Monday, March 24, 2014

Putrajaya Sight-seeing

Kelmarin bawa ayah saya @ Tok Wan jalan2 ke Putrajaya..ayah tak pernah tengok Masjid Besi lagi katanya..jadi kami decided bagi ayah merasa naik cruise juga lah walaupun baru beberapa minggu lepas kami naik cruise nih..bukan tak best..cuma budak2 cepat bosan nak berlari ja kerjanya..Rezeki bawa ayah, kami dapat naik bot Kelah..bot VIP katanya..
 Berselfie dulu sebelum bot bergerak..
 Seronoknya dia makan popcorn tepi tingkap..
 Pertama kali naik atas deck ni..anak2 ai is perak..haha..maklumlah mak bapak dia tak dak bot ;) Tengok Cik Nuha tu..siap berenang lagi..
 Terkinja2 atas tu..
Apa yang saya perasan semasa di dalam bot, agak jelik tapi nak cakap/tulis juga..Anak2 Cina dan Mat Saleh dibiar saja berlari dalam bot ni..sikit pun mak bapak dia tak kisah tapi anak2 Melayu dimarah oleh mak ayah masing supaya duduk diam2..termasuklah saya pada mulanya..tapi budak2 punya excitement tak boleh di tahan2..biarkan je lah..
 Nampak tak??? budak ni bukan setakat berlari je..mulut pun bising juga..yang tengah merangkak naik tangga tu adik dia jugalah..anak sapa ntah la >.<
 Ni tengah memujuk abbunya nak duduk atas pelantar pula..
 Mesti la TAK BOLEH!!
 Singgah pula kat Pullman Lakeside. Saya suka sangat tempat ni. Damai je. Berkali2 datang pun tak jemu. Putrajaya ni memang fav en suami setiap kali rakan2 dari Dhaka datang disinilah antara tempat yang dibawanya. 'Very neat and clean city' diorang puji. Lagi satu burger kat sini sedap sangat..should try!
 Beli bubblegun di Dataran Putra dan main disini.
Apa la yang mentua dan menantu ni sembang.
 
 Kami beredar dari situ selepas solat Maghrib. sempat la tengok sunset..heheh..sunset la sangaat..
Cukup kali ni. Jumpa lagi di lain entri. Adios.

No comments:

Post a Comment