Sunday, January 13, 2013

Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 biji ubi kentang dihiris bulat
2 biji bawang besar dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
1 biji bawang besar (saiz kecil) dihiris bulat
10 biji cili padi
1 st asam jawa extra
1 sb serbuk lada hitam
3 sb kicap manis
1 biji tomato
Garam
Air

Cara-cara:

Panaskan minyak..Goreng ayam bersama kunyit dan garam seperti biasa..ketepikan..

Goreng kentang sehingga empuk..ketepikan..

Dengan minyak yang sama..tumiskan bahan kisar dan cili padi sehingga naik bau..masukkan lada hitam, kicap dan asam jawa..kacau rata..masukkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang anda mahu..akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar yang dihiris bulat..perasakan dengan garam..biarkan mendidih seketika..barulah masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi..siap!
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment