OK entri ni panjang lebar ye..warning siap2!!
Tujuan asal ke Singapore ni cuma nak bawa anak2 yang sukakkan haiwan ni tengok dolphin.
First of all we need to apply visa. Untuk kita orang
Malaysia memang tak payah visa la kan, bawa passport ja tapi untuk en suami
kena apply. Visa boleh di apply di agen berdaftar salah satunya MP Travel Sdn
Bhd. Boleh google website MP Travel tengok visa requirements. Kat situ semua
ada.
Ok. Dah dapat visa kami booked flight murah bertolak pagi2
buta dan flight balik tengah malam buta. Memang dapat murah la kan. Pukul 6am
kami bertolak dari KLIA2 terus ke Changi airport. Dari Changi Airport naik Taxi
ke Marrison Hotel di Desker Road, Little India. Hotel ni awal2 lagi saya dah
book di booking.com. Hotel ni sangat convenience. Ia terletak sangat dekat dengan
Mustafa Centre dan juga Farrel Park MRT di City Square Mall. Jadi untuk travel
dengan budget kecil, sangat sesuai la. Harga pun berpatutan cuma SGD136 untuk
bilik queen + single bed. Satu malam je kan. Yang penting berdekatan dengan
Mamak Restoran.
Tip: jaga perut suami! Cari hotel berdekatan dengan tempat
makanan fav dia. Saya ada experience masa ke Krabi dulu, 3 hari makan tomyam so
mood dia pun ke laut bersama seafood. So kali ni, tak kan jadi lagi.
Sampai di Hotel, kami tak buang masa, letak beg terus cari
breakfast di mamak restoran. Restoran Halal sangat banyak so no worry. Selesai
breakfast, kami ambil tren dari Ferral Park ke Harbour Front.
Bab tren tak payah pening ok. Beli EZ-Link kad di kaunter
tiket MRT. EZ-Link ni macam TouchNGo kad. Boleh guna naik MRT dan juga bas.
Kami beli 2 kad dan tambah lagi SGD10 setiap satu kad. Dan selepas tolak caj
kad, amaun yang ada dalam setiap kad SGD17. Cukup untuk 2 hari punya journey.
Map boleh minta di kaunter yang sama FOC. MRT dan LRT yang kita naik kat sini
sama ja ok. So jangan konfius. Kalau korang boleh hidup di KL, di Singapore
korang akan jadi pelancong yang bijak. Kehkehkeh. Cuma kena banyak tengok map
lah sebab of course la kita tak tau nama tempat dan nama stesen kan. Sama juga
macam kat KL, kalau nak pergi Dataran Merdeka kena turun LRT Masjid Jamek betul
tak? So system tu sama ja.
Ok sambung balik, selesai breakfast kami nak ke Sentosa
Island. Jadi kami naik MRT di Farrel Park terus ke Harbour Front. Dari Harbour
Front ke Vivo City untuk ambil monorail untuk ke Sentosa. Ikut je signage. Semuanya
tap guna ez-link tak payah beratur untuk beli tiket. Disebabkan kami nak tengok
dolphin, jadi kami turun di Beach stesen. Kemudian tunggu tram untuk ke Under
Water World. Tram yang kami naik rupanya pusing sepanjang beach. Walhal UWW
dekat ja dengan stesen monorail. Tapi ok juga la boleh tengok betapa cantik dan
bersihnya beach kat situ. Pahlawan beach paling menarik pada saya. Siap ada
titi gantung lagi. Ok. Bila sampai di pitstop, kena menapak sikit untuk ke UWW.
Rupanya kami terlepas show pukul 11am. Aduhai kena tunggu pukul 2pm atau pukul
4pm punya show. Ermm. Dengan cuaca yang panas terik, memang tak la nak tunggu
kan so kami decide untuk ke Resort World. Hampa juga rasa hati tak dapat tengok
dolphin. Sebaik keluar je kami nampak bas untuk ke Resort World di pitstop. Ok
lah naik bas. FOC.
Sampai di Resort World, saya kagum sekejap. Besar gila
tempat ni. Kat situlah terletaknya Universal Studio Singapore. Kami tak masuk
USS. Memang tak rancang nak masuk pun. Orang jangan cakaplah punya la ramai. So
kami ronda dalam tu. En suami suruh cari restoran halal tapi tak jumpa pun.
Last sekali jumpa trak aiskrim. En suami belikan aiskrim untuk anak2, saya pula
beratur beli tiket masuk S.E.A Aquarium. Mujur orang tak berapa ramai. Masuk ke
S.E.A Aquarium ni, lagi sekali kami kagum. MashaAllah..tempatnya macam Aquaria
KLCC tapi jauh lebih besar dan aquariumnya jauh lebih dalam dari Aquaria. Anak2
dah excited. Mak bapaknya pun sama. Lama juga kami tour dalam tu. Anak2 saya ni
kalau tengok haiwan tak bising tak sah. Aduuh. Dan bisingnya overload bila
sampai di aquarium dolphin. Yeay!!! Ada dolphin rupanya. Dan perfect timing!
Show baru nak start. Dapat duduk depan sekali. Trainer terangkan satu persatu tentang
dolphin. Beza Antara dolphin male and female dan trainer tu juga tunjukkan apa
yang dolphin boleh buat. Ada antara pengunjung bertanya kepada trainer dengan
menaip di skrin phone dan tunjukkan pada trainer. ‘Can she kiss me?’ dan
trainer tu tanya dolphin. Dolphin geleng kepala. Dia tak mau kiss. Adoiii!
Bijak dan comel sangat. Puas hati rasa dapat tengok dari awal hingga habis
show. Allah tu sayang kat kita kan?! ;) Thank You Allah.
Keluar dari S.E.A Aquarium, kami terus ambil monorail balik
ke Vivo City. Disitu, kami lunch dulu di food court yang terletak di B1. Lepas
tu terus ke Harbour Front stesen dekat ja dengan food court untuk ke Farrel
Park dan pulang ke hotel. Sampai di hotel, kami semua terus tumbang. Letih oii.
Bangun tidur dekat pukul 6pm baru buat solat jamak. Kami bersiap2 untuk ke
Bugis Street pula. Time limited, jadi jangan buang masa.
Kami naik MRT dari Farrel Park ke Dhoby Ghaut interchange
untuk ke City Hall dan tukar lagi untuk ke Bugis. Sampai sana, kami menapak
sikit untuk ke Restoran Zam Zam yang terkenal dengan murtabak tu. So kami makan
murtabak ja malam tu. Anak2 makan nasi goreng putih. Selesai makan, kami
menapak lagi ke Bugis Street. Jalan kaki di tengah Bandar pada waktu maghrib
sangat ganjil pada saya. Biasanya waktu maghrib kita masuk dalam rumah kan.
Sampai kat Bugis Street kami masuk separuh jalan, then keluar balik. Kami
decide nak ke Merlion Park. Kalau nak shopping kat KL lagi murah kot. Barang
pun lebih kurang sama ja. So mari kita sight seeing. Kali ni kami kalah, kami
tak naik MRT tapi naik taxi ke Merlion Park.
Dari Merlion Park, boleh tengok statue yang menjadi
trademark kepada Singapore. Separuh mermaid, separuh singa tu. Marina Bay Sand
pun kelihatan sangat cantik waktu malam. Singapore Flyer. Esplanade. Helix
bridge yang bercahaya. River Cruise yang berwarna warni. Memang cantik
subhanAllah. Angin pun sepoi2 bahasa buat pengunjung rasa selesa disitu.
Kekadang terasa air simbahan dari mulut merlion yang dibawa angin menyapa muka
ni. Agak lama juga kami di situ sehingga larut malam. Biar anak2 main berlari
sekejap, kemudian ambil taxi pulang ke hotel. What an amazing night in
Singapore!
Esoknya.
Pagi2 lagi kami dah bangun. Mandi. Bersiap2. Kemas beg. Sedia
untuk check out. Beg kami simpan dulu di reception kaunter. Kami terus ke mamak
restoran untuk breakfast. Kemudian ke Mustafa Centre nak shopping sikit.
Mustafa Centre ni sebijik macam Mydin tapi barang yang
dijual semuanya branded. Kalau di Malaysia, barang branded, disusun cantik tapi
disini bersepah2 macam kat Mydin. Haha. Pusing2 tengok barang tengok harga.
Naik turun escalator hingga ke tempat kasut. En suami ni allergic dengan kasut.
Pantang tengok kasut. Kasut dia kat cabinet rumah berlambak2. Saya biasa ja.
Kehkehkeh. Biasa la kita mak2 ni selalu tengok barang anak ja. Barang sendiri
last sekali baru cari. Saya cari kasut sekolah Habib dan Nuha. Kasut cantik.
Rare. Kat Malaysia tak ada. Eh kat Shah Alam tak da. Harga not bad. Ok boleh
beli. Then en suami dapat sepasang. Saya punya 2 pasang yang murah ja. SGD13 ja
satu. Haha. So jom bayar. Sebelum keluar pergi refund GST dulu kat tingkat
bawah. Datang Singapore beli kasut ja. Lepas tu terus ke hotel balik untuk
simpan barang2 ni sebab lepas ni nak pergi Zoo. Mana boleh bawa barang kan.
Untuk ke Zoo, kami ambil MRT dari Farrel Park ke Dhoby Ghaut
Interchange untuk ke Ang Mo Kio. Sampai di Ang Mo Kio stesen, kami ikut signage
turun ke Bus interchange. Disitu, cari bas no. 138 untuk ke Zoo Singapore.
Senang ja. Sebelum naik bas, kami sempat beli nasi lemak dan kuih muih di stall
disitu untuk buat bekal ke Zoo nanti. Nasi lemak SGD3.50. kuih muih 5 ketul
SGD2. Harga makanan dalam Zoo confirm lebih mahal.
Sampai di Zoo, saya bagi anak2 makan dulu dengan bekal yang
kami beli tadi. En suami cuma belikan air saja 2 botol. SGD3 sebotol. Ambik
kau.
Tips: kalau jalan jauh, perut anak2 kena jaga. Bagi makan on
time. Baru anak2 happy. Mak bapak pun happy.
Tiket ke Zoo Singapore ni saya dah siap2 beli online. Tiket
boleh masuk bila2 masa valid 30 hari dari tarikh beli. Saya beli sekali dengan
tiket tram. Zoo Singapore pun lebih cantik dan bersih ok. Mula2 kami menapak sikit. Kemudian naik tram.
Anak2 super excited. Kat sini, kita lebih dekat dengan haiwan sebab glass besar
dibina di setiap kurungan haiwan agar kita boleh lihat haiwan dalam habitatnya
dengan lebih dekat lagi. Ok tengok gambar je lah ye.
Yang bestnya disini, kami berpeluang melihat Polar Bear.
Yeay!! Bukan senang nak tengok ni. Tempat dia besar dan sejuk sangat.
Ni white tiger nama dia Omar. Mula2 duduk jauh nun. Bila
kami jerit nama dia “Omar!” “Omar!” “Omar!” baru dia datang dekat. Pelancong
lain yang dari tadi duduk ja tunggu white tiger ni datang dekat terus bangun
dari kerusi untuk ambil gambar. Haha. Ni mesti kes tak baca signage kat situ.
Zoo Singapore memang best. Peminat haiwan kena datang sini.
Kat sini juga terdapat Rain Forest Kids world. Boleh mandi manda. Yang ni kena
bayar extra. So tak payah. Nanti kita pergi Wet World dah la ye.
Kami bagi peluang kat Habib naik trampoline nih. SGD10. Punya
syok dok melompat. Tinggi lagi. Tinggi lagi. Lepas tu nak naik gajah tapi tiket sold out. Ermm. Poor
gajah.
Overall sangat puas hati. Sebelum keluar kami beli
cendrahati sikit buat kenangan. Keluar dari Zoo, kami terus ke River Safari
yang terletak bersebelahan ja dengan Zoo. Saya tanya harga dan berapa lama
perjalanan cruise tu di kaunter. Total dalam SGD72. En suami kata boleh. Tapi
journey tu ambil masa minimum 2 jam! Aduii tak sempat. So kami terus keluar
lah. Tunggu bas tapi macam lambat ja so en suami beli tiket bas direct ke
Farrel Park. SGD6 x 2. So tak payah naik MRT dah. On the way balik hujan pun
turun boleh tahan lebat jugak. Bila bas berhenti untuk turunkan penumpang di
Orchard, kami pun join sekali. Haha. Kami turun betul2 depan Far East Mall kot
nama shopping mall tu.
Di Orchard ni banyak tempat shopping. Kat sini kami betul2
lost tak tau nak pergi mana. Jalan ja ikut kaki sampai ke Shaw Centre/Tower. Main
masuk je kat situ then nampak signage Food Republic dan juga Isetan. En suami
ajak makan dulu. Kami makan Indonesian food kat situ. Tempat makan pun bersih
yang amat. Bila anak makan tumpah sikit terus saya lap dengan tisu. Selesai
makan kami naik ke Isetan. Rambang mata ai tengok beg tapi hanya mampu tengok
je la. Harga jauh lebih mahal dari kat Sogo so tak payah la buang duit. Jalan2
lagi sampai ke tempat baju wanita. En suami yang beria suruh saya pilih. Saya
ni dah sakit kaki berjalan dari pagi, ajak balik pun dia dok pilih baju untuk
saya lagi. Ok lah ambil lah.
Keluar dari Isetan terus ambil MRT dari Orchard ke Dhoby
Ghaut Interchnge untuk ke Farrel Park. Kami kena patah balik ke Hotel sebab nak
ambil beg dan barang yang disimpan tadi. Sampai di Farrel Park, saya dan anak2
tunggu di City Square Mall dan en suami sorang je pergi ambil barang di Hotel.
Kebetulan ada show kat stage di situ, jadi boleh la kami duduk bersila di
lantai seketika buat hilang penat konon2 nak tunggu show. Kihkih.
Kemudian kami naik MRT semula dari Farrel Park terus ke
Dhoby Ghaut Interchange untuk ke City Hall kemudian tukar untuk ke Tanah Merah
dan tukar lagi untuk terus ke Changi Airport.
Macam susah, tapi senang je sebenarnya. Refer MRT map ok. Setiap kali
kami masuk dalam tren, pasti ada orang yang bangun untuk beri tempat duduk
kepada anak2 so as long as anak2 dapat duduk, tak letih so perjalanan jadi
smooth ja Alhamdulillah. Kagum dengan morality orang Singapore. Something we
should learn from them.
Sampai di Changi Airport, kami jalan2 dulu. Airport ni
cantik sangat. Kami bergilir ke surau sambil anak2 main di playland disitu.
Kemudian cari Skytrain untuk ke Terminal 1 tempat
terletaknya Terminal Airasia. Saya dah check in siap2 dari rumah so tak payah
kelam kabut.
Sampai di Terminal 1, kami cari makan dulu. SGD ada lagi, so
mari habiskan. Kami makan di Pizza Hut disitu dan ianya disahkan Halal.
Sebelum ke pintu gate, kami sempat ambil gambar sekitar
Changi airport yang teramat cantik tu. Sempat juga welfie dulu di The Social
Tree.
Ok. Bye Bye Singapore. Trip yang best sangat. Main aci redah
tapi sekali pun tak sesat. Good job Singapore sebab banyak sangat signage dan
signboard. Anak2 pun happy dapat tengok Dolphin, Polar Bear, Penguin dan Proboscis
Monkey yang sangat menakjubkan. A new experience for them.
Next year kita nak pi mana? Nak tengok Koala Bear dan
Kangaroo boleh? ;) #animalshunter
No comments:
Post a Comment