Saturday, June 14, 2014

Tanjung Harapan @ The Esplanade, Port Klang.

Hampir 12 tahun menetap di bumi 'KL' ni..baru pertama kali saya dan keluarga ke Port Klang..niatnya cuma satu, nak makan ikan bakar ditepi laut sambil menikmati sunset..hahah..pakej! 

Cuma sepanjang perjalanan tadi, kami agak emosi kerana mendapat perkhabaran dari Madinah yang Tok Wan yang sedang mengerjakan Umrah sedang sakit..sakit sangat2..Tok Wan dijangka tiba di KLIA esok petang..dan malam ni anak cucu Tok Wan di Butterworth berkumpul baca Yaasin di rumah Tok Wan. Baru2 ni juga Mak Tok jatuh tak sedarkan diri di bilik air disebabkan oleh darah tinggi..sungguh hebat ujianMu Ya Tuhan..saya dan anak2 sempat balik kampung jenguk Mak Tok tempohari. Walau cuma sekejap, tetap berasa lega dapat melihat Mak Tok..Alhamdulillah Mak Tok makin pulih walau bukan 100%..Saya berdoa agar Mak Tok dan Tok Wan akan sentiasa dilindungi Allah, sihat sentiasa dan moga Allah panjangkan umur Mak Tok dan Tok Wan..

Ok back on track..jika kalian juga pertama kali nak ke Port Klang macam saya, kalian boleh ikut saja signboard Perlabuhan Klang Utara dan terus sehingga nampak signboard Tanjung Harapan..

Kami bersama seorang tetamu iaitu kawan en suami dari Dhaka tiba di situ lebih kurang pukul 5 petang. 

Jalan2 sekitar perlabuhan sebelum ke Muara Ikan Bakar.

Anak2 saya sangat teruja bila dapat tengok kapal2 kargo besar2 lalu di situ..

Di Muara Ikan Bakar ni sama macam restoran ikan bakar lain juga..sistemnya pun sama je..pilih ikan-pilih menu nak masak apa-ambil slip resit-duduk dimeja-tunggu waiter ambil order air atau side dish- dan tunggu makanan sampai.

Tandasnya bersih dan turut disediakan juga Surau di situ.

Harga pula agak berpatutan berbanding di Teluk Tempoyak, P.Pinang yang kami sempat singgah tempohari. Masakannya lebih kurang sama sedap cuma di Muara Ikan Bakar lebih berangin bersesuaian dengan restorannnya yang dibina atas air..nyaman je rasa..Tapi kesegaran ikan2 di Muara Ikan Bakar tak boleh lawan dengan restoran D'Seafood Paradise di Teluk Tempoyak..perghh..disana lebih fresh..sangat2 fresh..

Menu pilihan kami hari ni ialah :

Ikan Siakap bakar 
Lala goreng halia
Udang goreng tepung
Tomyam
Kailan ikan masin

Jika berpeluang, kami akan datang lagi bawa mak ayah bersama. Sekian.

No comments:

Post a Comment