Tuesday, February 3, 2015

Escape to Pangkor Island 2D1N

Weekend lepas, kami ke bawa anak2 ke Lumut..dalam kepala ni dah plan nak bawa anak2 terus ke Pangkor main pasir, mandi laut, dan snokerling..

Kami bertolak dari Shah Alam dah lambat dalam pukul 2pm baru bertolak..kami pilih untuk ikut jalan lama melalui Kuala Selangor..best kot ikut jalan lama ni..macam2 jenis kedai makan best2 boleh singgah..sepanjang jalan tu cakap je nak makan apa..cendol durian? mentarang bakar? ikan bakar? kari semilang? air nira? jagung rebus? karipap gergasi? pilih je..gerai jual kerepek borong pun 2-3 tempat ada..asyik berhenti beli makanan je kami ni..haha..tempat Kelip-Kelip Kampong Kuantan pun dah tahu..so nanti boleh pergi tengok kelip-kelip pulak..

Kami sampai Lumut dalam pukul 6pm lebih..parking kereta kat situ then terus beli tiket ferry dan booking chalet kat Kak Lela agen di situ..saya suruh Kak Lela bagi chalet paling dekat dengan pantai dan tempat makan..malas nak jalan jauh2 ni..

Sampai Pangkor, kami naik van taxi tu terus ke Hornbill Bay Resort, Teluk Nipah..chalet ni terletak betul2 di hadapan pantai..chalet ni biasa sangat..tak sampai 2 bintang pun tapi location dia superb! siapa yang nak bercuti dengan anak2 kecil pilih la chalet ni..dekat sangat dengan pantai dan gerai makanan tak ada masalah, sepanjang pantai ada..

Lepas check-in, solat maghrib siap2 baru keluar pergi makan malam..kami jalan sepanjang jalan tu cari gerai no7..makanan memang sedap tapi tukang masak seorang..jadi lambat nau menunggu..customer yang datang semua nak makan besar agaknya..

Esok paginya kami bersiap awal pagi dan breakfast dulu di tepi pantai..bebudak ni excited nak main pasir sampai tak ingat makan dah..sedang saya dan en suami breakfast tetiba burung hornbill ni singgah depan meja..menjerit saya panggil Habib dan Nuha suruh tengok..memang rezeki la untuk #animalhunter macam kami ni..terjerit2 Habib panggil burung tu..bila burung tu terbang tempat lain pun Habib ikut..siap kejar lagi..

Kemudian en suami ajak pergi islands hopping..Pulau Pangkor ni tak besar sangat..island dan beach pun tak banyak..kami ronda2 area Monkey Bay, Man Bay, Coral Island, Turtle Rock dan Dolphin Rock..brother tu singgah di tempat snorkelling..en suami nak snorkel tapi Habib tak bagi turun..sampai menangis dia tak bagi Abbu turun dari bot..adoi la Habib..so kami cuma bagi ikan makan roti je lah dari atas bot..ikan memang banyak..best sangat..kemudian brother tu tinggal kami di Coral Island..pantai kat sini lebih landai dan lebih selamat untuk mandi manda..nanti bila nak balik, call dia, dia akan datang ambil..






Dah puas mandi, jalan2 kutip coral dan bergambar kami pun balik ke chalet dan bersiap untuk check-out..check-out pukul 12pm..kami simpan beg di receptionist untuk lunch dulu di gerai tepi pantai depan hotel..nasi goreng seafood yang saya makan bersama dengan laicikang memang heaven..sedap gila..

Selesai makan, kami ambil van taxi untuk tour island pulak..kali ni driver tu akan bawa tour sekitar pulau..sepanjang jalan dia akan terangkan satu persatu tentang tempat yang kita lalu tu..tempat pertama yang kami singgah ialah kilang sate ikan..sate ikan dan sotong di sini lebih segar namun harga lebih kurang je dengan tempat lain..sempat la saya borong ikan bilis dan ikan kering semua..

 

Tempat kedua kami singgah di Tokong Cina apa ntah..tapi kami tak masuk dalam cuma tengok2 ikan koi dan ikan besar2 dalam kolam kat luar..selain itu, kami beli cenderahati di sini..harganya jauh lebih murah dari tempat lain..
Kemudian, driver tu bawa kami ke Kota Belanda sebelum hantar kami ke Jetty..Kota Belanda ni sebenarnya tinggalan orang Belanda yang di usir oleh orang Perak kerana tak setuju dengan cara pengumpulan biji timah dilakukan..so lepas kena halau, kerajaan jadikan tempat ni monument bersejarah..banyak baik pulih dilakukan untuk mencantikkan lagi tempat ni..

Sampai Jetty kami terus naik feri ke Lumut..kami ambil kereta dan drive terus ke Rahmat Maritime Museum..nanti saya coretkan dalam entri lain lah ea..

Kemudian kami terus balik ke Shah Alam ikut jalan lama jugak..bab makan tak payah risau..singgah ja tepi2 jalan nanti dan sudah pasti saya nak repeat karipap gergasi lagi..sedap oiii makan panas2..isi padat pulak tu..

Pada saya, Pulau Pangkor ni sangat kecil..jadi 2 hari 1 malam dah cukup untuk mandi manda, tour satu island dan islands hopping..sehari je dah cover semua..tapi kalau yang suka snorkelling tu sehari tak cukup lah kot..apa pun kami enjoy sangat..nature, flora dan fauna tak pernah mengecewakan..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..

No comments:

Post a Comment