Lukmanul Hakim antara manusia yang sering meninggalkan kata2 nasihat yang sangat bermanfaat. Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke
pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya
dengan berjalan kaki.
"Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan
berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai,"
kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka."
Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan
itu?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya."Dengar ayah," jawab
anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah
menariknya," katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang
keldai."
Nampakkah kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi
ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang
masih muda menunggangnya, sungguh tidak patut," kata sekumpulan manusia
lain yang mereka temui di tengah, perjalanan.
"Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?"
tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.
"Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita
sama-sama berjalan kaki," kata Lukmanul Hakim. Anaknya segera turun dari
keldai.
Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan
sekumpulan manusia yang lain. "Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai
itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan barang-barang, bukan untuk
diseret seperti lembu dan kambing," kata mereka.
"Dengarkah engkau apa yang mereka kata?" tanya
Lukmanul Hakim kepada anaknya lagi.
"Dengar ayah."
"Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,"
"Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,"
Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan
sekumpulan orang yang lain pula.
"Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang
kecil ditunggangi berdua!" kata mereka.
Lukmanul Hakim lalu bertanya kepada anaknya, "Adakah
engkau dengar apa yang mereka perkatakan?""Ya ayah, saya
dengar."
"Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini,"
kata Lukmanul Hakim
Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya
mereka berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula
berjalan, dengan bebanan menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat
gelagat mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak.
"Ha! ha! ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung
keldai!""
Dengarkah engkau apa yang mereka katakan?" dia bertanya
kepada anaknya lagi.
"Dengar ayah," jawab anaknya.
Mereka meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan
hikmah di sebalik peristiwa tadi,
"Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau
apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dan kata-kata mereka.
Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata."
"Ingatlah
anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana
mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung
harapanmu kepada Allah."
No comments:
Post a Comment