Puding roti @ bengkang roti ini adalah inspirasi dari Farah Lee isteri Ally Iskandar yang sangat comel tu..boleh jenguk ke blognya untuk dapatkan the exact recipe sebabnya saya bakal kurangkan dan lebihkan mengikut ingredient yang ada di rumah..resepi yang sangat mudah..
Baha-bahan:
1 pek roti saiz kecil + 4 keping lagi
1 kotak susu HL 1 litre (minus 1/2 gelas sbb saya dah minum)
1 biji telur ayam
5 sb butter
3/4 cawan gula
1 st esen vanila
Gula perang (optional)
Cara-cara:
Panaskan oven..
Gaulkan butter dan gula sehingga hancur..masukkan susu..kemudian masukkan roti yang telah dicarik2..boleh minta bantuan anak2 kerana sangat seronok dapat koyak roti..
Masukkan telur ayam dan esen vanila..gaul sebati dan biarkan seketika..
Akhir sekali tuang adunan ke dalam loyang..boleh susun lebihan roti yang dipotong cantik diatas adunan dan taburkan coklat chip jika ada..saya cuma taburkan gula perang..siap! Dah boleh bakar selama 30 minit dengan suhu 180dc..mengikut oven masing2 sehingga garing dipermukaan..
Maka jadilah puding roti kun fayakun! Yang penting simple dan sedap..garing diluar lembut didalam..
No comments:
Post a Comment