Wednesday, April 4, 2012

Bawang RM2 ~ makan bersama..

Baru2 ni saya terbaca kisah 'Bawang RM2' di Majalah ANIS (cover Dr Irfan Khairi & isteri) yang ditulis oleh seorang editor berdasarkan pengalaman ibunya mungkin..tapi ianya sangat terkesan dihati saya..

Kisahnya lebih kurang begini.. "Ada seorang isteri (surirumah mungkin) diberi wang belanja oleh suaminya untuk kegunaan keperluan diri sendiri..pada suatu malam beliau ke pasar malam dan telah membeli bawang RM2 dengan wang tersebut..apabila pulang ke rumah beliau lalu memberitahu suaminya..lantas suaminya bangun dan mengambil RM2 dan dipulangkan semula pada si isteri..Lalu si isteri menolak dengan baik kerana baginya tidak salah membelanjakan wang tersebut untuk kegunaan isi rumah.."

Faham tak? Macam buat karangan pula kan..
Seorang suami yang sangat bertanggungjawab memperuntukkan sejumlah wang untuk isterinya berjimba..bershopping sakan..dan jika isterinya itu terbeli barang keperluan rumah suaminya akan menggantikan semula wang tersebut..seronok kan?? Isteri yang berkerja boleh praktikkan begini kerana suami WAJIB memberi nafkah kepada isteri..tetapi isteri yang berkerja SUNAT membantu suami..

Suami saya pernah beberapa kali menegur..
"Ambil mana udang ni?? u cakap udang dah habis.."
"Sotong ni u beli kat mana?"
"U beli ke pisang nih?? pisang jenis ni tak sedap..kalau nak beli apa2 bagitau I..nanti i belikan"

Saya tak berapa faham mulanya..saya kira asalkan saya yang beli pasti ada 'persoalan' dan komen memanjang..setelah saya baca kisah bawang RM2 baru saya faham..mungkin dia kurang gemar saya membelanjakan wang saya untuk kegunaan isi rumah..kerana baginya itu adalah tanggungjawabnya..

"U jaga anak2, masak n jaga rumah..cukup..yang lain biar i buat!!"

Suami saya punya pendekatan berbeza..dia menyediakan satu tempat simpanan dimana saya boleh ambil wang dari situ untuk membeli apa saja..barang keperluan diri ke..keperluan anak2 ke..hatta keperluan dirinya sendiri..dengan syarat belanja dengan berhemah..Itu lebih mudah pada saya..akan tetapi jika saya berminat untuk membeli barangan yang lebih berharga saya lebih selesa membeli bersama suami..

***********

OK..ada satu lagi entry yang saya baca dari blog 'kereta mayat'..katanya antara sebab kebanyakan pasangan yang bercerai adalah kerana membiarkan suaminya makan sendiri, tidur sendiri, segala-galanya sendiri..
Suami makan sendirian kedengaran sangat remeh bukan..tapi katanya ia teramatlah BAHAYA..

copy paste dari blog kereta mayat :
"Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.
Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!"
Harap perkongsian saya hari ni memberi impak ataupun 'eye opening' kepada isteri yang berkerja diluar atau berkerja di rumah..tak apa kalau tak sempat masak..makan lauk kedai pun tak kisah..janji makan bersama..lebih kerap kita dekat dengan suami..lebih akrab perhubungan..jika lebih banyak aktiviti kita lakukan bersama saya pasti ketiadaan kita sangat2 dirindui suami..

No comments:

Post a Comment