Saturday, March 22, 2014

Farm In The City

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni kami ke Petting Zoo yang dikenali sebagai Farm In The City di Seri Kembangan. JIka dikira.  ini adalah kali ketiga kami kesana..pada kali pertama cuma saya dan anak2..kali kedua, kami sekeluarga dan kali ni lebih special sebab ayah saya yakni Tok Wan dapat turut serta..
 
Anak2 saya sangat sukakan haiwan terutama haiwan2 ternakan seperti ini..yang jinak dan tidak merbahaya.
 
Petting Zoo ini teletak di belakang Giant Seri Kembangan dalam satu kawasan dengan Downtown di situ. Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Bayaran untuk dewasa adalah sebanyak RM30 dan untuk kanak2 bawah 12 tahun serta warga emas adalah RM25 manakala kanak2 dengan ketinggian dibawah 90cm Percuma. Jika datang bersama keluarga, boleh juga pilih pakej yang telah disediakan. Lebih jimat.
 
Terdapat bermacam2 jenis haiwan ternakan ada disini..semuanya jinak belaka..Kawasan yang bersih dan teratur memudahkan kanak2 enjoy di situ.




 Guinea Pig adalah salah satu haiwan kegemaran Habib.
 Longkang Fish. Ikan ini kelihatan sangat mudah di tangkap kerana mereka berenang di dalam kumpulan. Tapi realitinya sangat susah. sangat licik.
 Landak. Saya kagum dari jauh. Subhanallah..
Tiba2 kekaguman saya terhenti bila dengar ayah sebut "Daging landak ni boleh makan tau!" Eeeee...Eew!
 Gagak Putih @ White Crow. Mungkin cuma spesis ini saja yang tidak disimbah cat hitam oleh merak (dongeng semata :)
Abbu yang asyik mendukung Nuha.
 
 Akhi rsekali, activity Pony Ride. tiket pony ride ni termaktub sekali dalam pakej. Kami dapat 2 tiket jadi Habib boleh naik 2 kali. Nuha tak boleh kerana ketinggiannya kurang dari 90cm.
 
Haih, korek hidung pula dia..
Second Round.
 
Sekian. Perkongsian sekadar kenang-kenangan di hari tua.

No comments:

Post a Comment