Thursday, October 2, 2014

Kaka datang dari Dhaka


Semalam Kaka iaitu pakcik (yang pakai songkok) datang bersama anak2 menantu dan cucu2..isterinya dah meninggal dunia..anak perempuan Kaka tu sepupu dengan en suami..saya panggil dia Babhi..Babhi ni teacher kat dhaka..teacher kat secondary school..suaminya lawyer..diorang  datang ke Malaysia untuk jalan2 makan angin..alang2 dah ada kat Malaysia en suami jemputlah datang makan malam di rumah..hari sabtu ni ke Singapore pula..beraya haji disana..11 hari bulan baru berangkat balik ke Dhaka..dalam gambar di atas sebahagian saja kerana tak cukup kerusi..hihi..cucu2 makan kat depan tv..

Saya dan en suami masak nasi minyak dan nasi putih serta lauk pauk..kebanyakkannya hidangan ala Bangla..lupa nak snap gambar nasi..

Kari daging..
Kari ayam..
Udang goreng masala..
Ikan goreng..
Kuah dhal..
Sayur campur..
Bbq kambing..saya bakar 4 slices je..ada lagi lebihan ayam bbq yang beli semalam, hari ni baru nak bakar untuk anak2..
Salsa..
Potato Fritter
Dessert..ice cream cake tu diorang yang bawa..
Sebahagian dari lauk pauk..ni pun dah tak muat meja..

Alhamdulillah rumah kami tak lekang dengan tetamu..syukur..boleh kata tiap2 minggu ada tetamu datang bertandang..sebagai tuan rumah saya memang suka masak sendiri..jarang sangat nak beli dari luar..biasanya saya masak nasi lah..yang lain2 cuma selingan saja..seronok bila penat masak lepastu tetamu makan bertambah..uuuuiiii..tak tau nak decribe feeling tu macamana ;)


No comments:

Post a Comment