Monday, August 11, 2014

Selamat Hari Raya!! 2014

Selamat Hari Raya maaf zahir & batin buat semua pembaca blog yang saya kasihi..kenal ke tak belakang kira..yang penting dibulan yang mulia ini, saya nak minta maaf jika terkasar bahasa, terlajak kata, terguris hati, tersalah fakta, tersalah faham, tershow-off mungkin, saya mohon maaf dari hati yang tulus..kosong-kosong ya!

Tahun ni kami beraya sakan..dari Shah Alam ke Johor Bharu, balik ke Shah Alam semula kemudian pulang beraya ke kampung halaman di Kedah dan Pulau Pinang..penat juga nak pack dan unpack tapi semangat nak beraya tetap menbara dihati..cewahh..




Mama selfie dengan Nuha dalam Masjid.

Pagi raya sama seperti kalian, kami bersarapan dirumah dan ke Masjid Shah Alam terlebih dahulu untuk solat sunat Aidilfitri.
Juadah raya saya sediakan sendiri walau tahu tak ramai orang yang akan datang ke rumah kami hari tersebut tapi saya tetap juga memasak..menu raya kami Nasi Minyak, Kari Daging dan Salad. 


Ketupat Palas saya order dari Jutawan Ketupat Frozen..saya cuma perlu rebus ja..sedap dan senang..Ketupat Nasi pula saya masak yang instant ja..Kuah Kacang saya masak ikut resepi en Google..heheh..Kek Coklat pun buat sendiri..Kacang Rugget dalam balang tu pun saya goreng sendiri ikut resepi Kak Azlita Masam Manis..menjadi!!
Sebahagian dari pekerja kami warga Bangladesh datang beraya..
Tengok diorang makan buat saya rasa puas hati sangat2..

Hari yang sama, hari raya pertama selepas Zohor kami bertolak ke Pagoh untuk beraya dengan sahabat2 en suami disana..kemudian kami terus ke JB dan bermalam disana. 

Keesokkannya iaitu hari raya kedua kami terus ke Legoland. Cerita dan gambar saya masukkan di lain entri lah ye..


Hari raya ketiga kami bertolak dari JB untuk pulang ke Shah Alam..kami bertemu lagi dengan sahabat en suami Saiful. Saiful suruh kami bermalam di rumahnya di Melaka dan kami terpaksa menolak..tak manis rasanya datang mengejut ke rumah orang. Malam2 pulak tu. Lain la kalau awal2 lagi dah plan. Kami terus saja pulang ke Shah Alam dengan janji akan kembali datang beraya di rumah Saiful lain kali.

Kembali ke rumah sendiri memang satu kelegaan. 
Esoknya hari raya keempat saya servey harga tiket kapal terbang untuk pulang ke utara pula. Naah reseki kami anak beranak return tiket flight AirAsia dari KL ke Penang cuma RM24 sahaja..saya booked terus untuk kami 3 beranak. En suami tak ikut sebab kedai dah mula beroperasi. Saya book juga return tiket untuk mak. Memang nak culik mak nanti..heheheh..

Hari raya kelima, saya bersiap2 barang2 nak bawa balik kampung..

Hari raya keenam rakan kami Voo nak datang beraya. Jadi saya masak banyak sikit dan jemput jiran dan sepupu kami untuk datang memandangkan kami belum berjumpa lagi..maklumlah beraya di kampung masing2..

Juadah hari tu saya masak sendiri juga..

Nasi Kesyuri, Kari Daging, Dalca Ayam, Ketam Goreng, Ayam Goreng Berempah, Sup Ayam, Salad dan Salsa. Buah-buahan oren dan tembikai serta kek yang saya beli dari bakeri.

Kali ni memang saya masak sendiri sorang2..penat juga tapi best!! En suami ada hal dan tak dapat nak tolong..

Sepupu saya Kak Shasha dan suaminya Abang Lan..

Voo (chinese) datang bersama ibunya dan 3 orang anak dara berserta maid..
Kak Mawar (dress merah) jiran kami pula bersama suami mat salehnya - Abang G dan anaknya Tisya..

Nuha dengan anak Kak Shasha - Ariana dan baby Voo..

Our son shine =)

Tetamu pulang hampir jam 5 petang. Saya berkemas2.
Malamnya kami ke KLIA2 dan terus terbang ke Penang. 3 beranak je.


Ayah fetched kami di airport Penang. dan yang bestnya adik saya Iman pinjamkan kereta Prevenya..
Sampai je Kulim terus terbongkang.. Tidur tak sedar diri.. Yelah siangnya buat makan2..macamana tak penat kan??

Esoknya hari raya ketujuh kami keluar beraya pula..memandangkan hari Ahad hari terakhir cuti jadi terus saja kami maraton dari rumah ke rumah. Malangnya saya tak ambil gambar pun huhhuh..mungkin dah jumpa makcik2 seronok pula dok bersembang hingga lupa nak bergambar.. 

Hari tersebut kami ziarah ke 7 buah rumah. Memang letih dan sengkak perut dibuatnya..

Rumah kenduri Makcik Chun di Tasek Gelugor.
Rumah Uncle Lala di Seberang Jaya.
Ziarah Makcik di rumah pusaka arwah maktok di Sungai Nyiur.
Rumah Mak Chaq Wan di Inderawasih Perai.
Ziarah Maktok dan Tokwan di Bagan Ajam.
Rumah Makteh Zam di Lahar Kepar.
Akhir sekali Rumah Maklong di Permatang Tok Labu, Penaga.

Seronok berjalan..

Hari raya ke lapan kami ke Taman Kobis, Kulim rumah Pakteh..kemudian ke Padang Serai, rumah mak ndak..seterusnya kami ke Alor Setar pula ziarah makngah..pulang ke rumah jam 10 malam.

Hari raya ke sembilan..kami ziarah maktam pula di Permatang Kuang..sebelah malamnya pula kami bersama maktam, paktam, serta maklong ke rumah Pak Chaq di Taman Perwira, Bukit Mertajam.

Esoknya hari raya ke sepuluh dah nak balik semula ke Shah Alam..tak sempat juga nak ziarah ke rumah Achik dan Mak Njang..tapi tak apa sebab kami sempat jumpa dan beraya..kami ke Penang Airport sebelah petang..singgah beli makanan dan makan di rumah adik saya Iman. Kemudian terus ke airport..dari rumah Iman ke airport tak de la jauh sangat..
Saya bawa mak pulang bersama..

Jam 11 malam kami terbang pulang ke sarang..tiba di KLIA2 jam 11:45 malam dijemput en suami. Lega rasanya..

Hari raya ke sebelas kami berehat di rumah dan unpack barang dan baju2 semua..kerahkan si Habib ni untuk siapkan semua homeworknya..

Hari raya ke dua belas ke rumah Tok Cik Wahab pula di PJ..sempat la snap gambar sekeping dua..


Keesokan harinya YB Aisyah dan family pula singgah ke rumah dan bawa mak balik ke Kulim..sebenarnya saya dah beli tiket Airasia untuk mak tapi ikut YB naik kereta lagi seronok katanya..ada kawan buat sembang..

Sempat la saya masak serba sedikit untuk jamu YB sekeluarga..

Sekian cerita raya sakan untuk tahun ni..jumpa di lain entri..byee..Fuhh!!

No comments:

Post a Comment