Tuesday, October 24, 2017

Jangan Conteng Al-Quran


Masa saya sekolah di Pondok Pak Ya dulu, kami diharamkan tulis nota dalam al-Quran. Lengan pun tak boleh letak atas al-Quran. Kertas tak boleh selit dalam al-Quran. Buku tak boleh tindan atas al-Quran waima buku agama sekalipun. Hanya jari dan kayu penunjuk sahaja boleh berada atas al-Quran ketika kita baca a-Quran. Al-Quran perlu dipegang dekat dengan dada bukan letak dalam beg sandang yang hampir dengan punggung. Al-Quran di surau kami (wakaf) mungkin buruk dan ada yang tak ada kulit tapi satu naskah pun tak ada yang berconteng. 

Saya tak tau lah apa rasionalnya arwah ustazah yang kami panggil Mak Long larang kami buat macam tu. Sampai sekarang saya ikut dan tak pernah conteng atau catat apa-apa atas lembaran al-Quran. Saya cuma tanda bacaan saya dengan sticker kecil saja.  Rasanya mana-mana sekolah agama/tahfiz pun menggunakan rules yang sama. Tapi sekarang saya tengok ramai yang jadikan al-Quran macam buku teks siap boleh highlight, underline & conteng notes kat tepi lagi. 

Kami belajar subjek Tafsir menggunakan Kitab Tafsir dengan huraian yang panjang berjela. Bukan guna Tafsir Al-Quran Terjemahan atau Al-Quran itu sendiri. Huraian Surah Al-Fatihah saja memakan berhelai-helai muka surat. Ayat Al-Quran adalah sebenar-benar ayat. Nota kita boleh jadi jauh dari maksudnya. 

Cari la sendiri apa yang akan terjadi pada diri kita tanpa kita sedar kalau kita tak muliakan al-Quran? Antara sebabnya adalah sukar untuk faham al-Quran, Allah murka & akan diazab di akhirat. Bukan saya yang cakap tau. Jangan main-main! Jangan samakan kitab Allah dengan buku agama. Al-Quran bukan buku. Kita sangat digalakkan buat nota. Beli satu buku nota kecil dan tulis dalam tu. Jangan conteng al-Quran. Tulisan kita mana mungkin setanding kalam-kalam Allah. Wallahu 'alam. 

**Tafsir al-Quran hanya boleh disentuh tanpa wuduk jika perkataan terjemahannya lebih banyak dari ayat al-Quran. Perlu diteliti juga sebab perkataan bahasa arab biasanya lebih pendek dari bahasa terjemahannya.




No comments:

Post a Comment