Wednesday, January 11, 2012

Habib dah pegi sekolah!

Assalamualaikum..
Tak terlambat rasanya saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012..Selamat menunaikan azam dan selamat mengejar impian! Hehe..
Hari ni dah masuk hari ke-11 dalam tahun 2012 bermakna hari ke-6 Habib bersekolah..rutin harian saya yang dulunya relax di waktu pagi bertukar menjadi Charlie Chaplin..hehe..Sangat seronok juga dan rasa bertuah sebab saya berpeluang hantar /ambil Habib dari sekolah..

Saya hantar Habib kat Vital Years ‘Reading & Writing Programme’ seksyen 9, Shah Alam..mahal juga yuran kat situ bagi saya sebab mereka diajar ‘reading n writing in English’ sahaja..tak ada subjek lain..tak boleh nak berkira kan..sapa suruh hantar kat situ..huhu..tapi yang bestnya kat situ tak ramai student sangat..satu group Cuma 6 orang..teachers boleh perhatikan anak kita..kalau ramai sangat mungkin anak kita bakal terlepas pandang..rata2 student kat situ cepat membaca/menulis dan pandai bertutur dalam English..kat situ students diajar secara one to one..ok jugak kan..

Habib baru 6 hari kat situ..hari ni dia dah tak nak balik.. ‘nak school lagi’..he loves to go to school..actually kelas saja..At 1st day, saya tanya teacher Jane “How’s my boy today?” and teacher Jane cakap “ur son very active..he came and running around the class..when I said sit..he sit for a while and started running again..” dalam hati saya “good..” at least anak saya tak memencilkan diri..tak pasif..of couse la dia jakun sikit at first time in class kan..ye la..dalam kelas tu kan banyak toys..buku2..kelas pun colorful..kerusi meja comel2..biasa la tu..budak baru 3 tahun 4 bulan but consider 4 years old this year..sorry son!

Hari ni bila saya tanya lagi teacher Jane (actually..hari2 saya tanya)..she said.. “He’s good..still running around but now can duduk lama sikit..now he listen to teachers..we teached him the rules..we have to! otherwise the others will follow. Slowly but getting better..sometimes he don’t want to share toys with friends. Sometimes ok..” teacher Jane cakap lebih kurang macam tu la..saya angguk2 dan senyum..faham sangat la fe’el dia..kat rumah dia conquer semua benda..kat kelas tak boleh la kan..bila nak balik..Habib cakap thank you teacher Jane! Assalamualaikum…haha..teacher Jane non-muslim la..

Bab makanan pula kat situ tak provide foods..so kena bawa sendiri snack..jangan la pegi bekalkan laksa pulak..cuma makanan ringan yang mengenyangkan..balik nanti boleh makan heavy food..selalunya saya bekalkan cheese, biskut, roti, honeystar/koko crunch,karipap,kuih keria dan air kosong atau jus/vitagen..saya bekalkan jus sebab Habib kurang gemar makan buah..boleh tanya dia lah apa yang dia nak bawa kan..biasanya saya sediakan 2 atau 3 jenis snacks..cukup la kalau nak kongsi dengan kawan..

Hari ni saya hantar Habib masuk kelas Iqra’ pula..Madrasah Al-Quran kat Pondok Adek seksyen 9..dekat ja dengan rumah..weekdays juga..pukul 4-5 petang..sejam saja..kat sini yuran pun tak mahal sangat..for the 1st week free..trial week..dia sangat2 suka tapi macam biasa tak boleh duduk lama..kejap2 bangun nak ambil toys..kejap2 nak tukar tempat..haru jugak kan..biarlah..lama2 ok la tu..ustazah dia cakap kalau dia tak boleh duduk lama nanti rugi la..bayar mengaji sejam tapi mengajinya tak sampai sejam pun..saya cakap tak apalah..sambil main sambil mengaji..kalau duduk di rumah sambil main sambil tengok tv..lagilah rugi.. betul x??


Saya sangat2 berharap anak2 saya menjadi anak yang soleh..anak yang beriman dan berilmu dunia akhirat..Amin..

Mama sayang Habib & Nuha..

No comments:

Post a Comment