Thursday, November 24, 2011

Biar CINTA berbicara..


Video Pra Perkahwinan Dalili Michelle (Melodi) & Deq Wan..

Indahnya CINTA!

Sunday, November 20, 2011

Baiti Jannati dah siap!

Bismillah..pagi isnin saya hari ini sangat ceria..saya dah terima email dari Haider (kawan en suami) gambar2 rumah kami yang bernma Baiti Jannati di Rajbari..Kali pertama tengok.."Alamak! kenapa nampak macam post office..??" hahaha..dengan cat color tu..ada border line color biru..dengan jeriji besi kat tingkap macam tu..dah betul2 macam post office.Ok..sebenarnya rumah ni 2 unit..sebelah kiri dan kanan..dan akan dibina lagi paling tinggi pun 4 tingkat..kira macam rumah flat la..setiap unit ada 3 bilik dan 1 bilk air..
Sebenarnya..kos pembinaan bahagian bawah ni sangatlah tinggi (bagi saya)..kena beli tanah lagi untuk buat asas yang paling kukuh..wiring..piping..saluran gas..semua kena buat siap2..sistem kat sana pula sebenarnya tak bersistem..huhu..tak boleh nak outsource..Alhamdulillah..bahagian paling susah dah siap..bila nanti ada duit lagi boleh tambah setingkat demi setingkat sebab kos dah tak banyak..Pintu masuk..kena buat jeriji juga sebab tak nak ada yang tumpang tidur..tumpang buat macam rumah sendiri.Dinding pula dibina tinggi sikit untuk halang banjir sebab rumah ni berhadapan dengan tasik..Ok..bahagian dalam..unit sebelah kiri dicat dengan color hijau dan unit sebelah kanan dicat dengan color ungu..

Uncle Jalal (FIL's brother) yang bertanggungjawab menguruskan semuanya..Dapur ni unik sikit..ok..ada satu sinki yang stainless steel tu dan satu lagi ada paip kat bawah sinki tu untuk cuci periuk belanga..sebelah sinki tu ada para tempat untuk letak dapur gas..dan sebelah para tu ada 2 lubang ialah untuk dapur tanah..masak guna kayu api..dan ada corong asap disitu..dapur tanah ni penting juga sebab kadang2 gas yang disalurkan putus bekalan..kat sana tak ada gas silinder macam kat sini..semuanya piping..unik kan..kabinet kayu pula akan dipasang di bahagian para sebelah kanan untuk simpan barang2.. ini pula unit sebelah kanan..design sama ja.. ini pula tempat rehat si penjaga yang Uncle Jalal upah untuk jaga rumah ni semasa dalam pembinaan..tolong jaga bata, pasir dan semualah..elak dari dicuri.Saya pun tak pasti apa motif border kat bawah tu dicat dengan color hitam tu O_oBahagian atas..memang tak ada bumbung..inilah bumbungnya..besi2 yang terpacak tu dicat dengan color oren supaya tak berkarat kot..secara keseluruhan saya dan en suami masih belum puas hati tapi kami sangat lega..akhirnya rumah ni siap juga..ada banyak lagi kerja2 yang belum siap..jubin mungkin sedang dipasang..kena touch up sikit lagi sebab dah ada orang nak sewa 1 unit..Banker katanya..

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Senang nak tulis cek..hehe

Wednesday, November 9, 2011

Mereka Berbisik

Hey you! Ini blog la bukan fotopage! Ya Ampun..I just loves to snap and post pictures of my kids..i think this is what blog is all about rite..? things in your head that come to life..the difference is My things in My head is My kids..huhu..enjoy da pitcha..gelagat mereka berdua!

Mereka berbisik berdua..Bermesyuarat pintu pula..

Tak habis2 lagi bergosip..

I just wondering?? Apa yang kalian bualkan huh??

Mereka memang suka berbisik di sebalik langsir..sama2 ketawa..sama2 menangis..sama2 bergurau..sama2 berebut mainan..sama2 bermain..kadang2 sama2 kena ketip..huhu..abang ketip adik dan mama ketip abang..Ya Ampun!

"Abang kena sayang adik, hormat adik..adik pun kena sayang abang, hormat abang..OK! Mama sayang kalian berdua Habib & Nuha.."

Tuan Haji Muhammad Habibullah

Halo!! LOL..
My little boy! He's so clever!
Tuan Haji bersama ayahandanya..perfect! Love u guys so much!
Salam Aidiladha!!

Monday, November 7, 2011

Puding Caremel

Resepi puding ni sangatlah senang..sangat sedap..makan semasa sejuk lagi sedap!

Cara2nya : cairkan 2 sb gula kedalam loyang sehingga gula cair keperang-perangan dan ketepikan.. Kemudian kacau 7 biji telur gred A dengan garfu sehingga sebati..kacau lebih kurang 2 minit..kemudian masukkan 1 tin susu pekat manis cap teko + 1 tin air (guna tin susu) + 1 st esen vanila = kacau sebati..masukkan adunan ke dalam loyang tadi..

Last sekali kukus selama 20 minit..dah pun siap..try la..memang best! tetamu saya datang yang beraya asyik memuji ja..walhal resepi ambil kat internet jugak..ahaks..

~Nuha~

Gaya seorang anak dara yang sangat rajin di dapur.. "Mama nak plastik lagi ke? Jap Nuha ambilkan..""Yang hitam ni boleh?""Mama! Nak suruh buat apa lagi?? Apa? Ambil turtle dalam fridge..OK""Kejap ye..""Tunggu kajap ye mama..fridge jauh la!""Alamak..ada bendul la pula..""Yes..dah nak dapat turtle..""Aik!? Mama! turtle dah lari la..kejap ye..Nuha kejar.."
"Sini kau turtle! nak lari mana??"

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha!

Selamat menyambut Hari Raya Qurban..Selamat menjalankan ibadah korban..Selamat mengerjakan Haji dan Selamat pulang ke kampung..

Seperti tahun2 yang lepas juga saya tidak ketinggalan menjalankan ibadah korban..walau hanya sebahagian sahaja (1/7)..saya tetap bersyukur..korban kecil ini tak ada maknanya jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S..Salam Aidiladha dari saya sekeluarga kepada blogwalker sekalian..