Thursday, January 3, 2013

Amarah

Kan best kalau rasa marah atau sakit hati boleh mogok sehari dua..tinggal semua kerja sekejap untuk tunjuk perasaan..tapi hakikatnya tak boleh..

Makin kuat rasa marah makin laju kaki dan tangan ni buat kerja rumah..makin panjang muncung makin panjang juga tangan ni cuci pinggan mangkuk, mop lantai, sidai baju bagai..makin kuat hempasan pinggan mangkuk kat sinki makin rajin pula tangan buat jemput2 udang..hampehh!

Aduhai..orang perempuan kalau marah selalu dikata mood PMS..tapi memang betul pun! Kalau datang mood PMS lagilah mudah meletup..hormon tak stabil..(salahkan hormon pula!) itu tak kena ini tak kena..sikit2 nak bentak..

Tapi kalau diorang (orang lelaki) faham ok la kan..tapi kadang buat2 tak faham juga..bila tengok rumah clean & clear bila kita marah diorang pula senyum kambing..happy je walhal hati kita ni dah bengkek..

Kadang masuk bilik kunci pintu duduk sorang2..layan facebook lawak ke..baca buku kartun ke..baca blog ke..kadang bila masuk waktu solat terus je solat..baru la macam lapang sikit dada..

Prof Dr Muhaya bagi tips jika kita tension ke apa kita boleh duduk dalam 'bilik minda' sendiri..bilik minda ni cuma kita sorang je yang boleh masuk..kita boleh bayangkan satu tempat yang tenang dan damai..sambil pejam mata bayangkan kita berada di tepi waterfall ke..tepi pantai ke..mana2 lah asalkan tempat tu tempat kegemaran kita..kita boleh syok sendiri..

Saya pun cuba..sambil goreng jemput2 udang..saya pejam mata sekejap..cuba bayangkan tempat2 kegemaran saya..bersantai si tepi pantai, tak jadi..ditepi sungai juga tak jadi..saya cuba pula bayangkan berada diawangan, tak jadi juga..akhirnya saya biarkan fikiran saya sendiri menjelajah..
Dan apabila saya cuba bayangkan saya berada disebuah bilik yang wangi dihiasi dengan hiasan comel2 serta terdapat dua orang bayi disitu..ya Habib dan Nuha..hati saya jadi sungguh tenang dan lapang..perasaan gembira dan terharu seorang ibu melihat bayi comel yang masih dibedung kembali menerjah..hilang segala rasa marah..sakit hati semua..

Saya tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan..Ternyata wajah anak2 saya akan sentiasa menjadi penyejuk hati saya..

Akhirnya jemput2 udang cicah sos terhidang bersama teh o panas..dan kami sekeluarga makan sambil girang gumbira dengan keletah anak2..saya yang masam mencuka tadi menjadi bahan en suami menyindir..

Terasa lapang dada melihat anak2 gembira..rumah kemas, bersih dan teratur serta en suami yang menjamah makanan yang saya masak tadi dengan lahapnya..syukur ya Allah..nikmat mana yang mahu didustakan..

*sekadar gambar hiasan..

No comments:

Post a Comment