Thursday, September 19, 2013

Ketam Telur Asin, Tomyam Poktek, Baby Kailan Ikan Masin dan Udang Goreng Kunyit.

Tudiaa..tajuk saja dah lari margin..hehe..Saya kurang gemar makan di kedai..maksudnya kalau teringin beli bungkus je makan kat rumah..minggu lepas kami sekeluarga makan di sebuah restoran cina muslim Munawarah. Makanan yang disediakan tersangatlah sedap. Harganya pula agak mahal pada saya (sayakan surirumah ;|) jadi hari ni saya teringin sangat nak makan lagi jadi saya masak lah sendiri..kebetulan en suami tak ada dirumah, jadi saya masak ikut selera sendiri saja..

Ok tak perlu banyak cakap..terus ke resepi saja..Resepi ini cukup untuk famili kecil saya.boleh makan 2 kali tengahari dan malam..


Ketam Telur Asin

Bahan-bahan:

2 biji telur asin direbus dan dilenyekkan sehingga hancur.
3 ekor ketam dibelah empat dan cuci bersih. (dapat 12 bahagian. 2 bahagian saya asingkan untuk tomyam)
Sedikit tepung jagung.
3 ulas bawang putih dicincang.
1 tangkai daun kari.
4 tangkai cili kering.
1/2 cawan susu cair.
1 sb butter.
2 sb minyak masak.
Sedikit garam (optional sbb telur dah masin)

Cara-Cara:

1.Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng ketam deep fry sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan butter kemudian tumis bawang putih, daun kari dan cili kering sehingga perang.
3. Masukkan telur asin yang dihancurkan tadi. Gaul rata.
4. Masukkan susu cair dan seterusnya masukkan ketam yang sudah digoreng tadi. Kacau sehingga kering iaitu sehingga tiada lagi kuah. Biarkan adunan tadi bersalut dengan ketam.
5. Perasakan dengan sedikit garam. Siap!


Tomyam Poktek

Bahan-bahan:

1/2 ekor ketam.
4 ekor udang galah.
2 ketul ikan merah.
Bunga kobis.
6 bi Tomato ceri.
1 paket pes tomyam.
1 biji Bawang sedeerhana besar dipotong kasar.
1 Bawang merah ditumbuk.
2 ulas bawang putih ditumbuk
5 biji cili padi. (boleh tambah sebab saya tak suka pedas)
1 inci halia dihiris bulat.
1 inci lengkuas dihiris bulat.
1 batang serai diketuk.
1 helai daun limau purut.
1 biji jus limau kasturi.
3 tangkai daun ketumbar.
3 sb santan pekat.
 
Cara-Cara:

1. Masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, lengkuas, serai, daun limau, pes tomyam, tomato ceri dan air secukupnya ke dalam periuk. Didihkan.
2. Kemudian masukkan ketam dan udang galah serta kobis.
3. Masukkan ikan merah dan biarkan seketika sehingga masak.
4. Masukkan pula santan dan daun ketumbar.
5. Perasakan dengan garam dan jus limau. Siap!


Baby Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan:

Baby kailan
Cili merah
Bawang putih diketuk
Bawang merah dihiris
Ikan masin (tenggiri atau apa2 pun boleh asalkan masin)

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah seketika.
2. Masukkan ikan masin. Masak seketika.
3. Masukkan baby kailan dan cili merah. Masak sehingga kailan betul2 lembut elok untuk dimakan. Tak perlu masukkan garam kerana ikan masin dah cukup masin. Siap!


Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

6 ekor udang.
1/2 tangkai cili merah.
Bawang besar dihiris bulat.
Kunyit.
Garam.
Daun ketumbar.

Cara-cara:

1. Gaulkan udang bersama garam dan kunyit secukup rasa.
2.  Panaskan kuali tumis bawang besar dan cili merah.
3. Masukkan udang dan goreng sehingga masak. Campurkan sedikit air jika terlalu kering.
4. Taburkan dengan daun ketumbar. Siap!


Selamat Mencuba!







No comments:

Post a Comment