Saturday, August 18, 2012

Happy 5th Anniversary!

Lagi post masuk dlm draft..huhu..update jugak la no..


Tup tup dah 5 tahun jadi isteri..
jadi pasangan..
jadi teman sebantal..
jadi partner sejiwa..
suka duka tangis dan tawa..
kejap sayang..
kejap gaduh..
kejap sayang balik..
Syukur Ya Allah saya bahagia..
Dengan adanya Habib dan Nuha..
Tiada apa yang lebih utama..
Selain keluarga tercinta..

Thank you Allah for The blesse

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada blog reader (kalau ada :) kepada kawan2 lama mahupun yg baru kenal..keluarga dan saudara mara yang rajin selongkar blog saya..tak lupa kepada para pelanggan/pekerja/pembeli/pembekal semualah..dengan ucapan "tahun ni tak de hamper ke?"

Saya hulur sepuluh jari tak kurang tak lebih kepada yang muhrim dan lapik kain kepada yang bukan muhrim memohon ampun dan maaf dari hujung kepala hingga ke hujung jari kaki..mohon halalkan makan minum saya & keluarga..yang baik datang dari Allah..yang buruk itu dari saya sendiri..jadi mohon ampun segala dosa yang telah saya & keluarga lakukan secara langsung mahupun tidak langsung..

Real people are not perfect! Perfect people are not real!

Akhir kata
Selamat pulang ke desa..
Selamat menyambut hari mulia..
Selamat mencuci segala dosa..
Selamat hari raya..
Dari kami sekeluarga!

Sunday, July 1, 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang on 30th June..

Oh ya saya terlupa..bukan terlupa nak wish tapi terlupa nak post ucapan kat blog :)
Selamat Ulang Tahun yang ke 40 kepada encik suami tercinta..moga hidup dirahmati dan menjadi lebih baik hari demi hari..They say 'life is begin at 40' and your life just begin..

Yang..i will always love u come hell or high water..u knew that!! I will always be with you to support you..and always trying my best to be your other half..you are the best! And we all love u so much! We are yours!


Apam Tak Mekar

Ya..apam tak mekar dan tak cantik..tapi sedap ye puan-puan..boleh makan sambil tutup mata..hee :)
Jom tengok resepi..
  • 200gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 st esen vanila
  • 1 sb ovellet
  • 200ml susu cair
  • 300gm tepung gandum
  • paper cup

Cara-caranya :

  1. Panaskan air untuk kukus..
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang..
  3. masukkan esen vanila..pukul lagi..
  4. masukkan ovellet..dan pukul lagi..
  5. masukkan susu cair..pukul lagi..
  6. dan akhir sekali tepung..pukul hingga gebu..
  7. asingkan dan warnakan sesuka hati..
  8. sudukan ke dalam paper cup..
  9. kukus dengan api kuat selama 15 minit..
  10. dah boleh makan..
  11. #apam di atas mencerminkan kemalasan saya..jadi tiada corak yang cantik dan tak mekar sebab pukul tak kembang..huhu..tapi rasanya superb! try la..

SuperSharkz Swim School


Wah wah..ni kes terjangkit dengan Sophea Isabella la nih..terus rasa nak hantar Habib masuk swimming class..kebetulan Rakesh kawan Habib pun nak join juga..so saya dan Kalpana (mummy Rakesh) terus pergi register di SuperSharkz Swim School, Pusat Akuatik Shah Alam..yuran pendaftaran cuma RM30 dan yuran bulanan RM120 untuk 8 kelas/bulan dan RM80 untuk 4 kelas/bulan..sejam setiap kelas..ok jugak la..tapi sebelum register bebudak nih kena test dulu dalam trial class..kalau ok dan boleh ikut arahan baru la coach bagi kelulusan untuk register..huhu..nasib la diorang lulus..


Sebenarnya saya tak pernah tahu pun bagaimana perenang2 di trained..sungguh agak jakun jugak la..mula2 coach suruh buat flip flop dalam air..lepas tu kena jalan itik..lompat katak..huhu..dan bila coach bawa semua bebudak ni round satu swimming pool tu tetiba sorang2 budak tersembam dalam air..Habib pun tak terkecuali..boleh di katakan dalam sejam 4-5 kali jugak la Habib tersembam dan tenggelam..tapi yang peliknya dia tak nangis..saya cuma nampak dia bangun semula sambil menginjakkan badan dan raup muka dan kepala dia..dalam hati risau jugak..'coach tak nampak ke bebudak ni tenggelam?'


Bila tamat class, kami bersembang dengan couch..rupanya coach sengaja dash atau sekat kaki bebudak nih..silibus nih di panggil 'water confident'..first time jatuh, mereka akan takut..time ni couch akan bagi semangat dan sekelip mata mereka akan lupa pasal jatuh tadi..dan bila dah 4-5 kali jatuh..mereka lebih confident dalam air..lepas ni 10 kali jatuh pun tak apa..rilex ja..kussss semangat!


Next class hari sabtu ni..mama pun nak swim jugak lah..hihi

Monday, June 25, 2012

BLOGs Saya!!

Saya minat menulis..tapi tak ada skill..saya suka menulis sejak kecil lagi..tulis cerpen..tulis puisi..tulis diari..bila dah pandai guna komputer saya taip karya saya di komputer..saya ulang2 baca karya yang saya tulis setiap hari..hihi..dan setiap kali baca ada saja yang nak diedit..

Bila masuk Kolej, saya belajar guna internet dan berblog..blog pertama saya adalah pada tahun 2005..andainya saya masih aktif mungkin saya cuma makan duit hasil Nuffnang je kan sekarang ni..kuikuikui #jokes# blog tu memang usang tak pernah diterokai pun..

Sarah The Kampung Girl sarahnurlatib.blogspot.com
#jangangelaknaa#

Selepas itu saya aktif di friendster pula dan berblog disitu..kebanyakan karya yang dipaparkan disitu adalah hasil karya saya sendiri..ada juga tulisan makteh saya disitu..tak ada yang special pun..tapi hasil idea sendiri saya kira sungguh bermakna dan berharga..kan??

Tapi malangnya pihak Friendster delete semua blog content dan blog tu dikira tak wujud dah..ppfff..hangin je tau..

Dan akhirnya terlahirlah blog ini..blog yang saya sayang..blog ini umpama open diari saya, idea saya, pandangan seduit saya, karya saya dan semualah..boleh juga dikira back up memori saya sebab semuanya ada disini..resepi, gambar dan yang penting readable but not erasable..hopefully!

Blog ini asalnya ditulis hanya untuk saya dan anak2 saya..tapi memandangkan saya punya sedikit audiens jadi saya cuba untuk menulis seperti saya menulis sekarang..

Selamat membaca..yang baik dari Allah..dan yang buruk you already know where come from..TQ!

Friday, June 15, 2012

Nasi Mandy Ayam



Resepi ini sesuai untuk family kecil macam family saya..cukup untuk 2 orang makan tengahari dan malam..huhu..Resepi ini juga dicopy dari SINI dan di olah sedikit demi memenuhi tekak sendiri..

Bahan-bahan ayam:

1/2ekor ayam ~ di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil mix spice
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
1 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Nasi:

3 cawan beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
1 1/2 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1/2 biji bawang besar ~ hiris halus
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi dah masak, titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan biarkan seketika.

Sos:

1 biji tomato
3 biji cili padi
1 tangkai batang ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta salad.

Selamat mencuba!