Sunday, April 7, 2019

CARA MOHON PERMIT MASUK



Bukan permit masuk hutan mahupun permit bela gajah ya 🐘 😅 Gambar sekadar hiasan.

Sebelum akak terlupa akak nak share cara apply #permitmasuk bagi suami warga asing kepada isteri warganegara Malaysia.

1/ Mula-mula sekali make sure suami (#wargaasing) dah bermastautin di Malaysia lebih dari 5 tahun. Macam en suami akak appy setelah 8 tahun berkahwin baru nak apply 😌

2/ Hadirkan diri ke Bahagian Permit Masuk di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Bawa anak-anak sekali lebih baik. Nanti pegawai akan bagi checklist dan borang untuk diisi. WAJIB bawa passport suami tau sebab pegawai nak semak dulu.

3/ Bila dah submit borang dan dokumen yang diperlukan, kita akan dapat kad yang tertera nombor fail. Simpan kad tu elok-elok. Lepas tu akan ada interview oleh pihak Polis dan pihak Imigresen. Kalau tak dapat surat, kena rajin pi tanya kat kaunter jangan buat tak tau ja.

4/ Masa interview dengan pegawai jangan ketaq lutut, relax saja, sembang macam kawan dan bagitau yang sebenar-benarnya. Jangan menipu. Jangan rasuah. Permit tu membolehkan suami kita cari nafkah lebih luas di sini. Jaga baik-baik sumbernya.

5/ Lepas settle part interview, pihak tadi akan buat siasatan dan bermula lah episod kita menunggu kucing bertanduk 😅 memang lama! Ikut rezeki lah ada yang cepat prosesnya.

5/ Akhirnya, setelah hampir 4 tahun menunggu, bulan Jan 2019, en suami akak dapat surat kelulusan. Syukur Alhamdulillah. Tapi disebabkan kami pindah rumah, bulan Mac baru pi ambil surat kelulusan di JIM Putrajaya. Surat kelulusan expired dalam 6 bulan dari tarikh keluar, jadi kena cepat respond ya sebab kalau dah expired kena ulang proses balik.

7/ Mengikut surat kelulusan, en suami kena pi cancel visa di Pejabat Imigresen yang keluarkan visa tu.

8/ Bila dah cancel visa, terus ke JIM Putrajaya semula untuk submit dokumen yang diminta. Ikut ja arahan surat tu.

9/ Bila dah submit, JIM Putrajaya keluarkan sijil Permit Masuk. Akhirnya!!! 🎉
Proses tak sampai 2 jam pun.

Sijil Permit Masuk ni bersaiz A5. Ia umpama 'sijil lahir' dia la. Bila dah dapat sijil ni, barulah layak nak apply MyPR (IC merah).

Tuesday, January 29, 2019

CINTA PERTAMA



Tak pernah tak sayang 💕
Satu pun barang-barang kiosk/chiller kami tak jual dan tak akan jual. Semuanya masih ada. InsyaAllah dengan sedikit modification boleh buka 6 buah kiosk semula.

Biarlah apa orang kata.
Saat jatuh bangun hanya Allah ja kami ada. Hanya Dia yang kami minta pertolongan.
Orang nampak senang luaran. Susah senang, jatuh bangun hanya kami suami isteri yang hadap sendiri.
Syukur pada Allah kami tak ada hutang jadi nak bangun berpaut balik sedikit senang.
Satu persatu pintu kami Allah tutup, rupanya Dia nak buka pintu untuk kami ke lorong paling pantas menuju ke matlamat dan capai impian.

Setiap yang berlaku ada hikmah yang cukup besar cuma perlu sabar dan terus kejar 🌹

KISAH KEBUN

















WISDOM


Dua tiga hari ni berlegar-legar posting SS di fb pasal tak hantar anak-anak dia ke sekolah.
Ingat dia sorang je ka tak setuju dengan sistem persekolahan sekarang. Semua parents pun sama kot even cikgu-cikgu dan menteri sendiri pun tak setuju. Bukan sekolah kerajaan ja, private school pun sama. Bayar mahal tapi sistem sama cuma lebihnya anak belajar dalam aircond. Baik tak payah. International school akak tak pasti.

Tapi sebab tak berapa nak mampu baik duduk diam-diam. Sekolah dah free lagi mau komplen. Akak sendiri cari alternative hantar anak-anak ke kelas agama & hire tutor datang mengajar kat rumah. Bukan harapkan benda free semata. Akak risau kalau Allah tarik balik rezeki yang sepatutnya disalurkan pada pendidikan anak-anak tapi sedap ja buat belanja sendiri.

Anak-anak belajar bukan hanya di sekolah. Dan di sekolah tak semestinya dia belajar semua subjek. Sebab tu kena outsource lagi.
Tapi tak bermakna sekolah tak bagus. Banyak sebenarnya benda yang diajar di sekolah tanpa kita sedar.

Belajar ikut giliran.
Belajar hormat waktu.
Belajar dengar arahan.
Belajar beri arahan.
Belajar patuh.
Belajar bermain.
Belajar 'gain' semangat untuk jadi pemenang.
Belajar maintain semangat bila kalah.
Belajar jadi ketua.
Belajat jadi ahli.
Belajar secara teamwork.
Belajar guna harta awam.
Belajar hormat guru.
Belajar amanah tak ambil pencil smiggle kawan.
Belajar tanggungjawab datang awal pada hari bertugas.
Belajar pinjam buku, kena pulangkan balik.
Belajar bayar denda dengan duit saku sendiri.
Belajar membeli tanpa tanya mak.
Belajar berjalan tertib ramai2 tak perlu gopoh-gapah.
Belajar simpan rahsia kawan.
Belajar simpan rahsia sendiri tak bagitau mak bila kena rotan dengan cikgu.
Macam-macam lah.

Semua benda ni tak boleh belajar kalau 'sekolah' dengan mak bapak sendiri.
Mak bapak especially mak lah. Garang macam mana pun dia akan berlembut dengan anak.

Zaman sekarang ni
Orang bijak pandai ramai tapi orang yang boleh toleransi dan hidup bermasyarakat sangat kurang.
Dia bijak sorang-sorang.

Orang yang banyak knowledge ramai.
Orang yang banyak pengalaman pun ramai. Tapi orang yang ada wisdom akan lebih jauh kedepan.

Saturday, November 25, 2017

Inspirasi

Baru saya tahu yang pihak sekolah di arah rahsiakan result UPSR. Pelajar yang dapat 6A pun tak perlu di hebohkan. Pelik sungguh!!


Hari Rabu lepas ada Anugerah Kecemerlangan di sekolah anak saya. Pelajar yang tidak terlibat, cikgu cakap tak perlu datang pun tak apa. Anak saya tahun 3 kelas corot, tak terlibat pun tapi saya siapkan dia ke sekolah juga macam biasa. Pada saya biar dia sama-sama dalam majlis tu tepuk tangan untuk kawan-kawan yang berjaya naik pentas ambil hadiah. Anak saya pun ok je saya tengok. Tak murung pun tengok kawan naik pentas ambil hadiah. 


Saya teringat dulu masa saya belasan tahun, beberapa kali saya ikut maktam ke Akedemi Islam di UM. Ada sekali tu Maktam ambil result dapat mumtaz kot tak silap saya. Maktam punyalah happy. Saya nekad dalam hati nak belajar tinggi walau saya bukan pelajar pandai pun. SPM saya ke laut. Lepas SPM sambung form 6 lepas tu berhenti form 6 masuk kerja kat Telekom. Ada peluang sambung belajar saya nekad nak sambung belajar juga walau cuma pre-diploma. Saya teringin benar nak belajar dalam kampus. Lepas pre-diploma baru sambung buat diploma di KL. 


Masa kat KL, saya berkesempatan pergi majlis konvo makteh kembar kepada maktam di UM. Lepas tengok makteh terima ijazah, saya jadi lagi berkobar-kobar nak konvo juga. Saya ingat lagi, maktam bagi duit untuk saya beli bunga beri pada makteh. Saya bawa bunga naik LRT then turun Stesen Universiti untuk ke UM. Rasa bangga sangat bawa bunga yang ada tebby bear pakai mortar board tu. Saya tekad nak konvo juga. Nak bagi mak ayah rasa bangga dengan saya. 


Saya graduate dengan GPA 3.38 dan dapat diskaun bayaran balik pinjaman YTM, cuma perlu bayar RM5k sahaja dari RM20k++. Kalau pandai sikit lagi boleh terus convert jadi biasiswa. Tapi saya syukur ya amat. Keinginan saya tercapai. 


Benda ni saya terapkan pada anak saya. Support. Sorak tahniah pada yang berjaya. Jangan dengki jangan iri hati. Tak berjaya tak apa. Chill sudah! Jangan rasa rendah diri. Lagipun budak-budak pandai terlalu ramai. Tahun ni Alhamdulillah anak saya dapat 2A. Saya syukur. Saya bangga dengan pencapaian dia. Dah banyak peningkatan. Anak saya sorang lagi dapat banyak hadiah atas kecemerlangan di tadika pun sama juga saya raikan. Tak ada beza. Kedua-duanya kami support. Kedua-duanya kami sayang. Kedua-duanya punya kelebihan masing-masing. 


Sepatutnya sikap terima seadanya perlu diterapkan pada pelajar. Yakin diri walau 6E pun tak apa lah tak perlu rasa rendah diri dengan kawan yang dapat 6A. Raikan. Ucap tahniah. Parents tak perlu iri hati. Pihak sekolah pun tak perlu nak sorokkan pelajar yang dapat 6A. Kesian tau penat dia struggle nak dapat result macam tu. Saya parents kepada pelajar kelas corot pun tak setuju buat macam tu. Terima saja lah apa keputusan anak. Gosok bahu anak, peluk dia erat-erat tanda kita bangga dengan dia. Raikan anak yang berjaya sekurang-kurangnya dapat memberi inspirasi kepada yang kurang berjaya. 


Anak yang cemerlang kita sorok, anak yang rosak akhlak di highlight di dada akhbar. Tauladan yang macamana kita nak tunjuk sebenarnya? 






Friday, November 10, 2017

Tarbiah.

Amboi tajuk! 
Saja saya share cara suami saya tarbiah saya secara halus. Dia tak oernah suruh ikut cakap dia cuma dia suka saya ikut cara Ibu, Isteri serta anak Nabi. 



Ada lagi satu buku kisah isteri Nabi, Saidatina Khadijah. 

Tajuk buku-buku ni langsung tak sentap. Tapi gaya dia suruh saya baca buku tu sangat menyentap kalbu. Contohnya kalau saya melawan cakap dia, dia hulur buku Siti Khadijah a.s sambil cakap "Hazrat Khadijah ada tak cakap ikut logik? Ada tak 'dia' fight nak menang dengan Nabi?" 

Lagi satu kalau saya marah anak selalunya ketika ajar #habibandnuha tuition, dia akan tanya "you dah habis baca buku Hazrat Aminah ke? Ada tak 'dia' ajar Nabi macam you ajar anak? Kalau you nak anak ikut cara Nabi, you kena ikut cara mak Nabi!" Sentap uollls!!!! Tak ada lapik-lapik 🎯 

Dia biasanya akan tarbiah saya bila anak-anak dah tidur. Saya pun buat-buat malas nak dengar tapi pasang juga telinga ni. 
Masa mengandung dulu ada dia beli buku Amalan Ibu Mengandung. Saya tanya la cashier tu, buku 'Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung' ada tak? Dia jeling kat saya. Pandai pulak sentap 😄



Rumah Baru

Alhamdulillah kami baru dapat kunci rumah baru di Cyberjaya minggu lepas. Lama dah beli rumah ni since 2014 lagi. Katanya 2018 baru siap tapi Alhamdulillah bulan Oktober 2017 dah siap sepenuhnya. 

Kalau ikutkan ini rumah ketiga kami selepas rumah di Bangladesh dan dia Shah Alam. Harapnya kami diberi peluang untuk beli rumah lagi di tahun hadapan. 


Perit nak bayar bulan-bulan pada bank tapi memikirkan kalau wang ada di tangan pun akan habis juga baiklah invest. Kena ikat perut lah. Mana tahu akan datang nak guna modal boleh jual atau cagar rumah pada bank. Kami kan peniaga, kena beringat juga. 


Rumah ni jenis duplex iaitu service apartment dua tingkat. Tengok la contohnya kat bawah. 


Kami tak cadang nak tinggal di Cyberjaya buat masa ni. Masih selesa menyewa di Melaka. Emosi anak-anak perlu dijaga. Kami ada jiran yang baik disini. Habib dan Nuha pun dah ada kawan. Prestasi pembelajaran di sekolah pun meningkat sangat jadi kami tak plan nak pindah lagi buat masa sekarang. 


Dari tingkat 22.

Hello there 😄
One wall kitchen kabinet. Di tingkat atas ada satu lagi pantry macam ni tapi tak ada dapur la.


Playground di tingkat 10 bangunan.
Infinity swimming pool di tingkat 40 bangunan. Bila tengok swimming pool rasa nak pindah dan-dan. Ada 3 pool kat sini.
Jenguk ke bawah dari tingkat 40. Kami 3 beranak memang tak takut tinggi tapi abbu tak boleh naik tempat tinggi-tinggi nanti dia pening. 

Rumah ni kami nak sewakan saja. Curtains dah siap tempah di Nilai 3, next week pasang curtains then terus bagi kunci pada agent. 

Sebelum ada penyewa, pasti kami akan ulang alik mandi kolam kat sini.