Tuesday, January 29, 2013

Zoo

Fuhh!! Tengah dok mengah berjogging atas treadmill depan tv tetiba Nuha pula terjaga dari tidur..lantas saya masuk bilik capai handphone dan susukan Nuha sambil update blog..ermm macam tu la orang perempuan kan..lagi2 yang dah bergelar ibu..setiap masa yang ada digunakan sepenuhnya sebaik mungkin..

Hari ni saya cuma nak kongsi sedikit gambar dan cerita kami sekeluarga di Zoo Negara weekend yang lepas..sejak ada anak ini kali ke-7 tak silap saya kami ke Zoo..termasuklah Zoo Negara, Zoo Taiping dan Zoo Melaka..

Habib seorang pencinta haiwan..tiap kali pulang dari sekolah kami pasti singgah di kedai aquarium berdekatan dengan sekolahnya..tiap2 hari tak pernah jemu..

Saya juga pernah mendengar seorang kanak2 pintar yang bercita2 menjadi seorang saintis berkata yang ibubapanya seringkali membawanya ke zoo ketika kecil..disebabkan itulah minat menjadi seorang saintis itu timbul! Beliau juga banyak memenangi pingat berkaitan sains..

Pada mulanya saya agak keliru..kalau nak jadi Vetinerian (tak tau eja) tu logik la jugak kan..saya bukannya pandai sains pun..apa kaitan sains dan haiwan pun saya tak tahu sangat..

Sejak itu saya tak kisah kalau nak bawa anak2 tengok haiwan selalu..saya selalu menyokong kehendak mereka..saya tak paksa..malah saya sendiri yang akan pujuk en suami yang malas nak ke Zoo kerana katanya tiketnya sangat mahal dan tak berbaloi dengan keadaan Zoo yang tidak diselenggarakan dengan baik..kadang2 kesian sangat pada haiwan yang sering dibiar kelaparan..mungkin pihak Zoo mahu haiwan2 berkenaan mesra dengan pengunjung..pengunjung boleh beri mereka makan (dengan daun yang tersedia)..pernah sekali Siamang yang terkurung dalam sangkar dengan muka sedihnya menadah tangan meminta makanan dari kami..sungguh kesian!

Minat pada haiwan itu sifat azali anak2 saya yang saya kira cukup bagus untuk memupuk sifat penyayang dan bertanggungjawab..sayang sekali kami tak boleh membela kucing kerana Habib alah dengan habuk dan bulu kucing..yang ada cuma 3 ekor ikan yang dinamakannya Curry bun, Pau dan Cookie..kreatif tak Habib pilih nama ikan..hahah..lagi 4 ekor ikan cuci cermin tu tak ada nama..

Ok lah cukup dulu membebel untuk hari ni..jom kita sihatkan badan dengan senaman..kurangkan makan dan minum yang manis2..InsyaAllah boleh maintain..badan cergas dan sihat..paling penting tidak gemuk kerana gemuk adalah punca segala penyakit terutama penyakit MALAS! (sempat lagi tuh!)

Enjoy the gambars ye..gambar Chombi (sea lion) and the gang perform tak dapat nak upload sebab ada dalam handfon en suami..al maklumlah..bateri iPhone saya ni macam cheesecake..kejap je habis! Heheh..

Saturday, January 26, 2013

Santai Bersama Nuha

Ewah..ewah macam tajuk program kat TV pulak..heheh..tapi lagi best dari layan meleTOP ok?! Heheh..

Lawak je naa..hari ni en suami dan Habib tak ada kat rumah..cuma tinggal saya dan Nuha..en suami yang baru pulang dari Melaka balik rumah terus kidnap Habib bawa pergi Ampang..nak ambik passport katanya..haih! macam2..ada ke patut passport sendiri pun boleh lupa..

So tinggallah saya dan Nuha..here some pictures santai bersama Nuha yang meleTOP!



Monday, January 21, 2013

Stim Ikan Bawal

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal dikelar
2 inci halia dihiris nipis
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang
2 batang serai di ketuk dan dipotong serong
1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
2 biji tomato ceri dihiris (boleh letak lebih)
2 biji cili padi dipotong kecil
1 sb minyak
Secubit garam dan gula

Cara-cara:

Panaskan pengukus..saya cuma panaskan kuali besar bersama air dan letakkan jaring besi seperti dalam gambar..

Dalam mangkuk, letakkan ikan bawal dan susun semua bahan cantik2..masukkan sekali jus limau nipis dan minyak serta garam dan gula.. Siap! Dah boleh kukus sehingga masak..pastikan kuali ditutup rapi agar wap kukusan tidak keluar..aromanya sungguh sedap menusuk kalbu..
Selamat mencuba!


Puding Roti Kun Fayakun

Puding roti @ bengkang roti ini adalah inspirasi dari Farah Lee isteri Ally Iskandar yang sangat comel tu..boleh jenguk ke blognya untuk dapatkan the exact recipe sebabnya saya bakal kurangkan dan lebihkan mengikut ingredient yang ada di rumah..resepi yang sangat mudah..

Baha-bahan:

1 pek roti saiz kecil + 4 keping lagi
1 kotak susu HL 1 litre (minus 1/2 gelas sbb saya dah minum)
1 biji telur ayam
5 sb butter
3/4 cawan gula
1 st esen vanila
Gula perang (optional)

Cara-cara:

Panaskan oven..
Gaulkan butter dan gula sehingga hancur..masukkan susu..kemudian masukkan roti yang telah dicarik2..boleh minta bantuan anak2 kerana sangat seronok dapat koyak roti..

Masukkan telur ayam dan esen vanila..gaul sebati dan biarkan seketika..

Akhir sekali tuang adunan ke dalam loyang..boleh susun lebihan roti yang dipotong cantik diatas adunan dan taburkan coklat chip jika ada..saya cuma taburkan gula perang..siap! Dah boleh bakar selama 30 minit dengan suhu 180dc..mengikut oven masing2 sehingga garing dipermukaan..

Maka jadilah puding roti kun fayakun! Yang penting simple dan sedap..garing diluar lembut didalam..

Saturday, January 19, 2013

Pasta Sup Ayam

Sup ayam dah jadi fav anak2..macam2 sayur berwarna warni saya letak nak tambat anak2..tapi kadang Nuha saja yang habiskan semua..Habib pula lebih suka hirup sup saja..

Hari ni saya cuba menu baru inspirasi dari Dr Halina..pasta sup ayam..walah..berselera sungguh mereka makan..saya jadi sedikit sneaky hari ni..semua sayur saya chop kecil2..daging ayam juga begitu..jadi mudah untuk mereka makan tanpa memilih..

Caranya amat mudah..masak sup ayam kegemaran anak2 seperti biasa..masukkan sekali pasta yang comel bersama ayam..bila ayam empuk, pasta pun turut sekali masak..mudah kan..

Selamat mencuba..

Thursday, January 17, 2013

Mengidam Durian Crepe!!

Siapa yang cipta Durian crepe ni memang WIN lah..dah terindu-rindu nak ngap..terkenang-kenang keenakkannya..meleleh-leleh air liur..slrrpp!

Hari ni saja saya nak tayang gambar durian crepe ni..sambil tengok sambil kesat air liur ya..haha..

#saya masih berbadan satu..the end :)

Mak di #KL112

Ya ampun..dah seminggu acara berlangsung hari ni baru nak buat entri..hemm..
Tiap2 tahun jika ada rally macam ni mak mesti datang..kaum keluarga tahu benar minat mak..mak seorang aktivis Pas..mak banyak buat kerja2 sukarelawan dalam jemaah Pas mahupun dalam komuniti..

Mak sangat aktif..mak juga antara orang kuat dalam jemaah..mungkin sikap mak yang ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan membuatkan orang percaya dan selalu harapkan mak..

Pada mulanya saya agak kurang senang dengan aktiviti mak..kerana mak seringkali tinggalkan kami adik-beradik untuk menyertai misi kemanusiaan bukan setakat di Malaysia malah di beberapa daerah di Indonesia dan salah satunya di Acheh..namun saya sangat bersyukur kerana ia menjadikan saya kini seorang yang sangat berdikari dan kuat semangat..

Seringkali mak sebut pada saya..
"mak dah nampak kenapa semua urusan hidup kakak mudah saja..Allah balas pada mak dengan cara memberi kemudahan hidup kepada anak2 mak.."

Ya, saya angguk..berkat usaha dan doa mak yang tak pernah putus..

Kali ini mak datang bersama adik bongsu saya Shahidan serta sahabat2nya bersama YB Siti Aisyah Ghazali (ADUN Merbau Pulas)..2 buah kereta kesemuanya..Mereka kecuali YB, bermalam dirumah saya sebelum bertolak ke #KL112 keesokan harinya..

Saya sokong mak..sokong perjuangan mak..biar apa orang kata usah peduli..yang penting ayah izin dan paling penting Allah redha..

Keep it up mak!!