Monday, May 26, 2014

KL Tower & Blue Coral

Tengahari tadi kami sekeluarga ke KL. Cadangnya nak ke Aquaria KLCC tapi tertukar haluan pulak bila nampak sign Menara KL (KL Tower). Di  KL Tower juga terdapat pelbagai jenis haiwan yang boleh kita lawat. Dah terbayang wajah2 haiwan yang ada di Animal Planet di situ.



Saya dan en suami gemar membawa anak2 melihat haiwan. Sejak mereka kecil lagi kami selalu luangkan masa untuk mereka mendekati haiwan. Jika sesetengah orang suka membawa keluarga keluar mencari tempat2 makanan sedap, tetapi lain pula pada kami. Haiwan punya tarikan tersendiri yang tak mampu saya ceritakan. Melihat haiwan berada di dalam habitat masing2 adalah satu terapi untuk anak2 dan juga kami sekeluarga. Satu kepuasan. 

Alhamdulillah di KL terdapat banyak tempat seperti Zoo atau mini zoo ini. Selain ia dibina untuk 'buat untung' dan tarikan pelancong, ia juga boleh mendidik anak2 kita tentang sains dan kehidupan, tentang alam semulajadi, tentang kasih sayang terhadap makhluk lain,tanggungjawab dan banyak lagi benda baik yang boleh kita belajar dari situ.

Ok, selit sedikit tentang panda yang telah tiba di Zoo Negara ya. Melihat pada harganya, saya juga tak setuju. Tapi melihat pada potensinya, mungkin harganya logik. Kalian pernah tengok youtube Kungfu panda yang berada di Zoo Jepun tak? Panda yang boleh buat spinning bamboo tu. Pi tengok sekarang! Berduyun2 orang datang dari seluruh dunia nak tengok dia. Panda memang ada hidden talent tu sejak azali. Saya harap panda yang ada di Malaysia ni pun boleh buat macam tu jugak. Memang tak sabar rasanya nak tengok di zoo nanti.

Berbalik kepada kisah KL Tower tadi, kami tiba di situ lebih kurang jam 2 petang. Solat dan makan dulu sebelum naik lift ke puncak KL Tower. Kami makan di restoran apa ntah lupa nama yang menyediakan masakan India berdekatan dengan surau. Nasi beriyani bersama butter chicken masala dan 2 keping naan cukup untuk kami 4 beranak. 



Sesudah makan kami ke kaunter beli tiket dan terus naik ke puncak. Jika waktu hujan, permandangan agak berkabus, jadi seeloknya pergi semasa cuaca cerah ya. Harga tiket untuk ke Observation Deck ialah RM29 dewasa, RM19 kanak2. Nuha FREE. Saya pilih untuk add-on ke Blue Coral cuma perlu tambah RM10 setiap orang. Harga asal ke Blue Coral RM19. Malang sekali, Animal Planet ditutup buat sementara waktu untuk renovation. Emm..nevermind..


OK..kami naik lift terus ke puncak. Fuyoo..laju sungguh! Rasanya tak sampai 3 minit dalam lift tu, kami dah sampai di Observation Deck. Saya ingatkan kami akan gayat, rupanya tak..langsung tak gayat. Anak2 saya siap memanjat lagi. Sikit pun tak takut. Habib asyik tanya, 
"Mama, tak ada helipad pun..mana helipad?" cari la sendiri..







Dah puas pusing2, bergambar dan enjoy view yang cantik2 kat situ, kami kemudiannya turun balik dan terus ke Blue Coral. Tempatnya terletak betul2 berhadapan dengan pintu masuk KL Tower.




Di Blue Coral, terdapat pelbagai jenis ikan2 terutamanya dari jenis Clown Fish. Saya suka..saya suka! Sungguh unik dan cantik sekali. Jenis2 lain pun ada, shark pun ada jugak. Kebanyakannya tak pernah kami tengok pun. Habib excited sangat. Suara dia saja yang kedengaran kat dalam tu. Ada beberapa orang pelancong luar tertarik dengan Habib punya excitement. Asal ada fish atau coral yang comel dan unik pasti mereka panggil suruh Habib tengok. Hihi. Habib pun layaan. Dunia ni memang boring kalau tak ada kanak2. Seriously!

Ouch!! Tersepit..
Ini ialah stone fish..Habib kata macam monster..

Agak lama juga kami melayan anak2 di dalam Blue Coral tu. Orang bersilih ganti, kami je tak keluar2 lagi. Heheh. Keluar dari Blue Coral beli cenderamata sikit dan terus balik. Sebelum balik rumah, singgah Sogo beli baju anak2. Alhamulillah. Sogo ada Sale 50%+50% lagi tu. Saya sempat beli seluar jeans Padini untuk diri sendiri berharga RM26 je after less. Murah sangat. Baju anak2 pun murah2 je. Besok bolehlah korang serbu. Heh. 

Oklah sampai sini. Jumpa lagi di lain entri. Bubye.

No comments:

Post a Comment