Friday, March 30, 2012

Birthday Budget..

Semua maklum entry sebelum ni tentang ulangtahun kelahiran puteri saya..Jadi pada hari tersebut saya adakan sedikit jamuan makan2 untuk lebih kurang 30 orang tetamu..saya terfikir nak post birthday bajet kat sini sebab saya sendiri susah nak dapat tips dan bajet jamuan makan yang simple..kebanyakan blog/website yang saya kunjungi terlalu mewah..dan rasanya banyak benda yang tak diperlukan pun..usah buang masa menaip lagi..jom tengok budget..

Menu :
  • Set Nasi Bukhara Ayam/Kambing + Acar + Kari telur by Syed Bistro (RM10 - RM12 per pax)
  • Kek Pecan Butterscotch (RM70++)
  • Spagetthi + Sos + Sosej - masak sendiri (RM20)
  • Apam polca dots (100 biji RM25)
  • Ayam goreng kentucky - goreng sendiri (RM20)
  • Agar-agar - buat sendiri (RM5)
  • Buah-buahan - campur (RM20)
  • Minuman (RM10)
Hiasan :
  • Belon (RM20)
  • Alas meja (RM20)
  • Paper hat (RM0.70 satu)
  • Banner HAPPY BIRTHDAY (RM15)
OK..yang tersenarai kat atas tu adalah bajet yang saya buat untuk Nuha..kalau nak tambah goodie bag ke..keropok ke..coklat atau gula2 ke..boleh..ikut selera dan bajet masing2 la kan..tapi kalau boleh keropok dan gula2 elakkan lah..tak bagus untuk kanak2..
Bab hiasan pula cukuplah dihias dengan belon pelbagai warna dan rekabentuk..kanak2 pasti suka..
yang paling penting makanan sedap..tetamu pulang kekenyangan..dan tuan rumah puas hati..
Tepuk perut, seluk poket, tanya selera!!

 Rasulullah SAW bersabda :
“Wahai manusia, sampaikanlah salam, BERIKANLAH MAKAN dan solatlah di waktu malam pada waktu orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga.”

So, jangan terlalu berkira..beri orang makan besar ganjarannya tau..tak semestinya birthday party saja..belanja kawan pun kira beri makan juga kan..selamat berkongsi tips dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment