Habib meracau. Meracau2 sehingga saya panik dan sangat takut. Saya tak tahu nak buat apa. Habib cuma mahukan saya. Encik suami nak ambil pun dia tak nak. Saya peluk dia kuat2 dan dukung sambil berjalan keliling rumah sambil berselawat tapi dia masih juga menangis. Matanya melilau ke merata tempat. Tangisan seakan2 takut mencengkam dada saya. Pertama kali ia berlaku dan sungguh saya kurang arif.
Mulanya begini. Petang tadi saya ajak Habib swimming. Pukul 6.00 petang kami turun ke Kelab House berdua memandangkan Nuha tidur dan encik suami sibuk mengemas barang jadi saya tinggalkan Nuha kepada abunya. Selesai mandi kami naik ke rumah lebih kurang pukul 6.45 petang. Saya terus bersiap terlebih dahulu kemudian barulah saya siapkan Habib dan susukan Nuha. Selesai semuanya saya suap Habib makan. Tapi Habib cuma nak susu. Matanya dah sangat layu. Letih mandi kolam agaknya. Jadi saya buatkan susu + horlick. Habib minum sampai tertidur di ruang tamu. Kemudian encik suami pangku Habib ke bilik tidur.
Tiba2 selepas maghrib dia mula meracau2. Jerit2 panggil mama! mama! matanya melilau sekeliling. kadang matanya terpaku di bahu saya sambil menangis ketakutan. Saya semakin takut dan kalut. berselawat bagai. ke hulu ke hilir saya dukung Habib. tenangkannya. akhir sekali saya teringat Playlist dalam handfon saya. Senarai surah2 pilihan. 'Alamak tak ada bateri pulak!' handfon saya 'mati'.
Ketika itulah mulut saya mula mengalunkan surah alMulk. dari sepatah hingga habis sebaris. Dari sebaris hingga ke baris yang lain sehingga habis. Saya tidak pernah menghafal surah alMulk. Saya cuma dengar dari CD koleksi Juz Tabarak yang selalu saya pasang setiap hari untuk diperdengarkan kepada anak2 saya. Sungguh saya tak sangka saya boleh menghafal melalui pendengaran sahaja. Berkat surah alMulk dan dengan izin Allah lama kelamaan Habib mula tenang dan kembali tidur. Alhamdulillah.
Ketika mendodoikan Habib tidur saya tertanya2 kenapa surah alMulk?? kenapa bukan alFatihah atau Yaasin?? kenapa surah alMulk yang terkeluar dahulu dari mulut saya. Apa maksud surah alMulk? Dan bagaimana saya boleh menghafal alMulk dengan lancar tanpa gagap dan teragak2? Sungguh hairan bukan? Sehingga saat ini hampir jam 12 malam saya masih berfikir. Ada hikmah disebalik kejadian hari ini. banyak! sangat banyak! Ya Allah peliharalah diriku, suamiku, anak2ku dan seluruh keluargaku dari gangguan syaitan yang direjam. Amin.
Ertinya: "Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula kepada-Mu, ya Tuhan kami dari kedatangan mereka kepadaku." (OS. Al-Mukminn: 97-98).
No comments:
Post a Comment