Thursday, October 2, 2014

Potato Fritter


Potato fritter atau cucur ubi kentang ni saya pertama kali tengok kat blog Kak Ita Masam Manis..nampak sedapnya lahai..semalam kebetulan Kaka dan family datang, jadi saya try lah..sedap rupanya..meh nak share resepi..saya tengah rajin ni..hihi..


Bahan2 :

1 biji ubi kentang disagat halus
1 biji cili merah
3 tangkai daun bawang
1 biji telur
Tepung gandum
Garam
Sedikit kunyit

Cara2 :

Satukan semua bahan dan goreng dalam non-stick pan..letakkan sedikit saja minyak sebab ubi kentang biasalah kan..serap minyak..kalau tak nak letak minyak pun boleh..ikut suka lah..kalau nak tengok gambar potato fritter yang cantik pi jenguk blog Kak Ita sana tu..hahah..selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment