Friday, March 29, 2013

Cerita Deco Playroom

Assalamualaikum..
Dah lama tak menaip panjang..kekok pula rasanya jari jemari nih..hihi..
Tak ada apa yang menarik nak cerita..agak sibuk sedikit kebelakangan ni..tarikh akhir bayar cukai bagi orang bisnes sudah tak lama lagi 30 Jun 2013..makanya berlambaklah kerjanya..lagi pula permitnya si pekerjanya juga mau di'renew' lagi..bukan seorang..tapi 6 orang sih..waduhh..insurannya..fomemanya..imigresennya..tambah lagi kiosk Asam & Jeruk juga mau diubah designnya..kerja lagi..duit lagi..waduh..waduh..bicaranya juga sama seperti Indon sudaah..

Ok lah back tu normal..tak ada lah..tak sibuk pun..sibuk pun tak apa..Alhamdulillah..sesaja nak panjangkan mukadimahnya saja..huhu..sebenarnya nak share gambar deco yang saya do-it-myself ni ha..gambar bilik belajar cum bilik mainan anak2..bagi saya deco ni dah cukup cantik..siap masuk bakul angkat sendiri lagi depan en suami tapi katanya "biasa-biasa" aja..cehhh! Hampeh betul..tapi tak apa lah kan..apa sangat la penghargaan manusia itu..yang penting anak2 happy sangat..sambil diorang main2, conteng2, color2 mama boleh la baring sambil baca buku tak pun semak mukabuku..huhu..

Sebenarnya semua orang buat kerja..en suami tolong keluarkan katil serta khazanah bawah katil dan bawa para pekerja untuk bawa katil ke rumah sewa..tinggal tilam je..and then turunkan bookcase yang terlekat kat dinding tu..Habib dan saya pula cat mengecat time en suami tak ada kat rumah..bahagian yang tinggi kami tinggalkan untuk beliau..haha..Wall sticker tu sebenarnya dari bilik ofis saya..kami anak beranak cabut dan tampal balik kat sini..kos deco kali ni murah je..

Dulux 1litre x 2 tin = RM60
Roller x 3 = RM15
Paint brush = RM6

Yang lain semuanya dah ada kat rumah..saya guna jenis color Calm sedondon dengan ruang tamu rumah..cuma warnanya berbeza..untuk bilik ini saya pilih Falling Rain..warna biru lembut yang sangat tenang bila dipandang..sejuk je..damai rasa..

Sedikit gambar buat kenang-kenangan dan untuk tatapan blog reader..

Sekian
Assalamualaikum..







Thursday, March 28, 2013

24.3.2011 ~ Nuha 2 Tahun!!

Happy Birthday Nuha Sumayyah..We Love You Sooooo Much!!


Thursday, March 7, 2013

Rezeki Tomyam Best

Alhamdulillah..
Syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan..

Hari tu (bukan hari ni ye :) saya masak tomyam yang dah laaaaaaaama saya tak makan..betul! Kali terakhir saya makan tomyam seingat saya di Krabi tahun lepas..juadah kali ni saya ikut resepi yang saya tahu dan upgrade sedikit mengikut resepi Kak Ita dari blog Masam Manis..

Tomyam

Bahan-bahan:

3 ekor sotong
4 ketul ayam dipotong kecil
1 paket pes tomyam
2 batang serai
2 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar dibelah 4
Bunga kobis
Lobak merah
Saleri
2 sb santan
Air

Cara-cara:

Campurkan semua bahan kecuali santan bersama air..masak di atas api sederhana sehingga ayam empuk..setelah empuk, masukkan pula santan..kacau seketika dan tutup api..perasakan jika perlu..resepi yang amat mudah dengan rasa yang enak..

Sedang sibuk memasak datang pula jiran saya Kak Izma yang tinggal di tingkat atas..K.izma datang membawa paprik daging..hahaha..cukup sempurna..saya pun balas juga dengan sedikit tomyam yang saya masak kepada K.Izma..terbaiklah..Alhamdulillah..

Selamat Mencuba!



Kerabu Mangga Manis

Bahan-bahan:

1 biji mangga manis dihiris nipis
2 helai daun limau purut dihiris nipis
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
3 biji cili padi dihiris nipis
3 sb kacang tumbuk
1 st garam

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan sehingga rata dan siap dihidang..mudahkan..rasa yang sangat enak dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja..selamat mencuba!

Thursday, February 28, 2013

Penthouse Terbakar!!

Bismillah..
Lauhalawala quwwata illa billah..
Subhanallah..Alhamdulillah..Lailaha illallah..Allahu Akbar..

Macamana nak tulis ya..saya masih rasa sedikit gementar di dada..bahu juga masih sakit dan bergetar..ketika saya menaip entri ini, saya telahpun selamat pulang/naik ke rumah setelah diumumkan blok kami selamat oleh pihak Bomba..

Ceritanya begini..ketika azan maghrib berkumandang, saya sedang masak paratha didapur untuk Nuha..tiba-tiba saya terdengar dentuman yang kuat..saya kira dentuman bunga api..saya abaikan saja..

Tak lama kemudian pintu besi rumah saya digoncang kuat oleh seseorang..saya yang cuma berbaju T tidur paras lutut agak panik dan menjenguk kepala di pintu..dan seseorang itu menjerit "Out..out..fire..fire.."

Saya jadi gelabah..saya berlari ke dalam bilik..capai jubah dan tudung..saya sempat sambar beg tangan dan passport en suami..Itu yg paling penting..yang lain dah tak penting..anak2 dah mula menangis ketakutan sebab pintu besi itu digegar kuat lagi oleh beberapa orang lain..
"ya..ya..coming..coming.."

Dengan kudrat yang ada saya dukung kedua-dua anak saya berlari turun menerusi tangga dari tingkat 6..dalam fikiran saya cuma bayangkan rumah yang terbakar itu ditingkat 7..api bakal mengejar..ya Allah!! Sambil turun sambil berdoa..

Saya terus ke kereta saya yang lot parkingnya sangat dekat dengan blok bangunan..sumbat anak2 dan beredar jauh dari blok..ya..saya perlu selamatkan kereta saya juga..macam2 perkara buruk saya fikir..saya telefon en suami yang dalam perjalanan pulangndari kerja..saya maklumkan tentang kejadian..en suami suruh saya jangan beredar..malah berkumpul bersama penghuni yang lain..saya terus parking semula dan bawa anak2 ke surau..saya belum solat maghrib lagi..

Saya dukung Nuha dan pimpin tangan Habib kuat2 dan bawa mereka ke surau..Habib yang menangis pada mulanya kembali teruja bila melihat 2 buah fire engine sebenar bercahaya biru depan mata..ambulan..police car dan beberapa buah motor besar milik Bomba turut ada..

Selesai solat barulah en suami sampai..rupanya unit rumah yang terbakar adalah penthouse di tingkat 15 milik seorang lelaki warga tua..beliau tinggal seorang diri..letupan yang saya dengar adalah dari dapurnya..patutlah ia kedengaran sangat kuat dan jelas..menurut cerita beliau terperangkap sehingga pihak Bomba datang menyelamat..beliau pengsan dan melecur agak teruk..beliau berjaya dibawa turun namun ambulan pula lambat tiba..

Ketika ini, ketika saya menaip melepasi waktu isyak, pihak Bomba masih ada..setinggi2 penghargaan yang tak terhingga saya/kami warga Blok 17 Sri Mahligai Kondominium ingin sampaikan pada pihak Bomba yang sangat cekap..saya belum sampai ke bawah, Bomba dah sampai..sangat cepat..You are truly heroes!!!

En suami berkali2 mengucapkan syukur dan mengucup kami anak beranak..syukur dikurniakan jiran yang sangat perihatin..syukur api berjaya dipadam dengan cepat..syukur tiada yang meninggal..syukur Ya Allah!!

"Ya Allah Kau selamatkanlah mangsa iaitu jiran kami..ringankan kesakitannya..kembalikan dia seperti sediakala atau lebih baik..Amin.."

Pengalaman yang saya kira sangat berharga dan saya perlu belajar untuk bertenang dalam situasi begini..the end~

Monday, February 25, 2013

Syurga Ada Untuk Kita

Hidup ini..
Antara dosa dan pahala..
Antara syurga dan neraka..
Antara dusta dan percaya..
Antara leka dan taqwa..

Bukan..
Antara ada dan tiada..
Antara adat dan acara..
Antara apa dan mengapa?
Bukan juga apa orang kata..

Andai beriani bersama ikan sedap dimakan..
Silakan..
Andai ayam 3 rasa sedap rasanya..
Cuba..jangan tak cuba..

Setiap apa yang diputuskan pasti ada dua pilihan..
Dosa atau pahala?

Usah lemahkan semangat yang ada..
Biar apa orang kata..
Biar orang tak buat..
Biar mereka lihat..

Hidup cuma antara dosa dan pahala..
Hidup cuma untuk Allah redha..
Hidup cuma untuk percaya
Bahawa syurga ada untuk Kita..


#nukilan3rasa.saQahnOt


Kek Hitam @ Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum..
Hari ni mak dan YB Aisyah datang..betapa seronoknya anak2 saya bila maktok mereka datang..macam biasa nak mandi dengan maktok..makan dengan maktok..baca buku pun nak maktok juga..maktoknya pun suka sangat melayan..dapatlah saya rileks sekejap..

Ketika YB menghadiri mesyuarat di SACC Convec dan mak sibuk melayan cucu..sempat jugalah saya sediakan juadah tengahari iaitu Nasi Kesyuri, Ayam goreng berempah, Kari ikan bawal bersama air asam..selesai masak juadah saya dan mak buat kek hitam pula.l

Dah lama rasanya saya tak buat kek..atas permintaan adik bongsu saya melalui telefon yang kononnya teringin nak makan kek yang kakak buat..nak tak nak terpaksa jugalah saya tunaikan..

Saya pernah post resepi kek hitam ini disini tak lama dulu..berbeza dengan kali ini, saya olah sedikit ramuannya mengikut bahan yang ada di rumah..silakan menyemak..

Bahan-bahan:

2 biji telur ayam
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 st soda bikarbonat

Cara-cara:

Panaskan pengukus..
Pukul telur bersama gula hingga putih dan sebati..
Ayak pula tepung dan serbuk koko agar tidak berketul..
Kemudian satukan semua bahan dan gaul sehingga betul2 sebati..
Oleskan loyang dengan majerin..
Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan kain..
Kukus selama 1 jam..siap..

Rasa kelembapan kek yang betul2 enak..cukup rasa..tapi tak boleh makan banyak..nanti gemuk!