Hahaha..terhegeh-hegeh nak update blog via ipad..mana taknya dah upload gambar dari iphone ke facebook..pastu nak copy gambar dari facebook ke ipad..huh..Terkial-kial!
Dan memandangkan kebodohan dan kemalasan saya untuk mencuba lagi dah berada di tahap maximum jadi saya nak cerita ja kali ni..tak ada gambar..pandai-pandailah bayangkan sendiri ya..kalau nak tengok juga teruah facebook ya..
Tak ada yang menarik pun tapi nak cerita jugak..hari ni en suami bawa kami pergi Istana Negara Lama..mula2 rasa macam boring ja..dah terbayang seakan2 muzium..mesti boring gila..mesti Habib merengek sakan..mesti sakit kaki jalan..mesti berasak2..mesti itu..mesti ini..
"kita pergi KL lah..lama tak jalan2 kat Jalan TAR.." Pastu dia ajak jugak..konon nak tengok rumah raja..
Akhirnya pergi jugak lah..nasib lah..dapat suami orang 'lama' kan..melawat muzium tu memang hobi la..
Keluar dari Shah Alam pukul 11..hantar barang ke The Mall dulu..kemudian singgah beli nasi dan ayam kampung kat GH..baru terus ke Istana..
Sampai Istana memang matahari tengah terpacak atas kepala..panas terik..mujur bawa topi budak2 ni..dah la parking lot limited..orang punya la ramai pulak tu..menapak juga lah naik ke Istana tuh..
Bila dah masuk kat dalam barulah wowww..
"mujur ada aircond"
Ingatkan Istana terbuka..konon boleh melawat bilik2, dapur, singgahsana macam tu..rupa2nya memang macam muzium pun..pulak tu ada pameran Sultan Brunei sekali kat situ..semua barang2 peribadi Sultan eh Agung ada dipamerkan disitu..menarik juga..bangga sekejap tengok Sultan Kedah naik takhta buat kali kedua..kat situ pun ada gambar keluarga Agung..boleh tengok tiara Raja Pemaisuri, cop mohor..pedang..pingat kebesaran,.macam2 lah..kira ok la..masuk percuma ja tapi bawa camera kena bayar rm3..handphone pun sama tau..silap tak sorokkan dalam poket dulu..ngeh..ngeh..kalut sangat nak ambil gambar pintu masuk Istana..
Macam yang saya cakap eh tulis tadi..Agak boring tapi menarik..en suami memang suka la pameran sejarah macam tu..siap ambil gambar setiap benda dalam tu..Rupanya dia lagi banyak tahu sejarah sultan dulu2 berbanding saya..huhu..
Elok ja kami nak keluar dari ruang pameran Sultan Brunei tetiba ada orang bagi beg kat pelawat semua..apalagi saya pun ambil juga la kan..Rupanya diorang bagi keropok udang cap Brunei dan poster salasiah keluarga Sultan Brunei..hrmm..
Dah penuh handphone dengan gambar baru la kami balik..
Bye bye Istana Negara Lama..
▼
Saturday, May 19, 2012
Tuesday, May 1, 2012
Anakku! Usah Peduli Kata Orang..
Lukmanul Hakim antara manusia yang sering meninggalkan kata2 nasihat yang sangat bermanfaat. Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke
pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya
dengan berjalan kaki.
"Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan
berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai,"
kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka."
Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan
itu?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya."Dengar ayah," jawab
anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah
menariknya," katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang
keldai."
Nampakkah kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi
ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang
masih muda menunggangnya, sungguh tidak patut," kata sekumpulan manusia
lain yang mereka temui di tengah, perjalanan.
"Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?"
tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.
"Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita
sama-sama berjalan kaki," kata Lukmanul Hakim. Anaknya segera turun dari
keldai.
Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan
sekumpulan manusia yang lain. "Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai
itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan barang-barang, bukan untuk
diseret seperti lembu dan kambing," kata mereka.
"Dengarkah engkau apa yang mereka kata?" tanya
Lukmanul Hakim kepada anaknya lagi.
"Dengar ayah."
"Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,"
"Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,"
Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan
sekumpulan orang yang lain pula.
"Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang
kecil ditunggangi berdua!" kata mereka.
Lukmanul Hakim lalu bertanya kepada anaknya, "Adakah
engkau dengar apa yang mereka perkatakan?""Ya ayah, saya
dengar."
"Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini,"
kata Lukmanul Hakim
Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya
mereka berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula
berjalan, dengan bebanan menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat
gelagat mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak.
"Ha! ha! ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung
keldai!""
Dengarkah engkau apa yang mereka katakan?" dia bertanya
kepada anaknya lagi.
"Dengar ayah," jawab anaknya.
Mereka meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan
hikmah di sebalik peristiwa tadi,
"Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau
apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dan kata-kata mereka.
Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata."
"Ingatlah
anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana
mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung
harapanmu kepada Allah."