Ada hati nak masak ketam masak kari ala-ala restoran chinese muslim tapi tak menjadi..huhu..jadi gulai ketam jugak tapi kering tak dak cravy..tak jadi pun tak apa lah asalkan sedap sudah kan..haha..anak2 dan en suami makan tak komplen pun kira ok lah tu..ni sebenarnya dinner kami hari ni..tengahari tadi tak masak..saya dan anak2 makan nasi lemak sorang sebungkus..en suami kerja makan kat luar..saya bekalkan Habib roti sapu nutella je ke sekolah hari ni..bila dah siap semua kerja mengemas, mendobi, melipat, petangnya baru kelam kabut masak..dapat la 2 mata lauk buat dinner tadi..ketam masak kari dan sayur campur..
▼
Thursday, February 26, 2015
Wednesday, February 25, 2015
Mendobi
Dah besar dah anak dara ni..semua kerja nak buat sendiri..tadi pi dobi comforter pun nak buat sendiri jugak..dari tuang sabun sampai masukkan coins semua dia buat sendiri..
Homemade Fries
First time cuba buat fries sendiri..huhu..ada 3 steps yang kita kena buat.
1. Rebus kentang hingga empuk.
2. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga permukaan kentang melecur. Rehatkan.
3. Goreng sekali lagi. Angkat dan taburkan sedikit garam.
Siap!garing di luar, empuk didalam..boleh makan bersama sos cili dan mayo. Tapi saya lagi suka ketchup dan mayo berbanding sos cili. Selamat mencuba!
1. Rebus kentang hingga empuk.
2. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga permukaan kentang melecur. Rehatkan.
3. Goreng sekali lagi. Angkat dan taburkan sedikit garam.
Siap!garing di luar, empuk didalam..boleh makan bersama sos cili dan mayo. Tapi saya lagi suka ketchup dan mayo berbanding sos cili. Selamat mencuba!
Spagetti Aglio olio
Resepi ni saya ambil di blog The Kasihs..sedap sangat..anak2 pun suka..jadi saya nak share dengan kalian..boleh lah masak buat bekal untuk anak ke sekolah..
Resepinya super duper ringkas..
Bahan-bahan :
Spagetti yang telah direbus dengan sedikit olive oil.
Udang.
Olive Oil.
Bawang putih.
Kiub pati ayam.
Garam.
Cili flakes.
Cara-cara:
Spagetti rebus siap2.
Panaskan olive oil dalam pan.
Tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan udang atau apa2 protein yang kalian suka.
Masukkan 1/2 kiub ayam.
masukkan garam.
Masukkan spaghetti tadi.
Kacau rata.
Taburkan cili flakes.
Gaul.
Siap!
Selamat Mencuba.
Monday, February 23, 2015
Ikan Masin Masak Asam
Resepi ringkas ini khas buat orang yang tak beranak tapi mengidam sangat nak makan masakan dalam pantang..
Bahan-bahan:
Apa2 jenis isi ikan masin dipotong kecil.
1 biji bawang besar dihiris nipis.
1 ulas bawang putih di tumbuk.
1 inci halia ditumbuk.
5 biji cili padi di ketuk.
1/2 sudu teh asam jawa extra.
3/4 cawan air.
Garam jika perlu.
Gula secukup rasa.
Cara-cara:
Goreng ikan masin dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga garing.
Masukkan air.
Masukkan asam jawa.
Masukkan ikan masin tadi.
Biar mendidih seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
Siap.
Makan dengan nasi panas sedap sangat..selamat mencuba!!
# Ini ialah cubaan pertama update blog melalui email.
Saturday, February 21, 2015
Preloved Treadmill Y-VIYALDI TK-151 & Exercise Bike Y-SPRINT Magnetic Bike by TAKASIMA Untuk Dijual!
SOLD
Item : 1 unit Exercise Bike Y-SPRINT Magnetic Bike sahaja (seperti dalam gambar di atas)
Warna : Biru (seperti dalam gambar di atas)
Tahun Beli : 2011
Harga nak let go : RM 200 (boleh nego sampai let go)
Kondisi : Masih kukuh.
Sebab nak let go : Jarang guna dan tak ada ruang nak simpan. Ruang yang ada sekarang nak letak almari buku.
Item : 1 unit Treadmill Y-VIYALDI TK-151 sahaja (seperti dalam gambar di atas)
Warna : Hitam (seperti dalam gambar di atas)
Harga beli : RM 2000++
Tahun Beli : 2011
Harga nak let go : RM 900 (boleh nego sampai let go)
Kondisi : Masih elok, lancar dan kukuh.
Sebab nak let go : Jarang guna dan tak ada ruang nak simpan. Ruang yang ada sekarang nak letak almari buku.
Ini ialah model treadmill TAKASIMA yang paling murah. sangat sesuai untuk gaya hidup aktif mahupun sederhana kerana ianya sangat mudah untuk di laras. Papan panal control juga sangat basic mudah untuk di kendalikan oleh sesiapa sahaja.
Jika berminat boleh SMS atau WHATSAPP saya di talian 019-6781421.
Sekian.
Masak Lemak Udang
Lama saya post resepi kat blog ni..bukan tak masak..masak tetap masak..hari2 masak..tapi dah tak rajin nak ambil gambar makanan dah..so bila nak post pasal resepi gambar pula tak ada..
Hari ni terajin pula..so saya nak share resepi hebat, sedap dan mudah ni..orang malas yang suka masak macam saya ni, meh salin cepat..resepi ni untuk korang..
Masak lemak udang atau orang Penang panggil Sambal Goreng..jangan terkejut ye..memang depa panggil Sambal Goreng pun..Resepi ni mudah ja..
Bahan- bahan:
15 ekor udang sederhana buang kulit dan urat belakang
3 batang serai dihiris nipis2
6 biji cili padi dihiris nipis2
sebiji bawang merah dihiris nipis2
seulas bawang putih dihiris nipis2
secubit asam jawa extra (boleh ganti dengan belimbing buluh)
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara:
Gaulkan udang bersama garam dan kunyit.
Panaskan periuk dengan sedikit minyak masak.
Tumis semua bahan hiris sampai naik bau.
Masukkan udang tadi.
Gaul sebati.
Masukkan santan.
Masukkan air.
Masukkan asam jawa.
Sentiasa kacau hingga mendidih.
Tutup api.
Siap.
Mudah kan..saya dan anak2 suka sangat..makan bertambah2..tapi en suami macam tak berapa kena dengan selera dia..so bila en suami tak ada, baru saya masak masakan ni..ok lah..nanti bila rajin saya ambil gambar makanan dan post resepi lagi ya..ok bye..
Hari ni terajin pula..so saya nak share resepi hebat, sedap dan mudah ni..orang malas yang suka masak macam saya ni, meh salin cepat..resepi ni untuk korang..
Masak lemak udang atau orang Penang panggil Sambal Goreng..jangan terkejut ye..memang depa panggil Sambal Goreng pun..Resepi ni mudah ja..
Bahan- bahan:
15 ekor udang sederhana buang kulit dan urat belakang
3 batang serai dihiris nipis2
6 biji cili padi dihiris nipis2
sebiji bawang merah dihiris nipis2
seulas bawang putih dihiris nipis2
secubit asam jawa extra (boleh ganti dengan belimbing buluh)
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara:
Gaulkan udang bersama garam dan kunyit.
Panaskan periuk dengan sedikit minyak masak.
Tumis semua bahan hiris sampai naik bau.
Masukkan udang tadi.
Gaul sebati.
Masukkan santan.
Masukkan air.
Masukkan asam jawa.
Sentiasa kacau hingga mendidih.
Tutup api.
Siap.
Mudah kan..saya dan anak2 suka sangat..makan bertambah2..tapi en suami macam tak berapa kena dengan selera dia..so bila en suami tak ada, baru saya masak masakan ni..ok lah..nanti bila rajin saya ambil gambar makanan dan post resepi lagi ya..ok bye..
Friday, February 20, 2015
Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang
Hutan Liput Lentang ni terletak di sebelah Lebuhraya Karak, Bentong berdekatan dengan Bukit Tinggi..turun dari Bukit Tinggi tu jangan hala ke KL pula..ikut arah ke Kuantan..lebih kurang 2.5km je jaraknya..ikut signboard Hutan Lipur Lentang..
Tempat mandi manda pula terletak berdekatan dengan tempat parkir..jadi, kita tak payah la nak menapak jauh2 kan..saya angkut sekali dengan bekalan yang kami bawa dari rumah..betang tikar dan duduk lah tengok en suami layan anak2 main pasir..
Sungai ni cetek je..sesuai sangat untuk kanak2..anak2 saya ni tak kisah pun nak mandi manda..bebudak lain semua kemain seronok berenang-renang..mungkin sebab anak2 saya dah selalu mandi kolam kat rumah kot..diorang lagi seronok nak main pasir, kutip batu, kutip daun semua..angkut la segala mangkuk cawan buat main..
Tengok Cik Nuha tu..nak mandi cebok je air jirus kat kepala..haha..'kampong' betul la hang ni Nuha..tak tau cara nak mandi sungai..huhu..kena dedahkan selalu nih..
Best juga tempat ni..kemudahan semua ada..tandas bersih, surau pun dekat..InsyaAllah kalau datang sini sure nak singgah lagi..saya akhiri dengan pesanan Dr. azizan Osman ni..
Ya tahun ni tahun membina kewangan..ada lagi projek menanti..tapi jangan la kedekut dengan anak2 pula..kita kerja kuat ni untuk siapa? untuk anak2 juga kan..boleh je pilih tempat riadah yang boleh create bonding dengan family, close to nature, flora dan fauna..dalam masa yang sama tak membazir..contohnya bawa bekal dari rumah..kan best macam tu..beriadah ni penting untuk eratkan hubungan selain hilangkan stress..Alhamdulillah anak2 pun happy dan behave..tak pula diorang minta belikan macam2..
Ya tahun ni tahun membina kewangan..ada lagi projek menanti..tapi jangan la kedekut dengan anak2 pula..kita kerja kuat ni untuk siapa? untuk anak2 juga kan..boleh je pilih tempat riadah yang boleh create bonding dengan family, close to nature, flora dan fauna..dalam masa yang sama tak membazir..contohnya bawa bekal dari rumah..kan best macam tu..beriadah ni penting untuk eratkan hubungan selain hilangkan stress..Alhamdulillah anak2 pun happy dan behave..tak pula diorang minta belikan macam2..
Animal Park, Bukit Tinggi, Pahang
Yeay!! dah sampai Animal Park..
Eh sebelum tu kami dah isi perut siap2 dalam kereta..saya bawa bekalan dari rumah nak picnic kat tepi sungai tapi perut masing2 dah lapar so makan je lah dulu dalam kereta..perut anak2 ni kena jaga selalu..kalau tak penuh merengek je sampai bingit telinga..
Kemain asyik menikmati nasi dengan kari ayam..sedap la tu..
Di sini cuma terdapat rusa dan arnab je..oh ada kuda seekor..boleh juga kalau nak ride..semua haiwan di lepas bebas dalam kandang yang tertutup..seronok melayan anak2 kat sini..arnab semua comel2 belaka..en suami tanya pada penjaga tu kalau2 ada arnab yang nak di jual..malangnya tak ada..huhu..
Cik Nuha ni penyayang orangnya..cita2 nak jadi Doctor Animal..saya kata Vet la..dia kata taaakkk..Doctor Animal..hmmm..lantak pi lah..ke hulu ke hilir dia kejar arnab nak suap makanan..dah puas main dengan rusa dan arnab, kami bertolak balik..cadangnya nak singgah picnic di Hutan Lipur Lentang pula..
Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang
Japanese Village ni terletak berdekatan dengan Colmar Tropicale..nak datang sini boleh bawa kereta sendiri atau naik je tram yang disediakan..FOC je..so nak balik nanti tunggu je kat pondok yang telah disediakan..
Bila dah sampai pitstop, lepas tu menapak lah ke Japanese Village..jauh betul sampai kejang kaki berjalan..naik tangga, naik bukit, turun bukit..hadoii..yang peliknya Habib ni naik tangga pun berlari..naik bukit pun berlari jugak..mama nak angkat kaki pun tak larat dah..ajaib sungguh..mai mana tak tau energy dia..saya nasihatkan tak payah la bawa stroller..dukung je anak senang sebab banyak anak tangga yang kita kena lalu nanti..
Finally sampai jugak..huhu..kat area sini ada orang jual takoyaki..bau macam sedap tapi takut tak halal pulak..so pendamkan hasrat..makan takoyaki kat plaza depan rumah sudah..
Dia selalu di hadapan..tak terkejar dah..
Boleh bergambar dengan kimono..saya tak cuba pun..
Yang bestnya ni lah..anak sungai..ada mini waterfall jugak kat situ..tenang je rasa..bunyi deruan air tu buat hilang penat mendaki..huhu..Cik Nuha merengek nak basuh tangan..layankan aje..
Berkenan sangat la dengan rumah ala Jepun nih..very2 neat..
Ok..turun balik..bila turun happy lah kan..ini je gambar yang saya ambil sebab betul2 penat la..semput bawa beban badan sendiri..huhu..gambar Habib je berlambak..sebelum balik beli sedikit cenderahati buat kenangan..lepas ni nak tunggu tram balik ke Colmar balik then ambil kereta terus ke Animal Park..jumpa di next entry ok..bye..
Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang
Sebenarnya kami tak rancang pun nak pergi Bukit Tinggi ni..ingat nak balik kampong cuti raya cina kali ni tapi Mak pula nak mai KL..lagipun cuti sekolah bulan 3 nanti pun nak balik kampong jugak so tak apalah..raya di sini sajalah..
Awat muka macam jeruk je tu hah?? sebenarnya Nuha nak ikut Habib pergi toilet tapi mama tak bagi..bila suruh bergambar monyok je lah..
Haaa tengok muka kemain manis bila jumpa abang dia..tak boleh berpisah langsung..satu lagi perangai dia yang saya perasan, bila dia cakap dengan Habib tapi Habib buat tak tahu je, sat lagi merajuk la dia..
SubhanAllah..MashaAllah..cantik kan view nih?!
Eh!? malu pulak..kata nak belon kena la bergambar dulu..
Sebenarnya salah kot bagi angsa ni makan popcorn..tapi kesian angsa tu lapar..
Ada dua ekor..sepasang kot..Nampak kami terus datang sua mulut minta makanan..
Budak ni berlari je kerjanya..energetic betul!
Ok..jom kita ke Japanese Village pula..naik tram..padahal naik kereta sendiri pun boleh cuma takut tak ada parking sebab orang ramai betul hari tu..ok lah saya masukkan entri Japanese Village di entri yang lain ok..
Oh ya by the way, driver tu dok bercerita kat en suami yang The Chateau Spa & Organic Wellness Resort yang terletak berdekatan dengan Colmar ni sebenarnya Hotel 7 bintang..harga bilik untuk semalam RM7k++..duhhh..pitam..harga pakej 10 hari dari airport and then naik heli landing kat Bukit Tinggi lebih kurang RM75k++ all in termasuk segalanya organic..rasanya orang kaya yang sakit je kot yang menginap kat sini..nak recover kan..so spent time kat sini tenang la sikit kot..huhu..
Seharian Di Kebun
SubhanAllah..cantik kan view macam ni..kalau hari2 dapat tatap tumbuh-tumbuhan hijau, langit biru, angin sepoi-sepoi bahasa sambil ratah timun fresh dari kebun kan bagus..
Timun pun elok je tumbuhnya tapi harga jatuh pulak kali ni..sekilo tak sampai RM1..
Kalau datang sini tak sah la kalau tak kutip cili padi..sampai botak pokok tu depa kerjakan..
Terung pun ada tapi tak petik pun..
Labu air..yang ni petik sebiji bawa balik boleh buat sup nanti..
Yang ni pokok peria..biji benih dari Bangladesh..baru tanam sebaris je ni..nanti boleh tengok hasilnya nanti..
Depa ikut je uncle tu pegi mana..tengok uncle buat kerja..uncle tu pun rajin melayan..
Tengok ni Habib jumpa apa? Ladybug..haha..budak perak first time pegang ladybug..
Abbu nak bawa pekerja semua pegi solat Jumaat..meh kita pi makan cendol..
Cendol Bakar..hmmm..punya lah ramai orang kat sini..
Nuha makan cendol biasa..mama makan cendol durian..
Habib dan Nuha kerja kuat hari ni sampai berpeluh2 kepala masing2..syabas anak mama!!
Habib tak suka cendol..dia makan bihun sup je tapi bihun tu keras sikit..
Timun2 yang tak dapat dijual sebab bentuk tak cantik..yang ni nak sedekah je lah..bagi haiwan makan..
Budak2 tu seronok dok main titi..dok ulang alik kat titi tu je lah..jangan jatuh dalam longkang tu sudah..
Time ni nak balik dah..nak cari nasi..perut pun dah lapar dah..dekat pukul 3pm belum lunch lagi..makan nasi dan asam pedas ikan kembung kat warong berdekatan je..sedap asam pedas orang Melaka..gambar ni Cik Nuha yang snap..pandai Nuha ambil gambar!
Pastu nak singgah beli durian..en suami drive sampai A'Famosa baru dapat durian..dapat la 3 biji musang king..
Sebelum exit tol singgah beli pisang goreng cheese pula..kalau datang sini tak sah kalau tak singgah..dia guna pisang tanduk rasanya..curah susu pekat manis pastu tabur cheese..senang je kot..nanti nak try buat lah..
Saya dan Nuha je yang jarang pergi kebun..Habib selalu ikut en suami ke kebun time cuti sekolah Sabtu atau Ahad..biasanya lepas habis TaeKwanDo lah..kadang dia ikut en suami ke Ayer Keroh untuk ambil buah..saya rasa anak lelaki kena belajar cari duit betul tak? kena belajar berkuli dulu sebelum nak jadi Tuan..Alhamdulillah dia pun tak kekok buat kerja dan pandai mix around dengan keadaan..Beza sangat dengan mama dan Nuha..kalau kami datang kebun cuma nak cari makan je..haha..macam2 makanan beli bawa balik..