Bahan-bahan ayam:
1/2ekor ayam ~ di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil mix spice
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
1 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Nasi:
3 cawan beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
1 1/2 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1/2 biji bawang besar ~ hiris halus
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi dah masak, titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan biarkan seketika.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi dah masak, titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan biarkan seketika.
Sos:
1 biji tomato
3 biji cili padi
1 tangkai batang ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta salad.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment