Sunday, February 26, 2017

Pantai Klebang, Melaka

Seronok dapat luangkan masa berkualiti dengan Habib & Nuha. 
Mama bagi chance main air sampai basah seluar dan kain. 


Tempat ni sangat sesuai untuk riadah dan berkelah bersama keluarga terutama dengan anak-anak kecil. Banyak aktiviti menarik yang boleh anak-anak sertai. 

Dan paling bestvpada saya adalah Car Boot Salenya. Banyak sangat barang-barang jualan dijual dengan hargabyang betul-betul murah. Saya tak membeli sangat pun sebab tak ada yang perlu. Saya bagi chance pada anak-anak beli apa saja mereka mahu. 

Sebelum balik, sempat beli kudapan untuk makan dalam kereta nanti. Kerepek Pisang Tanduk dan Pisang Nangka menjadi pilihan untuk buat stok di rumah. 

Resepi Viral : Ayam Masak Bali


Resepi simple ja. InsyaAllah sedap 👍

Goreng ayam ketepikan. (5 ketul ayam)

Guna kuali dan minyak yang sama, tumis bahan-bahan ini.

- 6 batang serai diketuk
- 2 tangkai daun kari

Goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan di bawah.

- 5 labu bawang besar diblend.
- 8 ulas bawang putih diblend.
- 2 sb cili kering (rebus & blend).

Tumis sehingga garing & pecah minyak. Pastikan api sederhana kecil. Tymis biar lama sedikit sehingga cili benar-benar masak.

Kemudian, masukkan garam & gula secukup rasa.

Titiskan kicap manis sehingga tumisan bertukar ke warna maroon. 

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. 

Siap! 

Saturday, February 25, 2017

Catatan : Keluarga Harmoni oleh Ust Shamsul Debat


KELUARGA HARMONI

Imun - kebal dari segala maksiat
Aman - tenteram/bahagian
Amin - 

.

Bismillah!
Dengan nama Allah dengan hati.
Niat kerana Allah.

1. Mengamalkan cara hidup Islam.

2. Kenal pasangan.

3. Tidak ada pasangan yang suka dibandingkan dengna orang lain. 

Nikah sebab apa?

Kerana Allah.
Memenuhi tuntutan naluri manusia. 
Berkasih sayang.

.

SUAMI ISTERI

-Akhlak yang baik-Panggilan mesra
-Menjaga/mengawal maruah
-Menegakkan rumahtangga yang Islamik
-Meningkatkan ibadah kepada Allah
-Melahirkan anak-anak yang soleh

.

ADA 3 JENIS RUMAHTANGGA

-panggung wayang
-restoran 5 bintang
-hotel 5 bintang

"Solat membentuk keluarga harmoni."

Solat Subuh.
Berjemaah subuh dengan keluarga.
Kunci untuk ubah keluarga ke arah kebaikan. 

Mulakan hari dengan Subuh. 
Mandi 
Wuduk
Solat sama-sama

"Jaga hubungan dengan Allah. 
Hubungan dengan manusia akan terjaga."

TUGAS SUAMI
-isteri itu ujian (Didik isteri)

TUGAS ISTERI
-utamakan tempat isteri berada di rumah
-usah berhias diluar
-CEO rumahtangga
-usah melepak dengan jiran
-menyenangkan bila dilihat suami
-memelihara kehormatan diri ketika suami tiada
-jangan tinggikan suara pada suami
-mendahulukan hak suami
-menerima dengan ikhlas pemberian suami
-mendorong suami mencari rezeki yang halal
-sopan dengan kawan-kawan suami
-jangan terlalu mesra dengan kawan-kawan suami
-memperdalam ilmu agama
-taat
-komunikasi yang baik dengan suami
-terima teguran suami
-sabar
-bersyukur
-elakkan diri dari fitnah

Wallahu 'alam bi sowab.
Catatan peribadi.

Ceramah Ust Shamsul Debat
Surau An-Najihin
26/2/2017


Ikan Cencaru Goreng Belah Belakang


Resepi mudah ini menggunakan sambal belacan yang saya buat tempohari. Semak post sebelum ini (older post) untuk sambal belacan yang simple dan sedap. 

1 ekor ikan cencaru. (Dibelah belakang)
1 biji bawang besar hiris nipis.
2 sk sambal belacan.
Garam.
Serbuk kunyit. 

Satukan sambal belacan dan bawang besar. 

Gaul ikan cencaru dengan serbuk kunyit dan garam. 

Sumbat campuran sambal tadi ke dalan badan ikan. 

Goreng.

Siap! 

Boleh makan bersama nasi dan kari ikan. Ikan cencaru juga sedap dibakar. 

Selamat Mencuba! 


Kangkung Goreng Belacan.


Resepi kangkung goreng belacan ini menggunakan sambal belacan yang saya buat tempohari. Semak post sebelum ini (older post) untuk resepi sambal belacan yang simple dan sedap.

1 ikat kangkung (saya ambil daunnya sahaja)
3 ulas bawang putih hiris
1 biji bawang merah hiris.
1/4 kiub pati ikan bilis.
1 sb sambal belacan.
Sedikit garam

Tumis bawang merah dan bawang putih.
Masukkan sambal belacan.
Masukkan kangkung.
Masukkan pati ikan bilis.
Perasakan sedikit garam. 
Goreng sampai kangkung layu.
Siap

Semak newer post untuk melihat resepi kain menggunakan sambal belacan yang sama. 

Selamat Mencuba. 

Sambal Belacan


Sambal belacan ni sangat mudah. Semua orang pandai buat. Tapi versi saya tersangatlah mudah.

3 biji cili merah hidup
5 biji cili padi
1 sk asam jawa extra Adabi
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air panas.

Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga dapat texture yang kita suka. Siap!

Selain pelengkap hidangan, sambal belacan boleh digunakan atau dimasukkan ke dalam masakan. Semak post baru (newer post) untuk cadangan masakan menggunakan sambal belacan yang sama. 

Selamat Mencuba! 


Friday, February 24, 2017

Resepi Dhonya Pata Bortha





Bortha ini adalah pelengkap kepada hidangan masakan orang Bangladesh. Dhonya Pata maksudnya Coriander atau Ketumbar. Bertundak seperti sambal belacan bagi orang Malaysia. Rasanya sangat sedap dan sangat berkhasiat. 

Dhonya Pata Bortha atau nama lainnya 'Sambal Ketumbar'

Secekak daun ketumbar.
4 ulas bawang putih.
5 biji cili padi.

Tumbuk bahan-bahan di atas sehingga lumat. 

Kemudian masukkan garam secukup rasa. Saya guna garam bukit.

Rasa.
Jika terlalu pedas, masukkan sedikit gula. Sikit saja. 

Akhir sekali, Titiskan beberapa titik minyak zaitun. 

Siap. 
Makan dengan nasi panas berkuahkan kuah dhal sangat marvellous! Resepi kuah dhal ada di dalam post yang lepas.

Selamat Mencuba!





Nafkah.



Antara doa dalam doa-doa dhuha saya setiap hari. Sebagai isteri yang ada pendapatan sendiri, kadang saya tak pernah kisah pun suami bagi wang saku ataupun tak. Saya ada gaji saya guna gaji saya sendiri. 

Pastu ada hari tu saya dengar Ustaz cakap antara sebab rezeki suami susah nak masuk adalah dia 'terlupa' nak bagi wang saku kat isteri sebab ye la isteri dia kan ada gaji sendiri. Ustaz kata walaupun isteri mampu dan ada lebih dari cukup tak bermakna dia boleh abaikan tanggungjawab dia. 

Nafkah adalah wajib. 

Sejak hari tu saya selalu doa selepas solat dhuha supaya Allah halalkan atau sedekah kembali kepada suami segala nafkah yang tertangguh. Saya minta Allah ampunkan dia. Maknanya suami tak terikat apa-apa dengan kita. Mohon pada Allah supaya tak ada 'pemberat' pada rezeki dia lagi. Untung-untung dapat pahala sedekah lagi. 

Alhamdulillah (hanya Allah yang layak dipuji) smooth saja kerjanya sekarang. Pekerja pun ok tak ada yang buat hal. Kebun pun makin besar. Syukur sangat-sangat. 

Kadang kita tak berkira pun tapi sebenarnya kita ni yang jadi penyebab suami dapat dosa. Ingatkan dia selalu tentang tanggungjawab dia. Kalau pi shopping, pi lenggang kangkong sudah 😜 tak payah bawa purse. 

Saya ni surirumah sepenuh masa. Gaji saya dari kedai jeruk pun tak besar mana. Saya tahu ramai kawan-kawan saya yang kerja besar-besar gaji pun besar-besar yang mana belanjanya lagi besar jadi boleh la sama-sama amalkan ni. 

Minta Allah halalkan setiap nafkah yang tertangguh dan yang terlepas pandang. Kesian kat suami kita 😔 Saya dah rasa dan nampak impact doa depan mata. Moga Allah makbulkan doa kita. 

Ameen. 





Thursday, February 23, 2017

Rezeki Jumaat


Rezeki Jumaat. Alhamdulillah. 

Betik dan tembikai kawan en suami bagi fresh dari kebun dia. Selalu sangat dia bagi, jemu dah. Kalau tak ambil dibalingnya tembikai tu ke en suami 😂 😂 hawau punya kawan! 

Pisang nangka tu jiran bagi. Pisang tanduk yang dia bagi minggu lepas pun baru habis semalam, buat goreng pastu tabur cheese + susu sejat, ni dia bagi lagi. Pisang ni pun dari kebun mak dia. Menjadi pulak pisang2 ni katanya. 

Untuk kudapan lepas Jumaat ni dah ready kuih keria. Satgi kita goreng. 

Pisang emas tu dah masak ranum maka kita lenyek jadikan batter dan simpan dalam fridge. Esok petang kita cokodok-kan dia. Barula mesra. 

Rezeki jangan makan sorang. Sebar-sebarkan. Kongsi dengan kawan dan jiran. InsyaAllah lebih berkat. 

Selingan. 

Teringat semalam bersembang dengan en suami. 

"Kan best kalau mak ayah tinggal dengan kita. Tak payah la ayah kerja lagi. I pun boleh masak sekali harung ja. Kadang masak banyak, makan tak habis..sayang la!"

En suami balas 
"Kalau mak ayah tinggal sini, nanti master bedroom tu kita bagi mak ayah duduk. Ada toilet senang sikit." 

Allahu Allah! 
You touched my heart again! 😭😭

En suami ni bukan jenis romantik. Jenis angin juga. Kadang saya dan mak selalu kena marah dengan dia. (Sebab kami jalan tak ingat donia) 😂

Tapi ingatan & kasih sayang yang dia tunjukkan selalu buat luluh hati ini. 

Terima kasih Allah. Tak perlu intan permata cukup la suami yang mendamaikan jiwa. Seluruh hidupku hambakan diri untuk dia demi SyurgaMu Ya Rabb! 


Resepi Kuah Dhal ala Bangla



Resepi dhal ni simple sangat. 
Sapa yang pemalas macam ai tapi suka masak sesuai lah nak ikut resepi ni. 💁 

Cuci 3 genggam kacang dhal yang color oren tu bagi bersih. 
Letakkan dalam periuk. 

Blend 3 ulas bawang putih dan 1 inchi halia masukkan sekali dalam periuk. Halia tu wajib bubuh sebab kacang dhal ni angin. 

Sebiji cili padi patah dua masuk dalam tu sekali. 

Bubuh serbuk kunyit 1sk. 

Masukkan air. Lebihkan sikit pun tak apa. 
Rebus sampai dhal empuk/hancur. 

Bila dah empuk masukkan garam. Rasa dan tutup api. 

Pastu dalam frying pan, panaskan minyak kita nak tumis darat. 

Goreng bawang merah, bawang putih, daun kari, cili kering dan jintan manis. Jangan kedekut bahan. Hiris bagi banyak pun tak pa. 

Goreng sampai garing. 
Pastu tuang dengan minyak sekali dalam kuah dhal. 
Siap. Sedap dimakan dalam cuaca sejuk. 

Lemas


Ada budak umur 2 tahun lemas kat kolam pagi tadi. 

Alhamdulillah dah dibawa ke hospital. Dan syukur juga security guard yang ditugaskan disitu ada CPR knowledge. 

Ok ni saya nak berletiaq sikit sebab banyak masa bed rest ni. Nak pesan kat parents yang saya dok perati selalu masa kat swimming pool. 

Tolong la bekalkan anak-anak anda dengan benda-benda ni. 

✅ goggle
✅ swim arm rings (pelampung lengan)
✅ kick board (untuk anak yang besar)

Beli benda-benda ni dulu sebab ini paling penting. Lepas tu baru fikir pasal swimsuit. 

Kadang tengok pakai swimsuit branded tapi tak bekalkan satu pun gear untuk anak tu. 

Tak pandai berenang tak apa. Swim gear tu dah cukup buat anak anda terapung. Kalau jadi apa-apa pun (nauzubillah) dia boleh cuba untuk selamatkan diri sendiri sebelum diselamatkan orang. 

Dan satu lagi. Jangan sesekali alih pandangan mata anda ke tempat lain. Fokus kat anak-anak saja. 

Anak-anak saya walaupun dah pandai berenang saya tak lepas pandangan langsung walau ada life guard berdekatan. Tak pernah saya biarkan anak-anak swimming tanpa pengawasan. Biarlah orang kata over protected janji chek senang hati. Betul tak?

Jangan ambil mudah nyawa kesayangan kita. Ingat tu! 


Nota : Pandangan dari coach mama cikai bukan certified punya swimming coach. Harap Maklong! 

Resepi Kari Daging ala Bangla



1. 1 kilo daging (tulang)

2. 6 biji bawang besar hiris.

3. 3 ulas bawang putih tumbuk.

4. 2 inci halia tumbuk. 

5. Sebatang kayu manis.

6. 1 st jintan manis kasar.

7. 6 biji buah pelaga.

8. 2 kuntum bunga lawang.

9. 1 biji ubi kentang belah 4. (Ikut suka)

10. 1 st serbuk kunyit.

11. 1 st serbuk ketumbar.

12. 4 st serbuk jintan manis.

13. 2 st serbuk kari daging. 

14. Minyak lebihkan. Dah siap masak nanti boleh buang sikit. 

15. 6 biji cili padi hijau. 

16. Garam. 


Cara-cara : 

Campur dan gaul semua bahan di atas dalam periuk. Tak payah tumis. Terus gaul dalam kuali. Letak atas tungku dapur. Buka api. Goreng/kacau sampai garing. Then boleh tambah air dalam 1/2 secawan atau dua. Masak sampai dahing empuk. Rasa dan tambah apa yang kurang. Siap. 

Hutang


InsyaAllah bulan 8 ni kami bebas dari segala hutang kecuali hutang rumah. 

Zaman ekonomi tak berapa baik ni, kita boleh kurangkan belanja tapi tak boleh kurangkan installment. 

Jadi jalan terbaik nak survive adalah dengan langsaikan hutang. Guna apa yang ada untuk langsaikan. Beritahu keluarga terutama mak ayah yang kita nak hidup bebas hutang supaya semua orang faham. 6 months to go. 

Moga Allah permudahkan. 
Doa dengan Allah dengan cara yang betul. 

"Ya Allah langsaikan hutang piutangku" 

Allah akan bagi jalan yang tak terfikir dengan akal kita. 

Jangan doa begini. "Ya Allah murahkan rezekiku agar aku dapat langsaikan hutang" yang ni salah sebab kita sendiri sempitkan skop doa tersebut. 

Kabel dengan Allah mesti kuat. Tak siapa pun boleh bantu kita selain Dia ☝️ 

Kahwin Warga Asing


Lagi PM dan whatsapp saya terima. Ada lagi sebenarnya tapi saya tak layan sebab tulisan short form buat saya pening nak baca. Ramai tau gadis Malaysia nak kahwin dengan Bangladeshi. Tak salah. Yang salahnya ketepikan mak ayah, buang keluarga, langgar undang-undang termasuklah kahwin lari etc. 

Kebanyakkannya yang bersembang dengan saya well-educated. Kerja bagus2. Gaji riban-riban. Agak2 kenapa pilih Bangla eh? 😅 ke Bangla yang pandai pilih. Sensitif ni! 

Nasihat saya buat Istiqarah dulu. Ajak mak ayah buat Istiqarah sekali. Pastu utamakan mak ayah. Restu mak ayah ni, berkatnya tak nampak sekarang. Percayalah!! Paling penting ikut cara yang betul. Jangan langgar undang-undang. 
Lagi satu jangan nampak bahagia orang luaran, kita pun nak kahwin dengan Bangla jugak. Banyak cabaran sebenarnya. 

Orang lelaki ni walau apa bangsa, agama dan warganegara sekalipun, LELAKI TETAP LELAKI. Sama!! Tak payah la nak berangan kuch-kuch-hota-hai bagai. 😄
 
Oklah. Jangan terjerat sudah cinta palsu sudah 😜 kita sebenarnya akan dapat pasangan yang sama macam kita. 

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." 

Banyakkan berdoa sebab hati  manusia ni Allah yang pegang. 

Ok.
Jumpa lagi.