Saturday, November 25, 2017

Inspirasi

Baru saya tahu yang pihak sekolah di arah rahsiakan result UPSR. Pelajar yang dapat 6A pun tak perlu di hebohkan. Pelik sungguh!!


Hari Rabu lepas ada Anugerah Kecemerlangan di sekolah anak saya. Pelajar yang tidak terlibat, cikgu cakap tak perlu datang pun tak apa. Anak saya tahun 3 kelas corot, tak terlibat pun tapi saya siapkan dia ke sekolah juga macam biasa. Pada saya biar dia sama-sama dalam majlis tu tepuk tangan untuk kawan-kawan yang berjaya naik pentas ambil hadiah. Anak saya pun ok je saya tengok. Tak murung pun tengok kawan naik pentas ambil hadiah. 


Saya teringat dulu masa saya belasan tahun, beberapa kali saya ikut maktam ke Akedemi Islam di UM. Ada sekali tu Maktam ambil result dapat mumtaz kot tak silap saya. Maktam punyalah happy. Saya nekad dalam hati nak belajar tinggi walau saya bukan pelajar pandai pun. SPM saya ke laut. Lepas SPM sambung form 6 lepas tu berhenti form 6 masuk kerja kat Telekom. Ada peluang sambung belajar saya nekad nak sambung belajar juga walau cuma pre-diploma. Saya teringin benar nak belajar dalam kampus. Lepas pre-diploma baru sambung buat diploma di KL. 


Masa kat KL, saya berkesempatan pergi majlis konvo makteh kembar kepada maktam di UM. Lepas tengok makteh terima ijazah, saya jadi lagi berkobar-kobar nak konvo juga. Saya ingat lagi, maktam bagi duit untuk saya beli bunga beri pada makteh. Saya bawa bunga naik LRT then turun Stesen Universiti untuk ke UM. Rasa bangga sangat bawa bunga yang ada tebby bear pakai mortar board tu. Saya tekad nak konvo juga. Nak bagi mak ayah rasa bangga dengan saya. 


Saya graduate dengan GPA 3.38 dan dapat diskaun bayaran balik pinjaman YTM, cuma perlu bayar RM5k sahaja dari RM20k++. Kalau pandai sikit lagi boleh terus convert jadi biasiswa. Tapi saya syukur ya amat. Keinginan saya tercapai. 


Benda ni saya terapkan pada anak saya. Support. Sorak tahniah pada yang berjaya. Jangan dengki jangan iri hati. Tak berjaya tak apa. Chill sudah! Jangan rasa rendah diri. Lagipun budak-budak pandai terlalu ramai. Tahun ni Alhamdulillah anak saya dapat 2A. Saya syukur. Saya bangga dengan pencapaian dia. Dah banyak peningkatan. Anak saya sorang lagi dapat banyak hadiah atas kecemerlangan di tadika pun sama juga saya raikan. Tak ada beza. Kedua-duanya kami support. Kedua-duanya kami sayang. Kedua-duanya punya kelebihan masing-masing. 


Sepatutnya sikap terima seadanya perlu diterapkan pada pelajar. Yakin diri walau 6E pun tak apa lah tak perlu rasa rendah diri dengan kawan yang dapat 6A. Raikan. Ucap tahniah. Parents tak perlu iri hati. Pihak sekolah pun tak perlu nak sorokkan pelajar yang dapat 6A. Kesian tau penat dia struggle nak dapat result macam tu. Saya parents kepada pelajar kelas corot pun tak setuju buat macam tu. Terima saja lah apa keputusan anak. Gosok bahu anak, peluk dia erat-erat tanda kita bangga dengan dia. Raikan anak yang berjaya sekurang-kurangnya dapat memberi inspirasi kepada yang kurang berjaya. 


Anak yang cemerlang kita sorok, anak yang rosak akhlak di highlight di dada akhbar. Tauladan yang macamana kita nak tunjuk sebenarnya? 






1 comment:

  1. Article writing is also a excitement, if you know then you can write otherwise it is complex to write.

    ReplyDelete