha belum bangun tidur lagi..nak eksyen je lebih..biar la mama tidur lagi..pleassssseee..zzzzzzz..

Dekat pukul 9am macam tu en suami masuk kejut ai suruh buat breakfast..laju je bangun terus masuk toilet..takuuuut..eh tadi masa tengah tidur dok dengar bising2 kat dapur bukan tengah breakfast ke diorang nih? confuse kejap..

Terus laju masuk dapur buka peti sejuk tengok telur dah habis..buka freezer, paratha pun habis..tengok kat atas meja roti pun tinggal kerak je..hmmm..nak makan apa yangg? ai jerit dari dapur..apa pun tak da nih..dalam hati ni menjerit suruh dia pegi beli roti canai ke nasi lemak ke tapi tak terkeluar..heheh..dia pun malas nak keluar pegi beli gak tu..sunday bluesss lah katakan..pastu dengar dia jerit dari ruang tamu suruh masak nasi kesyuri..

Dah masak kesyuri, buat mashed terung sekali untuk makan dengan nasi..eh ada lagi separuh sweet potato semalam..balance buat fritter tu..kalau dibiar nanti masuk mulut cik tong lah..mari buat coq keria..rebus sweet potato dengan garam sampai empuk, then gaulkan dengan tepung gandum sikit..buat bentuk lepas tu goreng..senang..haaaa..30 minit ja siap terhidang semuanya atas meja..


Tu yang tadi tu dok bising tak dak apa nak makan..tetiba terbanyak pulak makanan untuk breakfast..bersyukur la Sarah ooooiii..ada raaaaaaamai nun orang yang benar2 tak da apa nak makan..selagi boleh olah apa saja yang ada dalam rumah untuk dijadikan makanan, olah lah..buat lah..cipta lah makanan apa saja..asalkan boleh makan..asalkan tak membazir..kalau ikut tahap kemalasan tadi, sudah pasti dah keluar pegi mamak ke..tak pun pasar tani..dan sudah pastilah sweet potato balance semalam bakal masuk mulut cik tong..ni pun kira hidangan malas jugak..malas nak sadur gula kat coq keria tu..tabur je lah dengan gula icing..pun sedap jugak..Nuha makan banyak ketul..en suami pulak makan nasi kesyuri bertambah2..hati ai berbunga2 youuuu..
Mashed terung ni rupa tak cun langsung..tapi makan dengan nasi panas sedap weyyhh..berkhasiat pula tu..resepi senang je..

1. Semasa tanak nasi dalam rice cooker, letak terung yang dibelah dua dan 3 biji cili padi sekali dalam periuk nasi bersama beras..biar sehingga nasi masak...
2. Then keluarkan terung dan cili dan lenyek bersama bawang yang dihiris serta daun ketumbar..
3. Campurkan dengan sedikit mustard oil atau olive oil..
4. Perasakan dengan garam..siap..

Tengaharinya pun tak kemana..sementara en suami turun bawah bawa anak2 pegi kuak lentang, saya masak ni..dah dekat 2 minggu tak makan udang masak lemak cili api fav ai..so mari kita masak hari ni..balik Bangladesh hari tu asyik makan kari ja..boring jugak..oppss sorry..tak merungut..syukur..Alhamdulillah..masak juga ikan goreng then letak bawang caremalised kat atas tu alternatif untuk en suami kot2 tak nak makan masak lemak..cehhh..ada alternatif lagi tu..calon ahli syurga nih..hihihi..akhirnya dua2 dia balon..perut lapar agaknya lepas swimming..anak2 pun laju je makan..mama masak sambil lap peluh kat dahi 80 juta kali pun tak apa asalkan korang makan laju macam ni..puas hati rasa..

Ok lah nak cerita tu ja..moralnya rezeki bukan datang bergolek atas meja..bukan tersusun cantik dalam peti sejuk..takk..kita yang kena USAHA..baru dapat nikmati rezeki..ingat tu Sarah ingat..jangan sesekali merungut..ok..bye good night!

Saturday, October 18, 2014

Sweet Potato Fritters Rangup


Petang tadi balik dari tengok show Habib, saya cuba lagi sekali buat potato fritter..tapi kali ni saya guna sweet potato..sagat kasar2 sikit..hari ni baru betul2 jadi potato fritter..
Yang ni versi tak jadi yang saya share resepi hari tu..saya ikut je resepi kat blog masakan..memang rupanya lebih kurang macam ni..tapi semalam saya makan potato fritter di Sri Hainan Kopitiam wallah..lagi menarik dan mengancam..barulah saya tau yang ni bukanlah rupa sebenar potato fritter..
Jadi saya try lagi sekali hari ni..resepi kali ni saya buat simple je..
Bancuh tepung macam nak buat cucur udang..tapi bancuhan tu jangan banyak..sikit je tau..biar potato banyak tak apa..

Kali ni saya guna udang kepai..nak guna ikan bilis pun boleh..campur dengan tepung gandum, telur, sedikit serbuk kunyit, garam, serbuk lada sulah, daun bawang, cili merah dan air..kalau nak campur taugeh dan karot pun boleh..saya kacau sebati bagi cair sedikit..then baru masukkan sweet potato yang disagat tadi..gaul biar bersalut..lepas tu goreng dalam minyak panas..deep fry..menjadi weyyh..rangup sangat..sedap dicicah dengan cili sos..en suami pun laju je makan..kebetulan hujan pulak tadi..ummmpphh..terbaik..

Ini baru betul..cuba ya jangan tak cuba..

Fashion Parade by Habib and friends (The City Kindergarten)


Handsomenya anak mama..
Kami beli baju ni di Rajbari hari tu..
Bergambar dengan teacher Soo dan teacher Farah dulu sebelum show..
Semua berkumpul di back stage..comel2 belaka..
Cik Nuha pun nak posing jugak..
Show time..pandai betl bebudak ni menari terutamanya Humaira yang memang ada posture seorang penari..pakaian semuanya cantik belaka..unik dan kreatif..

Habib berpasangan dengan Gauri..tapi dancing tak menjadi..tak apa Habib..anyway good job!! confident tu yang penting..Habib sorang ja kurang practice sebab bercuti panjang hari tu..good job sayang..well done!
Group picture..
Group picture again..
Terima hadiah saguhai dari orang kuat Plaza Shah Alam..
Acara sebelum penyampaian hadiah sebenarnya ada group dancing..saya take video tapi tak boleh nak share pulak..Chalo chalo dancing..happening..
Sebelum balik, sempat bagi hadiah saree yang kami beli di Rajbari hari tu kepada teacher Selvi..boleh la teacher buat baju raya..hihihi..

Ok sampai sini saja..nak tengok gambar lagi boleh ke facebook The City Kindergarten School International Malaysia dan juga facebook Plaza Shah Alam..k bye..