Pertama sekali saya nak kenalkan kucing pertama kami..Baby!
Baby ni kami adopted pada 24/12/2014 yang diberi oleh adik lelaki saya Amin. Jadi kami ambil tarikh tu sebagai hari lahir Baby. Hari lahirnya yang sebenar Wallahua'lam..
Sebenarnya saya seorang yang takut kucing sejak dari kecil lagi. Saya tak benci cuma geli dengan kucing. Entah datang dari mana kekuatan untuk pelihara kucing saya pun tak tahu. Mungkin sebab sejak ada anak kot. Anak2 saya suka sangat dengan kucing secara tak langsung menjadikan saya minat sama dengan kucing.
Ok, berbalik kepada cerita tentang Baby..semasa kami terima Baby iaitu ketika berada di Kulim, kami tiada apa2 persediaan untuknya. Tiada makanan, tiada pasir untuk berkumuh dan juga tiada sangkar. Kami hanya lepaskan Baby dalam rumah mak macam tu ja dan kami hanya beri Baby minum susu Sustagen..haha..sehari semalam bersama kami, Baby hanya minum susu sahaja dan keesokan paginya, Baby buang air besar dibawah meja mak..haha..padan muka! Siapa suruh tak sediakan pasir untuknya?!
Tengahari kemudian barulah adik saya Iman tiba di rumah mak bersama sangkar serta sedikit makanan (catfood) untuk Baby yang Iman ambil dari rumahnya. Kebetulan Iman pun ada seekor kucing berwarna hampir sama dengan Baby.
Kami bawa Baby pulang ke Shah Alam dengan menaiki kereta. Berbekalkan sedikit makanan, Baby kami kurung dalam sangkar. Dia punya mengeow usah cakap lah. Maklumlah Baby tak biasa dikurung. Kadang kesian juga, tapi nak buat macamana kan..kena belajar juga. Sewaktu kami singgah di RnR Bukit Gantang, kami bawa Baby turun sekali bersama dengan sangkarnya. Kami makan dan beli belah sedikit sebelum kami teruskan perjalanan hingga sampai di Shah Alam. Mujur la Baby tak mem'buang' dalam kereta. Kalau tak, azab juga nak menahan bau tu.
Sampai di Shah Alam, kami terus ke Kedai Haiwan di seksyen 9 terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah untuk beli makanan, litter box dan pasir khas untuk Baby. Oh ya kami juga beli rantai berloceng color pink untuk Baby. Atas cadangan Iman, kami beli Royal Canin cat foods khas untuk Baby. Harganya boleh tahan juga tapi untuk permulaan, kami beli pek yang telah di repack. Mana tahu, Baby tak suka rasanya.
Pasir khas pula kami pilih yang berbau epal hijau. Ya, jangan tak percaya! Saya pun pertama kali tengok pasir khas tu. Siap ada bauan lagi. Saya sangat recommend pasir jenis ni sebabnya, ia menghilangkan bau najis Baby. Ia juga serap air kencing Baby menjadi ketulan yang senang untuk di scoop buang setiap hari. Pantang larang yang saya dapat dari Iman, ialah jangan sesekali berikan ikan rebus untuk Baby atau makanan basah kerana ia akan membuat najis Baby berbau busuk. So far, Alhamdulillah, rumah saya berbau seperti biasa. Tiada langsung bau kucing atau najis kucing.
Pertama kali masuk ke rumah, kami lepaskan Baby berkeliaran dalam rumah. Setiap sudut Baby jelajah untuk menghidu bau rumah. Kami biarkan Baby sendiri. Sesiapa pun jangan pegang atau main dengan Baby. Ini bertujuan untuk buat Baby selesa berada di tempat baru. Setiap lubang yang ada di dalam rumah, kami tutup. Terutama lubang dalam toilet dan juga lubang di tempat membasuh baju.
Mainan pula, kami guna apa yang ada di rumah saja. Tali pinggang lama Habib yang tak diguna lagi kami jadikan mainan untuk Baby. Bola pingpong. Kereta mainan yang kecil dan ringan. Kadboard dari kotak kasut untuk Baby mengasah kuku. Semuanya Baby suka.

Selama hampir 2 minggu Baby tinggal bersama kami, apa yang boleh saya rumuskan tentang tabiat kucing, adalah seperti berikut :
~ Kucing suka digaru pada bahagian kepala dan leher.
~ Jika kucing berlari tak tentu arah sambil menguis kaki di lantai atau karpet sambil mengeow maknanya ia mahu mem'buang'. Ia terjadi jika pertama kali kucing tinggal dengan kita.
~ Jika kucing datang di kaki kita sambil mengeow, maknanya ia lapar atau dahaga.
~ Jika kucing bergolek maknanya ia ingin bermain atau bermanja dengan kita.
~ Kucing suka melihat dari tempat tinggi. Sebab itu ia suka memanjat.
~ Kucing sangat sukakan kebersihan. Ia akan mengeow jika najisnya penuh dalam litter box. Jadi kita perlu scoop buang najisnya sekurang2nya 2 kali sehari.
Ok, setakat ini dulu cerita dan tips tentang kucing. Akan saya update dar masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment