Wednesday, July 22, 2020

Pasal Suara

Pagi tadi akak kena tarbiah dengan en suami pasal SUARA. Ada la argument sikit. I kan kuat melawan 😁 Tapi dia memang banyak knowledge. Dia kata SUARA ITU AURAT tak kira penyanyi atau ustazah 😌
.
Puncanya akak dengar syarahan Ustazah Oki tadi. Selalunya bertukar-tukar la kadang Ustazah Oki, Yasmin Mogahed, Norhafizah Musa & ramai lah. Kemudian en suami persoalkan
.
"Kenapa ustazah yang tahu hukum lantang bersuara, lantang bercerita tentang agama, siap guna mic lagi nak bagi orang dengar. Matlamat tak menghalalkan cara. Aurat tetap aurat."
.
Akak cakap la zaman sekarang dah berubah, tak macam dulu yang mana ustazah dulu mengajar di surau atau di rumah saja. Zaman sekarang kita boleh guna teknologi untuk belajar, jadi ustazah pun mengajar la menggunakan teknologi juga.
.
"Habis tu undang-undang Allah pun berubah juga laa? kena ikut teknologi juga?" Akak jawab la bukan macam tu.
.
"Kenapa tak suruh ja ustazah tu azan biar senang semua orang boleh dengar dan datang ke masjid!"
.
Akak saja la mencelah,
"Habis tu you tengok penyanyi perempun menyanyi tak apa pulak! Sama jugak aurat jugak tu!"
.
Dia kata..
"Penyanyi tu tak tau hukum. Penyanyi tu belajar ilmu lain, ustazah belajar ilmu lain. Ustazah lebih tahu tentang hukum. Allah buat undang-undang bukan saja-saja. Ada peraturan yang Allah tetapkan untuk lelaki dan perempuan."
.
Akak diam je, dengar.
Katanya "Kalau perempuan boleh berdakwah kenapa anak isteri Nabi tak keluar berdakwah? Kat mana2 negara pun orang dah tak ikut peraturan yang Allah tetapkan.
Wanita solehah akan diangkat diakhirat nanti. Zaman dulu, orang tak ada duit tapi tak susah pun. Zaman sekarang banyak duit suami isteri kerja pun masih susah lagi.
Tahu kenapa?
Sebab tak ikut undang-undang Allah, sebab tu tak ada NIKMAT HIDUP."
.
Habis tu i boleh tak dengar syarah ustazah ni?
"You dengar tak salah tapi ustazah tu salah. Dia tak boleh berdakwah dan dengarkan suara dengan lenggok gaya dia macam tu." Akak angguk je 😏

Ps: Maaf ya Ustazah Oki 🙏 Kisah di atas hanya pandangan suami saya. Sekadar berkongsi disini.

Friday, May 22, 2020

Face Mask Adapter

Lama tak post sini.
Sekadar singgah nak simpan kenangan PKP di sini.

Sempat akak buat face mask adapter ni dan jual pada kawan-kawan dan jiran sekitar Shah Alam. Maklumlah duduk saja kat rumah tak buat apa.
RM5 / pc
RM2.50 / pc

Jadi lah kan..kalau tak menjual pun tetap mengkait jugak buat benda merapu haha hobi baru. Ok lah sapa yang teringin nak order boleh whatsapp 018 376 2353 atau klik link ni http://facemaskadapter.wasap.my.

Ok jumpa lagi di lain waktu. Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya.

Friday, June 21, 2019

Al-Quran Penyelamat

Sambung baca al-quran. Ni ulang baca selepas dah khatam hari tu. Masih lagi dalam surah Al-Baqarah.




Terus terang akak cakap akak sanggup maraton baca al-quran dari bangun solat tengah malam #sejenisbaloqliat😌

Akak dah rasa siksanya menahan rindu saat Allah tarik nikmat baca al-quran bila akak diuji dengan period 7 bulan nonstop pada tahun 2017. Sejak tu akak tak pernah tinggal al-quran. Bila uzur, baca al-ma'thurat atau manzil.

Jadual akak macam ni:
Pagi : al-ma'thurat dan yaasin.
Petang : al-ma'thurat dan al-waqiah atau surah terpilih lain.
Malam/anytime : sambung baca sampai khatam.

Al-ma'thurat biasanya akak baca (dah hafal) sesambil drive nak hantar dan ambil anak dari sekolah.

Percaya atau tak, akak sekeluarga pernah terselamat dari kemalangan (terbabas) semasa dalam perjalanan ke Melaka. Semasa kejadian akak tengah ikut alunan qari di cd mengaji dalam kereta.

Waktu tu hujan renyai dan kenderaan bertali arus menuju ke arah selatan.

Akak yakin sangat, dengan asbab mengaji tu lah Allah selamatkan kami dari kecelakaan tu walau kereta kami remuk juga, kami semua ok tak cedera langsung.

Kereta kami terbabas langgar divider sebelah kanan jalan dan berpusing 360 darjah langgar divider lagi dan berpusing terus ke sebelah kiri jalan. Ajaibnya tak ada kenderaan yang lalu waktu tu. Plus highway 3 lane pukul 5pm kott waktu tu. Bila kereta dah berhenti, baru lah nampak ada kenderaan lain lalu disitu.

Dampinglah dengan al-quran setiap hari kerana ia akan menyelamatkan kita bukan sahaja di akhirat malah di dunia ni lagi. #saqahshares

Wednesday, June 19, 2019



Petang nanti agen nak mai nak tunjuk rumah. Dia bawa client, akak tumpang sekaki.

Akak suka tengok rumah baru. Dia macam bagi motivasi kat kita tau! Walaupun financially akak tak layak lagi nak beli rumah lain tapi boleh ja ambil aura. Berbaik-baik lah dengan agen rumah, nanti depa akan jemput kita sekali.

Akak perasan, ada dua sebab agen suka jemput orang lain mai sama tengok rumah.

1/ Dia akan bagi rasa 'fear of lost' kepada client. Siapa cepat dia dapat!

2/ Bagi nampak rumah tu macam most wanted lah ramai orang mai tengok nak beli.

So kalau kita ni jemputan atau kenalan agen, jangan la celupar sangat komen bukan-bukan depan client dia.

Sebut value yang kita nampak pada rumah tu macam persekitaran dia ka atau lokasi dia ka.

Agen cina tak tau value yang orang Islam suka. Kadang persekitaran biasa ja tapi ada added value lain contohnya surau yang aktif. Ada pusat tahfiz kat kawasan tu so untunglah sapa yang beli rumah tu terlepas lah fardhu kifayah dia kat situ.

Mungkin bernasib baik macam tempat tinggal akak sekarang ni ada ulamak ahli fiqh dari Yaman tinggal di sini. Beruntung tau! Duduk bawah satu bumbung yang sama dengan ulamak yang jadi rujukan para ustaz tempatan.

Orang cina cari rumah yang ada ong, ikut fengsui dan kedudukan yang baik. Orang Islam pun kena cari macam tu.

Btw gambar ni masa akak pi tengok projek baru Uda Holdings di Kampung Baru.

Saturday, May 4, 2019

ZIKIR NAFAS


TAFAKUR, MEDITASI & ZIKIR NAFAS
.
Akak ni suka dengar Jay Shetty. So ada satu video dalam circle dia tunjuk cara meditasi yang dia belajar semasa dia jadi monk. Tak ada mantera apa pun cuma dia tunjuk cara pernafasan dan tenangkan minda saja. Sangat berkesan!
.
Akak pun google lah cara orang Islam meditasi selain solat (tafakur). (Kita boleh buat semasa stress di tempat kerja, semasa traffic jammed, semasa menunggu giliran yang panjang etc)
.
Kalau rasa stress, duduk diam satu tempat dalam posisi yang paling relax. Tutup mata. (Boleh google cara meditasi Jay Shetty)
.
Tarik nafas dalam-dalam. Hembus perlahan. Bezanya kita orang Islam sambil hembus nafas sambil zikir sebut nama Allah. Boleh buat regangan bahagian top body sambil ulang cara tarik dan hembus nafas.
.
Semasa meditasi tu bagi arahan pada diri kita supaya kenalpasti masalah dan deal dengan masalah tersebut. Buang segala stress dan tenangkan diri.
.
MasyaAllah terasa energy bagai dicas semula. Kelebihannya ia, meningkatkan tauhid kita kepada Allah. Selain tu, akak rasa lebih fokus dan terasa urat-urat stress terlerai dari simpulan.
.
Akak terjumpa satu video cara Zikir Nafas ni.
Rupanya semasa tidur pun nafas kita boleh berzikir.
.
Kita pernah dengar quote ni.
"Tidur orang beriman lebih baik dari solat orang yang tidak beriman."
.
Kenapa?
-Ada kesedaran kepada Allah
-Syariatnya dia tidur tapi hakikatnya jiwa dia sedang berzikir kepada Allah.
.
Bagaimana pula nak berZikir Nafas semasa tidur?
- Baring dan luruskan badan.
- Pilih posisi yang paling relax.
- Letakkan tangan di atas dada.
- Tarik nafas dalam-dalam.
- Hembus perlahan sambil sebut nama Allah.
- Ulang sampai kita tak sedar dan tak rasa kaki sendiri.
.
Kelebihannya kita akan dapat jiwa yang aktif dan batin yang tenang.
.
Sumber : Jay Shetty, Andy Firmanshah.

Sunday, April 7, 2019

RUMAH SEWA ECLIPSE

Saya abdikan gambar rumah di Cyberjaya sebagai rujukan untuk tujuan penyewaan.























INTROVERT KAH?

Hari ni ada 2 jemputan birthday dan kenduri kahwin.

Macam biasa akak kirim hadiah atau ringgit dari jauh ja. Sebabnya akak paling tak suka tempat ramai orang ni.

Selain majlis, akak tak suka expo. Walaupun tinggal kat bandar besar lebih 15 tahun, akak jarang sangat pi expo. Boleh kira dengan jari berapa kali akak pi expo. Tak kisah lah expo barang baby ka, pesta buku ka, festival raya ka, shopping mall opening sale ka, memang akak tak minat lansung nak pi. Kalau nak pi Ikea sanggup lari pi pagi-pagi lepas hantar anak sekolah sebab time tu orang tak ramai. Tunggu la sampai pintu buka 😄

Pasar tani mega kat stadium yang berapa minit dari rumah pun akak jarang pi. Pasar malam akak akan pi pukul 5-6 petang 😄 Dulu masa tinggal kat KL, (belakang KLCC) rasanya sekali ja kot pi raikan malam merdeka kat KLCC tu. Tahun-tahun selepas tu lepak kat rumah ja sebab itu bukan jiwa akak.
Ini dipanggil penyakit apa akak pun tak tau!

Orang kata, kita ada anak, kena pi kenduri orang sebab nanti bila anak kahwin, orang tak mau mai kenduri kita.

Tak mau mai tak apa lah bila Habib atau Nuha nak kahwin nanti akak masak shellout kat rumah sudah, jamu tok kadi dan orang surau makan dah 😜 Keji kan perangai!

Tak konfiden?
Akak rasa ni bukan pasal konfiden sebab akak orang bisnes, akak jumpa dan tegur orang (customer & strangers) setiap hari. Banyak kerja official akak buat sendiri dari jumpa pegawai front liner hingga ke pegawai atasan. Kalau tak ada konfiden, akak takkan boleh buat kerja macam tu.

Akak tak suka crowd. Ada yang faham, ada yang kata akak sombong. Akak tak sombong cuma rasa rimas dan cepat-cepat nak balik. Ada tak hangpa rasa macam tu?

CARA MOHON PERMIT MASUK



Bukan permit masuk hutan mahupun permit bela gajah ya 🐘 😅 Gambar sekadar hiasan.

Sebelum akak terlupa akak nak share cara apply #permitmasuk bagi suami warga asing kepada isteri warganegara Malaysia.

1/ Mula-mula sekali make sure suami (#wargaasing) dah bermastautin di Malaysia lebih dari 5 tahun. Macam en suami akak appy setelah 8 tahun berkahwin baru nak apply 😌

2/ Hadirkan diri ke Bahagian Permit Masuk di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Bawa anak-anak sekali lebih baik. Nanti pegawai akan bagi checklist dan borang untuk diisi. WAJIB bawa passport suami tau sebab pegawai nak semak dulu.

3/ Bila dah submit borang dan dokumen yang diperlukan, kita akan dapat kad yang tertera nombor fail. Simpan kad tu elok-elok. Lepas tu akan ada interview oleh pihak Polis dan pihak Imigresen. Kalau tak dapat surat, kena rajin pi tanya kat kaunter jangan buat tak tau ja.

4/ Masa interview dengan pegawai jangan ketaq lutut, relax saja, sembang macam kawan dan bagitau yang sebenar-benarnya. Jangan menipu. Jangan rasuah. Permit tu membolehkan suami kita cari nafkah lebih luas di sini. Jaga baik-baik sumbernya.

5/ Lepas settle part interview, pihak tadi akan buat siasatan dan bermula lah episod kita menunggu kucing bertanduk 😅 memang lama! Ikut rezeki lah ada yang cepat prosesnya.

5/ Akhirnya, setelah hampir 4 tahun menunggu, bulan Jan 2019, en suami akak dapat surat kelulusan. Syukur Alhamdulillah. Tapi disebabkan kami pindah rumah, bulan Mac baru pi ambil surat kelulusan di JIM Putrajaya. Surat kelulusan expired dalam 6 bulan dari tarikh keluar, jadi kena cepat respond ya sebab kalau dah expired kena ulang proses balik.

7/ Mengikut surat kelulusan, en suami kena pi cancel visa di Pejabat Imigresen yang keluarkan visa tu.

8/ Bila dah cancel visa, terus ke JIM Putrajaya semula untuk submit dokumen yang diminta. Ikut ja arahan surat tu.

9/ Bila dah submit, JIM Putrajaya keluarkan sijil Permit Masuk. Akhirnya!!! 🎉
Proses tak sampai 2 jam pun.

Sijil Permit Masuk ni bersaiz A5. Ia umpama 'sijil lahir' dia la. Bila dah dapat sijil ni, barulah layak nak apply MyPR (IC merah).

Tuesday, January 29, 2019

CINTA PERTAMA



Tak pernah tak sayang 💕
Satu pun barang-barang kiosk/chiller kami tak jual dan tak akan jual. Semuanya masih ada. InsyaAllah dengan sedikit modification boleh buka 6 buah kiosk semula.

Biarlah apa orang kata.
Saat jatuh bangun hanya Allah ja kami ada. Hanya Dia yang kami minta pertolongan.
Orang nampak senang luaran. Susah senang, jatuh bangun hanya kami suami isteri yang hadap sendiri.
Syukur pada Allah kami tak ada hutang jadi nak bangun berpaut balik sedikit senang.
Satu persatu pintu kami Allah tutup, rupanya Dia nak buka pintu untuk kami ke lorong paling pantas menuju ke matlamat dan capai impian.

Setiap yang berlaku ada hikmah yang cukup besar cuma perlu sabar dan terus kejar 🌹

KISAH KEBUN

















WISDOM


Dua tiga hari ni berlegar-legar posting SS di fb pasal tak hantar anak-anak dia ke sekolah.
Ingat dia sorang je ka tak setuju dengan sistem persekolahan sekarang. Semua parents pun sama kot even cikgu-cikgu dan menteri sendiri pun tak setuju. Bukan sekolah kerajaan ja, private school pun sama. Bayar mahal tapi sistem sama cuma lebihnya anak belajar dalam aircond. Baik tak payah. International school akak tak pasti.

Tapi sebab tak berapa nak mampu baik duduk diam-diam. Sekolah dah free lagi mau komplen. Akak sendiri cari alternative hantar anak-anak ke kelas agama & hire tutor datang mengajar kat rumah. Bukan harapkan benda free semata. Akak risau kalau Allah tarik balik rezeki yang sepatutnya disalurkan pada pendidikan anak-anak tapi sedap ja buat belanja sendiri.

Anak-anak belajar bukan hanya di sekolah. Dan di sekolah tak semestinya dia belajar semua subjek. Sebab tu kena outsource lagi.
Tapi tak bermakna sekolah tak bagus. Banyak sebenarnya benda yang diajar di sekolah tanpa kita sedar.

Belajar ikut giliran.
Belajar hormat waktu.
Belajar dengar arahan.
Belajar beri arahan.
Belajar patuh.
Belajar bermain.
Belajar 'gain' semangat untuk jadi pemenang.
Belajar maintain semangat bila kalah.
Belajar jadi ketua.
Belajat jadi ahli.
Belajar secara teamwork.
Belajar guna harta awam.
Belajar hormat guru.
Belajar amanah tak ambil pencil smiggle kawan.
Belajar tanggungjawab datang awal pada hari bertugas.
Belajar pinjam buku, kena pulangkan balik.
Belajar bayar denda dengan duit saku sendiri.
Belajar membeli tanpa tanya mak.
Belajar berjalan tertib ramai2 tak perlu gopoh-gapah.
Belajar simpan rahsia kawan.
Belajar simpan rahsia sendiri tak bagitau mak bila kena rotan dengan cikgu.
Macam-macam lah.

Semua benda ni tak boleh belajar kalau 'sekolah' dengan mak bapak sendiri.
Mak bapak especially mak lah. Garang macam mana pun dia akan berlembut dengan anak.

Zaman sekarang ni
Orang bijak pandai ramai tapi orang yang boleh toleransi dan hidup bermasyarakat sangat kurang.
Dia bijak sorang-sorang.

Orang yang banyak knowledge ramai.
Orang yang banyak pengalaman pun ramai. Tapi orang yang ada wisdom akan lebih jauh kedepan.

Saturday, November 25, 2017

Inspirasi

Baru saya tahu yang pihak sekolah di arah rahsiakan result UPSR. Pelajar yang dapat 6A pun tak perlu di hebohkan. Pelik sungguh!!


Hari Rabu lepas ada Anugerah Kecemerlangan di sekolah anak saya. Pelajar yang tidak terlibat, cikgu cakap tak perlu datang pun tak apa. Anak saya tahun 3 kelas corot, tak terlibat pun tapi saya siapkan dia ke sekolah juga macam biasa. Pada saya biar dia sama-sama dalam majlis tu tepuk tangan untuk kawan-kawan yang berjaya naik pentas ambil hadiah. Anak saya pun ok je saya tengok. Tak murung pun tengok kawan naik pentas ambil hadiah. 


Saya teringat dulu masa saya belasan tahun, beberapa kali saya ikut maktam ke Akedemi Islam di UM. Ada sekali tu Maktam ambil result dapat mumtaz kot tak silap saya. Maktam punyalah happy. Saya nekad dalam hati nak belajar tinggi walau saya bukan pelajar pandai pun. SPM saya ke laut. Lepas SPM sambung form 6 lepas tu berhenti form 6 masuk kerja kat Telekom. Ada peluang sambung belajar saya nekad nak sambung belajar juga walau cuma pre-diploma. Saya teringin benar nak belajar dalam kampus. Lepas pre-diploma baru sambung buat diploma di KL. 


Masa kat KL, saya berkesempatan pergi majlis konvo makteh kembar kepada maktam di UM. Lepas tengok makteh terima ijazah, saya jadi lagi berkobar-kobar nak konvo juga. Saya ingat lagi, maktam bagi duit untuk saya beli bunga beri pada makteh. Saya bawa bunga naik LRT then turun Stesen Universiti untuk ke UM. Rasa bangga sangat bawa bunga yang ada tebby bear pakai mortar board tu. Saya tekad nak konvo juga. Nak bagi mak ayah rasa bangga dengan saya. 


Saya graduate dengan GPA 3.38 dan dapat diskaun bayaran balik pinjaman YTM, cuma perlu bayar RM5k sahaja dari RM20k++. Kalau pandai sikit lagi boleh terus convert jadi biasiswa. Tapi saya syukur ya amat. Keinginan saya tercapai. 


Benda ni saya terapkan pada anak saya. Support. Sorak tahniah pada yang berjaya. Jangan dengki jangan iri hati. Tak berjaya tak apa. Chill sudah! Jangan rasa rendah diri. Lagipun budak-budak pandai terlalu ramai. Tahun ni Alhamdulillah anak saya dapat 2A. Saya syukur. Saya bangga dengan pencapaian dia. Dah banyak peningkatan. Anak saya sorang lagi dapat banyak hadiah atas kecemerlangan di tadika pun sama juga saya raikan. Tak ada beza. Kedua-duanya kami support. Kedua-duanya kami sayang. Kedua-duanya punya kelebihan masing-masing. 


Sepatutnya sikap terima seadanya perlu diterapkan pada pelajar. Yakin diri walau 6E pun tak apa lah tak perlu rasa rendah diri dengan kawan yang dapat 6A. Raikan. Ucap tahniah. Parents tak perlu iri hati. Pihak sekolah pun tak perlu nak sorokkan pelajar yang dapat 6A. Kesian tau penat dia struggle nak dapat result macam tu. Saya parents kepada pelajar kelas corot pun tak setuju buat macam tu. Terima saja lah apa keputusan anak. Gosok bahu anak, peluk dia erat-erat tanda kita bangga dengan dia. Raikan anak yang berjaya sekurang-kurangnya dapat memberi inspirasi kepada yang kurang berjaya. 


Anak yang cemerlang kita sorok, anak yang rosak akhlak di highlight di dada akhbar. Tauladan yang macamana kita nak tunjuk sebenarnya? 






Friday, November 10, 2017

Tarbiah.

Amboi tajuk! 
Saja saya share cara suami saya tarbiah saya secara halus. Dia tak oernah suruh ikut cakap dia cuma dia suka saya ikut cara Ibu, Isteri serta anak Nabi. 



Ada lagi satu buku kisah isteri Nabi, Saidatina Khadijah. 

Tajuk buku-buku ni langsung tak sentap. Tapi gaya dia suruh saya baca buku tu sangat menyentap kalbu. Contohnya kalau saya melawan cakap dia, dia hulur buku Siti Khadijah a.s sambil cakap "Hazrat Khadijah ada tak cakap ikut logik? Ada tak 'dia' fight nak menang dengan Nabi?" 

Lagi satu kalau saya marah anak selalunya ketika ajar #habibandnuha tuition, dia akan tanya "you dah habis baca buku Hazrat Aminah ke? Ada tak 'dia' ajar Nabi macam you ajar anak? Kalau you nak anak ikut cara Nabi, you kena ikut cara mak Nabi!" Sentap uollls!!!! Tak ada lapik-lapik 🎯 

Dia biasanya akan tarbiah saya bila anak-anak dah tidur. Saya pun buat-buat malas nak dengar tapi pasang juga telinga ni. 
Masa mengandung dulu ada dia beli buku Amalan Ibu Mengandung. Saya tanya la cashier tu, buku 'Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung' ada tak? Dia jeling kat saya. Pandai pulak sentap 😄