Percaya tak saya bawa anak2 balik Kulim dengan kereta cuma kami bertiga sahaja..saya, Habib 5 tahun 4 bulan dan Nuha 2 tahun 10 bulan..
Mulanya agak ragu2 juga tapi saya nekad dalam hati 'no problem..InsyaAllah..Allah ada, Allah jaga'..nak takut apa..Prof Dr Muhaya kata "Simpan persaan takut hanya kepada Allah sahaja..benda lain jangan takut.."
Dengan izin suami, kami bertolak selepas zohor..
Tips sebelum bertolak:
- Pastikan kereta anda dalam keadaan baik..periksa semuanya agar perjalanan selamat dan lancar. Hantar ke pusat servis terlebih dahulu adalah lebih baik.
- Isikan petrol serta top up smart tag siap2.
- Bekalan makanan, susu serta kudapan yang mencukupi terutama untuk anak2.
- CD lagu kegemaran anak.
- Buku pilihan masing2.
- Toys atau gadget sebagai tambahan.
- Bantal dan blanket sorang satu.
Ok..dah boleh mulakan perjalanan dengan doa.
Dalam hati memang saya plan tak nak singgah R&R kecuali untuk solat sahaja..
Selepas hampir 3 jam perjalanan, slow and steady mengikut kelajuan yang ditetapkan, kami singgah di RTC Simpang Pulai. Disini terrletak segalanya di bawah 1 bumbung. Kami makan dan membeli belah sedikit di Mydin, kami bersolat Asar di surau yang cukup selesa disitu..saya bawa Habib ke tandas..kemudian saya biarkan anak2 bermain di playground bersebelahan surau pula..biar mereka penat sedikit..mood anak2 ni perlu diikut juga agar tak mengganggu saya nanti..
Sebelum kami menyambung perjalanan, saya sediakan bantal dan selimut siap2..saya letakkan botol susu dan air berdekatan..saya tahu, anak2 saya pasti akan tidur nanti setelah penat bermain tadi..
Saya kembali memandu bertemankan Hafiz Hamidun dengan alunan zikir terapinya dan secawan kopi.
Alhamdulillah, hampir jam 8 malam, kami selamat tiba disambut oleh mak dan adik saya..lega rasanya..saya berjaya mengatasi keraguan dihati..berjaya juga menenangkan anak2..syukur..
InsyaAllah 5 tahun lagi kami akan pulang ke kampung dengan kereta ni pula..sekarang ni cuma hiasan di wallpaper saja..huhu..
No comments:
Post a Comment