Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua kawan2 dan keluarga serta pembaca blog saya..
Tatkala saya menulis entri ini..kedua2 anak saya sedang tidur dengan nyenyaknya..manakala en suami pula ke i-city..meraikan dentuman bunga api di ambang tahun baru 2013..hahaha..jangan panik..sebenarnya rakan kami datang jauh dari selatan ingin ke sini untuk makan angin..jadi saya cadangkan pada en suami supaya bawa mereka ke i-city malam ni..
Buat pengetahuan korang, saya jaaaaaaaaarang sangat keluar malam..boleh kira la dalam setahun berapa kali je..itu pun pergi kenduri atau pulang dari rumah rakan..setakat suka suki nak ke tesco atau keluar makan atau ke klinik sekalipun saya awal2 lagi settlekan sebelah siangnya..tak pernah bawa anak makan malam diluar..
Sungguh! Setiap kali berada dalam kereta pada waktu malam membuatkan saya rasa tak sedap hati..rasa risau..Nuha pula akan menangis kerana tak pernah dibawa keluar waktu malam..pernah sekali ketika saya terpaksa menghantar sepupu saya ke stesen bas pada waktu malam selepas maghrib, Nuha menangis sepanjang jalan dari rumah kami seksyen 9 ke stesen bas seksyen 17..sambung pula sepanjang perjalanan pulang..walhal Nuha seorang yang sangat baik dalam kereta..sebab itulah awal2 lagi saya dah bagi excuse pada rakan kami anak2 saya tidur awal..memang tidur awal pun..
Besides saya seboleh mungkin tak nak ajar anak2 untuk meraikan tahun baru atau apa2 perayaan pun dengan maksiat..nak kata saya poyo pun tak apa..saya terima..
Azam untuk tahun ni seperti biasa nak jadi role model untuk anak2..nak solat awal waktu..buat masa ni itu je la kot..saya kalau boleh nak berazam setiap hari..sebelum tidur pasang niat dan dengan niat akan mendorong kita menjadi seperti apa yang kita mahu..
Selamat tahun baru 2013..
▼
Monday, December 31, 2012
Nasi Kesyuri + Udang Goreng Masala
Resepi nasi kesyuri saya pernah post dalam entri sebelum ni DISINI..nasi yang menjadi kegemaran kami sekeluarga..tapi tak boleh makan selalu kerana kolestrolnya agak tinggi..nasi yang diperasakan terlebih dahulu ini saya sediakan bersama udang goreng masala..
Udang goreng masala ini juga antara salah satu resepi orang Bangladesh yang menjadi kegemaran saya..seperti biasa caranya sangat mudah..resepinya sangat ringkas..dan rasanya sangat sedap dan tidak mengecewakan..
Saya masak nasi kesyuri dan udang goreng masala ni tidak sampai 30 minit pun..memang sangat mudah..jika mahu kelainan dalam hidangan saya kira hidangan ini sangat tepat..
Bahan-bahan:
12 ekor udang sederhana
1 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris
12 biji cili padi
1 biji terung panjang dihiris nipis kecil2
2 st serbuk kunyit
2 st serbuk jintan putih
1 st jintan putih biji
1 st garam
Cara-cara:
Masukkan semua bahan kecuali udang kedalam bekas..panaskan minyak masak di dalam kuali..kemudian masukkan bahan tadi dan goreng sehingga bawang dan terung menjadi satu dan layu serta hampir hancur..saya kira goreng dalam 15 minit..baru boleh masukkan udang..kacau sebati sehingga udang cukup2 masak..siap! Boleh dihidang dan dimakan bersama nasi kesyuri..selamat mencuba!

Friday, December 28, 2012
Kari Daging Bangla Style
Kari daging ini saya kira paling simple dan sedap rasanya..seperti biasa resepi dari Bangladesh dan tak guna santan..
Juadah ni cukup untuk 5 orang makan..
Bahan-bahan:
Daging secukupnya (saya guna bahagian tulang)
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 inchi halia
1 biji tomato dibelah empat
1 biji ubi kentang dibelah empat
12 biji cili padi
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk jintan putih
2 st serbuk kunyit
2 st garam
1 st serbuk pati ayam
1/2 cawan minyak
2 gelas air
Cara-cara:
Satukan semua bahan dan gaul sebati di dalam periuk..letakkan di atas dapur dan masak dengan api sederhana selama 1 1/2 jam atau sehingga daging empuk..pastikan kari tidak begitu kering..boleh tambah air panas jika kari jadi kering..selamat mencuba!

Sunway Pyramid & Diet
Semalam kami sekeluarga dan adik saya Ikram serta kawannya sempat ke Sunway Pyramid..seperti biasa hiasan pokok2 Krismas yang besar dan dihias cantik menarik perhatian semua pengunjung..
Sebetulnya kami ke sana adalah permintaan Ikram yang mahu lepas gian meluncur ais..kebetulan ada rakan yang boleh dibuat teman meluncur memang bertambah seronok lah..tanpa membuang masa menunggu Ikram dan Hakim meluncur ais jadi kami sekeluarga berjalan2 sambil menabur duit..
"Kejap Yang nak beli pretzel.." beritahu saya pada en suami..
2 almond dan 2 cinnamon sugar serta 1 sausage pretzel dari Auntie's Anne..sempat juga Ikram dan Hakim menjamah pretzel sorang satu sebelum masuk ke gelanggang..selebihnya untuk kami mengunyah..
Kami tinggalkan mereka di sana dan sambung berjalan lagi..
"Mama..nak candy!"
"Ok come..yang mana satu Habib nak?"
"Ambilkan brownie satu untuk I" en suami pula mencelah..
"I pun nak jugak.." kata saya sambil mengorder kat cashier Famous Amos..
"Baked brownie 1..Choc brownie 1..kira sekali dengan candy ni"
Ok..done! Kami jalan2 lagi..pusing2 kat LG2 tu..sempat juga saya sewa kereta untuk Habib sejam RM4..Nuha pula duduk dalam stroller..sungguh lancar perjalanan..tak payah terkejar2 nak kejar anak..haha..
Sempat juga bagi can Habib naik train dan Nuha main playland kat area butik2 baby kat situ sampai penat..
"Jap ea..mama nak beli air"
Saya pergi ke stall 'each-a-cup' dan order mocha blended 1..
Dan kami terus berjalan2 lagi..masuk Toy City pula..awal2 lagi saya dah cakap terang2 kat Habib..
"tengok saja ye..tak boleh beli"
Dan dia sendiri jawab "Mahal tau.." kihkihkih..tahu tak apa..no more toys..NO MORE EXPENSIVE TOYS to be exact..saya layan saja segala pertanyaannya..segala soalannya..saya tahu apa yang dia minat..yang dia teringin nak beli..tapi dipendamkan saja..sebab berulangkali saya sebut "tengok saja ye..tak boleh beli.."
Kemudian kami kembali ke gelanggang ais..tengok Ikram dan Hakim..hahah..kejap laju meluncur..kejap jatuh tersungkur..tak apa yang penting mereka enjoy!
"Sayang..belikan apa2 untuk budak2 makan.." arah en suami..
Oh ya..anak2 belum jamah apa2..terus saja mata saya melilau sekeliling..beli fried chicken lah..langkah saya laju ke restoran Popeye..
Sambil tengok pak tam mereka meluncur ais..sambil kunyah ayam goreng..ok la tu..
Kemudian Habib minta aiskrim pula..en suami belikan aiskrim vanila dan aiskrim coklat untuk Habib dan Nuha..
Sebelum pulang, saya tapau Roti Boy pula untuk kami makan dalam kereta..
Sesampai di rumah saya terus panaskan nasi serta lauk ketam yang saya masak tengahari tadi..sambil menyediakan hidangan..saya terfikir sendiri..berapa banyak kalori yang saya telan dengan sengaja hari ni..berapa banyak gula yang saya dan en suami hadap..berapa banyak kolestrol yang saya izinkan anak2 saya ratah..
Astaghfirullahalaziim..
Jika dirumah saya pantau setiap hidangan yang saya sediakan..saya tak guna santan..saya kurangkan minyak..kurangkan gula dalam masakan..kurangkan garam..kurangkan makanan berlemak..hanya minum air kosong..tapi bila di luar saya seolah2 lupa..sedikit pun saya tak rasa kedekut untuk 'menambah' berat badan saya..seolah2 saya nak makan apa yang saya nampak di depan mata..
Langsung saya teringat kata2 Prof Dr Muhaya...
"Siapa yang tak jaga makan..tak jaga kesihatan mulai dari sekarang..dia seolah2 sedang menempah katil di wad CCU 20 tahun akan datang.."
20 tahun yakni umur saya belum pun mencecah 50 tahun..arrgghh..
Sekelip mata saya lupa segala apa yang saya praktikkan setiap hari..saya lupa yang saya perlu sediakan diet yang seimbang yang sihat untuk keluarga saya..dan yang paling saya menyesal adalah saya sendiri yang membeli semua makanan2 tak berkhasiat tersebut..Ya! Tangan saya yang memilih..mulut saya yang mengorder..
Terlajak perahu boleh diundur..tapi bila terlajak makan..susahlah..andai boleh mengundur masa..saya pasti saya akan pilih menu yang sihat untuk saya dan keluarga saya..mungkin makan di Subway..atau terus kenyangkan perut dengan mee sup atau juadah lebih yang mengenyangkan..badan pun sihat dan tak berat duit pun tak habis..
Sedikit gambar saya paparkan buat kenang kenangan..

Wednesday, December 26, 2012
Teluk Kemang Lagi!
Sekali sekala..kalau 2 kali maknanya 2 kala lah ya..haha..tak ada tempat lain ke?? You know what..kalau en suami ajak pegi lagi besok pun saya sanggup..sungguh! I'm still in PD mood..best ja..rilex ja rasa..
Kali ni kami pergi dengan 2 family..family saya bersama adik saya Ikram dan kawannya Hakim serta family Haidar kawan en suami..memang bertambah meriah lah kan..saya sediakan makanan berat manakala kawan saya Sumiatun sediakan junkfood & buah-buahan untuk diratah..
Suasana Teluk Kemang pada hari cuti Krismas ni sangatlah padat..mujur dapat juga khemah berdekatan pantai dengan kedudukan sangat menarik..
Macam biasa kanak2 lah yang paling happy..bapak2nya pun sama..punya syok berendam sampai lupa nak kasi can mak2nya pula..tapi tak apa sebab hari tu panas sangat..dah kena sunburn pun..huhu..jadi kami lebih selesa duduk bersantai dibawah khemah sampai hampir terlena dan biarkan kaum bapak melayan anak2 masing2..heheh..bila lagi kan..
Habib yang ramah tamah dapat kawan baru..pelancong warga China turut dijadikan kawan..lelaki kacak itu sangat suka melayan Habib..main dengan Habib..mandi laut dengan Habib..buat sand castle depan khemah kami bersama Habib..Habib lagi suka..haha..
Sebelum pulang kami sempat singgah di Cowboy Place..dari luar gerainya nampak menarik..hidangan ayam panggang bersama sosnya dan sup kosong serta nasi kukus cuma berharga RM5 sepinggan..sangat sedap..adik saya makan 3 pinggan..hahaha..kemain lapar..tapi malang sekali bagi en suami hidangan tersebut kurang menepati seleranya..kari tak jual ye..sorry!!

Sawi Mentega
Bahan-bahan:
1 ikat sayur sawi
Hirisan bawang besar
Hirisan bawanh putih
2 sb mentega
Cara-cara:
Cairkan mentega dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sehingga layu..kemudian masukkan sawi dan goreng sehingga sawi bertukar warna..siap!
Jika masak banyak boleh tambahkan sedikit sahaja garam kerana mentega sudah masin..selamat mencuba!

Sunday, December 23, 2012
Homemade Playdoh
Dah banyak kali saya belikan playdoh untuk anak2..dulu sebelum lahirnya Nuha, saya sangat rajin menguli playdoh untuk Habib..macam2 bentuk saya buatkan..Dan apabila Nuha lahir ada satu insiden dimana Nuha masukkan playdoh dalam mulutnya..Ya Allah..saya salah..saya leka..saat itu memang tak pernah saya izinkan Habib main playdoh ketika adiknya belum tidur..dan insiden kedua berlaku dimana Habib pula masukkan beberapa ketul playdoh dalam hidungnya..Astaghfirullahalazim..saya panik tapi masih waras..kebetulan en suami tiada di rumah..dengan menyebut nama Allah saya lurutkan hidungnya kebawah dengan jari saya sehingga keluar semua playdoh tersebut..Alhamdulillah mujur playdoh tersebut cuma berada di dalam lubang hidung..tak ada yang dah masuk ke dalam rongga hidung..syukur sangat..
Sejak itu saya buang semua playdoh yang ada dalam rumah..yang dibeli atau dapat free..semuanya saya buang..
Setiap kali Habib minta playdoh, saya akan buat sendiri dengan pelbagai warna..tak payah nak risau dah kalau termakan pun tak beracun..tapi yang pastinya saya tak biarkan anak2 bermain sendirian..saya juga turut main bersama mereka..dah serik dah..huhu..
Mudah ja sebenarnya nak buat homemade playdoh ni..cuma gaulkan tepung gandum, pewarna dan air..Gaul dan uli sehingga menjadi kenyal dan kental seperti playdoh..senangkan..janganlah dikata membazir pula..saya kira tepung gandum jauh lebih murah harganya dari playdoh sebenar..dan jauh lebih selamat..anak2 bukannya nak main playdoh setiap hari pun..jika anak dah makin besar dan punya akal tak salah kalau nak beli playdoh yang sebenar..
Tengahari tadi saya biarkan anak2 main playdoh sambil saya suap mereka makan tengahari..sambil menyambil..nasi pun cepat ja habis bila mereka khusyuk menguli playdoh..

Kari Udang
Kari udang ni saya belajar dari suami..macam biasa masakan orang Bangladesh biasanya tanpa gunakan santan..hari ni masak lebih sikit sebab ada tetamu..
Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil udang sederhana
2 biji bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih
2 hiris halia
10 biji cili padi xperlu hiris
1 biji ubi kentang dipotong dadu
1 biji tomato size besar
1 st jintan manis
2 st serbuk kunyit
2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan minyak kemudian masukkan semua bahan kecuali udang, tomata dan air..goreng sehingga garing..masukkan air..masak sehingga ubi empuk..kemudian masukkan udang dan tomato..biar mendidih seketika dan siap! Mudah sangat..juadah yang kurang kolestrol..kalau nak lagi kurang boleh kurangkan minyak dan buang kepala dan urat hitam dibelakang udang..pilihan ditangan kita kan..selamat mencuba!

Saturday, December 22, 2012
Bubur Sup Ayam
Bahan-bahan :
1/2 cawan beras direndam 30 minit
4 ketul kecil ayam
Lobak merah dihiris
Bunga kobis dipotong kecil
(boleh tambah sayur lain)
1 biji ubi kentang dipotong dadu
1/2 biji tomato
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 st serbuk perencah sup
1/2 st pati ayam
Garam secukup rasa
Air
Cara-cara :
Campurkan semua bahan dalam periuk dan rebus sehingga menjadi bubur..awas jika ada sayur yang cepat masak seperti kobis atau brokoli..lebih baik jika tangguhkan seketika..agak2 bila ayam hampir empuk barulah masukkan sayur tadi agar tidak hilang zatnya..pastikan bubur tidak kering..bubur yang kering tidak dipanggil bubur sup..betul tak?

Peria Goreng
Suka makan peria tak? Saya cuma suka peria yang digoreng garing kerana rasa pahitnya agak kurang jika digoreng..jika lagi garing digoreng lagi sedap rasanya dan rapuh saja bila dimakan..
Resepi yang sangat mudah..
Cuma potong peria bulat2 nipis2..kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam..goreng dalam minyak panas sehingga garing..siap!
Saya pernah terbaca yang peria ni banyak khasiatnya..tapi kalau dah digoreng garing tak tahu la pula masihkah ada khasiat yang tinggal..
Selamat mencuba!

Asam Pedas Ayam
Fuhh..kelmarin tak puas makan asam pedas di Teluk Kemang, hari ni masak lagi asam pedas..kali ni saya gunakan protien yang berbeza yakni ayam..
Asam pedas ayam ni saya ciplak resepi dari blog Kak Yatie Memories..ternyata menjadi dan menepati selera saya dan suami..sangat sedap dan bau yang sangat menyelerakan..
Resepi ni saya kecilkan sukatannya bersesuaian dengan family kecil saya..sebenarnya cukup sekali makan sahaja untuk saya dan suami..maklumlah en suami ni tak sah kalau tak pekena kari dalam sehari..sebelah petang nanti saya akan masak kari pula untuk makan malam..
Bahan-bahan :
6 ketul kecil ayam
1 kuntum bunga kantan dibelah dua
2 batang serai diketuk
1 ikat daun kesum
1 st asam jawa extra
Garam
Gula
Air
Minyak masak
*1 cawan cili boh
*5 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*8 biji lada hitam
*Sedikit belacan
Cara-cara:
Kisar semua bahan bertanda *
Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak..tambahkan 1 cawan air dan biarkan sehingga mendidih..masukkan ayam, bunga kantan, serai, asam jawa dan daun kesum serta sedikit lagi air..biarkan mendidih sehingga ayam masak..akhir sekali perasakan dengan garam dan sedikit gula..siap! Sangat mudah dan rasa yang sangat enak dan boleh dibawa ke tengah..heheheh..

Teluk Kemang
Seronok juga sekali sekala bawa anak2 pergi piknik..jauh dari bandar..cuma laut terbentang luas di depan mata..beralaskan pasir putih..berbumbungkan awan biru..sungguh nyaman..aman damai..tenteram..
Dapat mandi laut..kadang bila badan dipukul ombak terasa bagai satu terapi atau satu pukulan yang amat menenangkan jiwa dan minda..sungguh tenang..
Anak2 juga amat teruja hingga lupa soal makan..haha..dapat main pasir yang jarang2 disentuh berjam2 lamanya..siapa yang tak teruja kan?
Dari semalam saya berdoa agar cuaca hari ini cerah dan perfect untuk kami berkelah..dan Ya..cuaca hari ini sungguh perfect!
Kami bertolak dari Shah Alam pukul 10:30 pagi..dan tiba di Teluk Kemang tepat jam 1 tengahari..disana kami menyewa khemah ditepi pantai berharga RM25..sangat berbaloi kerana sangat dekat dengan pantai..sambil mandi boleh sambil tengok barang2..
Juadah yang sempat saya sediakan cuma nasi goreng, karipap serta nugget ayam..sebelum pulang kami sempat singgah di restoran asam pedas..ternyata menepati selera dan harganya juga sangat berbaloi berbanding di Shah Alam..
Sedikit gambar buat kenangan saya dan keluarga..

Friday, December 21, 2012
Wood Puzzle
Cuba tengok cik Nuha yang bijak cuba nak cantumkan puzzle sendiri..bila saya nak bantu dia menjerit tak bagi konon nak buat sendiri..
Tapi bila datang si abang yang bijak pandai terus dia mengalah..
"macam ni la..tengok Habib buat"

Bendi Goreng Kunyit
Bahan - bahan:
10 batang bendi dipotong serong
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
4 biji cili padi merah
1 st serbuk kunyit
1 st garam
2 biji telur ayam
3 sb minyak masak
Cara-cara:
Panaskan minyak..masukkan semua bahan kecuali telur..goreng sehingga bendi separuh masak..kemudian pecahkan telur dan biar sehingga telur hampir masak barulah kacau kembali sehingga sebati..siap! Selamat mencuba!

Kari Ketam + Udang
Saya yang mak saya kenal adalah seorang yang ringkas dalam bab memasak..kalau boleh nak masak dengan cara paling mudah..ikut short cut katanya..hari ni saya nak kongsi resepi kari ketam + udang tanpa santan dengan cara paling mudah..rasa pun sedap..kurang kolestrol pulak tu..
Bahan-bahan :
2 ekor ketam dibelah dua
6 ekor udang
2 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
6 biji cili padi
1 sb halba campur
1 tangkai daun kari
1 biji ubi kentang dibelah 8 (nanas pun boleh)
1 biji tomato
2 sb serbuk kari ketam
1 sb serbuk jintan putih
1 st serbuk kunyit
2 st garam
2 cawan air
3 sb minyak masak
Cara-cara :
Satukan semua bahan ke dalam periuk/kuali kecuali udang..masak dengan api sederhana sehingga ubi empuk..jika kuah makin kering boleh tambah air sedikit lagi..masukkan udang dan masak lagi sehingga mendidih..jangan masak terlalu lama kerana udang akan menjadi keras..siap! Senangkan..selamat mencuba!

Thursday, December 20, 2012
Adik & Abang
Adik yang makin bijak makin comel pandai mengambil hati abangnya..bibir comelnya petah berceloteh kadang menggelikan hati..
Tiap kali hantar si abang ke sekolah adiklah orang pertama yang akan salam dan cium tangan abangnya sambil melambai tangan "tye tye" dan salam "akum"..bila menjemput pula, adik juga yang siap2 mengambil kasut abangnya dari rak kasut di luar kelas letakkan dipintu sambil menjerit "hatit..hatit"..bila nampak wajah si abang dia melompat kadang melonjak keriangan..
Salah seorang dari mereka jika ke kedai tak pernah lupa satu sama lain..jika abang ke kedai dengan abu dia akan meminta abu beli benda yang sama untuk adik..begitu juga dengan adik..jika makan apa saja dia sendiri akan mengambil 2 piring plastik untuknya dan juga abang..tanpa disuruh..sungguh erat hubungan mereka..
Abang lagaknya lebih protektif..sangat penyayang orangnya..dia kurang gemar orang yang tak dikenali menyentuh pipi adiknya..jika kenal tak apa pula..heheh..
Bila adiknya takut, abang akan kata "adik jangan takut..Allah ada..abang ada.." tiap kali adik nangis dia yang akan pujuk adiknya..dia yang lembut hatinya..yang rajin menolong, yang bermulut manis dan sangat kreatif sentiasa mencairkan hati saya..sering kali dia ucapkan
"Habib sayang mama..mama sayang Habib tak?"
"mama wangi la.."
"mama masak apa tu..sedapnya bau"
Dialah buah hati saya..dialah putera saya..dialah intan payung saya.
Adik pula sangat berdikari dan sangat bijak..juga sangat rajin menolong..pandai dan petah berkata2..dia sangat cepat belajar..percaya atau tak..adik yang selalu kemaskan mainan..adik selalu tolong saya masukkan baju dalam mesin basuh..pantang nampak saya nak buat kerja dia orang pertama yang akan datang membantu tanpa disuruh..bila tiba waktu makan..dialah yang akan bising memanggil semua orang ke meja makan..hahaha..kadang menggelikan hati saya dan suami..dialah puteri saya..dialah gegirl saya..dialah baby saya yang sangat manja..sangat menghiburkan..yang selalu tidur berdakapan dengan saya..
Hidup saya sepi tanpa mereka..selain untuk ibadah..merekalah tujuan hidup saya..walau kemana pun saya pergi, saya bawa kedua-duanya..mereka sangat behave..tak pernah menyusahkan saya..seperti ibu lain kasih dan sayang saya terlalu dalam untuk mereka..
Harapan saya agar mereka membesar menjadi anak yang soleh..mukmin yang berjaya didunia dan akhirat..yang paling penting menjadi pencen kubur saya dan suami di alam sana nanti..
"beruntunglah nak..kamu mempunyai abu yang sangat sayangkan kamu..yang sangat manjakanmu..yang selalu bangga dengan perkara2 kecil yang kamu lakukan..tiada apa yang lebih menggembirakan hati mama selain dari itu.."