Monday, November 21, 2016

Kedai Jeruk di Mydin Semenyih Untuk Diambil Alih

1 unit lot kedai untuk diambil alih di Mydin Semenyih. Kedai masih beroperasi. 

Kedai jeruk dan buah potong. 
Ada shutter door.
Ada rak display.
1 unit chiller buah potong berserta tray. 
1 unit tong ais.
Dan semua peralatan yang ada.

Sesuai untuk perniagaan pelbagai jenis buah potong, rojak buah, jus buah-buahan, asam dan kacang. 
Boleh jual kuih raya dan kerepek sebab ada ruang display yang luas. 

Sewa RM3000 + 6% gst. (Boleh discuss dengan management untuk turunkan sewa)

Harga nak let go : RM 20000 (boleh nego sampai let go)

Kondisi : Masih kukuh. Masih elok. Terus run bisnes macam biasa. 

Sebab nak let go : Pekerja mahir perlu dihantar pulang sebab tak boleh renew permit. Owner tinggal di Melaka. 

Nota : Hanya perlu tukar nama syarikat pada agreement dan lesen Majlis Perbandaran Kajang. 

Jika berminat boleh hubungi saya di talian 019 6241421
Sekian.


Wednesday, October 19, 2016

Restu Suami

Restu Suami.

Saya pernah jual beg Kippling.
Suami tak beri izin.
Tak menjadi.

Saya buat muruku sendiri.
Suami buat tak peduli.
Tak menjadi.

Saya buka kedai kerepek.
Suami izin walau separuh hati.
Tak menjadi.

Saya buat rempeyek pula.
Conflakes madu dan mazola.
Suami tak berapa suka.
Tak jadi juga. 

Kali ni saya tanya betul-betul.
Saya minta izin.
Saya tak boleh duduk diam.
Idea saya banyak.
Kadang nak hadam sampai demam. 
Saya nak buat bisnes sendiri. 
Saya nak bina syarikat yang anak-anak saya boleh warisi.
Saya janji dengan dia bisnes kali ni tak perlu masak memasak.
Saya janji bisnes kali ni boleh delagate.
Saya janji bisnes kali ni 0 modal. 
Saya akan guna apa yang ada. 
Dan akhirnya...
Dia izin.
Dia beri izin.
Malah dia bantu saya.
Dia call beberapa rakan/supplier.
Dia call beberapa tawkey kedai.
Dia call agen produk makanan terbesar. 
Alhamdulillah. 
Semuanya nampak jalan. 
Semuanya dipermudahkan.

Selama ni saya ingat 
Saya usaha saya boleh dapat. 
Saya usaha saya boleh berjaya. 
Saya belakangkan dia sebab ini bisnes saya.
Dia buat bisnes dia.
Saya buat bisnes saya.
Saya fikir saya ada Allah. 
Allah boleh bantu saya.

Rupanya tak. 
Allah dah cakap.
Redha suami, redha Allah.
Suami tak redha Allah pun tak redha.
Sejauh mana pun kita (isteri) nak pergi, 
Restu suami tu sangat-sangat penting. 
Tanpa restu dia tak ke mana pun kita. 

Surihati Mr Farmer.



Sunday, July 3, 2016

Sentap



Tolong jangan balik raya boleh tak? 😬 kenapa nak sentap2. Orang yang tanya tu curios nak tahu ja. Bagitau ja lah. 

Bila nak kahwin? 
"Aih jodoh lambat nau..makcik tolong la doakan..mana tau doa makcik lagi makbul dari saya!" 

Bila nak dapat anak?
"Belum ada lagi..makcik tolong la doakan..mana tau doa makcik lagi makbul dari saya!" 

Laki orang mana? 😬
(Dah tau dah laki kita Bangla dia tanya lagi)
Dia orang Bangladesh. 

Macamana boleh kenal?
Hehe..jodoh.. Pernah pi sana dak? Kat sana depa makan nasi tak? 😬
Bagitau la A-Z.. 

Tak payah sentap2. Orang yang sentap2 ni tak ada keyakinan diri sebenarnya. Jangan beri sesaat pun hidup kita kat orang lain. Kalau dah suka sentap ni maknanya hidup kita ada kat tangan orang la. Orang tu boleh sesuka hati kacau bilau kan hidup kita. Kesian.

Baby baru lahir faham2 la kalau nak sentuh kena bersih la kan.. Tapi budak2 kalau jatuh sakit demam, selsema or batuk jangan salahkan anak orang lain. Anak kita sakit sebab emosi dia tak kuat. Emosi tak kuat antibodi pun tak kuat. Sebab apa? Sebab hang dok marah anak selalu. Sebab tu antibodi dia tak kuat bukan salah orang salahkan diri sendiri. 



Monday, June 27, 2016

Corus Paradise Hotel 2016

Minta maaf la gambar lama tak tak lepas-lepas nak upload, dok jadi draft sampai terlupa nak retry publish. Haih. Tak apa kan asalkan ada entry untuk kenangan masa depan. 

Tengok muka anak-anak ni rasa macam cepat nau depa ni membesar. Makin besar makin banyak akal. Makin besar makin adventure sampai tak terkejar mamanya. 

Oklah enjoy gambar. Ada banyak tempat lagi ni tak upload lagi.







Friday, June 17, 2016

Nadi


Fuhh. Bergenang air mata bila teringat balik. 

Umur 5-6 tahun saya pernah berjaga dengan Mak dan ayah jual nasi berlauk pukul 2 pagi masa bulan puasa waktu orang kilang balik kerja. Letak meja ja dalam pagar rumah. Orang kilang turun ja dari bas berderu masuk sampai tak cukup ruang. 

Masa sekolah rendah saya pernah jual tikam 10-20 sen. Buat sendiri kertas tikam tampal pada manila kad. Hadiah tikam kebanyakkannya dari mainan terpakai milik saya dan adik2. Hadiah utama wang RM1. Huhu..

Dalam masa yang sama juga saya buat sendiri asam jawa bergula. Saya gentel asam jawa Mak bulat2 macam guli kemudian gaul dalam gula dan balut dengan plastik. Jual pada kawan.

Setiap kali cuti sekolah saya akan balik tinggal di kampung dengan arwah Maktok dan Makcik. Saya bantu buat semua kerja dalam dan luar rumah dan saya dapat upah. Biasanya sangat lumayan. 

Sepanjang Ramadhan saya akan bantu Mak buat kuih raya. Seingat saya upah paling mahal saya dapat masa umur saya 11 tahun iaitu sebanyak RM100. Untung Mak beribu2 waktu tu. 

Saya dan sepupu juga pernah jual rojak buah dan laksa di Pantai Bersih. Umur 11-12 tahun masa tu. Ramai pelanggan datang beli. Seronok sangat rasa macam main masak2 dan main jual2 pula.

Masuk sekolah menengah dah tak ada aktiviti jualan sebab tinggal di asrama. Tapi ada sekali saya dan Makcik saya yang sama sekolah jual kacang dan asam kering dipek kecil2 50 sen satu. Kami bawa beg plastik besar penuh barang jual dari bilik ke bilik.

Tamat pengajian di Kolej hari Jumaat, hari Isnin saya masuk kerja sebagai Sales Trainee (sales girl) di KL. Tak menganggur. Saya jual barang dari meja ke meja, restoran, kedai, pejabat semua tempat saya masuk. Jumpa semua orang dari orang bawahan yang kerek sampai orang atasan yang sangat cool.  Kerja tak glamor tapi pengalaman tu sangat berharga dan ia telah mengubah jati diri saya. 

Berhenti dari situ saya berkerja di call centre. Walaupun tak ada aktiviti jual beli tapi pengalaman disitu menjadikan saya seorang yang berhemah apabila berdepan dengan masalah. Ia juga banyak membentuk diri saya dan cara saya berkomunikasi dengan orang lain. 

Kemudian saya kerja jual kain dalam shopping kompleks di KL juga. Gaji ada basic dan komisyen. Dalam masa yang sama saya di upah oleh boss untuk susun semula ayat BM kitab Baduizzaman Said Nursi asalnya bahasa Turki yang telah di translate dari BI ke BM. Lumayan juga upahnya. Minat saya dengan penulisan bercambah dari situ. 

Akhir sekali saya berkerja di Kedai sendiri jual Jeruk sampailah sekarang. Saya tak ada ilmu dalam perniagaan. Tapi jiwa raga dan minda saya telah di set sebagai seorang usahawan sejak kecil lagi. Saya ada minat yang berkobar2 dan pengalaman yang teramat bernilai harganya.




Saturday, May 7, 2016

Redha

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni saya bersemangat lain macam ja..saya bersiaran dari rumah saja setelah Kedai Haras saya berpindah. Saya banyak spent masa dengan anak2 dan buat kerja rumah. Kerja office pun tak ada yang tertangguh melainkan yang di luar bidang saya. 

Untuk makluman kawan2, saya terpaksa pindah ke permis yang lain disebabkan hasil jualan yang sangat tidak memuaskan dan tak berbaloi dengan sewa bulanan. Jadi kami decided pindah ke permis yang lebih murah sewanya. Kami dapat jimat banyak dengan berbuat demikian tapi banyak yang rugi juga.

Yang ruginya proses untuk dapatkan sijil Mesti dan sijil Halal untuk produk Asam Boi jadi tertangguh sebab syaratnya perlu ada permis Kedai. Walaupun itu hanya pengiktirafan sahaja sedang kan produk kami 100% Halal, tapi kami sangat2 perlukan pengiktirafan tersebut untuk maju ke depan dan masuk pasaran 'Budak Besar'. Rasa ralat juga. Tapi InsyaAllah saya sendiri tak akan mengalah dan berputus asa. Saya tak akan berhenti untuk mencuba lagi. Mana tahu dalam masa terdekat, kami dapat kumpul modal yang kami telah jimat tadi untuk beli unit shoplot sendiri. Siapa tahu kan. Kita plan lagu lain. Allah punya plan lagi baik. 

Ada hari kita macam buat apa pun tak jadi. Ada hari lain pulak apa yang kita pegang semuanya menjadi. Macam tu lah saya rasa sekarang. Beberapa hari ni hidup rasa smooth ja berbanding hari2 yang lepas. Lapang ja hati dan fikiran. Saya yakin saya dapat perasaan tenang macam hari ni sebab saya redha. Saya tak mengeluh langsung. Berbeza sangat dengan saya yang dulu. Apa yang jadi, jadi lah..saya cuma buat apa yang perlu saya buat. En suami macam stress sikit. Ye lah nak pindah kan stor ingat mudah ke? Walaupun Stor tak besar mana tapi barang2 dan perkakas yang ada dah serupa kilang. Nak cari permis lain lagi. Deposit permis baru lagi. Bukan sikit tau. Yang lama pun belum dapat balik.  Semuanya kena fikir. Tapi saya sangat cool. Alhamdulillah saya boleh cool. Follow the flow ja. Kemana arah hidup ni bawa, ikut sahaja selagi tidak langgar hukum syarak. Saya pujuk en suami. "It's Okey! It's all right! All good thing..all good thing.." Haaa gitu..

Saya pernah kenal dengan orang yang nak jaga nama tapi poket syarikat koyak rabak. Bila dah jadi macam tu nak berdiri balik sangat susah. Mana2 bisnes pun cashflow tak boleh tercekik. Cashflow mesti aktif untuk survive. Kalau dah rasa nak tercekik cepat2 selamat kan diri. Dan saya bersyukur saya kenal beliau. Dari pengalaman beliau lah saya buat keputusan macam ni. Ya SAYA! Bukan KAMI..sebab saya yang mendesak en suami suruh pindah. Kalau boleh en suami nak tunggu sampai lepas raya tapi saya dah nampak jalan lain. Saya dah istiqarah. Saya yakin dengan keputusan tersebut. Mungkin sebab tu lah saya boleh cool. 

" tu lah..nak kaya lebih, cukup lah apa yang ada.." Mendatar ja suara..

Lebih kurang macam ni lah kata2 yang saya dengar dan saya tak pernah expect ia keluar dari mulut orang yang dekat dengan saya. 

Orang bisnes bukan jenis orang duduk diam. Orang bisnes tak pernah selesa dengan kedudukan dia. Ni bukan nak cakap besar. Tanyalah mana2 orang bisnes pun. Dia akan gali lubang lain pulak kalau bisnes pertama dah stabil. Bukan sebab nak kaya lagi atau tak cukup kaya malah bukan juga sebab tak reti bersyukur. Fe'elnya  memang macam tu. Tengok saja Jutawan Terlajak Laris tu. Dah ada Dherbs, jual baju pulak. Lepas tu jual buku. Taja sana sini. Dengar kata nak buat resort pulak. Tak pun tengok IG founder Bella Ammara. Dah jual baju, jual tudung, jual kosmetik now nak buat katering pulak. Seronok tau! Orang bisnes ni tak pernah duduk diam. Macam tu lah tempiasnya semangat ke kami ni. Dah jual Jeruk, jual sayur nak jugak cuba jual kuih raya. Tapi plan tak menjadi so selamat kan cashflow dulu. Cashflow tu ibarat cangkul. Ia boleh digunakan untuk gali lubang ataupun tetak leher sendiri. Muahaha. Sebab tu cashflow kena jaga. Nak gali lubang tak boleh hutang2. Macamana susah pun tak boleh guna modal hutang sebabnya kalau tak menjadi, lubang tu akan jadi lubang kubur diri sendiri.  Seriously!! 

Hari ni dan hari2 akan datang saya bersyukur dengan kurniaanNya. Ada suami yang bertanggungjawab, ada anak2 penawar suka duka dan mak ayah yang sentiasa mendoakan..so apa lagi yang saya nak harapkan. Saya dah belajar banyak benda. Susah, payah, perit, jerih kami suami isteri akan bersatu lawan semua tu. Kalau dulu ada masalah sikit kami akan gaduh sebab masing2 stress. Tapi bukan lagi sekarang. Kami sangat2 matang. Orang cakap suami isteri tak boleh bisnes sama2. Salah. Ada rahsia dan petua nanti saya cerita kemudian.

Ok cukup lah coretan hari ni. Kuncinya redha, tenang, sedar diri, tegas dengan keputusan, pedulikan pandangan orang, bertindak cepat, sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa. Relax la Allah kan ada! 


Wednesday, May 4, 2016

Mesin Muruku Terpakai Untuk Dijual


Item : 1 unit Mesin Muruku berserta 1 unit kuali dan 1 unit tungku dapur sahaja (Tidak termasuk tong gas

Warna : Hijau (seperti dalam gambar di atas)

Tahun Beli : 2015

Harga beli : RM5000++ (boleh rujuk resit)

Harga nak let go : RM 3500 (boleh nego sampai let go)

Kondisi : Masih kukuh. Masih elok. 

Sebab nak let go : Dah tak nak guna dan tak ada tempat nak simpan.
 
Ini ialah mesin muruku yang sedikit canggih tapi masih lagi mengunakan tenaga manusia untuk sambut dan bentukkan adunan terus ke dalam kuali. Ia sangat sesuai untuk pengeluar muruku tegar. Tak perlu tekan adunan dengan tangan lagi.

Nota : pengangkutan sendiri.
Lokasi : Shah Alam.

Jika berminat boleh whatsapp saya di talian 019-6781421
Sekian.