Tuesday, September 9, 2014

Selamat Hari Lahir yang ke 6 sayang..

Selamat ulang tahun sayang..mama, abbu dan adik sentiasa sayangkan Habib..doa mama sempena ulang tahun Habib kali ni moga Allah berkati dan rahmati hidup Habib..Moga diberikan kesihatan yang baik walau Habib kemetot dalam kelas tak apa..asalkan sihat walafiat..moga Habib membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh..anak yang taat pada perintah Allah dan Rasul..juga taat pada mama dan abbu..moga Habib menjadi orang yang beriman dan berilmu di dunia dan akhirat..orang yang berakhlak mulia..orang yang berpegang teguh pada akidahnya sebagai seorang Muslim..harapan mama dan abbu terlalu besar untuk Habib membimbing adik dan menjadi tunjang dalam keluarga kita..semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Habib..sentiasa mencari ilmu dalam hidup..tak kiralah ilmu duniawi atau ukhrawi..
Ulang tahun Habib kali ni mama raikan di sekolah bersama-sama dengan rakan2 dan guru2..tentulah lebih meriah..

Melihat Habib, Nuha dan rakan2 begitu teruja dengan majlis ulang tahun Habib buat hati mama rasa puas..sangat seronok melihat senyuman di wajah kanak2..

Rainbow kek bertemakan lego khas untuk Habib yang meminati Lego bricks..


Party pack sekadar pelengkap acara..

Sebelah petangnya, pulang dari kelas maths, mama tanya Habib nak hadiah apa? Mama nak belikan..tapi Habib jawab tak nak..Habib cuma nak makan laksa kegemaran Habib..terus mama bawa Habib makan laksa di Naluri Cafe..hari tu cuma mama dan Habib saja..seronok juga..perhatian mama 100% hanya untuk Habib sorang..macam2 Habib cerita dengan mama..

Habib ingat pesan mama ya..jadi budak baik..buat baik selalu dibalas baik..sentiasa bersedekah pada peminta sedekah, gelandangan atau orang susah..walau cuma RM1, bersedekahlah..pandang mereka sebagai peluang untuk Habib buat pahala..sentiasa hormat pada orang lain..terutama orang yang lebih tua..lebih- lebih lagi dengan guru..semoga segala ilmu diberkati..Lagi satu perlu guna hati bila berinteraksi dengan orang..dan guna akal fikiran berhubung soal diri sendiri..

Mama tulis disini agar bila Habib dah besar, Habib boleh ulang baca..mama tahu Habib faham sebab Habib budak baik dan bijak..cukup untuk kali ni..sekian..

Happy Birthday!!

No comments:

Post a Comment