Saturday, May 18, 2013

Murtabak Maggi

Assalamualaikum dan selamat pagi..selamat berhujung minggu juga buat semua i:)

Hari ni saya nak kongsi juadah pagi yang sangat malas iaitu murtabak maggi..Alhamdulilah..

Resepi ni sangatlah mudah terutama bagi ibu-ibu yang buntu memilih untuk makan atau untuk sambung tidur di pagi Ahad ni..namun demi anak-anak ku gagah jua..uhuk!

Ok jom semak resepi malas ni..

Bahan-bahan:
1 bungkus mee maggi
1 paket serbuk perencah mee maggi - saya guna perasa kari
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji telur
1 st thousand island

Cara-Cara:
Masak mee maggi sehingga lembut, toskan dan ketepikan..
Dalam bekas lain campurkan semua bahan dan gaul sebati..kemudian masukkan mee maggi tadi..
Panaskan minyak dalam pan dan boleh goreng..
Daahh siap!!

Rasa yang enak tapi agak muak..tak boleh makan banyak..

Selamat Mencuba!