Tuesday, December 31, 2013

Heli

Thank you Angah belikan Habib helicopter baru..Habib excited sangat2 sejak Angah call dan bagitau yang Angah belikan helicopter tu..setiap hari tanya, bila Angah nak datang..haha..

Dah lama Habib minta heli nih..saya buat tak tahu je..dengan saya memang tak dapat lah..bukan setakat mahal..buang duit..bahaya pulak tu..pernah sekali punya excited tak sabar2 nak main, Habib ON remote control masa Nuha tengah belek heli tuh..mujur lah Nuha terus lepas..kalau tak, tak tahu la macamana..syukur..bilah kipas tu tajam tau!

Tapi seronok juga tengok Habib excited..kami ke padang merdeka yang bersebelahan dengan Masjid Negeri SAAS dan main di situ..siap piknik lagi..Enjoy the pictures!









Kenangan di Vital Years



Gambar di atas adalah gambar rakan sekelas Habib & Nuha.

Duduk bawah (L to R) : Tiara, Areesa, Elisa, Batrisya, Nuha & Wafiq.
Duduk kerusi (L to R) : Irfan, Habib, Eian, Ervin, Ethan, Ying Meng, Rafie & Misyari.
Teachers (L to R) : Teacher Gana, Uncle Lim & Teacher Jane.

Ada lagi yang tak hadir..

Gambar ni saya snap dari iPad teacher Jane..yang ni sebenarnya video birthday Kareena, kakak kepada Wafiq..

Yang ni pula waktu rehat terakhir sebelum berpisah. Sedih bila tengok teacher Jane peluk Habib kuat2.. "You take care ok..be a good boy..Teacher gonna missed you, Dear"
Sekarang pun Habib dok tanya lagi..dah tak pegi school teacher Jane ke mama? Dia rindu la tu..


Hadiah dari teacher Jane untuk semua students..Susah nak jumpa teacher macam ni..lebih susah nak jumpa sekolah yang ownernya sendiri yang mengajar..saya dah mencari sekitar Shah Alam..belum jumpa! 

Sekian.

Thursday, December 19, 2013

Never Say Good Bye..

Habib dan Nuha..
Esok adalah hari terakhir kalian di Vital Years..hari terakhir bersama rakan2 dan guru2 kesayangan..

Habib bermula di Vital Years pada 4 Januari 2012 hingga 20 Disember 2013..manakala Nuha pula melangkah ke alam persekolahan di Vital Years pada 1 July 2013 hingga 20 Disember 2013..banyak moments indah yang tak dapat kalian lupakan..begitu juga mama..banyak tips dan tunjuk ajar dari teachers yang mama tak akan lupa..terutamanya dari teacher Jane yang berbangsa cina..teknik dan cara yang di terapkan kepada kalian, sangat berbeza serta tahap kesabaran dan semangat yang tinggi dalam pendidikan menjadikan teacher Jane sangat disayangi oleh students dan juga parents..

Sedih juga rasa nak 'berpisah'..hubungan dengan teacher Jane dan uncle Lim dah rapat..walau apapun hidup must go on..ada yang datang dan pergi..yang patah tumbuh kembali..yang terputus bercantum semula..yang jatuh bangkit berdiri..begitulah hidup..

Sebagai tanda terima kasih kepada teachers dan tanda ingatan untuk kawan2, mama sediakan hadiah yang tak seberapa untuk Habib dan Nuha berikan..


Coin box untuk kawan2, frame gambar untuk teacher Jane dan juga teacher Gana serta book separator untuk uncle Lim..


Tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat menimba ilmu..

"Terimalah tanda terima kasih dari kami ya teachers!!"

Saturday, December 14, 2013

i-City Water World

Sekadar gambar kenang-kenangan..







Gambar Jumaat :)

Salam Jumaat..eh dah Sabtu la :)
Sekadar kenang-kenangan..gelagat anak2 bergambar sebelum ke sekolah pada hari jumaat yang lepas-lepas..Enjoy!




Habib Swimming..

Anak bujang kesayangan saya ni dah tak mau lagi mandi di kolam cetek..tak best nak jump katanya..haduh..berenang pun tak berapa pandai lagi tapi tak sabar2 nak masuk adult pool..

Gambar dibawah sekadar kenang-kenangan di hari tua..hihihi..enjoy!




Chicken Black Pepper

Wah..wah..chicken black pepper konon..heheheh..
Sebenarnya nama asalnya ayam masak kicap tapi en suami tak suka kicap jadi chicken black pepper lebih enak didengar..

Bahan-bahannya mudah..sama seperti masak kicap yang lain..

1/2 ekor ayam dipotong dan gaul garam kunyit..
1 biji ubu kentang dipotong bulat
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
Kisar bahan *

6 biji cili padi
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
2 st lada hitam yang dikisar kasar
1/2 biji tomato
Kicap
Garam

Pertama sekali perlu goreng ayam terlebih dahulu..ketepikan..kemudian goreng pula ubi kentang dan ketepikan..
Tumis bahan kisar, cili padi dan bawang bulat sehingga naik wangi..
Masukkan lada hitam dan kicap..
Masukkan tomato..
Masukkan sedikit air dan didihkan seketika..
Perasakan dengan garam secukup rasa..
Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta ubi kentang..

Siap! Senang bukan..
Juadah biasa boleh jadi luar biasa..
Selamat mencuba!

Homemade Fried Chicken

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak kongsi resepi ayam goreng kegemaran anak2..kalau nak ikutkan KFC lah kan tapi dah berapa bulan ni kami elak makan KFC jadi saya try buat ayam goreng biasa jadi ala KFC..

Ok, resepinya simple saja..cuma gaulkan bahan2 dibawah ini bersama ayam.. Ayam dipotong berapa pun tak kisah..ikut selera masing2..

Serbuk kunyit
Serbuk jintan manis
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam

Kemudian dalam bekas yang lain, sediakan tepung jagung untuk disalut pada ayam tersebut..
Caranya mudah saja..masukkan ayam ke dalam tepung jagung dan golek-golekkan agar semuanya rata dan terus ke dalam minyak panas..buat satu persatu sehingga habis..

Mudahkan? Selamat mencuba!

Monday, November 18, 2013

Happy Parenting!

Assalamualaikum..

Tak ada cerita yang menarik hari ni..tiap2 hari berhempas pulas dengan anak2 yang berebut minta perhatian..Subhanallah..Alhamdulillah..syukur masih menjadi rebutan anak2..lagi sendu kalau anak2 buat tak tahu saja..betul tak?

Nuha dengan fee'el nya..sedikit bossy sebijik macam saya..kalau A dia kata, maka A lah..jangan dibantah! Contohnya tadi sebelum tidur, dia minta Jus oren dalam fridge..jus tu sejuk, jadi saya tuang sikit je lebih kurang suku gelas dia..dia belum pun minum tapi dia minta lagi..nak penuh!

Saya kata 
"Nuha minum tu dulu, nanti dah habis mama tambah lagi.."
Dia nak jugak..Saya tak bagi..

"Nuha dah nak tidur, nanti tak habis siapa nak minum? Mama tak nak minum sejuk"
Dia mula nangis..

"Habiskan dulu..tak baik membazir.."
Dia dah start meronta2 nak jugak! Dan saya buat tak tahu ja..tak layan langsung..nangis lah, mama tak kisah..tak boleh means TAK BOLEH! 

Meleret-leret menangis sampai ke bilik tidur..walhal jus yang dalam gelas tu tak terusik pun lagi..
Saya ambil wuduk, terus solat Isya' tanpa pedulikan dia..terjerit2 dia..

Sesudah solat saya nampak dia pukul Habib bertalu2 sebab Habib usik dia..
"Nangis la..nanti lizard datang.."
Sambil terjerit2 nangis, sambil tangan pun naik ke Habib..geram dengan saya agaknya..
Habib tak melawan..tapi hampir2 nak nangis..

Saya lipat telekung terus saya panggil Nuha dan suruh dia duduk di penjuru bilik..
Dia nangis tak nak..saya cakap berulang kali dengan nada biasa..tak marah..

"Nuha come sit at the corner..You beat abang now you have to sit here for 2 minutes!"

Meraung la apa lagi..
Dia dah tau dah..itulah dendanya kalau buat perangai! Baginya 2 minit terasa bagai 2 tahun lamanya..akhirnya di datang menurut perintah..saya set timer 2 minit..Dia duduk diam kat situ..tapi masih sedu sedan..

Jangan terpedaya dengan budak 2 tahun tau..dia orang sangat bijak..dalam masa 2 minit tu macam2 dia minta untuk cuba boloskan diri..

"Mama, Nuha ngantuk! Nak sleep.."
"Mama, Nuha nak susu.."
"Nuha sakit kaki.."
"Nuha sakit perut.." 
"Nuha nak poo-poo"
pulakk..

"ok..kejap ja lagi..nanti fon mama bunyi Nuha boleh naik katil..mama bagi susu.."

Bila timer bunyi, saya ambil dia, saya dukung dia, saya peluk dia, saya cium pipi dia, saya usap kelapa dia..

"Nuha kena sayang abang ok..jangan buat macam tu lagi..kesian abang..abang sayang Nuha tau..abang tak pukul Nuha pun..say sorry to abang!"

"sorry abang!" Habib terus bangun nak peluk adik dia..

"Nuha nak jus lagi tak? Minum sikit..dah habis nanti mama tambah lagi ok.."
Dia geleng tak nak..

Saya denda Nuha sebab pukul Habib..bukan sebab minta jus! Minta jus penuh-penuh tak salah..tapi pukul Habib adalah satu kesalahan! Next time mudah-mudahan dia tak buat lagi..

***

Macam ni lah hari-hari..saya lebih tegas a.k.a garang dengan anak2 berbanding en suami..tapi pada masa yang sama sayalah orang yang paling manjakan anak..saya selalu main bersama dengan anak tak kira apapun..lebih tepat lagi saya suka melayan anak2..masak sama2..basuh baju sama2..kemas rumah sama2..semuanya saya ajak anak2..hidup saya tak best kalau anak2 tak ada..

En suami lebih banyak masa dengan kerja..jadi bila pulang ke rumah dia nak tengok anak happy je kan..tak nak nangis2..kalau ada benda yang anak minta dan dia tak kasi..anak mula nangis dan abunya teruslah bagi..adehh..macam tu la selalu..selalu dia kalah dengan anak..saya faham sangat..en suami tak pernah marahkan anak..sebab tu la anak2 ni naik tocang bila abunya ada di rumah..

Ada beberapa tips yang selalu saya praktikkan dan berkesan..

1. Selalu puji anak.

Contoh pujian : "Habib rajin sangat..selalu tolong mama..tolong masukkan baju dalam washer mesin, tolong clean up toys..nanti Allah bagi pahala banyak kat Habib..orang yang rajin tolong mama boleh masuk syurga!"

2. Hadiah peluk cium.

Contoh : Habib berjaya habiskan workbooknya..jadi saya puji dan hadiahkan peluk cium..saya tak janjikan hadiah metarial..sebab saya tak nak Habib belajar kerana hadiah..jika saya nak beli toys untuk anak2 saya akan terus beli sahaja tanpa pengetahuan mereka..tak perlu beritahu atau bertanya terlebih dahulu..saya sebagai ibu tentulah sangat tahu apa yang anak2 saya mahukan..impact dari surprise tersebut sebenarnya lagi hebat dari memenuhi kehendak mereka..percayalah anak2 akan lebih menghargai toys tersebut..

3. Anggap anak2 sebagai orang besar.

Contoh : saya lebih suka bercakap dengan mereka seolah2 mereka faham saya..maknanya lebih detail..
"yang itu Myvi kuning" 
"mama nak pergi Ambank bayar loan kereta Alza dan nak bank in duit sekali" 

Biar mereka terpinga2 sekejap..dan mereka tak bertanya banyak soalan lagi..lama-kelamaan mereka faham dengan sendirinya dan kita akan surprise bila mereka juga bercakap secara detail..
"mama jom kita beli Oreo kat Seven Eleven lah"
"Nuha tak nak pergi Tesco, Nuha nak pergi Giant"

Sekadar memberi beberapa tips dan contoh yang mudah..apa yang bagus harus dikongsi..saya juga sering ke blog Cikgu Khairulniza dan Ustazah Siti Khadijah..banyak tips dan teknik Nabi yang boleh kita apply kepada anak2..kat bapak anak pun boleh..hihihi..

Mohon maaf post ini bercampur2..ambillah yang baik..yang tak baik itu bahagian saya..teknik dan cara saya mungkin tak berkesan kepada anda tapi sangat berkesan dengan saya..

Happy Parenting :)

Friday, November 15, 2013

Peristiwa Hari Asyura


Antara yang berlaku pada 10 Muharram (hari Asyurah):

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Masyaallah, maha suci Allah. hanya dengan ilmu kita akan dapat mengetahui kebesaran Allah. mari sentiasa mencari ilmu!

Wednesday, November 13, 2013

Kaedah Didik Anak

Pakaian berwarna merah dan oren boleh meransang anak jadi agresif?? Hmm..

Jom ikuti lagi TIPS KAEDAH MENDIDIK ANAK oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini..

Petukan dari Facebook page beliau..

As salamu'alaikum shbt tersayang. Ramai yg mohon tip kaedah didik anak menjadi soleh. Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di fikirkan oleh hambaNya. 

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:
1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman.

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an. Vit C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an bila perut dah kenyang!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda.

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SAWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

20. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

21. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. 

Aameen,


Mereka berbaju MERAH! Mungkin ada benarnya..saya percaya bahawa warna ada peranannya..dan juga auranya yang tersendiri..

Wallahua'lam Bissowab..

Stress dan ubatnya.

'Peluk Bayi' adalah salah satu diantara ubat hilang stress!! Tak percaya? Baca hasil kajian oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini.

Petikan dari facebook page beliau.

As salamu'alaikum shbt tersyg. Semua org yg normal pasti mengalami stres. Cuma org yg GILA saja yg tak rasa stres. 

Antara punca stres: 

1. cuai ttg ibadah, 
2.hati yg kotor,
3.tak sabar, 
4.terlalu cerewet, 
5.perisau, 
6.nak jaga hati org, 
7. terlalu perfectionist, 
8. kabur & tak pasti apa nak buat, 
9. tiada coping skills, 
10. kesihatan terganggu, etc 

Antara cara nak kawal stres: 

1. Solat, zikir dan selawat,
2. Baca al Quran /kitab agama,
3. Hidupkan sunnah,
4.Maafkan semua kesilapan orang lain, 
5.Bersedekah, 
6.Ingatkan mati, 
7.Tidur yang cukup, 
8.Bangun tidur secara konsisten, 
9.Bertenang sebelum tidur, 
10.Elak risau sebelum tidur, 
11.Kawal alat elektronik, 
12.Tilam yang sesuai, 
13.Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor), 
14.Mulakan hari dengan senyum & doa, 
15.Peluk bayi, 
16. Kegiatan riadah atau bersukan, 
17. Mengawal diet, 
18.Membelai org tersyg selalu, 
19.Jadi orang baru, 
20.Senyum selalu, 
21.Urut mengurut, 
22.Mandi air suam, 
23.Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor, 
24.Tengok ikan dalam akuarium, 
25. Menangis, 
26.Tukar skrip, bisikan kendiri, 
27.Lebih tegas (asertif), 
28.Tukar imej diri dan tingkat harga diri, 
29.Penafasan yang sempurna, 
30.Bercerita dan mendengar cerita, 
31.Bercuti/ berehat/ bersantai, 
32.Menjerit di tempat yang 'private‘, 
33.Bernasyid/qasidah/ menyanyi, 
34. Muhasabah diri, 
35.Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang, 36.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya, 37.Beruzlah (berkhalwat), 
38.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang, 
39.Nilai semula pegangan dan keutamaan, 
40.Sentiasa redha dan bersyukur, 
41. Minta bantuan pakar/ ulama, 
42. Menonton/ membaca kartun, 
43.Perbaiki komunikasi, 
44.Berterusan berdoa, 
45.Dengar ceramah motivasi & ceramah agama, 
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes), 
47.Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari, 
48.Letak gambar belakang pintu, 
49. Gambar dalam dompet/beg tangan, 
50.Gambar atas meja, 
51.Momento kenangan manis, 
52.Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung), 
53.Lihat bunga atau pokok hijau, 
54.Berkebun/bertanam sayur, 
55. Bermain dengan haiwan kesayangan, 
56.Cari kumpulan sokongan yang positif, 
57.Terapi Aroma , 
58. terapi Warna, dan byk lagi. 

Moga Allah rahmati & rawat stres kita. Aameen, wassalam.

Monday, November 4, 2013

Kek Karemel Pelangi.

Kek ni saya buat minggu lepas.
Yang bestnya jadiiiii..Sedap sangat..
Keknya gebu sangat tapi karemel tak berapa nak jadi..tak cantik..
Bila makan kena tutup mata baru la sedap..hehe..

Kek ni saya ternampak di fb kawan..saya jadi tak keruan..nak order dengan kawan tak boleh sebab jauh nun di Perlis..akhirnya saya godek blog K.Ita www.azlitamasammanis.com..Google je 'kek karemel azlita masam manis'..keluarlah page nya..
Kek ni adalah raja segala kek kata K.Ita..
Saya ikut resepi k.Ita sebijik-sebijik. Ntah tang mana silapnya karemel saya tak berapa cantik..tapi rasa sedap sangat..

Nak resepi?
Boleh terjah ke blog k.Ita sebab resepinya saya dah tak ingat ;p
Hanya gambar yang jadi tanda ingatan..hahah..
Nanti bila saya buat lagi, saya update resepinya hokey?!
Tengok gambar dah la yer..




Sunday, November 3, 2013

Pizza

Resepi kali ni senang sangat..thats why saya nak share..pizza selalu menjadi kegemaran kami anak beranak..ok jom tengok resepi mudah ni..

Doh pizza ni asalnya resepi doh 'Donut Simple' dalam entri saya yang lepas..ok tak payah susah-susah cari..saya tolong copy kan..

Bahan-bahan doh :

1 paket yis mauripan
1 sb gula
1/2 cawan air suam
Satukan semuanya dan biarkan sehingga berbuih lebih kurang 15 minit..

Dalam bekas berasingan satukan kesemua bahan dibawah..
2 cawan tepung gandum
2 sb susu tepung
1 sb majerin
Secubit garam

Akhir sekali adunkan kesemua bahan. Uli seketika sehingga menjadi doh. Buatkan seperti bola dan tutup bekas dengan plastik atau kain lembab. Rehatkan doh selama 30 minit.

Bila doh dah kembang, boleh canaikan seperti doh pizza dan rehatkan lagi 10 minit. Cucuk doh tersebut dengan garfu sebelum topping.

Bahan-bahan topping pilihan saya :

Sos spagetti tradisional Kimball
Sosej ayam Ramly
Keju Mozarella 

Bawang besar 
Capsicum hijau
Tomato
*semua vegies dipotong dadu

Kemudian boleh sapukan sos diatas doh dan taburkan bahan2 mengikut selera masing2..
Untuk adunan ini boleh dapat 2 keping pizza saiz small dan regular. Cukup untuk family kecil saya. 

*Gambar dibawah adalah gambar pizza untuk anak2 saya saiz small. Tiada vegies. Pizza untuk saya dan en suami tak sempat nak snap dah kena ngap. Pizza panas-panas siapa boleh tahan kan?! :)

Tips : canai doh pizza tidak terlalu nipis kerana doh ini sangat gebu dan enak bila dimakan tebal..

Selamat mencuba!




Thursday, September 19, 2013

Ketam Telur Asin, Tomyam Poktek, Baby Kailan Ikan Masin dan Udang Goreng Kunyit.

Tudiaa..tajuk saja dah lari margin..hehe..Saya kurang gemar makan di kedai..maksudnya kalau teringin beli bungkus je makan kat rumah..minggu lepas kami sekeluarga makan di sebuah restoran cina muslim Munawarah. Makanan yang disediakan tersangatlah sedap. Harganya pula agak mahal pada saya (sayakan surirumah ;|) jadi hari ni saya teringin sangat nak makan lagi jadi saya masak lah sendiri..kebetulan en suami tak ada dirumah, jadi saya masak ikut selera sendiri saja..

Ok tak perlu banyak cakap..terus ke resepi saja..Resepi ini cukup untuk famili kecil saya.boleh makan 2 kali tengahari dan malam..


Ketam Telur Asin

Bahan-bahan:

2 biji telur asin direbus dan dilenyekkan sehingga hancur.
3 ekor ketam dibelah empat dan cuci bersih. (dapat 12 bahagian. 2 bahagian saya asingkan untuk tomyam)
Sedikit tepung jagung.
3 ulas bawang putih dicincang.
1 tangkai daun kari.
4 tangkai cili kering.
1/2 cawan susu cair.
1 sb butter.
2 sb minyak masak.
Sedikit garam (optional sbb telur dah masin)

Cara-Cara:

1.Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng ketam deep fry sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan butter kemudian tumis bawang putih, daun kari dan cili kering sehingga perang.
3. Masukkan telur asin yang dihancurkan tadi. Gaul rata.
4. Masukkan susu cair dan seterusnya masukkan ketam yang sudah digoreng tadi. Kacau sehingga kering iaitu sehingga tiada lagi kuah. Biarkan adunan tadi bersalut dengan ketam.
5. Perasakan dengan sedikit garam. Siap!


Tomyam Poktek

Bahan-bahan:

1/2 ekor ketam.
4 ekor udang galah.
2 ketul ikan merah.
Bunga kobis.
6 bi Tomato ceri.
1 paket pes tomyam.
1 biji Bawang sedeerhana besar dipotong kasar.
1 Bawang merah ditumbuk.
2 ulas bawang putih ditumbuk
5 biji cili padi. (boleh tambah sebab saya tak suka pedas)
1 inci halia dihiris bulat.
1 inci lengkuas dihiris bulat.
1 batang serai diketuk.
1 helai daun limau purut.
1 biji jus limau kasturi.
3 tangkai daun ketumbar.
3 sb santan pekat.
 
Cara-Cara:

1. Masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, lengkuas, serai, daun limau, pes tomyam, tomato ceri dan air secukupnya ke dalam periuk. Didihkan.
2. Kemudian masukkan ketam dan udang galah serta kobis.
3. Masukkan ikan merah dan biarkan seketika sehingga masak.
4. Masukkan pula santan dan daun ketumbar.
5. Perasakan dengan garam dan jus limau. Siap!


Baby Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan:

Baby kailan
Cili merah
Bawang putih diketuk
Bawang merah dihiris
Ikan masin (tenggiri atau apa2 pun boleh asalkan masin)

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah seketika.
2. Masukkan ikan masin. Masak seketika.
3. Masukkan baby kailan dan cili merah. Masak sehingga kailan betul2 lembut elok untuk dimakan. Tak perlu masukkan garam kerana ikan masin dah cukup masin. Siap!


Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

6 ekor udang.
1/2 tangkai cili merah.
Bawang besar dihiris bulat.
Kunyit.
Garam.
Daun ketumbar.

Cara-cara:

1. Gaulkan udang bersama garam dan kunyit secukup rasa.
2.  Panaskan kuali tumis bawang besar dan cili merah.
3. Masukkan udang dan goreng sehingga masak. Campurkan sedikit air jika terlalu kering.
4. Taburkan dengan daun ketumbar. Siap!


Selamat Mencuba!







Tuesday, July 9, 2013

Vital Years @ 2.4yo

Assalamualaikum..
Selamat berpuasa..

Pertama kali dalam hampir 5 tahun sejak saya lahirkan Habib, saya bersendirian di rumah..alone!! En suami kerja, anak2 pula ke sekolah..tak pernah jiwa saya terasa kosong..rumah terasa sunyi..tak betah rasanya..seolah2 hiilang sebelah badan..sungguh..setengah jam sebelum mereka pulang, saya dah tercongok depan pintu sekolah..rindu sangat dengan anak2 saya..

1st July 2013.
Hari pertama Nuha di sekolah, bila sampai depan pintu dia terus tanggalkan kasut, susun kasut di rak dan terus masuk ke dalam kelas..tak sempat salam mama pun..happy je dia berlari ke arah toys..hamboiih..

Saya sebenarnya tak risaukan Nuha sebab Nuha sangat independent..cuma saya agak risau jika Habib terlalu kawal adiknya kerana mereka sangat rapat..tapi sia-sia je rasa risau itu sebab they are fine..ok je..mama yang risau lebih..teacher Jane kata, abang very helpful but adik quite playful..haha..its ok..that's a part of learning too..

Ada beberapa tips untuk ibubapa ketika hantar anak kali pertama masuk sekolah..ia membuatkan anak2 minat untuk ke sekolah..tips ini sangat berkesan kepada saya..ia diberi oleh teacher Jane di Vital Years sendiri dan juga dari pengalaman sendiri..

1. Cakap baik2 pasal sekolah..contoh : "best la sekolah Habib ni..ada banyak books, ada toys lagi.." dan beritahu suami di depan anak "abu, kat sekolah Habib ada books banyaaak..best la sekolah tu"

2. Cakap baik2 pasal gurunya..contoh : "teacher sayang Habib..teacher teach Habib how to read book..teacher tells story..what story teacher tells today?" 

3. Kenal rakannya..contoh : "hari ni kat sekolah Ethan makan apa?" he will be surprised dan tak sabar nak beritahu apa yang rakan2 lain makan dan sebagainya..

4. Bila pertama kali hantar anak masuk ke kelas..jangan terus hilangkan diri..cakap baik2 dengannya menggunakan ayat baik2 sahaja..contoh : "Nuha read book ok..look..you have so many friends..you can play toys..nanti mama datang ok" usah sebut perkataan 'pergi' atau 'tinggal'.. 
Jika anak masih menangis atau tidak mahu masuk ke kelas..jangan paksa! Duduk dan main dengan dia seketika sehingga dia leka dan ulang dialog yang sama "nanti mama datang ok..mama fetch Nuha"

Ok..sampai disini sahaja..jumpa di lain entri..(terpaksa titik. Nak ambil anak..huhu) Selamat Berpuasa!

Salam Ramadhan 1434H

Ramadhan datang lagi..

Di kesempatan ini, saya memohon keampunan jika ada salah dan silap dari rakan pembaca sekalian..moga Ramadhan kali ini dapat saya dan kita semua meraih sebanyak mungkin pahala dan paling penting rahmat dari Allah..moga dengan semangat Ramadhan ini berterusan sehingga ke bulan2 akan datang..

Selamat bersahur, selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat berterawih..mari sama2 kita raikan keistimewaan yang tak ada dibulan2 yang lain ini..




Thursday, June 27, 2013

Follow up with Dr Choy

Assalamualaikum..

Hari ni diri terasa asing..
Dah beberapa kali saya menaip entri ini..tapi akhirnya saya padam dan taip semula..padam lagi taip lagi..
Tak tahu nak mula dari mana..Perlukah saya tulis semuanya..kongsikan kepada orang luar?? Saya seolah2 berteka-teki sendiri..Tak mengapalah moga boleh menjadi Iktibar dan tidak membuat kesilapan seperti apa yang saya lakukan..

Sebelum ini saya dah khabarkan tentang kondisi Habib..walau apapun keadaannya..kami abu dan mamanya terima dengan dada yang lapang..hati yang yang gembira..
Saya masih terbayang wajah pertama kali saya melihatnya..masih twaZewterpesona dengan sifat charmingnya..aduh..permata hati mama ni..

Pertemuan kami dengan Dr Choy pakar genetik kanak-kanak di IJN siang tadi sangat membuka minda..seperti biasa Habib diuji dengan kemahiran bercakap..menulis..mengira..membaca..kadangkala Dr Choy sengaja bertanya bermacam soalan serentak..Apa yang memeranjatkan kami, Habib tidak menjawab malah diam membisu! Seolah2 tidak tahu apa2..reaksinya juga lemah..dia tidak hiraukan langsung apa yang Dr Choy suruh buat..hanya mengetap bibir..

Percayalah..Habib seorang yang sangat aktif..periang..dan apa yang ditunjukkan kepada Dr Choy sebentar tadi sangat bertentangan dengan perilaku sebenarnya..sangat pasif!

Dr Choy membuat kesimpulan yang Habib sangat lemah..dia bimbang Habib akan ketinggalan dibelakang bila bersekolah nanti..Dia juga menyifatkan Habib seorang yang less self-confident..Wait..Habib bukan macam tu..dia sangat kreatif..dia pandai menulis dan melukis juga mewarna..dia boleh tegur sesiapa sahaja yang dia jumpa..malah dirinya sangat digemari rakan-rakan sekelas..
(ya saya puji anak sendiri..itu sudah pasti!)
Dan Dr Choy beritahu lagi yang dirinya risau kerana Habib kelihatan sangat manja..
Oh yes..semestinya dia anak manja..buah hati pengarang jantung saya..

Kata Dr Choy memanjakan anak sangat tidak membantu lebih2 lagi dengan kondisi Habib seperti ini..saya mengangguk kerana saya setuju..Habib perlu lebih berdikari..ya saya mengaku yang saya yang gosokkan giginya..suapkan makanannya..pakaikan baju dan seluarnya..pakaikan kasutnya..kecuali selipar..kebanyakkannya saya yang uruskan..bila difikirkan balik..memang benar..saya dah terlebih manjakannya..sedangkan adiknya Nuha (2 tahun 3 bulan) dah boleh gosok gigi sendiri..pakai pampers,kasut dan seluar sendiri..saya cuma perbetulkan..makan juga sendiri..kadangkala saya suapkan..Saya bukan bandingkan anak..saya tak kata Nuha lebih baik tapi realitinya Nuha lebih berdikari..

Salah saya..
Lewat petang tadi..kami makan malam di meja..saya sediakan makanan dalam pinggan dan sudu masing2 untuk Habib dan Nuha..seperti biasa Nuha makan sendiri tanpa banyak songeh..lain pula dengan Habib..masih main sendiri..meratah lauk sahaja..sekejap turun dari kerusi..sekejap naik balik..aduhh..sebiji nasi pun dia tak suap ke mulutnya..mencabar sungguh! Dan akhirnya saya mengalah dan terpaksa suapkan..bila saya suap banyak pula yang dia makan..hmm..macamana nak ajar makan sendiri ni??
Namun syukur selera makan Habib makin bertambah sejak saya campurkan mealshake Shaklee dalam susunya..seleranya menjadi2..berat badannya juga meningkat..Alhamdulillah..

Berbalik kepada nasihat Dr Choy agar kami lebih tegas dan melayan Habib seperti kanak2 yang besar..bukan lagi bayi! Ajarnya berdikari..beri pujian dan galakan atas usahanya..Usah bandingkan anak orang lain dengan Habib..Kesnya sangat berbeza..usah dukungnya lagi..dia sudah jadi big boy..bukan lagi baby boy! 

Mulai saat ini saya dan suami akan lebih tegas dengannya..perhatian yang berlebihan akan menjadikannya lebih manja..moga Allah permudahkan..InsyaAllah..

#Sekadar gambar kenang-kenangan..minta maaf mama bertindak kurang sopan dengan mengambil gambar berkenaan dalam bilik porsedure..

Jigsaw puzzle dan sticker book adalah benda wajib yang perlu ada untuk 'mengasuh' anak2 di tempat awam rather than ipad..seriously!



Sekian..jumpa lagi..

Wednesday, June 19, 2013

Deerland

Tak sah jika ke Kuala Gandah Elephat Sanctuary tak singgah di Deerland..harga tiket di sini cuma RM6 dewara dan RM3 bagi kanak2..dan macam biasa Nuha FREE!

Bukan setakat deer..macam2 haiwan ada..ayam daging pun ada..ada burung merak..ada ular..dan macam2 lagi..

Kami berpeluang memberi deer makan dengan makanan yang dibekalkan oleh penjaga..iaitu ubi kayu yang dipotong slice..

Tourguide kecil molek kami ini sangat teruja..

Dan pelancong asing ini pula berkeliaran sesuka hati sambil menerokai apa yang ada disini..kanak2 suka dilepas bebas dan tempat sebegini sangat sesuai untuk berbuat demikian..

Cukup untuk kali ini..semestinya kami akan datang lagi dengan bakul makanan pula kerana terdapat air terjun berdekatan yang tak sempat kami singgah tempohari..

Kuala Gandah, Pahang..

29 Mei 2013

Dah lama sebenarnya kami nak datang sini..selalu ada saja alasan yang en suami berikan..tapi akhirnya sampai juga..

Kuala Gandah Elephant Sanctuary terletak di Lanchang, Pahang..jika dari KL ikut sahaja jalan ke Kuantan dan exit Lanchang..di sana dah boleh nampak signboard Kuala Gandah Elephant Sanctuary..Perjalanan dari Shah Alam mengambil masa lebih kurang 2 jam..

Disini terletaknya tempat pemuliharan gajah..termasuk gajah2 yang diselamatkan atau yang di pindah dari negara lain..tiket masuk adalah percuma bergantung kepada derma sahaja..

Alhamdulillah..waktu kami tiba, tak ramai orang sangat..kami sempat makan di cafe sebelum meninjau kawasan tersebut memandangkan showtime hanya bermula pada pukul 2 petang..sementara menunggu showtime kami ke Deerland terlebih dahulu yang jaraknya cuma 2km dari situ..

Deerland saya masukkan dalam entri lain lah ye..

Ellephant show..Macam2 ragam..

Orang ramai mula membanjiri ketika waktu showtime..

Again..Habib alih muka..i like this picture actually..hohoho..

Buah-buahan disediakan untuk diberi kepada gajah2 tersebut..antaranya tebu, pisang dan betik..

Nuha yang excited sempat posing maut bersama gajah..

Inilah tempat untuk memandikan anak gajah..tapi memandangkan paras air sungai agak tinggi waktu itu jadi acara tersebut terpaksa dibatalkan..how bad huh?!

Jika ada masa terluang..bawalah anak2 anda ke sini..banyak yang boleh mereka terokai pada masa yang sama mereka belajar dalam keadaan bebas dan gembira..A happy kid is a happy learner!