Ya ampun..dah seminggu acara berlangsung hari ni baru nak buat entri..hemm..
Tiap2 tahun jika ada rally macam ni mak mesti datang..kaum keluarga tahu benar minat mak..mak seorang aktivis Pas..mak banyak buat kerja2 sukarelawan dalam jemaah Pas mahupun dalam komuniti..
Mak sangat aktif..mak juga antara orang kuat dalam jemaah..mungkin sikap mak yang ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan membuatkan orang percaya dan selalu harapkan mak..
Pada mulanya saya agak kurang senang dengan aktiviti mak..kerana mak seringkali tinggalkan kami adik-beradik untuk menyertai misi kemanusiaan bukan setakat di Malaysia malah di beberapa daerah di Indonesia dan salah satunya di Acheh..namun saya sangat bersyukur kerana ia menjadikan saya kini seorang yang sangat berdikari dan kuat semangat..
Seringkali mak sebut pada saya..
"mak dah nampak kenapa semua urusan hidup kakak mudah saja..Allah balas pada mak dengan cara memberi kemudahan hidup kepada anak2 mak.."
Ya, saya angguk..berkat usaha dan doa mak yang tak pernah putus..
Kali ini mak datang bersama adik bongsu saya Shahidan serta sahabat2nya bersama YB Siti Aisyah Ghazali (ADUN Merbau Pulas)..2 buah kereta kesemuanya..Mereka kecuali YB, bermalam dirumah saya sebelum bertolak ke #KL112 keesokan harinya..
Saya sokong mak..sokong perjuangan mak..biar apa orang kata usah peduli..yang penting ayah izin dan paling penting Allah redha..
Keep it up mak!!
No comments:
Post a Comment