Sunday, November 20, 2011

Baiti Jannati dah siap!

Bismillah..pagi isnin saya hari ini sangat ceria..saya dah terima email dari Haider (kawan en suami) gambar2 rumah kami yang bernma Baiti Jannati di Rajbari..Kali pertama tengok.."Alamak! kenapa nampak macam post office..??" hahaha..dengan cat color tu..ada border line color biru..dengan jeriji besi kat tingkap macam tu..dah betul2 macam post office.Ok..sebenarnya rumah ni 2 unit..sebelah kiri dan kanan..dan akan dibina lagi paling tinggi pun 4 tingkat..kira macam rumah flat la..setiap unit ada 3 bilik dan 1 bilk air..
Sebenarnya..kos pembinaan bahagian bawah ni sangatlah tinggi (bagi saya)..kena beli tanah lagi untuk buat asas yang paling kukuh..wiring..piping..saluran gas..semua kena buat siap2..sistem kat sana pula sebenarnya tak bersistem..huhu..tak boleh nak outsource..Alhamdulillah..bahagian paling susah dah siap..bila nanti ada duit lagi boleh tambah setingkat demi setingkat sebab kos dah tak banyak..Pintu masuk..kena buat jeriji juga sebab tak nak ada yang tumpang tidur..tumpang buat macam rumah sendiri.Dinding pula dibina tinggi sikit untuk halang banjir sebab rumah ni berhadapan dengan tasik..Ok..bahagian dalam..unit sebelah kiri dicat dengan color hijau dan unit sebelah kanan dicat dengan color ungu..

Uncle Jalal (FIL's brother) yang bertanggungjawab menguruskan semuanya..Dapur ni unik sikit..ok..ada satu sinki yang stainless steel tu dan satu lagi ada paip kat bawah sinki tu untuk cuci periuk belanga..sebelah sinki tu ada para tempat untuk letak dapur gas..dan sebelah para tu ada 2 lubang ialah untuk dapur tanah..masak guna kayu api..dan ada corong asap disitu..dapur tanah ni penting juga sebab kadang2 gas yang disalurkan putus bekalan..kat sana tak ada gas silinder macam kat sini..semuanya piping..unik kan..kabinet kayu pula akan dipasang di bahagian para sebelah kanan untuk simpan barang2.. ini pula unit sebelah kanan..design sama ja.. ini pula tempat rehat si penjaga yang Uncle Jalal upah untuk jaga rumah ni semasa dalam pembinaan..tolong jaga bata, pasir dan semualah..elak dari dicuri.Saya pun tak pasti apa motif border kat bawah tu dicat dengan color hitam tu O_oBahagian atas..memang tak ada bumbung..inilah bumbungnya..besi2 yang terpacak tu dicat dengan color oren supaya tak berkarat kot..secara keseluruhan saya dan en suami masih belum puas hati tapi kami sangat lega..akhirnya rumah ni siap juga..ada banyak lagi kerja2 yang belum siap..jubin mungkin sedang dipasang..kena touch up sikit lagi sebab dah ada orang nak sewa 1 unit..Banker katanya..

No comments:

Post a Comment