Kelmarin ada tetamu datang ke rumah, jadi saya masak nasi kesyuri bersama ayam masala khas untuk tetamu yang datang..nasi kesyuri adalah salah satu makanan kegemaran orang Bangladesh..rasanya sangat sedap dan boleh dimakan begitu sahaja kerana telah diperasakan terlebih dahulu..resepinya lebih kurang begini..
Bahan-bahan:
3 cawan beras - dibasuh dan ditoskan
2/3 cawan kacang dhal merah - dibasuh dan ditoskan bersama beras
6 cawan air atau ikut sukatan jari seperti biasa
1 biji bawang sederhana besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 inci halia ditumbuk
5 biji cili padi
1 biji cili merah - dibelah dua dan dibuang biji
2 sb jintan putih (biji)
3 st garam
1 st serbuk kunyit
3 sb minyak masak
1 batang kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
4 biji buah pelaga
Cara- cara:
Masukkan semua bahan kedalam rice cooker..gaulkan sebati..tekan 'cook' dan biarkan sehingga nasi masak..siap! simple dan sedap..enak dimakan dengan ayam goreng berempah, ayam masala atau cuma dengan telur dadar bawang cili..selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment