Sunday, April 7, 2019

RUMAH SEWA ECLIPSE

Saya abdikan gambar rumah di Cyberjaya sebagai rujukan untuk tujuan penyewaan.























INTROVERT KAH?

Hari ni ada 2 jemputan birthday dan kenduri kahwin.

Macam biasa akak kirim hadiah atau ringgit dari jauh ja. Sebabnya akak paling tak suka tempat ramai orang ni.

Selain majlis, akak tak suka expo. Walaupun tinggal kat bandar besar lebih 15 tahun, akak jarang sangat pi expo. Boleh kira dengan jari berapa kali akak pi expo. Tak kisah lah expo barang baby ka, pesta buku ka, festival raya ka, shopping mall opening sale ka, memang akak tak minat lansung nak pi. Kalau nak pi Ikea sanggup lari pi pagi-pagi lepas hantar anak sekolah sebab time tu orang tak ramai. Tunggu la sampai pintu buka 😄

Pasar tani mega kat stadium yang berapa minit dari rumah pun akak jarang pi. Pasar malam akak akan pi pukul 5-6 petang 😄 Dulu masa tinggal kat KL, (belakang KLCC) rasanya sekali ja kot pi raikan malam merdeka kat KLCC tu. Tahun-tahun selepas tu lepak kat rumah ja sebab itu bukan jiwa akak.
Ini dipanggil penyakit apa akak pun tak tau!

Orang kata, kita ada anak, kena pi kenduri orang sebab nanti bila anak kahwin, orang tak mau mai kenduri kita.

Tak mau mai tak apa lah bila Habib atau Nuha nak kahwin nanti akak masak shellout kat rumah sudah, jamu tok kadi dan orang surau makan dah 😜 Keji kan perangai!

Tak konfiden?
Akak rasa ni bukan pasal konfiden sebab akak orang bisnes, akak jumpa dan tegur orang (customer & strangers) setiap hari. Banyak kerja official akak buat sendiri dari jumpa pegawai front liner hingga ke pegawai atasan. Kalau tak ada konfiden, akak takkan boleh buat kerja macam tu.

Akak tak suka crowd. Ada yang faham, ada yang kata akak sombong. Akak tak sombong cuma rasa rimas dan cepat-cepat nak balik. Ada tak hangpa rasa macam tu?

CARA MOHON PERMIT MASUK



Bukan permit masuk hutan mahupun permit bela gajah ya 🐘 😅 Gambar sekadar hiasan.

Sebelum akak terlupa akak nak share cara apply #permitmasuk bagi suami warga asing kepada isteri warganegara Malaysia.

1/ Mula-mula sekali make sure suami (#wargaasing) dah bermastautin di Malaysia lebih dari 5 tahun. Macam en suami akak appy setelah 8 tahun berkahwin baru nak apply 😌

2/ Hadirkan diri ke Bahagian Permit Masuk di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Bawa anak-anak sekali lebih baik. Nanti pegawai akan bagi checklist dan borang untuk diisi. WAJIB bawa passport suami tau sebab pegawai nak semak dulu.

3/ Bila dah submit borang dan dokumen yang diperlukan, kita akan dapat kad yang tertera nombor fail. Simpan kad tu elok-elok. Lepas tu akan ada interview oleh pihak Polis dan pihak Imigresen. Kalau tak dapat surat, kena rajin pi tanya kat kaunter jangan buat tak tau ja.

4/ Masa interview dengan pegawai jangan ketaq lutut, relax saja, sembang macam kawan dan bagitau yang sebenar-benarnya. Jangan menipu. Jangan rasuah. Permit tu membolehkan suami kita cari nafkah lebih luas di sini. Jaga baik-baik sumbernya.

5/ Lepas settle part interview, pihak tadi akan buat siasatan dan bermula lah episod kita menunggu kucing bertanduk 😅 memang lama! Ikut rezeki lah ada yang cepat prosesnya.

5/ Akhirnya, setelah hampir 4 tahun menunggu, bulan Jan 2019, en suami akak dapat surat kelulusan. Syukur Alhamdulillah. Tapi disebabkan kami pindah rumah, bulan Mac baru pi ambil surat kelulusan di JIM Putrajaya. Surat kelulusan expired dalam 6 bulan dari tarikh keluar, jadi kena cepat respond ya sebab kalau dah expired kena ulang proses balik.

7/ Mengikut surat kelulusan, en suami kena pi cancel visa di Pejabat Imigresen yang keluarkan visa tu.

8/ Bila dah cancel visa, terus ke JIM Putrajaya semula untuk submit dokumen yang diminta. Ikut ja arahan surat tu.

9/ Bila dah submit, JIM Putrajaya keluarkan sijil Permit Masuk. Akhirnya!!! 🎉
Proses tak sampai 2 jam pun.

Sijil Permit Masuk ni bersaiz A5. Ia umpama 'sijil lahir' dia la. Bila dah dapat sijil ni, barulah layak nak apply MyPR (IC merah).