Hari tu balik Bangladesh sebab nak raikan si Shawon nilah..dia sepupu kepada en suami..anak uncle Jalal adik kepada bapa mertua..dulu masa kecik2 uncle Jalal yang jaga en suami sampai lah en suami masuk kolej..so Shawon ni dah dia anggap macam adik sendiri dah..
Ini acara suap bakal pengantin dengan manisan..Manisan penuh kat depan tu..hahaha..potong kaki..potong kaki..
ni ma dan abba Shawon..uncle Jalal dan isteri..Shawon ni anak bongsu dari 2 beradik..anak kesayangan ma dia nih..
Ni pula ma dan abba..mertua saya..abba dah kurus..lelah teruk sangat..
ni ma dan abba Shawon..uncle Jalal dan isteri..Shawon ni anak bongsu dari 2 beradik..anak kesayangan ma dia nih..
Ni pula ma dan abba..mertua saya..abba dah kurus..lelah teruk sangat..
Yang dua orang ni anak buah kesayangan en suami..Syammu dan Sapna..Syammu anak kepada abang Khaleque..Sapna pula anak Muna, adik perempuan en suami..dedua ni manja sangat..dah besar macam ni pun makan bersuap tau..kalau tak de sapa nak suapkan muncung panjang sedepa..
Dedua nilah orang kuat majlis..segala hiasan untuk majlis diorang yang buat..dari stage luar sampai ke bilik tidur..diorang juga yang arrange semua games untuk budak2 muda sepanjang majlis berlangsung..pandai dancing dedua nih..orang2 tua sibuk masak, yang muda2 berdancing kat stage..siap dengan muzik dan lampu disco lagi..tapi bertutup lah untuk tatapan ahli keluarga sahaja..
Lepas tu ada cabutan bertuah..hadiah2 untuk cabutan bertuah dibeli hasil derma dari semua orang..memang dipaksa derma oleh budak2 nih..kahkah..
Selepas semua saudara mara selesai suap Shawon makan manisan..diorang bagi dia mandi pula..ni salah satu adat di malam sebelum nikah..tukang bagi mandi pun bukan orang lain..makcik2, sepupu2 yang dah kahwin serta kakak2 ipar sendiri..Yang baju kuning tu kakak ipar saya..isteri abang Khaleque..dan yang pakai baju putih shawl biru tu, Muna adik en suami..
Diorang bagi mandi dari hujung kepala sampai ke kuku kaki..terketar2 budak tu..hahah..sejuuk..sambil jirus Shawon, dia jirus sekali kat penonton semua..pakat lari la apa lagi..hahaha..time ni memang meriah..terjerit2 takut baju basah..
Malam tu, semua ahli keluarga bakal pengantin diwajibkan pakai saree kuning..jadi saya pun tak terkecuali..pakai la sekejap dalam 30 minit macam tu lepastu tukar balik..hahah..Gambar kat atas dengan kami tu abang ipar, suami kepada kakak Rahilah..dia ni lucu sangat..kuat mengusik..cucu dah ada 3 orang..semua tinggal dengan dia..anak2 buah pun ada yang tinggal dengan dia..dia jaga sampai diorang masuk kolej..adik en suami (Abdul Hayy al-Hadi) yang kat London tu pun dulu dia yang jaga dari kecil sampai masuk universiti..lepastu berhijrah ke London..baik hati sangat dia nih..lagaknya macam bapa saya yang kedua..hahaha..
Muka plastik tak boleh blah..jangan gelak ea..
Cari cincin dalam susu..gambar tunggang langgang..lantaklah..
Muka plastik tak boleh blah..jangan gelak ea..
Cari cincin dalam susu..gambar tunggang langgang..lantaklah..
Sapna, Tamanna (pengantin) dan Syammu..nama betul Sapna, Nazreen Sultanah Sapna..huhu panjang kan..Syammu pulak, Sanjeda Sharmeen Syammy..memang nama panjang2 belaka..nama betul Tamanna, lupa pulak nak tanya..
Tamanna..cantik dia nih..bapa dia ada shopping komplex 5 tingkat..mati la Shawon dapat bini anak orang berada..hahaha..tapi diorang kahwin on love marriage belajar sama2 bukan family arrangement..
Nuha dan Tisya..anak dan cucu saya bergambar sebelum bertolak ke rumah pengantin..nama betul Tisya, Tasmeena Akhtar Tisya..sedap nama dia kan..Nuha pakai baju punjabi sut tu punya sedap sampai tak nak tukar..hahaha..comel anak mama nih..pergi mana pun berdua je dengan Tisya..
Pengantin atas stage..Pengantin atas katil..ada je terselit gambar 2 orang nih..hihihi..
No comments:
Post a Comment