Kami ke Cameron Highland pada Hari Wesak yang lepas. Cameron Highland pada saya satu tempat yang dekat tapi jauuuh..sungguh kami amat teruja terutama en suami dan anak2 kerana ini kali pertama mereka ke sana..
Kami bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dalam pukul 4:30 petang melalui jalan masuk melalui Tapah. Sungguh tak sangka jalan yang kami tempuhi itu sangat scary..hahaha..jalan yang sangat sempit berselisih lagi dengan lori dan jip yang penuh muatan..ada juga yang mengambil kesempatan buat drift disitu..aduhhh..nak tercabut jari kaki ni tekan brek kat sebelah..walhal en suami yang memandu..hahahaha..
Kami sempat singgah di Lata Iskandar..tunjuk the real waterfall kepada anak2 saya..sungguh mereka kagum dan excited..
Semakin tinggi kami naik ke tanah tinggi semakin gelap suasana..dengan lampu jalan sebiji pun tak ada..fuhh..pertama kali dan terakhir ye sayang..mungkin jika kami bertolak awal sedikit tentu pengalamannya berbeza..terdapat juga orang asli jual madu, rebung, nira dan tongkat ali di tepi jalan..
Kami tiba di Brinchang kira2 jam 7:30 malam..hujan renyai2..en suami singgah di petrol pam dan saya terus ke KFC bersebelahan Shell Brinchang untuk beli bekal kami di hotel nanti..
Setelah selesai semuanya, kami teruskan perjalanan ke atas lagi untuk ke Equatorial Hotel yang dikatakan berdekatan dengan Kea Farm..namun en suami buat u-turn back sebab keadaan teramat gelap walaupun belum pukul 8 malam..kami agak risau juga sebenarnya..dan tak sangka pula beberapa buah kereta di belakang kami juga turut buat u-turn..hahah..kami turun semula dan terus masuk ke Iris Hotel..betul2 tepi jalan..terus je dapat parking lot betul2 depan hotel..
Plan asalnya mak dan ayah saya juga akan turut serta petang tu dari Kulim..tapi terpaksa batal sebab ayah ada hal..jadi mak dan ayah bertolak hari Selasa pagi sesudah subuh naik ke Cameron Highland bersama adik saya Iman..
Keesokan paginya, seperti biasa sayalah yang paling awal bangun, mandi, bersolat dan bersiap..saya duduk di tepi tingkap merenung luar jendela..menghirup udara segar lagi nyaman..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..sungguh indah ciptaanMu ya Allah..tenang rasa hati..
Sesudah breakfast, saya siapkan anak2 dan kami terus menghala naik ke atas..just follow the flow..tempat pertama yang kami singgah adalah Cactus Point..terdapat banyak pokok2 kaktus comel2 dan juga pokok2 hidup yang lain..semuanya cantik belaka..murah2 pulak tu..saya cuma beli kaktus sahaja
Photo by Habib..cantik kan?
Kemudian kami terus ke Butterfly Farm..tak bercadang nak shopping di awal pagi, kami ke situ terlebih dahulu..anak2 sangat teruja dengan pelbagai spesis rama2 yang ada disitu..saya sangat recommed kalian bawa anak2 ke situ..terdapat juga pelbagai jenis haiwan lain seperti ular, tupai, kumbang,itik, ikan, kura2, serangga dan banyak lagi..apa yang menariknya terdapat sejenis serangga yang di kenali sebagai 'walking stick' dan juga 'moving leave'..amazing!! Saya tak snap gambar..kena tengok sendiri..terdapat juga pelbagai tumbuhan serta bunga-bungaan yang sangat meriah..tak jemu mata memandang..harga tiket pula murah je..RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak2..
Pekerja taman sedang mengeluarkan beribu2 rama2 dari dalam kertas..musykil?!! mungkin import punya..
Penggemar bunga berwarna purple ;)
Kemudian kami ke Strawberry Park pula..banyak tempat2 yang menawarkan khidmat plucking strawberry di sepanjang jalan..pilih saja..kami cuma ambil bekas plastik 1/2 kilo sahaja yang berharga RM30..jika lebih, perlu tambah RM5 setiap 100gm..
Pertama kali nak petik strawberry..siapa yang tak teruja kan..cuma kami 4 beranak saja waktu tu..seolah2 ladang itu kami yang punya..sedang syok kami anak beranak makan strawberry fresh tu tiba2 datang pekerja di situ tegur..
"Kak, tak boleh makan ya.."
"Eh ye ke, sorry..halalkan ye ;)"
Wah..inilah hasilnya..1/2 kilo tepat! Buah strawberry perlu dipetik dengan tangkainya sekali lebih kurang 1 inci agar ia kekal fresh untuk di bawa pulang ke Shah Alam..
Kami pulang ke Hotel semula kerana mak dan ayah saya dah hampir sampai..lebih kurang jam 11:00 pagi, mereka tiba di Hotel dan kami terus check out..mak bawa bekal nasi goring jadi kami ke taman berdekatan Mardi dan makan di situ..rupanya ramai juga family berkelah disitu..
Sesudah makan kami ke Ladang Teh Cameron Valley..
Wajah2 kesayangan hamba..
Kami sempat minum teh disitu..rasai sendiri kesedapan teh yang fresh dari ladang. Teh Tarik, Masala Tea dan Teh O Serai sangat ummphh..pelbagai jenis minuman teh disitu..boleh try..
Tiada lagi gambar kerana tamatlah sudah riwayat bateri hp saya :(
Kami terus saja ke Kea Farm untuk bershopping..tapi sebelum tu, singgah sekali lagi di Cactus Point kerana mak dan adik saya nak borong kaktus..huhu..Habis memborong, laju je kami ke Kea Farm..Ia terletak berdekatan dengan Butterfly Farm..Kat sini boleh beli sayur, teh, buah Cinta mahupun strawberry murah2..mak dan Iman borong lagi..untuk makan..untuk kawan..untuk jiran..saya cuma beli bantal untuk anak2 sorang satu..nak beli baju kain tak berapa elok sangat..jika ke sana, jangan lupa cuba jagung manis dan ubi manis yang dah siap kukus..sedap sangat..lebih sedap bila dimakan diwaktu hujan..perghhh..tapi kan shopping buat saya penat..tak suka..baru jalan separuh dan ajak patah balik..hahahah..tapi sight seeing saya suka..jamu mata..jalan berkilo2 meter pun bolehhh..
Selesai shopping, kami terus pulang melalui jalan Simpang Pulai..jalan yang luas dan tak berbahaya sangat menenangkan hati..terdapat juga ladang lavender namun tak sempat kami singgah kerana hujan yang teramat lebat..musnah impian saya nak tengok bunga color purple tu ;( tapi en suami janji next time kita singgah katanya..yeay!!
Koleksi bunga plastic saya color purple :) saya suka sangat..
Kami berpisah di persimpangan utara dan selatan..sempat makan dulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing2..short trip yang kami plan untuk mak sempena Hari Ibu walau singkat tapi sangat best..rabak poket ai asyik kena paw dengan Iman..next time nak kena buat collection lah..hihihi..macam tu la jadi kakak eh..
Cukup kali ni..adios!!